Rintangan Dakwah.... Tazkirah 2 (Sheikh Abbas Asyisyi)

Assalamualaikum wt, apabila saya terus membaca buku "Bagaimana Menyentuh Hati", hati saya memang betul-betul terusik dan timbul perasaan "Alangkah indahnya pengalaman yang begitu berharga dapat kita kongsi bersama" Saya cuba memudahkan dan meringkaskan sedikit penulisan ini tanpa menghilangkan maksud sebenar pengarang.

                                  RINTANGAN DAKWAH

Sesaorang yang tidak memiliki kunci, maka sukar baginya untuk masuk.Manusia yang hatinya terkunci sukar untuk dimasuki dakwah, bagaikan  sebuah peti besi yang besar (yang mungkin mengandungi barang berharga) sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil. Kunci ini terserah kepada persediaan para daie itu sendiri, berkaitan dengan potensi diri, kebijaksanaan, kesungguhan dan ketabahannya dalam memenangi hati mad'unya.Kadang-kadang dengan usaha yang kecil, Allah beri hidayah, mampu menghasilkan keuntungan yang besar kepada dakwah.


Tugas seorang daie seperti tugas seorang guru dan doktor. Seorang guru tanpa pernah rasa jemu dan putus asa terus mendidik , membimbing sedikit demi sedikit manusia sementara tugas seorang doktor adalah untuk merawat orang yang sakit. Tentu tidak masuk akal seandainya semua pesakit mendapat rawatan ubatan yang sama , kerana penyakit mereka tentu berbeza diantara satu sama lain.

Mungkinkah seorang daie mengajak orang lain untuk kembali kepada ajaran-ajaran Islam tanpa memberikan kasihsayang kepadanya?? Seorang daie yang ikhlas dan penuh kasihsayang tidak akan mengalami kesulitan untuk memasukkan apa yang ada didalam hatinya ke dalam hati orang lain.

Jika renungan mata yang penuh dengan perasaan irihati dan dengki itu dapat memberikan mudharat, manakala renungan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasihsayang akan menimbulkan  cinta dan keimanan

Adapun daie    ia ibarat Qalbu (hati), barangsiapa yang tidak memiliki hati yang berfungsi, maka ia tidak akan mendapat sambutan dari masyarakatnya.
Firman Allah yang bermaksud,"Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu"
                                                                   (Ali Imran : 159)

Hati yang beriman adalah merupakan sumber penggerak utama. Sesungguhnya "PERASAAN" dan "KASIHSAYANG" adalah "BAHASA" internasional yang dipergunakan oleh daie didalam menghadapi seluruh penduduk bumi sehingga kepada orang bisu sekalipun.Kerana rahmat Allah lah kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras, tentulah mereka menjauhimu, wahai daie.
Dengan "BAHASA" ini generasi pertama ummat dibawah bimbingan tarbiyah Rasulullah saw dapat menakluki dunia.

Rumusan:

   1. Manusia yang tiada hidayah laksana HATInya telah terkunci. Para daie harus sentiasa berusaha  dan berdoa agar Allah membuka pintu hatinya untuk menghayai dan memperjuangkan Islam.Adakalanya hati yang terkunci itu mempunyai kehebatan atau keistimewaan yang tersembunyi. Apabila kunci itu terbuka (hidayah Allah), semua kehebatan dan keistimewaan itu akan terserlah demi untuk Islam.

  2. "PERASAAN dan KASIHSAYANG" adalah BAHASA internasional yang mesti dimiliki dan dihayati oleh semua para daie ,jika ingin Bangunan Islam itu kembali kuat dan hebat kerana itulah jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah saw.

  3. Tugas daie adalah seperti seorang guru dan seorang doktor :  sentiasa mendidik, mengasuh dan membimbing mad'unya disamping dia merawat jiwanya yang sakit dengan bersumberkan iman dan taqwa

dmar

UNTUK MU SAUDARAKU.....CORETAN SHEIKH ABBAS ASYISYI

 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Lama rasanya  tak update blog ini kerana saya sebuk sedikit dengan progran berkhatan di klinik semasa cuti sekolah. Lebih dari seratus orang. Begitulah keadaannya setiap tahun. Namun saya soal diri saya berapa ramai yang telah saya sampaikan risalah Islam kepada mereka. Jawapannya tetap kabur.Dirumah pula isteri saya sebuk membaca sebuah buku hasil tulisan Sheikh Abbas Asyisyi yang bertajuk " Bagaimana Menyentuh Hati". Setelah tamat membacanya , beliau bersungguh-sungguh meminta agar  saya membaca buku itu. Bagus sekali katanya.Kemudian saya pun mula membaca. Memang persembahannya cukup menarik khususnya kepada pencinta-pencinta dakwah .Tertanam di lubuk hati saya untuk kita sama-sama berkongsi bahan tarbiyah untuk kita terus muhasabah diri kita . Agar kita sama-sama mengikhlaskan hati kita bagi meneruskan kerja-kerja dakwah Rasulullah saw.Ini adalah sebahagian kandungan buku tersebut.

                           UNTUKMU SAUDARAKU

Individu adalah komponen terkecil penyusunan masyarakat.Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalananan dan benntuk masyarakat itu sendiri..Oleh kerana itu yang menjadi tunggak kepada gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat.  Maka perbaikilah dirimu dahulu, kemudian serulah orang lain kearah kebaikan. Dengan lahirnya peribadi-peribadi mukmin akan membuka lebih banyak peluang untuk kejayaan. Inilah ciri Islam yang paling menonjol iaitu pembentukan peribadi Islam (Takwin Al Syakhsiyah Islamiyah)


     Walaupun orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak satu orang dari mereka pada setiap hari agar mahu bergabung dengan dakwah Islamuiyah,  maka dengan perlahan-lahan kita telah dapat menyelamatkan mereka dari kehinaan jahiliyah menuju kepada kemuliaan  dibawah naungan cahaya Islam  .


Bukankah ini adalah tujuan dakwah ?  Bukankah mencari pengikut dengan cara ini adalah tindakan yang bijaksana ? Didalam jamaah dakwah islamiyah . kita mengadakan satu program yang disebut projek Al Akh Al Wahid iaitu setiap anggota berjanji untuk mencari seorang anggota baru dalam setahun. Tidak seorang pun dibolehkan menangguh-nangguhkan waktu, kerana putaran waktu adalah sebahagian dari rawatan (pengubatan) dan pembentukan (Al waqtu juz'un minal ilaj wal taqwin). Setiap hari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan ummat.

     Ini semua bergantung kepada para da'ie dalam memandang kesucian dan keperluan dakwah serta bergantung kepada pengorbanan para da'ie samada harta,tenaga maupun waktu.
Dari anasir jahiliyah , Rasulullah saw mencetak pasukan hidayah.Dari anasir hidayah.Rasulullah menakluki negeri-negeri thaghut. Dari jalan inilah Rasulullah saw meletakan batu asas dakwahnya.

                                                      ( InsyaAllah akan bersambung)

DMAR

HATI : Sasaran Utama Tarbiyah

Tidak salah mengenang hari-hari yang berlalu, penuh keindahan , yang memberi kesan kepada HATI. Saya telah banyak mendengar ceramah-ceramah agama, membaca buku-buku. ceramah-ceramah motivasi dan sebagainya , namun sukar untuk dilaksanakan.Saya biasa mendengar ceramah yang penuh semangat dan hebat.Semangat saya juga bergelora. Namun lama kelamaan ianya luntur dan hilang. Saya masih ingat kali pertama saya mengikuti usrah di universiti.Naqib saya kata sasaran tarbiyah kita adalah "HATI". Hati ini perlu sentiasa kita didik dan asuh agar ia dapat mengikut acuan yang Allah kehendaki (sibghatulLah). Terfikir juga oleh saya "Hati kita sendiri , perlu juga dididik dan diasuh?" Sukar saya menerima hakikat ini, namun saya telan juga. Setiap kali pertemuan mingguan, pesanan ini tidak pernah ditinggalkan. Jiwa saya tenteram .

