MALANGNYA NASIB SEORANG IBU.....

Kesah ini memang benar-benar berlaku.Disuatu pagi saya merawat seorang perempuan tua , berjalan perlahan-lahan menggunakan sebatang tongkat kayu. Wajahnya sangat uzur, keletihan dan jangkaan umur kira-kira 75 - 80 tahun.Saya melayan dia dengan baik sehingga selesai rawatan.
" Makcik datang dengan siapa ? tanya saya dengan ringkas.
" Makcik datang seorang aje doktor, makcik tumpang kereta orang kampung.. " jawabnya dengan nada sayu.
Saya merenung wajahnya yang sangat uzur, berjalan pun hampir tidak mampu.Seolah-olah disebalik wajahnya yang tua itu tersembunyi seribu satu rahsia.Oleh kerana tiada pesakit lain, perbualan kami semakin rancak.
" Makcik tiada anak ke ? " tanya saya
" Ada, tapi dia benci makcik, anak-anak dia pun di ajar untuk membenci makcik..." dia menjawab dengan suara yang sayu. Sebak dadanya.

Saya tersentak mendengar jawapannya, terkejut, tidak pernah terbayang difikiran saya seorang ibu yang telah sanggup berkorban apa jua yang ada demi untuk menjaga dan mendidik anaknya sehingga besar panjang sanggup membencinya. Seorang ibu yang sanggup tak tidur demi untuk menjaga anak apabila sakit. Seorang ibu yang  tidak sanggup melihat anaknya digigit walaupun oleh seekor nyamuk. Seorang ibu yang tidak sanggup melihat anaknya menangis kerana kelaparan...MasyaAllah Seorang ibu yang tak pernah rasa jemu menyuapkan makanan ke dalam mulut anak semasa kecil. Tidak pula pernah merasa jijik untuk menyuci najis dipunggungnya. Saya terus mendengar dia bercerita lagi..

  " Doktor tau....bila sampai waktu makan, dia (anaknya) hulurkan makanan yang telahpun sejuk dengan muka yang masam, macam bagi makan kepada seekor kucing. ....makcik nak telan nasi pun tak mampu...dia benci sangat pada makcik, doktor..." Airmatanya mengalir membasahi pipi...sayu...(Disaat menulis kenangan ini pun saya  tak mampu untuk menahan airmata dari mengalir) . Suaranya lemah sekali..pilu..

Saya tanya dia kenapa sampai jadi begitu sekali..
" Dia kata makcik tak adil membahagikan harta. Anak-anak makcik dah buat keputusan, siapa yang dapat tapak rumah, maka dialah yang kena jaga emak. Kemudian dia kata tapak rumah tu sedikit sahaja, tak adil..sejak tinggal bersamanya makcik cukup derita. Anak-anaknya dilarang untuk manja dengan makcik malah dia suruh agar menjauhi makcik.." jelasnya.

  Lantas saya tanya dia macam mana dia nak balik. Dia kata nak naik teksi. Untuk mendapatkan teksi dia terpaksa berjalan kira-kira 100 meter dari klinik saya. MasyaAllah ..saya lihat dia nak berjalan keluar dari bilik rawatanpun hampir tidak mampu. Berjalan perlahan-lahan dengan bertongkat. Mana mungkin seorang anak mampu melihat  ibunya sendiri  yang sakit  merangkak untuk mendapat rawatan. Sebagai manusia yang mempunya hati dan perasaan tidak akan membiarkan seorang yang sangat uzur tanpa dibantu. Apatah lagi ibu yang melahir dan membelai kita semenjak dari kecil lagi. Tidak masuk akal dan sukar untuk dipercayai.

