Malam tadi sebelum tidur, sempat saya membaca seerah mengenai perjanjian Aqabah pertama, kemudian membaca tiga Qul (Surah An Nas, Al 'Alaq dan Al Ikhlas) dan akhirnya saya terlena.Sesungguhnya Allah lah yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu.Dengan penyusunannya, saya bermimpi bertemu dengan seorang lama saya Akhie Dr Ahmad Kamal Peong. Dalam mimpi itu saya bertemunya di sebuah taman rekreasi ketika kami sedang berriadah.Lama kami bersembang kerana telah terlalu lama kami tidak bertemu.Kami telah terpisah hampir 26 tahun.Sedang kami seronok bersembang , tiba-tiba saya terjaga.MasyaAllah...!!! Bermimpi rupanya. Walau bagaimanapun terubat juga kerinduaan kerana telah terlalu lama tidak bertemu.
Jam didinding menunjukkan jam 5.00 pagi. Sebagai seorang hamba, saya lantas bangun, berwudhuk dan melakukan beberapa rekaat solat sunat dan witir.
Dr Ahmad Kamal Peong berdiri dibarisan belakang (tengah) |
Dengar kabarnya beliau kini buka klinik sendiri di Kedah. Apabila saya terjaga dari mimpi, perasaan ukhuwah dan mahabbah yang telah kami bina sekian lama kembali subur semula.Kerinduan semakin terasa.Teringat saat-saat indah ketika kami bersama di kampus Medik UKM di Jalan Tun Dr Ismail. Ukhuwwah yang di bina hanya terjalin diatas rasa kasihsayang kerana Allah semata-mata. Niat itu selalu peringatkan dan diperbaharui di setiap pertemuan kami.
"Kita berkasihsayang hanya kerana Allah swt .Kita sama-sama berjanji setia untuk sentiasa istiqamah diatas jalan Islam.Kita mesti sentiasa ingat agar jangan tertipu oleh 3 "ta" iaitu (HARTA, TAKHTA DAN WANITA)" . Ungkapan inilah yang sering diperingatkan oleh mas'ul kami , Akhie Rushdi Ramli.
Dr Ahmad Kamal di barisan belakang no 3 dari kiri (berkopiah putih), Tarbiyah yang diusahakan kira-kira 26 tahun yang lalu, masih mampu melahirkan generasi yang istiqamah diatas jalan Allah swt |
Suasana penuh mahabbah |
Dari kiri : Prof Dr Nasarudin, Dr Ahmad Kamal, Dr Mazlan,Prof Dr Amaludin dan Dr Abd Rashid. Meskipun disaat itu kita tidak memiliki kekayaan harta, namun kita memliki kejayaan jiwa dan kasihsayang. |
Masih subur dalam ingatan setiap kali Ramadhan datang, kita akan berbuka bersama . Kita makan didalam talam.Disaat itu hanya kebahagiaan yang menyelubungi perasaan kita, kasih sayang yang terjalin amat sukar dilafazkan dengan kata-kata. Setiap petang kita sediakan 7 talam makanan untuk sahabat-sahabat kita berbuka puasa, kita agihkan dibeberapa buah bilik.Kita makan bersama dengan cara yang cukup sederhana.Slogan kita, "Makanan sedikit : cukup, kalau makanan banyak : InsyaAllah akan habis juga, itulah keistimewaan sahabat". Setiap kali ungkapan ini diucapkan setiap kali itu pula kita akan tersenyum.
Saya masih ingat, ketika itu akhie Dr Ahmad Kamal Peong baru memeluk Islam. Beliau seorang yang periang dan mudah mesra.Beliau sentiasa bersama kami, sentiasa berada didalam "Biah Solehah" (suasana yang soleh), sentiasa berada didalam suasana tarbawi (suasana didikan) dimana HATI sentiasa menjadi sasaran tarbiyah. Setiap minggu kami akan duduk bersama sendengar tazkirah mas'ul dan bermain bola bersama.Saya amat kagum dengan keimanan yang Allah kurniakan kepadanya.
Saya masih ingat ketika keluarga beliau masih belum tahu tentang dia telah memeluk Islam, dia pernah menceritakan tentang pengalamananya ketika dia balik bercuti di kampung.
