PESANAN UNTUK GENERASI MUDA (Oleh :Ust Mohd Noor Awang Kechik, YDP Haluan Kelantan)




Ust Mohd Noor Awang Kechik


Alhamdulillah, Kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, nikmat Islam. Selain daripada nikmat bertaaruf, nikmat berukhuwah dan nikmat bemahabbah. Semua yang  kita lakukan hanya kerana Allah swt semata.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian,

Kerja yang kita nak bawa, urusan Islam ini adalah amanah yang cukup berat dan cukup besar. Sebab itu kita memerlukan bekalan yang cukup, bekal untuk melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Kita semua meletakkan kedua-dua belah kaki kita, berjanji untuk meletakkan kedua-dua kaki kita diatas perjalanan ini. Iaitu diatas jalan dakwah, diatas jalan Islam. Dan jalan ini Allah sebut,
“Jika sekiranya jalan yang engkau lalui jalan yang dekat, semua mereka akan mengikut kamu wahai Muhammad.tetapi berada diatas jalan ini, ianya jauh dan payah”

Ini tabiat jalan dakwah, jalannya jauh dan lama sampai menjangkau hingga ke  alam ukhrawi. Sebab itu jika kita tidak memiliki bekalan yang cukup, maka disana mungkin ramai yang akan yang termasuk didalam golongan “mutasaqithun ala tariqiddakwah” (golongan yang gugur/tercicir dari  jalan dakwah). Cuba semak balik , sebahagian dari sahabat-sahabat kita yang lama dulu.Ada yang tercicir dan ada yang masih istiqamah diatas jalan dakwah. Mudah-mudahan kita tidak termasuk didalam golongan yang  “mutasaqithun ala tariqiddakwah”.

       Apatah lagi bagi golongan syabab (golongan muda), kalau masih muda sudah tercicir dari jalan dakwah…sungguh malang..Ada juga orang yang pada waktu mudanya mampu istiqamah, banyak masa dan harta yang dikorbankan untuk Islam, tetapi dihujung usia dia tercicir….tersangatlah rugi. Sebab itu kita selalu berdoa “ Ya Allah tolong akhiri hidup kami dengan kesudahan yang baik, jangan Engkau akhiri hidup kami dengan kesudahan yang buruk”

       Sebab itu usaha-usaha untuk meningkatkan bekalan kita,bekalan solat,bekalan puasa , bekalan Al Qur’an, bekalan qiam, bekalan doa, bekalan istihgfar, bekalan taubat dan semua bekalan berbentuk kerohanian mesti sentiasa berlaku didalam diri kita. Begitu juga bekalan harta benda, bekalan infaq dan jihad fisabilillah mestilah sentiasa diberi perhatian.Pada hakikatnya semua ini adalah termasuk sebagai bekalan “ taqwa”.

  - harta : menjadi harta bertaqwa
  - Usia : menjadi usia bertaqwa
  -jiwa: menjadi jiwa yang bertaqwa
  - Sehingga semua anggota kita digembeling menjadi anggota yang bertaqwa, patuh kepada Allah  
     swt.

Sebab itu kita tiada pilihan lain. Kita hanya berwala’ kepada Allah, berwala’kan  Rasulullah dan berwala’kan orang-orang yang beriman.Sudah menjadi sunnah, dimana perjuangan Rasulullah saw dalam melaksanakan dakwah diatas jalan yang susah ini didokongi oleh golongan orang-orang muda (syabab) sehingga Rasulullah  mengatakan “ Aku mengajak manusia kepada Allah, Aku didokongi oleh golongan muda tetapi di belakangi oleh golongan tua”.


    Sebab itu dari seerah, yang mengikuti Nabi diperingkat awal adalah syabab, yang paling senior pun adalah Saidina Abu Bakar pada usia 30 an. Rasulullah saw menjelaskan “Jalan menuju syurga penuh dengan kesusahan dan jalan menuju neraka di kelilingi oleh syahwat”

 Jalan yang menuju syurga di benci oleh nafsu.. nak kena solat,nak kena baca qur’an, nak kena berpuasa, nak kena infak harta pula. Jalan ke syurga tiada jalan yang mudah. Sesungguhnya jalan menuju neraka penuh dengan syahwat

        - nak masuk syurga : tapi tak mau solat

       - nak masuk syurga : tapi tak mahu solat malam.

       - nak masuk syurga : tapi tak mau dekat dengan Al Qur’an

       - nak masuk syurga : tapi tak mahu terima syariat Allah

       - nak masuk syurga : tapi taubat x nak

        - nak masuk syurga : infak tak nak

Tetapi jalan menuju neraka semua yang nafsu suka, perkara-perkara dosa dan maksiat.
Oleh itu marilah terus istiqamah di atas jalan dakwah ini sehingga  akhir hayat kita.

Nota: Ini adalah merupakan ringkasan ucapan Ust Mohd Noor  pada 21 Okt 2013 (Isnin) di SERU Al Hilal jam 9.00 mlm ,sebagai bahan untuk mendidik hati-hati kita , Insha Allah.




DMAR











0 comments:

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...