Penyusunan Allah memang sentiasa indah. Disaat itu tiada pesakit lain yang ingin berjumpa saya. Saya pun menawar diri untuk menghantarnya pulang.
" Makcik..mari saya hantar makcik pulang...makcik tak boleh jalan jauh...makcik sakit..."
Dia hanya mengikut saja arahan saya tanpa bantahan.  Saya pimpin tangannya. Hati saya terlalu sebak.Ingin menjerit rasanya,ingin saya menangis semahu-mahunya...Hanya Allah yang tahu...Bila saya pimpin tangannya, saya merasakan sungguh-sungguh seolah-olah makcik itu sebagai ibu saya sendiri.Kenapakah manusia sanggup melakukan semua  ini kepada ibu  sendiri  hanya kerana secebis harta dunia, sedangkan api neraka yang amat dahsyat sedang menanti kita kerana derhaka..

    Setelah mengambil ubat, saya pun menhantar makcik itu pulang kerumahnya. Rumahnya jauh didalam kawasan kampung, jalannya agak sempit walaupun telah di tar, dikawasan sawah padi. Akhirnya saya sampai di persimpangan kecil. Dia minta saya diturunkan dia disitu. Saya pimpin tangannya keluar dari kereta dengan penuh rasa belas. Kira-kira 50 meter dari situ saya dapat melihat sebuah rumah kayu yang sederhana besarnya. Yang menarik perhatian saya, saya juga dapat melihat seorang lelaki dalam empat puluhan sedang mencuci sebuah kereta Proton Saga.

   " Siapa tu makcik...." tanya saya

  " Itulah dia anak makcik yang makcik cerita tadi.." jawabnya dengan sayu..

MasyaAllah....terkejutnya saya...Ini bukan kesah sebuah drama TV yangmana skripnya boleh kita karang semahu kita. Tapi ini adalah sebuah realiti kehidupan. Bukankah salah satu tanda hari hampir kiamat adalah apabila ibu-ibu melahirkan tuan-tuannya ? Sama-samalah kita jadikan iktibar.

Ingatlah : Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka, belailah mereka sepertimana mereka telah membelai kita dengan penuh rasa kasihsayang sejak kecil lagi. Apabila mereka telah kembali kepada Allah, pintu untuk kita berbakti dan memohon ampun telah tertutup, walaupun kita mengalirkan airmata darah sekalipun. Ya Allah..Ampunilah dosa-dosa kami..Ameen.

dmar

HILAL ASYRAF MENYUNTIK SEMANGAT BARU DI KELANTAN

Hampir setahun saya mengenal Muhamad Hilal Asyraf bin Abd Razak melalui Facebook. Kemudian saya menyusuri penulisan beliau melalui blog beliau, kemudian melalui website beliau langit Ilahi.  http://ms.langitilahi.com  .Pada awalnya saya beranggapan beliau seorang remaja biasa seperti remaja-remaja lain.Mendapat populariti melalui penulisannya, novel-novelnya seperti Langit Ilahi, VT , Sinergi dan sebagainya. Dalam diam-diam saya menjadi peminat Hilal.

Majlis perkongsian pengalaman, dari kiri Tn Hj Mohd Nasir bin Saat (YPD Haluan Kelanta),
Sdr Hilal Asyraf dan penulis


Saya dapati beliau seorang yang cukup istimewa, cukup bersopan ketika menulis dalam facebook, neraca syara' sentiasa diutamakan. Saya amat jarang berurusan dengannya melalui facebook, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangannya.Ada juga saya ambil beberapa tulisannya untuk dimuatkan didalam blog saya ini dengan izin.


                                                       Sebahagian dari akhwat yang hadir




Pada hari jumaat lalu (16/7/10), Allah izin saya dapat bertemu Hilal Asyraf di Sekolah Rendah Ugama Al Hilal di Kota Bharu. Saya memeluk beliau. Saya memperkenalkan diri dan dia memang ingat kepada saya melalui facebook.Walaupun kali pertama saya bertemu, tapi kemesraan yang dirasai seolah-olah kami telah lama berkenalan. MasyaAllah...Indahnya nikmat ukhuwah Islam yang dinikmati...Saya tidak menyangka Hilal seorang remaja yang peramah dan cepat mesra, cukup sopan dalam perbualan dan sentiasa merendahkan diri. Inilah hasil tarbiyah yang beliau rasai selama 7 tahun di Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) di Perlis melanjutkan pelajaran ke Jordan.Corak tarbiyah Islam yang lebur didalam jiwanya. Hatinya kaya dengan kasihsayang, cinta yang mendalam kepada dakwah Rasulullah saw.