                         (Hati-hati dapat dididik dan diasuh melalui halaqahn dan bia'ah solehah)

Rupanya saya mempunyai tugas besar untuk mendidik hati sendiri. Setiap peristiwa yang kita lalui setiap hari samada kita sedar atau tidak , ia sentiasa memberi kesan kepada hati.Cuba kita perhatikan ,apabila anak-anak kita melihat iklan dikaca TV setiap hari. Mula-mula dia perhatikan. Lama-kelamaan dia cuba menghafal kata dan akhirnya dia akan meniru lakunan yang ada dalan iklan tersebut.Hakikatnya , iklan yang berulang-ulang itu telah memberi kesan kepada jiwa (hati) anak kita.
  Didalam TV pula pelbagai rancangan hiburan dari barat. pakaian yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas, kerosakan moral serta budaya hidup yang jauh dari Islam sentiasa mengetuk pintu hati-hati anak-anak remaja kita. Setiap hari mereka menatap majalah-majalah , akhbar-akhbar yang meransang kepada kerakusan nafsu. Tanpa disadari. nilai hidup Islam semakin asing bagi mereka.Mereka rasa selesa dengan nilai dan budaya barat yang bercanggah dengan Islam.Seorang demi seorang remaja Islam yang diharapkan untuk membela agama yang telah dibawa oleh Rasulullah saw, rebah dan tersungkur ke bumi. Malah, fenomena ini berlaku secara global dan dia merupakan "tsunami" mental yang menyerang seluruh negara Islam kini. Sedangkan kebanyakan kita masih selesa berada dalam kesenangan dan kemewahan. Selesa dengan kerjaya dan pangkat. Selesa dengan hanya beribadah dimasjid sambil mendengar kuliah agama yang diadakan. Seorang ustaz hanya selesa mengajar sekadar untuk menghabiskan sukatan pelajaran.

  Saya pernah bertemu dengan seorang ustaz yang bertugas sebagai pendakwah disebuah jabatan kerajaan. Ketika itu dia baru balik dari Sabah. Dia bercerita,

" Seronok juga jadi pendakwah ni doktor...!! Doktor tau..ana buat satu kertas kerja yang 'simple' saja, ana dapat RM 200.00. Lepas setiap ceramah dapat bayaran lagi, ana boleh 'claim' hotel dan elaun harian..."

Di Kolej Teknologi Darulnaim, pernah disatu ketika Peratuan Pelajar  ingin menjemput seorang penceramah agama (Yang biasa keluar dalam TV). Penceramah tersebut telah menetapkan bayarannya sebanyak RM 3,000.00 , tiket kapalterbang dan hotel penginapan". Oleh kerana program ini untuk pelajar maka mereka memohon untuk dapatkan "discount", namun tidak mendapat layanan sehingga akhir rancangan tersebut terpaksalah dibatalkan.
                   En Rosdi Baharom (berbaju hitam ditengah) tetap bersemangat walaupun dijamah usia

Jauh berbeza dengan sikap "daie" atau "murabbi" yang dilahirkan hasil dari tarbiyah Islamiyah. Hati atau jiwa yang sentiasa berada dibawah didikan imaniyah. Mereka sentiasa merasai Allah sentiasa mendidik mereka. Hati-hati yang sentiasa berhubung dengan Allah swt.Hati-hati yang sentiasa memburu keredhaan Allah. Merasa puas apabila Allah beri peluang untuk menyampaikan Islam kepada manusia, mengetuk pintu-pintu hati mereka agar mereka mendapat hidayah dari Allah. Hati-hati yang terhibur dengan janji Allah:

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah. menegrjakan amalan soleh, dan yang berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
                                                                                                                         (Surah Fusilat :33)

 Sebagai contohnya, kira-kira 4 tahun yang lalu saya pernah menemani seorang yang cukup lama berkecimpung didalam bidang motivasi remaja.Lebih 20 tahun hidupnya telah diwakafkan untuk Islam.Saya tertarik dengan peribadi beliau yang cukup sederhana. Walaupun rambutnya telah bertukar warna putih menjadi uban, namun beliau dapat menjiwai jiwa remaja. Ketika itu beliau mengendalikan program kem motivasi dikalangan pimpinan pelajar Islam   SMKA Melor. Ceramah beliau memang cukup menarik. Semasa rehat kami menikmati minum petang bersama salah seorang guru yang berada disitu. Guru tersebut pun bertanya :

" Kalau kami atau sekolah lain nak panggil En Rosdi, saya nak tanya jugak lah bayarannya berapa?

Teman saya hanya tersenyum lebar saja mendengar soalan itu. Saya pun terasa teringin juga nak tahu caj yang bakal dikenakan..

Jawapan yang diberikannya cukup menarik perhatian saya

" Saya tidak pernah menetapkan apa-apa bayaran pun. Yang saya hendak hanyalah 2 syarat sahaja. Yang pertama sediakan tiket saya pergi dan balik .Yang  kedua masa yang yang cikgu perlukan mestilah dihujung minggu dan tidak bertembong dengan program saya yang lain." Jawapannya tegas dan padat.

Saya masih ingat, mata  cikgu tu terkebil-kebil kehairanan, " Ehhh...selalunya penceramah motivasi letakkan harga En Rosdi...."
                               En Rosdi (No 2 dari kiri ) bersama kumpulan nasyid Shoutul Harokah

En Rosdi , teman saya tu hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan.Inilah jiwa murabbi yang sebenarnya, InsyaAllah. Semasa bersembang dengannya, saya sering diingatkan.Janganlah ada perkara-perkara lain yang mengganggu keikhlasan kepada Allah swt.
"Ana juga bimbang seandainya hati ana ini ada perasaan ujub ketika berceramah kerana ia akan menjadikan amalan kita bagaikan debu-debu yang berterbangan, Na'uzubillah"

Wahai sahabat-sahabatku...semua ini bermula dengan hati. Hati yang terdidik dan dibentuk dengan corakan iman dan taqwa InsyAllah akan menghasilkan natijah yang sangat baik. Benarlah sabda Rasulullah saw yang bermaksud," Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apa daging itu baik maka baiklah jasad itu keseluruhannya, apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya, ingatlah daging itu adalah HATI"  (Riwayat Bokhari & Muslim)

Jom sama-sama kita renungkan....

DMAR

TEGURAN KAKAK : KESAH ANAK-ANAKKU

Dalam waktu berlalu, membesarkan anak-anak. Sukar difahami. Kadang-kadang saya merasai  merasai  amat memahami mereka . Namun tidak semestinya begitu. Mereka telah berada diambang remaja dan dewasa, mempunyai perasaan rasai hati sendiri dengan adik-adik. Bila saya membaca blog puteri ke 2 saya http://mencarimatahariku.blogspot.com/ , hati terasa sayu juga mengenangkan betapa sayangnya mereka  kepada adik-adik. Anak bongsu saya yang berusia 11 tahun, telah membaca catatan ini berkali-kali, namun setiap kali membacanya airmatanya tetap mengalir.
Saya tanya kepada anak bongsu saya" Kenapa Ijah menangis". Dia kata yang dia cukup merasai betapa sayangnya kakak-kakak terhadap dirinya.

                                TEGURAN KAKAK






Sejak kecil perwatakanku(karekter) sangat berbeza (beda) dari kakak. Kalau kakak suka permainan yang lasak, diri lebih suka permainan yang keperempuanan seperti masak-masak. Kalau kakak itu banyak bicara orangnya, diri lebih suka diam tak berkata apa.. Ibarat kata arwah nenekku, kalau kakak pulang dari sekolah, seisi rumah maklum tentang kepulangannya. Kerana kakak pasti akan menyapa semua orang. Bertentangan halnya apabila diri yang pulang dari sekolah, semua orang juga tidak tahu kerana diri lebih senang diam dan berada di bilik (kamar). Awalnya juga hairan kenapa diri bersikap begitu, tapi fikirku mungkin kerana diri anak kedua, makanya miliki sifat yang menyeimbangkan perwatakannya kakak.




Terkenang suatu peristiwa sewaktu diri berada di tingkatan 3 sekolah menengah rendah (kelas 3 SMP). Akan menduduki ujian penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada penghujung tahunnya. Waktu itu kakakku berada di tingkatan 5 (kelas 2 SMA) dan juga akan menduduki ujian besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Ujian Nasional). Waktu itu, diri lebih banyak menghabiskan waktu belajar di kamar berikutan meja belajar yang terletak di kamar. Maklum belajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam ujian nanti (buru ranking). Hinggakan hanya keluar dari kamar sewaktu solat dan makan. Tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Kalau hari cuti sekolah (libur sabtu minggu), diri akan menghadiri kelas tambahan. Kalau kakakku lebih banyak berada diluar kamar. Bermain dengan adik-adik, bersembang dengan ummi dan nenek dan sebagainya. Pokoknya kakak itu masuk ke kamar hanya waktu tidur.



