Assalamualaikum wt, catatan ini saya ambil dari Blog BroHamzah (Ali Ifran Jamaludin) diatas tajuk "MEMORI BERSAMA AYAHANDA MURABBI". Rasanya tidak salah kalau saya mengatakan bagi saya Sdr Rosdi Baharom (Nama penanya Abu Munzir) merupakan seorang murabbi yang cukup istimewa. Sangat beruntung jika kita dapat mendekati beliau, berbual dan sebagainya . Sesungguhnya apabila mendekatinya, kita akan dapati banyak mutiara-mutiara kata yang sangat menyentuh hati. Saya masih ingat kata-kata beliau yang cukup indah tapi sangat bernilai harganya iaitu ketika saya menemani beliau menjalani kursus motivasi pelajar SMKA Melor beberapa tahun yang lalu dimana seorang guru datang berbual dengan kami. Guru tersebut sangat kagum dengan penyampaian beliau.
" En Rosdi....saya nak tanya kalau lain kali saya nak panggil En Rosdi memberi ceramah pada pelajar sekolah berapa bayarannya ..?" tanya guru tu.
" Syarat saya untuk saya memberi ceramah mudah aje cikgu..cuma ada 2 syarat aje. Pertama jemputan itu mestilah dihujung minggu ketika saya cuti..dan yang kedua sediakan saya tiket pergi dan balik, itu aje. dan saya tidak pernah menetapkan bayaran untuk ceramah yang saya " Inilah jawapan yang telah diberikan oleh Sdr Rosdi Baharom.
Cikgu tu terpinga-pinga mendengar jawapan yang tegas tapi penuh bermakna. Perjuangan membina insan bertaqwa merupan agenda dakwah, agenda untuk meraih syurga Allah. Agenda orang-orang yang telah mewakafkan hidupnya untuk Islam.
Saya pernah bermusafir dengan beliau menaiki kereta dari KL ke Kota Bharu. Kami bertolak dari KL jam 9.00 malam. Berbual dengan beliau sangat berbeza dengan perjalanan yang pernah saya tempuhi sebelum ini.Suasana yang saya rasakan pelik... hampir sepanjang perjalanan itu beliau tidak tidur-tidur... beliau berbual dan terus berbual..cerita dakwah , berfikir bagaimana yang harus kita lakukan untuk memenangi hati golongan remaja, bagaimana kita ingin mengangani gejala daie yang mandul dan manja... bercerita tentang pengalaman beliau semasa belajar di UK dulu dan sebagainya... MasyaAllah.. beliau sungguh bertenaga, jiwa nya sentiasa muda... sifat "jiddiyah" (kesungguhan ) sentiasa bergelora, tidak pernah mengenal erti keletihan. Kadang-kadang saya terfikir ingin merakamkan perbualan kami pada malam itu ...kata-kata yang cukup menyentuh hati . Ucapan yang sentiasa memotivasi kita untuk bekerja di medan amal Islami, membentuk dan mendidik remaja untuk beriman kepada Allah.
Oleh itu, apabila saya membaca catatan BroHamzah, tanpa ragu-ragu saya abadikan catatan tersebut di dalam blog saya ini agar kenangan saya bersama Sdr Rosdi Baharom sentiasa segar untuk selama-lamanya. Diharapkan Abu Munzir akan terus terus bergerak cergas mendidik ummah agar kita sama-sama dapat melayakkan diri kita masuk ke surga Allah, InsyaAllah.. Terimakasih saya ucapkan kepada BroHamzah..
Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
--------
Abu Munzir.
Bagi yang biasa dengan sentuhan tarbiyahnya pasti akan merinduinya.
Bagi yang mengenali beliau – betapa sesungguhnya akan terkesan dengan setiap pengaruh yang dicurahkannya.
Ayanda Murabbi, Abu Munzir merupakan seorang murabbi saya yang paling
banyak membentuk, mendidik dan mengasuh saya dalam taman asuhan ini.
Beliau tekun, bersungguh-sungguh dan cakna akan diri kami sebagai
anak-anaknya.
Hidup bersamanya adalah hidup bersama dakwah, perjuangan dan jihad
menuju syurga. Selama lebih 3 tahun dibawah bimbingannya – beliau tidak
pernah jemu-jemu memproses kami untuk menjadi calon-calon syurga.
Setiap kali dalam pengisian dan penyampaiannya – fokusnya beliau adalah tazkiyah an-Nafs, tarbiyah ruhiyah, tarbiyah jihad dan jiddiyah.
Susuk peribadinya yang serius, bersungguh-sungguh dan tegar itu
sentiasa membangkitkan jiwa-jiwa muda saya dan sahabat-sahabat untuk
sentiasa istiqamah dengan suasana dan ruh perjuangan yang suci lagi
murni ini.
Pengalaman Termanis
Antara kenangan yang termanis saya dengan beliau ialah permusafiran
antara kami berdua selama 3 hari menjelajah utara. Best, terhibur,
berkesan dan sangat-sangat mengesani kehidupan saya. Selama 3 hari itu,
banyak lagi padat perkongsian beliau kepada saya. Bayangkan 3 hari kami
berdua bersembang, bermukhalatoh, berdiskusi dan berbincang-bincang dan
bertukar-tukar pandangan.
