PERKONGSIAN KURSUS JATIDIRI & KESUKARELAWAN HALUAN 2010


 Alhamdulillah .secara jujurnya saya amat mengkagumi seorang  puteri remaja
dikalangan Haluansiswi ini melalui penulisan didalam blognya http://halawatuliman05.blogspot.com/ .Penulis blog ini adalah merupakan anak kepada sahabat karib saya.Beliau telah berada dalam manhaj tarbiyah ini sejak dari kecil lagi.Saya dapat melihat proses tarbiyah yang di semai oleh ibu dan ayah nya amat mempengaruhi kehidupannya.Alhamdulillah. Semoga beliau akan menjadi seorang Murabbiyah dimasa akan datang .Saya pun berkesempatan untuk menghadiri beberapa program Kursus Jatidiri & Kesukarelawan anjuran Haluan , KTD dan JAKIM di ILIM Besut Trengganu.Saya bersama  beberapa sahabat hari Kelab Kesihatan Haluan juga sempat juga memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma di Kg Lay Out. Saya melihat betapa sensitifnya hati seorang remaja ini yang sentiasa peka dengan persekitaran yang berlaku sebagai sumber didikan (tarbiyah) dihatinya.Sememangnya kita nak didik jiwa kita sentiasa berfikir tentangkepentingan  iman dalam mencorakkan kehidupan kita,merasa   indah dan manisnya nikmat ukhuwwah fillah, bahagia dengan iman dan Islam.Dibawah ini saya "copy" penulisan dari blog beliau untuk tatapan kita semua disamping saya selitkan beberapa gambar mengenai program JDK ini.






Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah,marilah kita merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt dengan segala ni'mat yang kita kecapi pada hari. ni'mat kesihatan, ni'mat makanan,ni'mat waktu lapang dan yang utama, semestinya ni'mat iman.tanpa ni'mat iman,mana mungkin kita dapat merasai manisnya iman..halawatuliman...manisnya iman, manis dari gula..moga Allah bagi peluang pada kita nak rasa ni'mat semanis-manis iman...insyaAllah..

Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berpeluang bersama dan mendekati peserta Jati Diri dan Kesukarelawan (JDK) bertempat di ILIM Besut..seronok adik-adik dapat meluangkan masa selepas SPM dengan program yang dianjurkan oleh Haluan.semoga JDK dapat melahirkan adik-adik peserta yang mempunyai nilai jatidiri yang tinggi..insyaAllah..kalau dilihat modul-modul sepanjang JDK, tidak kurang hebatnya, ada modul kemasyarakatan, modul haluanita, modul riadhah dan lain-lain..tahniah buat adik-adik peserta yang telah memilih untuk menjadi peserta JDK, selama 3 minggu di Besut...pastinya xrugi kan?

berukhwah
alhamdulillah, sepanjang saya disana saya dapat mengenali makcik-makcik haluanita dari kelantan,pahang dan juga terengganu.makcik-makcik datang untuk menjayakan beberapa slot untuk modul haluanita..jangan tak percaya, makcik-makcik datang, ada yang drive sendiri. hebat sungguh semangat makcik-makcik ni.tambah lagi, ada yang datang kemudian terus balik, sebabnya tak dapat cuti.apa yang buat saya kagum, semangat makcik-makcik nak hidupkan suasana modul dan memikul amanah sebagai fasi untuk modul haluanita, kalau nak ikutkan JDK sendiri ada fc, tapi makcik-makcik datang juga...tahniah makcik-makcik!!