Suatu hari sedang bersembang dengan kakak, dan kakak berkata “ awak ini bagus, selalu belajar sebab nak dapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Tapi satu hal yang awak harus ingat, sedang awak berusaha gigih untuk mengejar cita-cita di kamar, adik-adik kita juga sedang membesar diluar. Dan melalui usia-usia mereka sekarang, mereka memerlukan perhatian dari kita untuk membantu mereka, mendengarkan mereka. Janganlah ketekunan itu menghilangkan kepekaan dan sensitivity awak terhadap orang-orang lain. Belajar hingga cemerlang itu memang perlu.. tapi masih banyak hal yang penting harus kita titik beratkan di sekitar kita..”


Teguran yang benar-benar menusuk kalbu. Ya benar, diri terlupa akan hal itu. Terlalu banyak menghadap buku, terobses dengan latihan demi latihan yang memahirkan, diri ibarat tenggelam dalam dunia sendiri hingga tak sedar yang waktu tetap berputar. Banyak hal yang berlaku tapi tidak kuhiraukan. Bukan sahaja di rumah. Bahkan di sekolah. Hanya berbicara dengan teman-teman akrab serta kelompok belajar hingga terlupa masih banyak rakan sekelas yang tidak ku sapa. Hidup dalam komuniti kelas yang kecil namun masih ada yang belum ku kenali. Apatah lagi untuk membantu rakan-rakan yang kurang memahami setiap mata pelajaran yang diajarkan guru.. Seakan terlupa istilah ilmu itu untuk dikongsi bukan untuk di bolot sendiri. patutlah ada rakan yang menyatakan diri sombong.Astagfirullahal adzim..




Nasihat kakak sudah banyak mengubahku. Ya dari ulat buku menjadi makhluk sosial memang tak mudah pada awalnya. Namun seakan ada kebahagiaan yang tersendiri apabila menghabiskan waktu dengan keluarga. Melihat telatah adik-adik yang lucu, mendengar cerita-cerita persekolahan serta kegusaran anak-anak. Mendengar nasihat ibu yang tak pernah habis, imbauan kisah silam nenek yang penuh pengalaman. Di sekolah juga baru membiasakan diri untuk menyapa semua orang setiap pagi. Dan mengambil peduli tentang kegusaran rakan-rakan serta gossip-gosip terbaru yang beredar di sekolah. Kerunsingan tentang ujian PMR yang mendatang tidak lagi membelenggu fikiran. Baru dapat belajar dengan lebih tenang dan gembira. Benarlah kata kakak, jangan terlalu tertekan (stress) memikirkan kegagalan yang masih belum berlaku. Nikmatilah apa yang ada sekarang. Belajar dengan baik dan menghargai apa yang ada disekeling. Berusaha maksimal tanpa mengabaikan orang lain. paling penting itu menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam.



Terima kasih kakakku..

Dicatat oleh amni_shamrah

Kenangan di UKM 25 Tahun yang silam....manisnya nikmat ukhuwwah

Apabila direnung kepada potrait lama ini  memang sangatlah indah. Mengelamun fikiran mengimbau masa lalu. adakalanya merasa sayu hati ini.Dua puluh lima tahun yang lalu di Fakulti Perubatan UKM , bukan suatu jangka waktu yang pendek. Maklumlah kita pernah bersama, makan bersama, beriadah , usrah bersama, tamrin bersama. Memang indah. Hanya Allah yang tau betapa indahnya nikmat ukhuwwah yang Allah campakkan didalam hati kita.Masihkah kita ingat kalau kita makan bersama di kantin atau kedai makan, berebut-rebut untuk membayar dahulu.Siapa yang berjaya dapat bayar, dia akan tersengeh kepuasan. Benarlah ..tingkat tertinggi erti persaudaraan adalah mengutamakan saudaranya melebihi dari dirinya sendiri .Itulah yang dinamakan "ithar"Kita pun biasa berbincang mengenai erti sebuah persaudaraan dalam Islam. Bagaimana Rasulullah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor. Bagaimana kasihnya sahabat-sahabat Rasulullah kepada baginda?

Apabila melihat potrait silam, mahu rasanya  saya kembali muda semasa berada di kampus.Mahu bersama sahabat-sahabat sekelian, Bolehlah bersama makan didalam talam.Boleh menatap AlQur'an bersama, kita berbincang tentang seerah Rasulullah dan sahabat baginda.Semua perjalanan yang kita lalui sentiasa berbentuk tarbawi. Membentuk dan mendidik hati untuk beriman kepada Allah.Saya masih ingat apabila saya pernah dalam kesulitan kewangan. Rasa malu nak pinjam dengan sahabat. Lalu saya pinjam wang kawan saya yang tidak terlibat didalam "lingkaran" yang sama-sama kita bina.Namun apabila seorang sahabat saya Sdr Rushdi Ramli tau, dia lantas memanggil saya.Dia tanya saya,"
" Kalau anta dalam kesusahan, kalau taknak menyusahkan  sahabat, anta nak susahkan siapa lagi?"
Soalannya berbentuk tarbawi... Berdesing telinga dibuatnya. Baru saya faham, kalau kita dalam kesusahan, orang yang pertama tempat kita mengadu hal adalah sahabat-sahabat kita.Saya masih ingat sahabat kita Zurin Adnan sanggup tidak balik semasa cuti kerana bagi kuliah untuk membantu rakan-rakan kita yang membuat perperiksaan ulangan.Ukhuwwah yang cukup tinggi.

    Saya masih ingat, betapa gigihnya Akhie Mazlan Jamaan menziarahi bilik saya dengan penuh rasa mahabbah (kasihsayang). Tanpa jemu-jemu bertanya tentang iman saya.
"Apa kabar iman abang Arif hari ini ? " Inilah soalan yang diajukan kepada saya .

Pernah beliau tidur dibilik saya. Apabila waktu subuh tiba, dia keluar dari bilik perlahan-lahan.Kemudian saya mendengar suaranya melaungkan  azan dari musalla. Beberapa minit kemudian, saya terdengar pintu bilik saya diketuk orang.
" Abang Arif...bangun...solat subuh..."  Itulah suara akhie Mazlan memanggil saya
Saya sungguh kagum dengan sikap beliau.
Apabila saya sampai ke musalla, dia pula yang menjadi imam solat subuh.
MasyaAllah, syahsiah yang telah ditunjukkan beliau benar-benar menyentuh hati saya. Sesuatu yang cukup unik.

Akhie Rushdi Ramli merupakan naqib saya yang pertama. Seorang yang cerdas, sangat berhati-hati dalam pertuturan, mudah mesra dan sentiasa mengambil berat tentang diri saya.Saya cukup bahagia mengenai antum. Saya masih ingat didalam program-program kita, kita sering diingatkan, kita mesti hidup untuk Islam, jangan smpai kita dilalaikan oleh dunia, jangan sampai bahtera dakwah meninggalkan kita. Semasa graduate kita pula sering diingatkan : kita mesti duduk dalam tarbiyah, jangan terpedaya dengan pangkat dan kekayaan, jangan sekali-kali tinggalkan agenda Dakwah dan Tarbiyah. Itulah janji setia kita. Kita seolah-olah berjanji kepada Allah agar kita akan meneruskan kerja kerja besar ini, kerja-kerja para Nabi dan Rasul.