Bermula dari proses mendidik diri, pembinaan rumah tangga sehinggalah
mendidik anak-anak – semuanya dicurahkan kepada saya tanpa henti kecuali
kami berdua berhenti berehat untuk lelapkan mata melepaskan penat dan
lelah. Saya benar-benar puas bermusafir dengannya.
Kerjanya menghidupkan jiwa-jiwa muda untuk terus akrab, dekat dan hampir
dengan Allah SWT 24 jam.
Nasihat Tanpa Jemu
Ayahanda Murabbi sentiasa memberikan nasihat dan taujihnya
kepada saya dan sahabat-sahabat tentang dua perkara :
( "Wahai anak
muda, lazimilah awal pagi anda sebelum Subuh dengan solat sunat tahajud dua
rakaat. Rasailah kemanisannya dan kelazatannya."
Seingat saya – setiap kali pertemuaan
minggu inilah peringatan yang diulang-ulangnya. Setiap kali. Tahajud dan bangun
malam Qiamullail digalakan, digesa, disuruh dan dingat-ingatkan sehingga ia
sebati dengan kami melalui amalan dan tindakan!
"Tatapilah dan
bacalah Al-Quran setiap hari walaubagaimana pun keadaan antum."
Al-Quran – adalah kalamullah. Ia menjadi kayu
ukur kepada kecintaan kita terhadap Allah SWT. Sesiapa yang akrab dengan
Al-Quran, menghidupkan ruh serta seruan Al-Quran di dalam kehidupannya dan
menjadikan dirinya Al-Quran yang bergerak maka, sesungguhnya dia adalah
sebenar-benar hamba Allah SWT yang mencintai-Nya sepenuh hati.
Inilah yang selalu disebutnya berulang-ulang kali sehingga kami sedar,
terbangkit dan terus mengamalkannya secara konsisten, istiqamah dan
penuh komited!
Pemergiaannya Bukanlah Suatu Perpisahan
Bermula tahun ini, murabbi kesayangan kami ini akan pergi
menjalankan tugasnya di tempat yang lain pulang. Pulang ke kediamannya yang
telah lama ditinggalkan setelah lama berkelana di bumi Serambi Makkah dengan tujuan
untuk mendidik dan berbakti kepada generasi muda.
Pengorbanannya sungguh besar dan hebat – meninggalkan keluarga,
berjauhan dengan isteri tercinta dan menghabiskan kewangan yang ada untuk
melaksanakan tuntutan perjuangan ini. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan,
pengorbanan dan jihad beliau itu.
Pemergian beliau bukanlah satu perpisahan tetapi satu amanah
dan tugas yang akan diteruskan pada bentuk suasana dan dimensi yang lain.
Agenda, intipati dan fokusnya tetap sama iaitu dakwah dan tarbiyah. Di
mana-mana – tugas asasi ini akan digencarkan.
Harapan kerdil saya, agar murabbi akan terus tegar dan kuat
dalam melaksanakan amal-amal Islami ini dan sentiasa mendoakan kami di
perbatasan ini. Benar-benar rasa kehilangan dan kekosongan tanpa ayahanda di
sisi kami. Namun, kehidupan dan perjalanan ini akan diteruskan menuju Syurga
Allah SWT. InsyaAllah.
Mudahan Allah SWT rahmati usia dan setiap usaha gigihnya.
Ameen.
Kata Akhir Buat Kami
Sebelum berpisah secara rasmi, kami menadah beberapa
sentuhan pengisian beliau sebagai bekalan dalam perjalanan yang panjang ini.
“ Marilah kita memulakan perjalanan kita dengan
membuka hati. Bukalah pintu hatimu wahai jiwa agar dimasuki oleh keimanan.”
Nasihat awal ini menyentuh hati saya.
Beliau memetik kata-kata Majdi Al-Hilali dengan menyatakan :
“ Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”
Alangkah beruntungnya kita dipilih oleh Allah SWT untuk
berada dalam suasana ini. Justeru, jiddiyah, serius dan kerja keras harus
menjadi pakaian dan imej kita. Ia adalah watak orang yang beriman.
Murabbi menggugah jiwa kami sekali lagi dengan ungkapan
Abdul Fattah Ismail :
“ Dakwah tidak boleh didukung dan dipikul oleh
orang-orang manja.”
Katanya : - Dakwah berkembang dan menyubur di tangan
orang-orang yang memiliki keseriusan, kesungguhan dan semangat yang tinggi.
Akhirnya, beliau teringat akan kata-kata Allahyarham Cikgu
Tajul :
“ Kita tidak boleh memanjang usia kita justeru, kita
perlu berusaha memanjangkan usia dakwah ini.”
Syukran ya murabbi! Semoga Allah berikan kebaikan dan Syurga
buatnya di atas segala usaha yang dilakukan sebagai bekalan dan modal untuk
bertemu dengan Allah SWT.
---
BroHamzah
Masih teringang-ingang ungkapan murabbi : “ Wahai
anak-anak muda, cepatlah dewasa dan membesar. Ingin kami serahkan amanah ini
kepada generasi pewaris yang akan meneruskan kerja-kerja ini.”
1 comments:
MashaAllah...
Post a Comment