                              Dari kiri : Adik Faiz, penulis, Hilal, akhie Abd Razak dan Cikgu Ramli

Ada beberapa ungkapan yang amat menarik perhatian saya:

" Kita apabila sebut perkataan "cinta" selalu kita kaitkan dengan "kahwin", mana Hilal boleh kahwin dengan pakcik-pakcik, dengan makcik-makcik....Jadi apa makna "Cinta" bagi Hilal, bagi Hilal ia mempunyai makna yang besar. Cinta bagi Hilal , when I say I love you sama maknanya "saya nak masuk syurga bersama awak". Bukankah pelik apabila kita menyintai sesaorang kita tolak dia masuk gaung. Bukankah pelik apabila kita menyintai sesaorang tapi kita suka dia dilemparkan ke neraka...itu bukan cinta namanya...Jadi kita yang saling bercinta diatas keimanan ini,Hilal yakin  kita nak masuk syurga bersama-sama. Itu adalah satu kecintaan yang tinggi nilainya."

"Tidaklah yang Hilal capai, novel ke, website ke, facebook ke atau sebagainya menjadi bermakna tanpa TARBIYAH yang Hilal lalui,InsyaAllah"

" Kita, apabila diamanahkan oleh Allah untuk melaksanakan kerja-kerja Islam, maka laksanakanlah sebaik mungkin."

"Pencen didalam kerja dakwah dan tarbiyah hanyalah bila kita "MATI"
Kenapa sahabat-sahabat kita tidak pernah jemu dengan kerja dakwah?
"Perkara ini hanya akan kita rasai apabila kita bersungguh-sungguh, bermati-matian melaksanakan dakwah dan tarbiyah, apabila kita betul-betul  korban dengan ikhlas, betul-betul isi hidup  kita dengan Dakwah dan Tarbiyah, barulah kita dapat merasai apa yang sahabat kita rasa.Apa yang mereka rasa ?
Mereka merasa kebahagiaan dalam berjuang. Oleh itu kita hendaklah rasa bahagia dan bertuah  apabila kita mendapat tugasan dakwah dan tarbiyah untuk dilaksanakan. Allah sayangkan kita. Allah nak bagi kita syurga. Rebutlah peluang ini sebelum Allah TIDAK lagi memilih kita.Allah pilih orang lain.Maka disaat itu kita akan menyesal."
   Inilah sedikit perkongsian yang bermakna yang telah diberikan oleh saudara Hilal Asyraf kepada sahabat-sahabat kelantan. Semoga Allah mengurniakan kita merasa mulia dan bahagia melaksanakan tugas Dakwah dan Tarbiyah (D & T), Ameen

dmar











FORUM ISRA' & MIKRAJ DI SERU AL HILAL

Haluan Kelantan dan PIBG Sekolah Rendah Ugama Al Hilal (SERU) telah mengadakan majlis Forum Peristiwa Isra' dan Mikraj pada 10 hb Julai 2010 (27 Rejab 1431) yang lalu. Ahli Penal terdiri daripada Ust Mohd Noor bin Awang Kechik (Mantan Pensyarah Kanan  UiTM Machang) dan Prof Madya Ustaz Saufi bin Ismail (UiTM Machang) dan di pengerusikan oleh Dr Mansor bin Yahya (Pakar Jantung HRPZ II). Forum tersebut di di Dewan SERU Al Hilal.Kehadiran di anggarkan kira-kira 150 orang yang terdiri dari ibubapa dan ahli Haluan Kelantan.

