Sukarnya untuk merubah satu hati..





          Untuk memenangi SATU hati bukannya mudah.Amat sukar. Dr Yusof Qardhawi mengatakan untuk membengkokkan besi yang keras atau untuk membina bangunan yang tinggi adalah jauh lebih mudah dibandingkan untuk merubah SATU HATI . HATI yang yang memiliki Wa'yun Islami (Kesedaran Islam) yang sebenarnya. Hati yang yang sentiasa teruja dan teransang untuk memperbaiki diri disamping mengajak orang lain menikmati keindahan Iman dan Islam.

   Ada rakan mengatakan, tugas seorang doktor cukup mudah untuk memenangi hati pesakit. Memang benar. Pesakit biasanya menerima nasihat kita sebagai doktor. Namun untuk memujuknya duduk bersama , berbincang mengenai Islam bukanlah kerja mudah. Namun demikian, ia bukan merupakan alasan untuk tidak melaksanakan dakwah fardhiyah.

   Lebih kurang 3 bulan yang lalu, datang seorang guru , cikgu Hassan (nama samaran) membawa anaknya yang sakit ke klinik saya kerana anaknya sakit.Raut mukanya bersih.Hati saya terlalu ingin untuk menjadikan dia sebagai "target " dakwah fardhiyah saya.Timbul keazaman untuk mencuba "teori" dakwah fardyiyah yang telah di  ikuti melalui pertemuan-pertemuan mingguan. Allah izin anaknya yang berusia 5 tahun mengidap " Obstructed Inguinal Hernia". Lalu saya merujuknya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.Anaknya menjalani pembedahan. Saya sering menghubungi melalui telefon, bertanya kabar dan mendoakan keselamatan anaknya. Cuma yang terkilan dihati , saya tidak dapat menziarahinya di hospital diatas kesibukan tugas harian.
  Sebenarnya saya sedar "kesibukan" bukannya satu alasan yang baik. Kita sepatutnya nya mampu "melapangkan/memperuntukkan masa " untuk mad'u (insan yang ingin kita dakwahkan) kita.Saya berusaha memberikan kasihsayang, kemesraan dan "caring" kepadanya. Saya berdoa kepada Allah agar dia dapat memahami fikrah ini.Saya sentiasa teringat kepada sepotong hadith yang mengatakan jika dengan kesungguhan usaha kita, Allah memberikan hidayah kepada seorang lelaki maka itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.Sesuatu yang menarik  hati saya, Cikgu Hassan selalu mengungkapkan kata-kata ini sebelum mengakhiri percakapan melalui telefon " Terimakasih doktor kepada sudi call saya..."
Sheikh Abbas Assissi sering mengingatkan kita,
"Dekatilah hati-hati manusia ini dengan kasihsayang.Biarlah mereka merasai kehangatan cinta saudara kepadanya".
Memang benar,  saya sentiasa cuba mengikhlaskan hati ini. Saya tidak melakukan semua ini melainkan untuk dakwah filllah.Walaupun kita gagal menawan SATU HATI, namun ia tetap mendapat ganjaran  yang baik dari Allah. Kerana ini adalah tugas mulia. Tugas para Rasul iaitu mengajak manusia kepada Allah. Inilah keyakinan saya.

Persahabatan saya menampakkan tanda-tanda positif.Tiada tanda-tanda yang dia kurang selesa. Walaupun saya yang sering "call "dia. Saya tak kesah sangat, yang penting ruang masih terbuka luas. Dia tidak seperti kebanyakan pesakit. Ramai pesakit bila kita hubungi, mereka hanya berminat jawab mengenai penyakitnya sahaja.

Pada satu hari dia datang ke klinik membawa anaknya sakit. Ada sesuatu yang menyentuh hati saya ketika dia mahu melangkah keluar dari bilik saya. Dia berjabat tangan dengan saya lalu berkata.
" Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat"


Lega hati saya. Ini pertanda baik. Benih ukhuwah yang ditabur telah mula berputik.lantas saya ajukan satu tawaran kepadanya.
" Kalau cikgu free hujung minggu , jumaat 3.00 ptg datanglah ke bilik seminar ditingkat atas...kita ada buat wacana ilmu"
Dia jawab " InsyaAllah"
.
Apabila sampai waktu "Wacana ilmu" itu diadakan , Cikgu Hassan datang. Dia mendengar dengan penuh minat.Sebelum pulang beliau sempat mengucapkan terimakasih kerana menjemputnya datang.
"Ya Allah, Engkau pereratkan ikatan hati-hati ini demi menjunjung beban dakwahMu..."
Kini, tugas yang lebih berat sedang  menanti iaitu untuk menyuburkan benih  Iman , kemudian untuk memindahkan kepada marhalah amal jamaie..


Pengajaran :
1. Dekatilah  hati manusia yang ingin kita dakwahkan dengan perasaan kasihsayang.
2. Berusaha bagi memenangi HATI manusia untuk menerima hidayah Allah adalah merupakan sebahagian dari kerja jihad.
3. Laksanakan amal Islami dengan bersungguh tanpa jemu dimana saja kita berada, InsyaAllah




Hebatnya seorang murabbi


Disatu ketika Umar Thelmisani menemani Imam Hassan Al Banna didalam satu  program ceramah yang di buat . Yang hadir menjangkau ribuan orang. Lantas Umar memerhatikan gelagak manusia yang hadir.Disamping ramai yang mendengar dengan penuh perhatian,  tidak kurang juga ada yang terlena , ada yang berbual-bual diantara satu sama lain, ketawa dan sebagai nya.Setelah selesai ceramah Umar dan Imam Hassan Al Banna pun pulang ke tempat penginapan. Umar lantas bertanya Imam Hassan Al Banna :
"Aku lihat ramai yang datang itu , ada yang berbual diantara satu sama lain, ada yang tidur,  seolah-olah tidak menghiraukan ceramah tuan.Kadang-kadang saya rasa seperti membuang masa sahaja memberikan ceramah kepada mereka...".
Imam Hassan Al Banna menjawab sambil tersenyum.

" Seandainya Allah memberi hidayah SATU orang sahaja dari yang ramai hadir ini kepada Islam , ia sudah cukup membahagiakan aku".

    Begitulah sikap seorang daie. Tidak pernah mengenal jemu, tidak pernah mengenal putus asa, tidak pernah merintih. Sebaliknya beliau cukup yakin dan optimis bahawa ada masa depan untuk Islam. Imam Hassan Al Banna bukan saha berceramah. Malah beliau sentiasa beribadah dan berdoa agar dakwah yang diberikan berkesan menyentuh hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati manusia agar beriman kepada Allah.
      Setelah kembali ketempat penginapan, hari telah larut malam.Umar Telmisani dan Imam Haasan Al Banna bersiap sedia untuk tidur.Setelah beberapa lama, Umar tak mampu lena. Kata Umar, " Tiba-tiba aku lihat Imam Hassan Al Banna bangun, aku menegurnya kenapa masih belum  lena.kemudia beliau kembali merebahkan tubuhnya untuk tidur. Aku berpura-pura tidur. setelah beberapa lama aku lihat Imam Hassan Al Banna bangun. kali ini aku tidak menegurnya. Aku lihat dia pergi ke bilik air mengambil wudhu'  kemudian aku melihatnya dia mendirikan solat."

    MasyaAllah, betapa hebatnya seorang seorang daie, walau pun beliau  keletihan melaksanakan amal Islami, namun masih mampu bersujud kepada Rabbnya.Semoga contoh ini menjadi iktibar dan motivasi kepada kita InsyaAllah.



dmar

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...