" Setiap pagi ana terpaksa berjogging sebelum subuh, keluarga ana hairan juga kenapa setiap pagi ana suka berjogging di awal pagi. Sebenarnya ana pergi ke masjid untuk solat subuh"
MasyaAllah, beliau tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu walau bagaimana susah sekali pun. Beliau seorang yang sentiasa gigih mempelajari Al Qur'an. Beliau dapat menguasai bacaan semasa solat dengan cepat.Inilah keistimewaan beliau. Saya amat kagum dengan perubahannya.
Allah Maha Agong. Siapa menjangka perpisahan yang begitu lama. Akhirnya Allah pertemukan kita di alam mimpi. Walaupun apabila saya terjaga, mimpi itu hilang dari pandangan mata, namun seribu kenangan indah terhambur dari ingatan, lantas roh ukhuwwah fillah kembali subur didalam jiwa saya.Inilah nikmat dari Allah swt. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.Adakah nikmat IMAN dan UKHUWWAH yang Allah anugerahkan untuk menyirami hati-hati kita, dibiarkan gersang dan dipandang sepi ?
Adakah janji-janji kita dulu untuk sentiasa memperbaiki diri dan menyeru manusia kepada Allah hanya tinggal sebagai kenangan penglipur lara ?
Adakah kita sentiasa TIDAK TERTIPU oleh pengaruh Harta, Takhta dan Wanita ?
Persoalan ini sentiasa bermain-main didalam fikiran saya.Adakalanya saya merasa lemah dan lalai. Mahu rasanya untuk "REHAT" dari kerja -kerja dakwah yang tiada penghujungnya. Saya sedar bila kita kata "buat kerja dakwah", sebenarnya tiada apa yang saya lakukan. Sebaliknya jika kita tinggalkan kerja yang mulia ini (kerja para nabi dan rasul), Islam tidak cacat apa-apa pun. . Akan terus ada hati-hati yang Allah kurniakan nikmat IMAN, dimana mereka merasa bahagia dan mulia apabila dapat berjuang dan berjihad di jalan Allah.
Kadang-kadang saya teringat kupasan As Syahid Sayid Qutb didalam mengupas surah Al Muddathir"
"Wahai orang-orang yang berselimut ! Bangunlah serta bagilah peringatan dan amaran kepada ummat manusia.." (Ayat 1-2)
"Rasulullah saw bangun dan memberi peringatan kepada seluruh manusia..".Bangun" yang tidak tidur-tidur lagi sehingga baginda wafat. Seluruh hidup baginda diwakafkan untuk Islam. Waktu tidur telah berlalu....Baginda bangun dan memlaksanakan kerja-kerja dakwah dan mendidik manusia untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah.
Harus kah saya menjauhkan diri dari perjuangan baginda yang suci ini disaat ummat Islam dipukul arus kesesatan dan kemurtadan.
Haruskah saya terus lena lena di buai oleh kemewahan dunia yang fana ini..?
Haruskah saya mengundurkan diri setelah Allah beri nikmat Iman dan Islam, dan kembali di sisiNya sebagai hamba yang lalai ?
Tak mungkin hanya dengan bersantai, berpeluk tubuh dan membuat kerja sambil lewa, kita mengharapkan syurga Allah? Sedangkan sejarah generasi pertama yang telah dididik dan di bentuk oleh Rasulullah telah berkorban apa sahaja untuk memperjuangkan Islam.
Diantara foto terbaru Dr Ahmad Kamal bersama keluarganya |
" Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang yang berjihad diantara kamu dan (belum lagi) nyata ujudnya orang yang sabar (tabah dan cekal hati ) dalam perjuangan " (Ali Imran : 142)
" Semoga Dr Ahmad Kamal & keluarga dikurniakan Allah dengan segala bentuk kebaikan didunia dan di akhirat, Ameen"
2 comments:
assalamualaikum akhi fid din
walaupun tidak mengenali semua yang diceritakan pada entry ini namun saya sangat tersentuh hingga mengalir air mata ini.allhu akbar
..menulis dri hati..
kan jatuh ke hati
bila kerana Allah semuanya
Terima kasih kerana menulis. Terbawa ke sini saat diri sedang memotivasikan diri sendiri. Semoga bahagia Dunia & Akhirat. =D
Post a Comment