Kini Nasa dan Amal dah jadi pensyarah, Mazlan bertugas di Johor dan Rushdi Ramli dan jadi orang besar Kementerian Kesihatan Malaysia.Kehidupan sebagai "student Medik" telah lama berlalu. Kalau dulu semua kurus-kurus (terutama bila wang biasiswa lambat masuk), tapi kini semua montel-montel. Telah memiliki ekonomi yang kukuh.Tidak pernah terbayang oleh saya kita akan bertemu semula..melalui facebook. Namun saya amat rasa bahagia kerana kita masih sebuk berusaha mengotakan janji setia kita kira-kira 25 tahun yang lalu. Setia bersama Islam. Apa lagi yang kita mau...kedudukan ? pangkat ? wang ?.. semuanya telah melimpah ruah pemberian dari Allah. Yangpenting  kita perlu  muhasabah apakah  bekalan kita untuk bertemu Allah ?. Biarlah semakin tubuh dijamah usia, semakin laju pecutan kita untuk memburu redhaNya. Menjunjung tinggi kerja-kerja mulia. Kita perlu sama-sama terjun di medan amal, bukan lagi menjadi penonton setia dipinggiran gelanggang perjuangan. Sesungguhnya saya amat bersyukur akan nikmat yang Allah kurniakan, menemui jalan ini. Ketahuilah....Antum  adalah pembimbing  saya di peringkat awal lagi sehingga saya mengenal erti kehidupan yang sebenarnya dan dapat istiqamah sehingga ke hari ini."Ya Allah kurniakanlah sahabat-sahabat ku ini dengan kebaikan dan rahmat dariMu"   Sesungguhnya saya amat menyayangi kalian.

dmar

Muhasabah Diri...Bijak Memenafaatkan Peluang....Bah 2

       



Sesungguhnya orang yang bijak dan cerdas adalah orang yang cerdik memenafaatkan masa yang berlalu di tukar menjadi ibadah (pahala).Kita menaiki kereta ke pejabat, urusan keluarga dan sebagainya, namun masa berlalu begitu sahaja. Sedangkan masa itu kita boleh melakukan banyak aktiviti.
Kita boleh berzikir, berfikir, membaca atau mendengar Al Qur'an, beristighafar (Rasulullah saw beristighafar sekurang-kurangnya 70 x sehari) . Ada kawan saya yang merakamkan hadith-hadith dan ayat-ayat al Qur'an yang pendek-pendek dan mudah didalam handphonenya.Dia kata , dia akan selalu mendengarnya apabila dia berseorangan terutama ketika memandu. Akhirnya dia telah mula dapat menghafalnya. Disamping itu dia "download" ayat-ayat suci Al Qur'an dan ceramah-ceramah agama.Cuba kita bayangkan betapa beruntungnya dia. Masa yang sepatutnya berlalu begitu saja, dapat dimenafaatkan  untuk  mengingkatkan hafalan, amalan dan ibadahnya. Dari nilai "sifar" dapat ditukar menjadi "pahala", yang sangat  berguna  kepada kita di akhirat nanti (walaupun nikmat syurga itu adalah dengan izin dan rahmat dari Allah swt jua)  
Alangkah ironinya, walaupun Allah beri  kita peluang untuk beribadah, sumber untuk berbuat kebaikan dan pahala, namun kebanyakan orang lebih suka mengisi handphone mereka dengan lagu-lagu hiburan yang melalaikan.
Sesungguhnya amat berbeza sifat orang-orang yang berwawasan tinggi dan  mengharapkan syurga  dengan orang-orang yang tidak berwawasan.

Cuba kita renungkan maksud sepotong hadith ini, : " Ahli syurga merasa sedih kerana masa-masa yang luput (semasa didunia) tidak diisi dengan berzikir kepada Allah azzawajalla" (Riwayat Tabrani dari Muadz)

Apabila saya lihat pada diri ini, alangkah banyaknya peluang membuat "pahala"   berlalu  berlalu begitu sahaja.
Ada kenalan saya kata , dia melatih diri dia untuk tidak meninggalkan solat "Dhuha". Saya tanya dia bagaimana dia boleh laksanakan sedangkan dia bekerja.Dia kata, " Di pejabatnya ada musalla,  bila saya ada peluang atau waktu minum saya disiplinkan diri saya untuk ke musalla bagi menunaikan solat sunnat dhuha. Kadang-kadang bila saya "outstation", saya singgah di masjid sebentar untuk solat dhuha, saat begitu saya cukup tenang dan bahagia bersama  Allah swt. Disaat orang lain sebuk dengan urusan dunia, saya dipilih Allah untuk sujud dihadapan Allah."

Sudah semesti untuk memiliki minda kelas pertama, kita sentiasa berfikir bagaimana kita dapat memenafaatkan peluang dan ruang yang kita ada untuk kita tukar menjadi ibadah yang ikhlas kepadaNya (ganjaran pahala).Biarlah kita didik hati dan jiwa kita untuk  sentiasa berhubung dengan Allah  swt, sentiasa mengingatiNya (berfikir). Biarlah kita menjadi pencinta akhirat. Menjadi seperti ahli syurga yang sentiasa merasa rugi apabila masa yang berlalu semasa didunia tidak diisi dengan berzikir kepadaNya . Adakalanya "hati " kita perlu dipujuk dan diasuh untuk membiasakan diri dengan memperbanyakkan ibadah kita kepadaNya.InsyaAllah dengan keikhlasan kita dan doa kita yang berterusan Allah akan mengasihi kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.Ameen

DMAR



Muhasabah Diri...Bijak Memenafaatkan Peluang...Bah 1

       Suatu malam  saya sempat mencari bahan bacaan demi untuk meningkatkan ilmu dan amal. Saya terbaca hadith dibawah yang bermaksud: 

     Dari Syadad bin Aus bahawa Rasulullah saw bersabda , “ Seorang yang cerdas adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya, dan beramal untuk (kehidupan) setelah kematiannya”   
           (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Huraian hadith ini amat menyentuh hati saya. Bukan mudah hendak jadi jiwa yang cerdas, bijak menguruskan masa agar ganjaran Allah sentiasa datang mencurah-curah. Pendek kata , kita hendak jadikan seluruh hidup kita sebagai ibadah.

Kecerdasan Rohiyah :  Apabila kita memiliki tekad dan keazaman yang tinggi , memenafaatkan setiap peluang yang ada serta berhati-hati agar setiap saat yang berlalu tidak terbuang begitu saja untuk kebaikan dunia dan akhirat.

1.Orang yang Cerdas Sentiasa Melakukan Muhasabatun Nafs (Muhasabah diri)

a)  Muhasabah Sebelum Beramal.

                Perbetulkan niat : ihlas kerana Allah
              →  lihat kemampuan kita untuk melaksanakannya
               →  lihat faedahnya kepada diri, jika tiada faedah maka tinggalkanlah

   b) Muhasabah setelah beramal
            Ada 3 jenis
                i) Muhasabah perkara yag harus dilaksanakan berkaitan dgn hak Allah dan hak
                    manusia
                                ? Ikhlas kerana Allah
                                ? sesuaikah dgn sunnah Rasulullah
                                ? kelalaian dalam ibadah, ? kekhusyukan solat, melakukan maksiat ketika   
                                   berpuasa
                                 ? Mengungkit sedekah 

              ii)  Muhasabah terhadap perbuatan yang seharusnya ditinggalkan (termasuk perbuatan maksiat)
                             - dari dosa besar hinggalah dosa kecil
                             - meninggalkan pertama yang lebih utama dari kurang utama
                                  Eg : solat bersendirian dirumah,sedangkan kita berkemampuan utk solat                       
                                         berjemaah kemasjid yang pahalanya jauh lebih besar
                                        Jika selalu melakukan perkara terlarang, segeralah memohon ampun
                                        kpd Allah swt
                                       Jika kita berjaya meninggalkannya, adakah ia kerana Allah atau
                                        motivasi yang lain.

            iii) Muhasabah terhadap urusan biasa yang dilaksanakan.

                             - aktiviti keduniaan yang biasa dilaksanakan. Adakah ia diiringi utk meraih
                               pahala Allah atau tidak?
                             - dengan melaksanakannya adakah kewajipan agama terabai atau tidak             


  Wahai saudara yang saya kasihi..Saya menyeru diri saya dan saudara sekelian , marilah kita menafaatkan masa yang Allah kurniakan semaki mungkin.Jadilah kita seorang yang cerdas ruhiyahnya. Bijak menjadi peluang. Memenafaatkan setiap peluang yang ada itu untuk kita "tukar" untuk menjadi pahala.