 Pesert  JDK Remaja Lelaki

 Sdr Ali Irfan (Kem Komanden) bersama Tn Hj Hassan Abd Rahman (KTD)



Peserta sedang menjadi pemeriksaan kesihatan


Penyampaian Cenderahati dari Tn Hj Ab Ghani (HALUAN) 
kepada Pengarah ILIM Kawasan Timur semasa Perasmian Penutup



 Majlis Penyampaian Sijil Untuk Semua Peserta


 Peserta JDK Perempuan

selain dari semangat, makcik-makcik haluanita ni ada banyak pengalaman. pengalaman dari pelbagai sudut.makcik-makcik yang datang, bukan sekadar makcik tapi telah melahirkan ramai dai-dai muda insyaAllah. bila dengar mck bercerita bagaimana mendidik anak-anak sehingga ke tahap sekarang.saya betul-betul kagum..sentuhan tarbiah @ didikan mck kepada anak-anak jauh berbeza dengan masyarakat biasa..dari kecil lagi mck tarbiah anak-anak kenal Allah, kenal rasulullah. 

paling senang saya buat beri contoh. kalau nak menulis atau buat ayat, seorang ibu biasannya akan tulis "saya sayang ibu saya",  tapi berlainan dengan mck, dalam tarbiah anak-anak, mck tulis "saya sayang Allah"....nampak tak?bezakan...sejak kecil lagi kenal terap rasa sayang dan cinta kepada Allah...dan ada lagi contoh-contoh lain, kene cedok ilmu dengan mck nie...persiapan =)..lahir dr sudut hati saya, besar sungguh peranan ummi wa abi dalam mentarbiah anak-anak mengenal Rabbnya...

tak kurang juga dapat berta'ruf dan berkenalan dengan shbh2 dari maktab terengganu dan juga UNISZA..tak sangka dapat jumpa su kat kg lay out =)...sesungguhnya, banyak kali jumpa rasa macam pertama kali jumpa, ada sahaja perkara nak di perkatakan..hebat betul ukhwah fillah nie..

alhamdulillah, saya juga sempat mendengar ceramah dari bro Azman yang merupakan wakil haluan palestine ke gaza melalui  misi LL4G..
ceramah adalah berkaitan pengalaman beliau disana..
insyaAllah saya akan kongsikan pada  post yang akan datang,
moga Allah beri kelapangan pada saya,insyaAllah..

InsyaAllah esok adalah hari terakhir JDK..JDK 2010 akan melabuhkan tirainya...semoga usaha para urusetia,fasilitator di semua zon JDK 2010 akan mendapat nilai yang tinggi di sisi Allah swt...insyaAllah



 dmar
 

Kasihani orang yang susah....

"Ayah...kat sekolah tadi ada kawan sekelas Ijah..dia seorang aje tak dapat buku latihan, yang lain semuanya dapat.." Wajahnya agak sugul. Tak ceria seperti sebelumnya.Maklumlah sekolah baru dibuka, bila naik saja kereta, mulalah dia bercerita denganku kesah kawan-kawannya.


"Kenapa dia seorang aje tak dapat..? Soalku inginkan kepastian
"Cikgu kata, Faris sorang saja yang masih belum bayar yuran sekolah, jadi cikgu tak nak bagi buku dulu sehingga dia bayar semua yuran tu..." Ijah masih bersedih...

"Kesianlah dia ayah...."
"Apa cadangan Ijah...? " aku ingin menduga perasaannya, keperihatinannya.Adakah tarbiyah yang kita semai  memberi kesan kepada jiwanya. iatu menyayangi dan suka membantu orang-orang miskin.
"Entahlah ayah...Ijah pun tak tau...." Itulah jawapan anakku yang baru berusia 12 tahun.Sebenarnya aku ingin mendengar ia memberi jawapan "Ya..kena bantu.." tapi tidak seperti yang ku harapkan.
"Ayah rasa apa yang boleh kita buat....?" Tersentak sedikit perasaanku mendengar persoalan itu. Aku tau Faris bukanlah dari keluarga yang berada. Semasa tahun lima pun orang lain semua dah ada buku latihan sains, kecuali dia sahaja yang tiada sebab tak ada wang.