   Menurut Prof Madya Ustaz Saufi , peristiwa Isra' dan Mikraj itu merupakan perencanaan Allah swt setelah Rasulullah  mengalami banyak peristiwa-peristiwa tahun-tahun  kesedihan dan ujian didalam kerja dakwah. Diantara peristiwa sebelum berlakunya Isra' & Mikraj  baginda telah  kehilangan isteri Saidatina Khadijah yang telah banyak membantu baginda dalam membawa misi dakwah, kemudian baginda kehilangan bapa saudara baginda , Abu Talib yang telah banyak melindungi baginda didalam perjuangan menegakkan Islam. Kemudian ditambah lagi apabila baginda berhijrah ke Tha'if, baginda telah dilontar dengan batu dan dihina.
Lalu Allah membawa Rasulullah saw berjalan melalui peristiwa Isra' dan Mikraj,  perjalanan yang telah membawa makna yang cukup besar kepada ummat Islam terutamanya menerima  tanggungjawab  ibadah solat.

Dari kiri : Ustaz Mohd Noor bin Awang Kechik, Dr Mansor bin Yahya dan
 Prof Madya Ust Saufi bin Ismail



                           Sehabagian dari hadirin yang mendengar Forum  Peristiwa Isra' & Mikraj



Cenderahati disampaikan oleh Tn Hj Mohd Nasir bin Saat YDP Haluan Kelantan
kepada Prof Madya Ust Saufi bin Ismail

    Sementara Ustaz Mohd Noor bin Awang Kechik menjelaskan bahawa peristiwa Isra' Mikraj ini merupakan satu ujian besar bagi keimanan.Ia benar-benar menguji keyakinan kepada Allah swt. Saidina Abu Bakar , apabila mendengar peristiwa ini , beliau terus percaya tanpa sedikitpun keraguan. Beliau juga menegaskan bahawa Rasulullah merupakan pimpinan ummah sehingga ke hari kiamat. Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa, kedua-duanya merupakan tempat tapak-tapak  perjuangan para-para nabi dan rasul-rasul.Bila kita berpijak di Masjidil Haram, penuh dengan bekas pijakan Rasulullah, tapak-tapak Amirul Mukminin, bekas tapak-tapak Siti Khadijah dan sahabat-sahabat baginda. Tapi kini adalah kita kita mengikuti jejak langkah mereka, perjuangan mereka. Begitu juga di Masjidil Aqsa, tempat tapak-tapak berpijak para nabi-nabi, rasul-rasul  dan para anbiya' untuk menegakkan ajaran Allah.Sebab itulah semangat untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis mesti sentiasa subur didalam jiwa setiap ummat Islam. Disamping beliau jua mengambil kesempatan menjelaskan matlamat perjuangan anggota HALUAN didalam usaha menegakkan Deen Islam di muka bumi ini.

dmar

SEHARI BERSAMA PEJUANG Siri Kedua

Ada sesuatu yang cukup menarik kenapa saya membawa Dr Syed Muhamad Haleem ke kelantan. Tidak pernah saya mendengar sebuah sekolah yang mengadakan program LL4G di peringkat sekolah. Tetapi inilah yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Melor. Ia di anjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani  (BADAR). Pimpinan BADAR ini telah beberapa kali didedahkan dengan penerangan mengenai perjuangan pembebasan Palestin dan penderitaan di Gaza.Isteri saya mengajar di sekolah ini.Beliau juga adalah Guru Penasihat  BADAR sekolah. Mereka juga telah didedahkan dengan nasyid dari kumpulan Shoutul Harokah. "Palestina Tercinta" , "Gelombang Kehidupan", "Merah Saga" , "Cinta Pemuda" dan " Bingkai Kehidupan" . Apatah lagi mereka telah berpeluang menghadiri Konsert Shoutul Harokah di Balai Islam beberapa bulan yang lalu.Semangat mereka memang cukup berkobar. Oleh kerana ujudnya satu barisan pimpinan BADAR yang memahami situasi ini, maka mereka dengan penuh kesungguhan  telah mengadakan " Program LifeLine 4 Gaza,". ..Setinggi-tinggi tahniah diucapkan terutamanya kepada Amir BADAR , anakanda  Akram Solihin bin Zakaria. .Beliau adalah penggerak penting dalam menjayakan program yang besar ini.
Beliau dibantu oleh exco BADAR yang lain . Setinggi-tinggi ucapan terimakasih kepada Mudir sekolah Tn Hj Ramli bin Awang  yang telah memberi ruang kepada pelajarnya untuk mengadakan program tersebut.
  Alangkah gembiranya hati mereka apabila saya memberi khabar yang baik untuk mereka. Saya mengatakan saya akan membawa seorang anggota Konvoi Misi Kemanusiaan Ke Gaza ke SMKA Melor iaitu Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasaan dari HALUAN Malaysia. Mereka hampir tidak percaya. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati mereka mendengar berita ini.