---AKAN BERSAMBUNG--

DMAR

PERGINYA SEORANG MUROBBI : DATO' USTAZ DAHLAN MOHD ZAIN

 Petang ini entah macammana terbuka hati untuk melihat blog puteri sulong saya

Dia selalu tanya saya "Kenapa ayah tak tulis kesah Pemergian Murobbi kita Ust Dahlan Mohd Zain didalam blog ayah, along memang sentiasa ternanti-nanti tulisan ayah". Saya hanya memberi tahunya yang saya masih belum berkesempatan untuk menulis. Rupa-rupa dalam diam-diam dia mengumpulkan beberapa keping gambar lama yang cukup bernilai, bahan-bahan pengalaman yang pernah saya ceritakan kepadanya lalu dituliskan didalam blognya (Sebenarnya tulisan didalam blognya ditujukan khas kepada putera pertamanya ,Umar Al fateh) ia juga boleh menjadi bahan tatapan untuk kita semua. Saya memang terkejut penulisannya cukup baik untuk menjadi tatapan kita semua. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita meneruskan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah sehingga kita kembali kepadaNya,InsyaAllah :





                                       AlMarhum Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain

Bismillahirahmanirahim.....
Subhanallah ...Maha suci Allah yang mentadbir seluruh kehidupan kita. dari saat kita terjaga..berurusan sehinggalah akhirnya kita kembali terlantar tidur..Dari awal kehidupan sehingga pula kita sampai ke penghujung hidup kita.. Maha Suci Allah swt...yang menguruskan setiap inci usia kita....

Umar...hari ini, adalah hari lahir ummi..hari ini juga adalah hari pulangnya seorang murobbi yang tulus, Ustaz Dahlan (UDMZ) kerahmatullah...Pulang ia ke sisi Tuhannya yang begitu kasihkannya...Setelah beberapa waktu koma dan bernafas hanya dengan bantuan mesin semata-mata, akhirnya hari ini, 18 september 2010, Allah swt telah menjemputnya pada jam 9.55 pagi tadi... Disaat ummi dan seisi keluarga kita sujud kesyukuran di atas nikmat usia yang Allah beri pada ummi, rupanya disana..Allah swt mengambil Ustaz Dahlan untuk kembali padaNya..Telah selesailah urusan UDMZ di dunia ini... 

 Tertubuhnya sebuah institusi..Bangunan Pertama yang terbina di MATRI


Sahabat-sahabat berganding bahu mendirikan dinding bangunan..

Umar, melewati kembali kesungguhan UDMZ dalam menterjemahkan fenomena baru dalam dakwah dan tarbiah di malaysia pada awal 80an, ummi merasa terpanggil untuk berkongsi dengan umar bagaimana kesungguhan dan keikhlasan itu sehinggalah akhirnya dari seorang peribadi ini, lahirnya beribu-ribu kader2 dakwah di bawah pimpinan Al-fadhil ustaz..Ini juga, ummi dapati dari cerita2 atuk yang tak pernah putus bercerita semenjak ummi mula meningkat dewasa dulu...Agar anak-anak itu mengerti hakikat perjuangan dalam menegakkan islam itu ada permulaannya tetapi tiada pengakhirannya.....dan hari ini, dengan perginya peribadi ini...dakwah itu masih akan terus diwarisi dan berjalan....cuma bezanya kita kehilangan seorang murobbi.......

 pakcik mud, atuk umar, pakcik mat dan pakcik zakaria di hadapan rumah UDMZ



                                            gambar ini diambil dalam lingkungan 1989- 1990

Dalam hal-hal tarbiah, Al-fadhil ustaz merupakan seorang yang sungguh berlemah lembut dan sabar. Antara kehebatannya, beliau sangat berhikmah. Pernah dulu dalam suatu peristiwa besar yang berlaku, Allah uji kesetiaan anggota-anggotanya, Al-fadhil ustaz tidak sedikit pun merasa takut, cemas atau terancam akan berkurangnya anggota jamaah, bahkan beliau berpandangan...sesiapa yang ingin keluar dan pergi dari jamaah ini, dia tidak akan menghalang, tetapi sesiapa yang ingin terus setia bersamanya, kita akan teruskan dakwah ini bersama-sama....Maka sebahagian kecilnya keluar kerana sedikit ujian itu melunturkan keyakinan mereka, terhadap kepimpinan ustaz, namun..masih ramai yang kekal setia disisinya..subhanallah....dari usaha-usaha mereka akhirnya hari ini melahirkan ratusan aktivis dakwah..bahkan ribuan anak-anak generasi baru yang sedang menanti sentuhan proses dakwah dan tarbiah itu....samada didalam atau luar negara.

 Semenjak dari usia muda..sehingga kini di ambang 50 an..
masih istiqamah dengan dakwah dan tarbiah


Disini terbinanya sebuah cita-cita


Ummi masih ingat sewaktu kecil dahulu, kerana ummi anak sulung, atuk dan nenek umar selalu bawa ummi bersama-sama mereka ke MATRI...berdaurah, mendengar penyampaian, bersama-sama meletakkan diri salam suatu proses tarbiah..waktu ini, meskipun ummi masih kecil, tetapi bila kini ummi fikir dan ingatkan kembali...Subhanallah.. MATRI itu terbina dari titisan-titisan peluh sahabat-sahabat...Ia adalah tempat bermulanya sebuah institusi dakwah...Tempat yang mengumpulkan hati-hati dan jiwa-jiwa yang suci murni untuk menerima didikan islam secara syumul...Mungkin, kerana ini jugalah kenapa Al-fadhil ustaz begitu menyintai bumi MATRI...Ummi masih ingat sewaktu ummi bersekolah disini...Al-fadhil ustaz sendiri yang memotong rumput di padang bola, bahkan..dia juga yang menyapu sampah, membersihkan longkang..ada waktunya beliau akan membaiki sendiri pintu kelas yang usang..bila ditanyakan kenapa ustaz tidak suruh pekebun sahaja yang buat?...kata ustaz, Matri ni dah macam rumah pertama ana..Ana suka berkhidmat untuknya..Disini tempat ana mencurahkan segala perasaan ana...Rupa-rupanya umar, kata atuk, MATRI ini dulu sahabat-sahabat sendiri yang susun batu-batanya, tidak kira doktor, jurutera, guru, arkitek dan sebagainya..semuanya akan ke MATRI setiap minggu untuk sama-sama membina bangunan surau Matri..Surau itulah bangunan pertama yang menyaksikan pembinaan generasi awal.......


 Suatu ketika dahulu..


Generasi muda dulu kini telah tua..


Bermukhayyam bersama-sama..


Ummi teringat kata-kata Al-Fadhil Ustaz dalam satu penyampaiannya.." Hari ini, bila melihatkan sahabat-sahabat yang datang dari jauh untuk sama-sama kita berkumpul, menampakkan kesetiaan..ada yang ana kira tidak kurang daripada 30 tahun, 20 tahun...tetapi masih beriltizam dengan dakwah dan tarbiah. Ada yang mula dengan rambut hitam, janggut hitam, sekarang dah jadi putih. Jadi alhamdulillah..satu kesetiaan dan kita pohon pada Allah swt supaya teruskan kita setia dengan islam dan setia dengan organisasi untuk membawa kita beribadah semata-mata pada Allah swt dalam semua kegiatan hidup kita..moga2 kita terus beriltizam dengan kerja-kerja islam.."



yea umar...inilah buktinya...sahabat-sahabat telah berpuluh-puluh tahun berpulun tenaga untuk melaksanakan kerja-kerja islam, agar proses tarbiah ini akan terus diwarisi dari generasi ke generasi... Sungguh takjub Allah mengatur kesinambungan ini...dari zaman muda mereka hingga menginjak usia tua, masih istiqamah dengan kerja-kerja islam..berfikir bagaimana nak membangunkan sebuah masyarakat yang mengamalkan islam...di celah-celah masyarakat, mereka bergerak dalam satu saff...bak kata atuk umar, di hujung minggu...mereka semua bertebaran ke serata tempat untuk menyampaikan dakwah, mentarbiah diri dan masyarakat untuk kesedaran islam...dan apabila tiba wkatu kerja, mereka masuk ke pejabat seperti sedia kala..seolah-olah tiada apa-apa yang mereka lakukan...padahal hujung minggu mereka, mereka lebih sibuk dari hari biasa....


SUBHANALLAH umar....sistem apakah lagi yang boleh membentuk peribadi-peribadi ini menjadi sekuat dan segigih ini ....?


