Cuti panjang puteri saya kali ini banyak membawa kenangan manis.Pada 20 hb Jan 2010 semua rakan-rakan sefikrah yang bercuti balik ke Malaysia datang bertandang ke Kota Bharu. Tiga orang dari Johor, seorang dari perak dan dua orang lagi memang berasal dari kelantan.Lima orang siswi belajar di Makassar dan seorang lagi SISWI dari UIAM yang bercuti.Saya dan isteri pula berjaya menjadi "DRIVER KEHORMAT" kepada mereka. Apa salahnya menjadi driver kalau ia dapat menjana menjadi pahala InsyaAllah.Dan saya rasa bertuah memiliki seorang isteri yang memahami tanggungjawab seorang muslim.


Pada sebelah malamnya kami menziarahi Ketua Haluanita Kelantan, Dr Salwana binti Mahyudin (Gambar diatas, no 2 dari kanan dibarisan belakang). Dr Salwana adalah merupakan Pakar Sakit Puan dan suami beliau ialah Dr Mansor .Dr Mansor pula merupakan seorang Pakar Jantung (Cardiologist). Kedua-duanya bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.Kami disambut dengan penuh kemesraan.Walaupun mereka sering sebuk dengan tugas harian, tapi masih mampu menjadi penggerak kepada aktiviti Haluan khususnya di Kelantan. Disini siswi yang datang diberi pendedahan bagaimana mengimbangi tugas sebagai seorang doktor dengan tugas sebagai seorang murobbiyah, sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak beliau.Kesebukan tugas bukanlah merupakan alasan yang ampuh untuk kita meninggalkan kerja dakwah kita. Sebaliknya profesionalismi yang kita miliki merupakan modal yang perlu kita memenafaatkan sebaik mungkin untuk kita jadikan bekalan kita diakhirat nanti,InsyaAllah.
Jam 10.00 malam barulah kami beransur pulang.Mulai keesokannya mereka akan berkampung di Chalet Sri Pantai (Melawi) sebagai tenaga fasilitator.Dari wajah mereka, terukir senyuman dan kepuasan.Keletihan tapi penuh kenikmatan.
dmar
0 comments:
Post a Comment