Tamrin Qiadi bakal pimpinan BADAR SMKA Melor baru saja berlalu.Namun ianya telah membawa banyak kenangan tarbawi.Gembiranya hati saya hanya Allah yang tahu. Benih-benih tarbiyah Islamiyah yang ditabur sekian lama di sekolah ini telah mula menampakkan hasil.Aktiviti BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) berjalan dengan baik sekali.Ini termasuklah usrah dikalangan semua lapisan pelajar, mereka ini dibimbing oleh barisan naqib & naqibah yang telah dipilih dikalangan mereka yang memiliki syahsiah yang baik. Para naqib dan naqibah ini pula sentiasa diberi pengisian berkala, qiamulail bulanan serta tamrin qiadi secara berterusan.
Seronok berbincang semasa bengkel
Tamrin Qiadi pada kali ini difokuskan kepada Tingkatan 1 - 3, para fasilitator pula terdiri dari Alumni BADAR 2010.Haikal, Nur Aqilah, Noraini , Aiman (3 orang nama Aiman), Harun, Ruzaiman dan ramai lagi Fasi yang datang. Nur Aqilah adalah merupakan salah seorang penggerak penting bagi menjayakan program ini . Beliau seorang pelajar perempuan sangat aktif mengikuti program-program pelajar termasuklah menyertai program Himega yang baru di adakan di UIAM baru-baru ini.
Nur Aqilah diantara penggerak Tamrin Qiadi
Pn Hajjah Hasnah (Guru Penasihat Badar) asyik mendengar pembentangan bengkel
Pembentang mengenai 10 Muwasofat Tarbiyah
Melihatkan wajah-wajah putera puteri yang bersih, alangkah pentingnya untuk kita menyemaikan benih-benih iman yang suci ke dalam jiwa-jiwa mereka. Hati-hati mereka perlu dididik dan diasuh oleh sentuhan tarbiyah Islam yang betul. Melatih jiwa mereka untuk kasih kepada Allah dan RasulNya, kasih kepada semua orang Islam , merasa mulia dan tinggi dengan Islam yang mereka anuti, hati mereka sentiasa ghairah untuk memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa berusaha mencari hati-hati yang perlu didekati dengan Islam. Ya Allah..Engkaulah yang Maha Tahu betapa saya mengharapkan putera puteri ini dapat merasa nikmat beriman kepadaMu.
Apa yang lucu sangat tu.......
Kyusu'nya mendengar ceramah
Kita tidak sanggup melihat jiwa-jiwa yang bersih ini di tanam api kebencian sesama Islam, hidup berpuak-puak, budaya mengadu domba sehingga merosakkan ukhuwah dikalangan anak-anak disini. Alangkah senangnya hati saya melihat mereka melaksanakan bengkel bersama, berbincang bersama dengan penuh senyuman. Di pimpin pula oleh fasi-fasi yang baik dan memiliki syahsiah terpuji.Sejuknya mata memandang. Saya ditugaskan oleh urusetia memberikan sedikit perkongsian pengalaman mengenai "Mulianya menjadi seorang daie" . Tajuk yang amat berat tapi dibincang secara bersantai.
Mesranya dua sahabat fasi di bersembang...
Di akhir program , isteri saya banyak bercerita tentang keperluan istiqamah didalam "usrah". Usrah merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk merasai tanggungjawah Dakwah dan Tarbiyah. Usrah juga sentiasa mengikat hati dengan ukhuwah Fillah.Hati kita perlu dididik dan diasuh untuk tunduk dan patuh kepada Allah sehingga mereka sanggup berkorban demi untuk menjunjung tinggi Deen Allah swt di mukabumi ini.
Saat perpisahan amat memilukan, pelajar saling berpelukan. Sedih dan pilu menyelubungi hati. Dibahu terpikul amanah dakwah yang berat terasa.Amanah Qubra.Tugas para nabi dan rasul. Tapi Allah memuliakan mereka-mereka yang sanggup memikul amanah ini.Ya...kita mahu Islam terus subur dijiwa kita. Kita mahu nikmat Islam itu mekar didalam masyarakat kita.Kita mahu Islam kembali memerintah Alam ini, bukan lagi sebagai barang mainan yang diambil bila perlu (menguntung) dan dibuang seperti sampah apabila ia dirasakan tidak menguntungkan sisitem yang ada.Alangkah gharib (dagangnya) Islam kini.
Saat perpisahan yanmg memilukan...
Suasana "mahabbah fiLlah" dapat dirasakan
Biarlah persahabatan ini berkekalan untuk selama-lamanya
Berkasihsayang kerana Allah, hingga ke syurga...InsyaAllah
"Ya Allah, Engkau satukan hati-hati ini demi untuk memikul beban dakwahMu..."
Barisan fasilitator lelaki yang telah berbakti
Generasi remaja Islam perlu dibentuk kerana mereka adalah penerus perjuangan dimasa depan. Jangan berhenti dari mendidik mereka kerana kecuaian kita dihari ini mungkin akan menghancurkan ummat dimasa depan.Gunakan setiap peluang yang ada. Walaupun keletihan dihujung perjalanan ini namun dihati ini terlalu ingin melihat benih-benih iman yang ditanam akan mekar mewangi, melahirkan bunga yang berwarna warni menghiasi taman indah dibawah naungan Iman dan Taqwa. Akhirnya setinggi tahniah kepada guru-guru dan semua fasilitator yang terlibat bagi menjayakan program ini. Ameen.
dmar
1 comments:
Alhamdulillah, segala pengorbanan para shabt dan sohibh makin hari makin menampakkan suburnya pohon dakwah dn tarbiyah di bumi raudhah melor, jazakallah Abi dan ummu hasnah krn membantu barisn shbt n shibh dlm prgrm ni..jazakumullah khairn kasir..^_^
Post a Comment