Al-fadhil ustaz juga seorang yang berpandangan jauh. Pernah dulu, dia melihat fenomena futur dari medan dakwah kerana tuntutan kehidupan, kerja, anak-anak, masalah keewangan dan sebagainya melontarkan kader-kader yang siap ditarbiah ini lewat mengikuti arus dunia..Titisan air mata murrobi lantaran dakwah kehilangan da'e..Pada hari ini, jahiliah semakin kuat mencengkam jiwa-jiwa putera-puteri yang pernah kita didik sehingga mereka tewas dan hanyut di bawa arus jahiliah yang dasyat...Ummi teringat pesanan Al-fadhil ustaz pada kami dulu, katanya...bila antum keluar dari MATRI, pastikan antum kembali semula kesini dalam keadaan yang lebih baik dari antum disini..kerana antum adalah graduan dari madrasah dakwah & tarbiah.... Kita kehairanan kenapa ustaz berpesan begini, rupanya pada satu waktu memang ada fenomena pelajar matri yang culture shock setelah keluar matri untuk melanjutkan pelajaran..kerana hebatnya tujahan godaan dunia luar untuk menarik mereka jauh dari proses ini...telah ramai yang tertewas dan tercicir..




Umar..kamu adalah penerus kepada perjuangan ini...kamu adalah kekuatan untuk ummi dan abi...UDMZ pernah berpesan, jalan ini, jalan yang kita sedang tempuh ini adalah suatu jalan yang panjang..tidak ramai yang mampu bertahan..memang benar umar...kerana itu, kita cuba untuk merintis jalan ini perlahan-lahan agar insya-Allah, kita sampai ke husnul khatimah...Hari ini, kebetulan papa am akan fly ke mesir, kita semua sekeluarga tidak dapat ke perlis untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Al-fadhil Ustaz..Susunan Allah..padahal sahabat-sahibah yang lain seluruh malaysia telah berduyun-duyun membasahi bumi mata ayer perlis...untuk menziarahi jenazah ustaz buat kali terakhir....











Ya Allah..cucurilah rahmatmu ke atas rohnya...tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta terimalah amalan-amalannya..Sesungguhnya ya Allah..kami menyaksikan dan menikmati kebaikannya di dunia ini...Al-Fatihah....

Selamat Tinggal sahabatku..
[Nada Murni,1990]

Selamat tinggal sahabatku
pemergianku hanya sementara
namun perjuangan tidakku lupa
bersemadi dijiwa..

Ku masih perlukan bimbinganmu
dan ku masih perlukan pimpinanmu
dalam menuju keredhaan ilahi
bantulah diri ini...

ya Allah..restuilah perpisahan ini..
ya Allah restuilah..

ukhuwah dipupuk berlandas keimanan
disulami dengan keikhlasan..
tertawa berduka kita saling bersama
membait memori perjuangan kita...

air mata ditumpah jangan
tapi taburkan doa dan keikhlasan 
jua relakanlah perpisahan ini
semoga bertemu kembali..

perjuangan suci yang telah dilalui
membantu kita dalam mengenal diri..
mawaddah, mahabbah kita semai di hati
dalam mengeratkan silaturahim...


Kenangan akhir..









MARILAH KITA BUAT PERSIAPAN UNTUK BALIK ‘KAMPUNG’

Malam ini saya membuka ruangan facebook. Saya cukup tertarik dengan dengan catatan sahabat saya Sdr Rosdi Baharom didalam facebooknya. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman (lebih 20 tahun) didalam bidang motivasi remaja dan kekeluargaan. Sehingga kini beliau masih aktif memberi ceramah motivasi di seluruh negara. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai HEP Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kelantan.Semoga kita dapat kongsi bersama hasil catatan beliau.




                                                        Saudara Rosdi Baharom


Setiap diri kita berhajat untuk mendapat kebahagiaan. Malah kita diciptakan oleh Allah SWT untuk menikmati kebahagiaan. Kita dituntut oleh Allah SWT supaya mengejar kebahagiaan. Memperoleh kebahagiaan adalah misi hidup kita. Penderitaan dan kesiksaan yang paling berat adalah terhalang dari mendapat kebahagiaan ini. Justeru, kita perlu pastikan bahawa aktiviti-aktiviti kehidupan kita mestilah berkaitan dengan kebahagiaan dan menuju kebahagiaan ini.
Salah satu perkara yang membahagiakan kita di dunia ini adalah dapat ‘balik kampung’. Kampung ini mungkin kampung ibu bapa atau nenek moyang kita.
Apabila kita meninggalkan kampung ini dengan sebab-sebab tertentu, kita sentiasa ingin kembali ke tempat asal ini kerana kita merasakan kebahagiaan berada di kampung dan akan berusaha untuk balik semula ke kampung. Setiap peluang akan digunakan untuk balik kampung. Kecintaan dan kerinduan kepada kampung ini menyebabkan kita selalu membuat persiapan agar usaha balik kampung ini tidak tergendala. Alangkah sedihnya kawan-kawan kita, disebabkan faktor-faktor tertentu tidak dapat balik kampung.
Anak-anak yang dimuliakan Allah SWT.
Kampung kita yang sebenarnya adalah SYURGA. Syurga adalah tempat asal kita dan syurga dicipta oleh Allah SWT sebagai tempat mendapat kebahagiaan yang hakiki. Segala kebahagiaan yang dinikmati oleh manusia tidak akan bermakna sekiranya kita tidak mendapat kebahagiaan di syurga ini.
Kita mesti berusaha sedaya upaya. Memerah segala keringat dan membelanja apa yang kita miliki untuk sampai di sana. Kenapa? Ini adalah kerana segala bentuk kebahagiaan tidak akan ada ertinya kalau kita tidak menjejakkan kaki di kampung yang dirindui. Di kampung inilah kebahagiaan yang sebenar. Di kampung inilah akan dinikmati segala kebahagiaan dan ketenangan.
Kita telah dipisahkan dari kampung kita ini tetapi Allah SWT berjanji bahawa Allah SWT akan membenarkan kita kembali dengan syarat. Apakah syaratnya? Kita mestilah mentaati Allah SWT dalam segala perkara. Syarat ini kelihatan mudah tetapi sebenarnya harga balik kampung ini sangat mahal. Hanya mereka yang dikurniakan himmah yang tinggi dan iradah yang kuat sahaja akan melangkah masuk ke kampung ini nanti.
Kenapa kita mesti berusaha untuk sampai ke kampung ini. Ini adalah kerana di sana sahajalah kebahagiaan. Tempat alternatif bagi kampung ini adalah keperitan dan kesakitan yang tidak terhingga. Tempatnya adalah neraka. Kita perlu berusaha semaksimumnya untuk mengelakkan diri dari berakhir di tempat ini. Di sinilah kemuncak kesakitan dan siksaan. Tiada yang sama dengan neraka ini. Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Qayyim al Jauziyah, "Allah menjadikan api neraka untuk mencairkan hati yang keras semasa di dunia"
Justeru, anak-anak yang dimuliakan Allah dan dikasihi sekalian, marilah mula dari sekarang kita membuat persiapan dan memulakan perjalanan yang panjang dan sukar untuk balik kampung. Inilah perjalanan yang paling membahagiakan walaupun sukar kerana jika kita tidak berakhir di kampung ini, kita akan sengsara selama-lamanya.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita di sepanjang Ramadhan dan mengurniakan kita taqwa. Semoga meningkat iman kita dan kesensitifan kita terhadap kehendak Allah SWT dalam hidup kita.

Maafkan ana yang sangat mengharapkan keampunan Allah dan kemaafan kalian. Kepada anak-anak abah yang sempat membaca catatan ini, abah memohon maaf dan akan berusaha untuk menjadi abah yang lebih baik di masa akan datang. Abah mencintai anak-anak abah sepenuh hati dan sangat berhajat untuk membawa anak-anak abah balik kampung. Abah tidak akan bahagia sekiranya ada di kalangan anak abah yang tercicir dan tak dapat balik kampung.


“Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya ketika saling berjumpa di hari Ied mereka mengucapkan: Taqabbalallahu Minna Wa Minka (Semoga Allah menerima amal ibadah saya dan amal ibadah Anda)”


Atsar ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al Mughni (3/294), dishahihkan oleh Al Albani dalam Tamamul Minnah (354). Oleh karena itu, boleh mengamalkan ucapan ini, asalkan tidak diyakini sebagai hadits Nabi shallallahu’alaihi wa sallam.