  "Kalau kita bantu dia ..macam mana? " Aku lontarkan persoalan ini kepadanya.Sengaja aku mahu meransang fikirannya untuk berfikir.
" Boleh juga, ayah nak beri berapa ?" jawabnya dengan penuh minat.
" Berapa lagi yurannya yang perlu dibayar ? tanyaku.
"Kalau tak silap Ijah RM 49.00, cikgu beri tempoh sampai esok untukdia  bayar yuran tu.." sampuknya.
" Ok...ayah akan bayar semuanya.." tegasku.
Dia tercengang melihatku...
" Ijah..!!.kita kena didik hati kita untuk menyayangi orang miskin...cuba bayangkan kalaulah Ijah sendiri menjadi dia ...macammana rasanya. Disaat Ijah sangat perlukan wang, ayah kata wang tak ada..nak makan kita pun susah...adik beradik lain pun sekolah jugak,  ..semua perlukan wang..nak berhutang ayah  terasa malu....ayah tak mampu...maafkan ayah..."
Aku sengaja mencipta persoalan. Biar dia rasa bagaimana tersiksanya perasaan seorang ayah apabila menempuh saat-saat getir seperti itu.


Berlinang airmatanya,aku pun terasa sebak didada.
" Ayah mana yang mahu melihat anaknya tidak dapat bekalan buku sekolah hanya kerana tak bayar yuran?"
Sambungku lagi

"Ijah bagi RM 10.00 dan bakinya ayah tambah..boleh tak?  " Tiba-tiba dia bersuara.Dia kata dia akan ambil dari wang tabongnya. Terharu rasanya hati ini, aku diam.Jiwanya untuk ingin membantu mulai terserlah.

"Yang penting Ijah mesti ikhlas kerana Allah...jangan sedikitpun ada perasaan ego atau mau menonjolkan diri ok...!!!, Nanti Allah tak kan terima amalan kita" Nasihatku.
Keesokan paginya, Ijah terus bertemu guru kelas dan membayar tunggakan yuran Faris. Hari itu Faris tidak datang ke sekolah. Mungkin dia sakit atau mungkin sebab dia masih tidak mampu nak membayar yuran tersebut.

Gurunya amat terharu dengan sikap anakku.Bila kembali dari sekolah Ijah pun beritahu aku apa yang berlaku disekolah.

"Ayah...cikgu kata Faris memang hidupnya susah..dia ada 10 orang adik beradik, kebanyakkannya masih belajar. tapi mereka pandai-pandai ayah..." Diraut wajahnya nampak keriangan dan kepuasan.
" Syukurlah Ijah...ayah bangga dengan sikap adik (panggilan manjanya)..kita kena prihatin dan menyayangi orang-orang susah, jika mampu bantu dia walaupun sedikit" tegasku.

" Dalam kelas tadi, cikgu kata kepada semua murid yang kita kena pupuk semangat untuk suka membantu-orang-orang yang susah" dia terus bercerita dan aku sentiasa setia mendengar.

" Cikgu ada sebut nama Ijah tak didalam kelas? " tanyaku hendakkan kepastian, Tujuan aku bertanya bukan mengharapkan pujian, tapi sebalikkya aku  tidak mahu Ijah tenggelam dengan pujian.

" Ada ayah...cikgu bagitaulah Ijah tolong bayarkan yuran Faris tu, sikap ini perlu dicontohi oleh semua murid"  sambungnya.

" Tapi....Ijah kena selalu  perbetulkan niat...bantu hanya kerana Allah. Bukan mengharapkan pujian sesiapa samada guru atau kawan-kawan. Kita buat baik kepada semua orang hanya kerana Allah samada orang lain suka atau tidak" Itulah nasihatku.

Dia hanya menganggukkan kepala. Aku mengerti sikapnya. Memang..setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini, aku selalu kaitkan dengan tarbiyah Islam, aku kaitkan dengan Penciptanya. Semua itu adalah kaedah yang cukup seni untuk mendidik HATI. Memang sukar untuk mendidik anak. Membentuk jiwa dengan "Sibghah (Corakan ) Allah". Kita harus sentiasa membimbing perasaannya agar segala tindakannya tidak terputus hubungannya dengan Allah swt, Penciptanya.

dmar

IKHLAS..mudahkah untuk diamalkan ?