  " Betul ke Abi nak bawa Dr Syed Muhamad Haleem ke sini..?"  tanya  Akram.
   " InsyaAllah betul Akram, Dr Syed Haleem dah setuju untuk datang..tiketnya Abi akan uruskan" jawab saya.

Dari riak wajahnya saya mengerti, dia cukup gembira.Pada awalnya mereka hanya merancang program LifeLine 4 Gaza secara sederhana sahaja. Tetapi suasana menjadi berubah apabila mereka tahu Dr Syed Muhamad Haleem akan hadir untu memberi ceramah pengalaman semasa menjadi tahanan tentera zionis.
Mereka telah mengadakan gerai-gerai jualan , barang-barang yang bertemakan Palestin seperti keset, T Shirt Palestin dan sebagainya, pameran mengenai penderitaan di Gaza. Satu yang paling menarik perhatian saya adalah Malam Kebudayaan Islam yang bertemakan palestin.

Pada malam persembahan itu,  bergemalah laungan takbir, bergemalah nasyid "Palestina Tercinta", bergemalah dewan Al Ghazali dengan nasyid , Bingkai Kehidupan, Cinta Pemuda, Gelombang Kehidupan"  Yang amat mengkagumkan saya adalah hampir semua pelajar yang datang turut bernasyid bersama. Mereka telahpun mengedarkan senikata nasyid-nasyid tersebut lebih awal.
 
   Saya telah diberi penghormatan pada malam itu untuk memberi sedikit tazkirah sebagai selingan kepada berbagai-bagai persembahan. Saya melangkah masuk ke dewan bersama dengan PK HEM Ustaz Alim. Terkejut....saya terpaksa melangkah sambil  memijak sebuah hamparan puteh menuju ke barisan hadapan dewan. Diatas hamparan putih itu dilakarkan lambang zionis. Antara tulisan diatasnya  "HANCUR ISRAEL"
"PEROSAK DUNIA"  " JOM TINDAS MEREKA"  dan sebagainya. Kemudian saya melalui sebuah gerbang , dan selepas itu kami melintasi hamparan permaidani merah"

PK HEM SMKA Melor , Ust Alim dan penulis sedang memijak lalu diatas hamparan zionis.



Apa erti semua ini ? Kenapa selepas kami pijak-pijak bendera Yahudi, kami berakhir dengan berjalan diatas permaidani merah yang indah....

Persoalan ini sentiasa bermain didalam hati saya. Kesokan harinya barulah saya mendapat jawapannya. Menurut isteri saya, mereka mengatakan : Hamparan puteh dengan slogan menentang yahudi :Kita menentang zionis habis-habisan. Permaidani merah melambangkan akhirnya Islam tetap menang.

Pn Hasnah Mohamed ,Guru Penasihat Program  LL4G SMKA Melor

Nasyid "Palestina Tercinta" bergema dengan penuh semangat




Puteri Naqibah BADAR




Persembahan oleh ALUMNI SMKA Melor

Gambar Kenangan bersama Putera SMKA Melor


Akram Solihin (kanan) ,Amir BADAR yang merupakan Pengarah LL4G SMKA Melor

Pada malam itu  hampir semua nasyid yang dipersembahkan adalah nasyid  Shoutul Harokah. Bergemalah dewan dengan laungan nasyid yang penuh bersemangat. Cukup hebat...cukup mantap...
Saya pula telah diberi kesempatan untuk memberi tazkirah mengenai Palestin selama sepuluh minit. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BADAR SMKA Melor, ia disambut dengan tepukan gemuruh dari seluruh pelajar.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini, InsyaAllah akan bersambung..

Catatan DMAR

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...