KENALAN DI PERJALANAN

Menjelang menanti  saya melelapkan mata, sempat saya melayari blog puteri ke 2 saya yang sedang menuntut di Universitas Hasanuddin (UNHAS)Makassar,Indonesia. Yang menarik perhatian saya adalah sentuhan hatinya tentang bahagia melihat suasana dakwah dan tarbiyah berjalan dimana saja dimukabumi ini.Persaudaraan Islam tidak mengenal warna kulit atau suku bangsa. Tapi ia adalah IKATAN HATI oleh Allah swt.Persaudaraan Islam adalah nikmat Allah swt walaupun kali pertama bertemu. Mungkin kita boleh syer bersama pengalaman beliau disana (http://mencarimatahariku.blogspot.com/)


Jumaat, 13 Ogos 2010. Dalam perjalanan pulang ke Jeneponto setelah 1 minggu cuti awal puasa (libur awal puasa). Sepetutnya pulang ke sana kelmarin tapi kerana kesepakatan (kekompakan) teman-teman yang mahu pulang pada hari ini memaksa diri untuk turut serta.



Merancang untuk solat jama’ zohor dan asar di luar, diri dan sahabatku Ummi Kalsom berangkat dari rusun jam 10.30 pagi. Sampai di masjid Telekom, Masjid Nurul Iman yang agak selesa dan besar. Menurut Ummi, dia sering singgah di situ untuk menunaikan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Jepot. Sewaktu tiba di masjid, kelihatan beberapa orang Hawa yang sedang menjalankan usrah (tarbiyah) di satu sudut di penjuru masjid,manakala ada satu kumpulan yang lain sedang mempelajari tilawah Al-Quran di penjuru yang lain. Bahagianya melihat satu suasana yang cukup mendidik. Biah yang selari dengan corakan Allah, biah solehah.



Semakin menghampiri waktu Zohor, ruangan masjid dipenuhi dengan kaum adam. Kaum Hawa beredar pergi. Hairan (aneh) diri memikirkan seolah-olah masjid itu memang dijadikan untuk kaum itu. Segan-segan pula diri dan Ummi masih duduk-duduk di situ. Sedang ligat otak berputar mencari kesesuaian fakta dengan kondisi, ada seorang wanita tua menegur, “hari ini kan jumaat nak, orang mau solat jumaat..”. Astagfirullahal azim.. betul-betul lupa.. Ya Allah.. bagaimana mau menunaikan solat zohor.



Bertanya pada seorang saudari yang barusan menyelesaikan usrah (tarbiyah), untung dia mengajak diri serta Ummi mengikutinya ke SMK berhampiran kerana dia sebenarnya merupakan penanggungjawab bagi program Pesantren Kilat anak-anak jurusan farmasi. Diri dan Ummi bersetuju lantaran terdesak untuk mengerjakan solat. Tidak mahu menunda solat kerana kita juga tidak tahu apa yang berlaku di depan.


Menaiki kereta (mobil) kenalan baru kami, Nurul, sempat berkenalan sedikit sebanyak. Nurul adalah alumni Unhas dari jurusan teknis angkatan 2006. Kata Nurul dia dulu bercita-cita untuk kuliyah di kedokteran namun pada sesi pengambilannya, dia gagal untuk lulus dalam ujian kemasukan SPMB. Setahun setelahnya dia mencoba lagi namun tidak mengingat nombor peperiksaannya. Akhirnya Nurul pasrah. Mungkin bukan takdirnya untuk menjadi seorang dokter. Senyuman manis gadis yang berusia 22 tahun itu sangat bersahabat. Membawa kami ke tempatnya untuk menunaikan solat dan menghantar kami kembali ke masjid Nurul Iman.



Diri sangat bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk berkenalan dengan Nurul dan melihat suasana program pesantren kilat yang mereka jalankan. Berkenalan dengan siswi-siswi SMK, generasi baru yang diharap untuk mendokong syiar Islam di pundak mereka. Wajah-wajah jernih mengundang rasa kasih yang mendalam di pojok hati walau baru pertama kali mengenali. Teringat suasana sewaktu program-program di Malaysia dulu.. suasana yang penuh dengan biah yang mendokong. Suasana yang mengingatkan pada Allah dan membina iman.



Berpamitan di depan masjid Nurul Iman di tempat kami mula berkenalan, dalam hati mengharapkan supaya akan ada lagi pertemuan. Ya, sahabat kerana iman itu akan saling merindu tika berjauhan dan saling menghargai tika berdekatan
 
Amni_shamrah
 
Kesimpulan : 1.Kita mesti didik hati dan jiwa kita untuk sentiasa mencari peluang berkasihsayang kerana
                       Allah swt.
                     2. Melahirkan rasa seronok melihat "Biah Solehah" (Suasana yang baik), dan kita sentiasa
                        teruja untuk berada didalamnya.
                    3. Sentiasa mendidik dan memproses hati dan jiwa kita untuk kasih dan cinta kepada kerja-
                        kerja dakwah dan tarbiyah Islam.
 
dmar

SECEBIS KESAH SEMASA SOLAT TARAWIH DI KOTA BHARU

  Sesungguhnya ukhuwwah fillah adalah sesuatu yang cukup indah, manis, sukar hendak dibayangkan tetapi dapat dirasai oleh hati-hati yang beriman.Tidak dapat kita bayangkan sebuah kesah ketika berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin yang dikurung di dalam satu bilik penjara di Mesir. Mereka kelaparan. Tetapi apabila mereka di berikan sebiji buah limau, tiada seorangpun ketinggalan melainkan semuanya dapat merasai sedikit daripada limau tersebut, MasyaAllah..

     Malam kelmarin, saya berkesempatan menunaikan solat tarawih di dataran Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu. Kerajaan Negeri Kelantan memang setiap tahun membina sebuah kemah besar berhawa dingin khas untuk solat tarawih.Ia boleh memuatkan hampir 2,000 orang jemaah. Selalunya bilangan jemaah sampai melimpah keluar.Dua orang imam telah didatangkan khas oleh kerajaan negeri daripada Mesir.Bacaannya cukup mantap dan mencari daya tarikan untuk orangramai datang.Saya rasa cukup selesa bersolat di sini seolah-olah kita bersolat di Masjidil Haram.

    Pada malam kelmarin, Allah mengizinkan saya untuk bersolat Isya' dan bertarawih  disana. Hujan turun dengan renyai-renyai menyebabkan orang berebut-rebut untuk mencari tempat teduh.Saya berkesempatan untuk solat di kaki lima disebuah bangunan kecil disitu.Ada seorang lelaki separuh umur yang sudah mengangkat takbir dihadapan saya.Cuma dikawasan sujudnya hanyalah simen yang  agak  basah dan dipenuhi pasir jalanan, tidak beralas. Disebelah saya berdiri seorang pemuda yang berpakaian kemas dan memakai kain serban di bahunya.Saya dapati agak lama pemuda itu melihat kearah tempat sujud lelaki dihadapannya,  basah dan agak kotor. Tiba-tiba dengan senyuman dan tenang, pemuda itu mengambil kain serbannya yang bersih lalu menghamparkannya ditempat sujud lelaki di hadapannya.Allahu Akbar...tersentuh hati kecil saya melihat peristiwa itu.

  Setelah memberi salam, lelaki itu terus menoleh kebelakang. Dengan senyuman dia berjabat tangan dengan pemuda disebelah saya lalu mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih. Saya tanya pemuda itu mengapa dia sanggup letakkan kain serbannya yang bersih sebagai hamparan sedangkan tempat sujud itu basah dan agak kotor

    " Saya tidak rela dahi sujud saudara saya yang ingin mengagongkan Allah berada ditempat yang kotor dan basah..."

    Begitulah indahnya sebuah kasihsayang kerana Allah. Hati yang terdidik dengn iman sentiasa sensitif dengan saudara-saudara se Islam. Hati yang terdidik dengan iman tiada tiada sedikit pun perasaan benci kepada sesama Islam.Malah ada ketikanya kasihsayang kepada saudaranya melebihi dirinya sendiri.

dmar

RENUNGKAN DAN BERFIKIRLAH....

Telah lama tidak mendengar  tazkirah yang menyentuh hati . Dua hari lepas sekadar ingin mendidik hati, saya dan kawan-kawan bermalam bersama , bersusah sebentar meninggalkan keluarga. meninggalkan tilam empuk, meninggalkan bilik yang selesa.Tujuan kami hanya satu. Untuk mendekatkan diri kepada yang Yang Maha Esa. Muhasabah diri yang banyak dosa. Kuliah Subuh telah diberikan oleh seorang rakan yang datang dari Kuala Lumpur pada jam 5.00 pagi. Ada sesuatu yang menarik didalam penyampaian beliau.