Lama tak berbincang pasal sifat "ikhlas". Adakalanya kita kata kita melaksanakan sesuatu itu "ikhlas" kerana Allah. Tapi hakikatnya terselit juga niat-niat yang lain yang orang lain tidak tahu. Mungkin seorang pendakwah Islam, memberi pidato yang hebat kepada orang ramai, sehingga ramai yang menangis mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Sang daie tercetus didalam hatinya dengan rasa bangga diri, " Sebab hujah aku yang hebat dan mantap lah ramai orang sedar akan kesilapan mereka".  Seorang ahli politik yang hebat  , berpidato dengan hebat sekali diatas pentas sehingga ramai yang melaungkan takbir " AllahuAkbar" dengan penuh semangat. Ramai orang sedar tentang kebaikan Islam dan kejahatan jahiliyah. Namun didalam hati ahli politik ini merasa bangga dan gembira kerana dengan hujah yang hebat itu menyebabkan ramai orang memuji-mujinya.Tentulah peluang dia untuk mendapat jawatan parti lebih baik dan disanjung dimana sahaja dia pergi. Ada juga orang yang mengepalai demonstrasi, kononnya kerana memperjuangkan dan mempertahankan Islam, lalu dia ditangkap polis. Tapi didalam hatinya dia merasa puas dan bangga kerana masyarakat menyanjung namanya sebagai "hero" kebenaran. Ada juga orang  yang membaca doa dengan penuh perasaan sehingga dia mengalirkan airmata, menangis teresak-esak mengenangkan nasib ummmat kononnya.Sehingga ramai  orang turut menangis kerana sentuhan doa yang menikam kalbu. Sedangkan dihatinya dia terasa hebat dimana kebolehannya membaca doa boleh menyebabkan ramai orang menangis, Tentulah lebih ramai orang yang akan memanggilnya untuk  berceramah . Ini  secara tidak lansung akan menambahkan pendapatan kewangannya.

Dimana "keikhlasan" kita kerana Allah  ? Benar kah semua yang kita lakukan itu HANYA untuk Allah semata-mata ? atau sebaliknya.

AsSyahid Imam Hassan Al Banna berkata, "Apa yang aku maksudkan dengan ikhlas ialah : Setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari kereedhaanNya dan ganjaran baik dariNya, tanpa memandang sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran , terkemuka atau tidaknya. Dengan itu ia menjadi tentera(pengikut) demi fikrah dan aqidah, bukannya pengikut demi kebendaan dan kepentingan diri"
" Orang yang ikhlas , ia sentiasa takutkan kemasyhuran dan tersebarnya "sum'ah" keatas diri dan agamanya, khususnya orang yang memiliki beberapa bakat serta kebolehan.Beliau berkeyakinan bahawa Allah akan menerima amalannya secara rahsia bukannya secara zahir. Seorang manusia itu, walau masyhur mana sekalipun, sekiranya niat bercampur dengan mengharapkan penghargaan manusia. tiada nilai disisi Allah"

Jom sama-sama kita fikir-fikirkan .....sifat ikhlas nampak seolah-olah suatu perkara yang kecil namun implikasinya sangatlah besar samada  mendapat ganjaran besar dari Allah swt  sehingga masuk kedalam syorga atau amalan yang tiada dinilai langsung disisi Allah,  bagaikan debu-debu yang berterbangan. Kita bimbang apabila kita kembali kepada Allah ,kita menjadi yang  hamba nampak  seolah-olah berjaya (kerana didunia banyak melakukan kebajikan)  namun hakikatnya kita seorang yang papa dan miskin, Na'uzubillah.

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...