     "Dengan adanya peningkatan IMAN dan TAQWA , ia akan menjadikan kita lebih berkemampuan untuk menjadi seorang daie dan murabbi (pendidik).Kekuatan yang diperlukan termasuklah:

       1. Kekuatan Ilmu : Pembacaan, berfikir.
       2. Kekuatan Iman
      3. Kekuatan Pengalaman : Pengalaman dan berdakwah dan Tarbiyah (Pendidikan)

Beliau berkata lagi, " Pada tahun 90 an, saya pernah terdedah dengan Abim, Jemaah Tabligh dan saya dapati setiap kerja mesti bermula dengan Iman. Kemudian ada seorang teman dari Pulau Pinang mencadangkan saya membaca sebuah buku "The Foundamental of Islam" tulisan Abu Ala Maududi.Saya ulangi membacanya sehingga beberapa kali tamat. Akhirnya dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa untuk mengembalikan jiwa Islam, kita mesti kembali kepada pembentukan IMAN.Cita-cita saya adalah untuk melahirkan seramai mungkin mad'u (orang yang ingin didakwahkan), Untuk dakwah ini lebih berkembang dengan pesat saya sentiasa berfikir bagaimanakah untuk melahirkan mad'u yang mampu mencari mad'u baru "

  MasyaAllah....minda kelas pertama. Permikiran beliau sentiasa untuk Dakwah ini......Hidup beliau asyik berligar diatas paksi Islam. Siapa lah saya... Siapalah kita yang sentiasa asyik dengan memikirkan kerjaya, memikir cara untuk mengumpul harta. Kita rasa sudah cukup rasa selesa dengan bersolat jemaah di masjid, membaca alQur'an. Semua itu adalah merupakan tanggungjawah kita kepada Allah.Adakalanya kita lupa satu sunnah Rasulullah yang sangat penting iaitulah tanggungjawab "Dakwah dan Tarbiyyah". Jom sama-sama kita muhasabah diri kita



     

    

MALANGNYA NASIB SEORANG IBU.....

Kesah ini memang benar-benar berlaku.Disuatu pagi saya merawat seorang perempuan tua , berjalan perlahan-lahan menggunakan sebatang tongkat kayu. Wajahnya sangat uzur, keletihan dan jangkaan umur kira-kira 75 - 80 tahun.Saya melayan dia dengan baik sehingga selesai rawatan.
" Makcik datang dengan siapa ? tanya saya dengan ringkas.
" Makcik datang seorang aje doktor, makcik tumpang kereta orang kampung.. " jawabnya dengan nada sayu.
Saya merenung wajahnya yang sangat uzur, berjalan pun hampir tidak mampu.Seolah-olah disebalik wajahnya yang tua itu tersembunyi seribu satu rahsia.Oleh kerana tiada pesakit lain, perbualan kami semakin rancak.
" Makcik tiada anak ke ? " tanya saya
" Ada, tapi dia benci makcik, anak-anak dia pun di ajar untuk membenci makcik..." dia menjawab dengan suara yang sayu. Sebak dadanya.

Saya tersentak mendengar jawapannya, terkejut, tidak pernah terbayang difikiran saya seorang ibu yang telah sanggup berkorban apa jua yang ada demi untuk menjaga dan mendidik anaknya sehingga besar panjang sanggup membencinya. Seorang ibu yang sanggup tak tidur demi untuk menjaga anak apabila sakit. Seorang ibu yang  tidak sanggup melihat anaknya digigit walaupun oleh seekor nyamuk. Seorang ibu yang tidak sanggup melihat anaknya menangis kerana kelaparan...MasyaAllah Seorang ibu yang tak pernah rasa jemu menyuapkan makanan ke dalam mulut anak semasa kecil. Tidak pula pernah merasa jijik untuk menyuci najis dipunggungnya. Saya terus mendengar dia bercerita lagi..

  " Doktor tau....bila sampai waktu makan, dia (anaknya) hulurkan makanan yang telahpun sejuk dengan muka yang masam, macam bagi makan kepada seekor kucing. ....makcik nak telan nasi pun tak mampu...dia benci sangat pada makcik, doktor..." Airmatanya mengalir membasahi pipi...sayu...(Disaat menulis kenangan ini pun saya  tak mampu untuk menahan airmata dari mengalir) . Suaranya lemah sekali..pilu..

Saya tanya dia kenapa sampai jadi begitu sekali..
" Dia kata makcik tak adil membahagikan harta. Anak-anak makcik dah buat keputusan, siapa yang dapat tapak rumah, maka dialah yang kena jaga emak. Kemudian dia kata tapak rumah tu sedikit sahaja, tak adil..sejak tinggal bersamanya makcik cukup derita. Anak-anaknya dilarang untuk manja dengan makcik malah dia suruh agar menjauhi makcik.." jelasnya.

  Lantas saya tanya dia macam mana dia nak balik. Dia kata nak naik teksi. Untuk mendapatkan teksi dia terpaksa berjalan kira-kira 100 meter dari klinik saya. MasyaAllah ..saya lihat dia nak berjalan keluar dari bilik rawatanpun hampir tidak mampu. Berjalan perlahan-lahan dengan bertongkat. Mana mungkin seorang anak mampu melihat  ibunya sendiri  yang sakit  merangkak untuk mendapat rawatan. Sebagai manusia yang mempunya hati dan perasaan tidak akan membiarkan seorang yang sangat uzur tanpa dibantu. Apatah lagi ibu yang melahir dan membelai kita semenjak dari kecil lagi. Tidak masuk akal dan sukar untuk dipercayai.

Penyusunan Allah memang sentiasa indah. Disaat itu tiada pesakit lain yang ingin berjumpa saya. Saya pun menawar diri untuk menghantarnya pulang.
" Makcik..mari saya hantar makcik pulang...makcik tak boleh jalan jauh...makcik sakit..."
Dia hanya mengikut saja arahan saya tanpa bantahan.  Saya pimpin tangannya. Hati saya terlalu sebak.Ingin menjerit rasanya,ingin saya menangis semahu-mahunya...Hanya Allah yang tahu...Bila saya pimpin tangannya, saya merasakan sungguh-sungguh seolah-olah makcik itu sebagai ibu saya sendiri.Kenapakah manusia sanggup melakukan semua  ini kepada ibu  sendiri  hanya kerana secebis harta dunia, sedangkan api neraka yang amat dahsyat sedang menanti kita kerana derhaka..

    Setelah mengambil ubat, saya pun menhantar makcik itu pulang kerumahnya. Rumahnya jauh didalam kawasan kampung, jalannya agak sempit walaupun telah di tar, dikawasan sawah padi. Akhirnya saya sampai di persimpangan kecil. Dia minta saya diturunkan dia disitu. Saya pimpin tangannya keluar dari kereta dengan penuh rasa belas. Kira-kira 50 meter dari situ saya dapat melihat sebuah rumah kayu yang sederhana besarnya. Yang menarik perhatian saya, saya juga dapat melihat seorang lelaki dalam empat puluhan sedang mencuci sebuah kereta Proton Saga.

   " Siapa tu makcik...." tanya saya

  " Itulah dia anak makcik yang makcik cerita tadi.." jawabnya dengan sayu..

MasyaAllah....terkejutnya saya...Ini bukan kesah sebuah drama TV yangmana skripnya boleh kita karang semahu kita. Tapi ini adalah sebuah realiti kehidupan. Bukankah salah satu tanda hari hampir kiamat adalah apabila ibu-ibu melahirkan tuan-tuannya ? Sama-samalah kita jadikan iktibar.

Ingatlah : Berbaktilah sebaik mungkin kepada kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup, jangan sekali-kali menyakiti hati mereka, belailah mereka sepertimana mereka telah membelai kita dengan penuh rasa kasihsayang sejak kecil lagi. Apabila mereka telah kembali kepada Allah, pintu untuk kita berbakti dan memohon ampun telah tertutup, walaupun kita mengalirkan airmata darah sekalipun. Ya Allah..Ampunilah dosa-dosa kami..Ameen.

dmar

HILAL ASYRAF MENYUNTIK SEMANGAT BARU DI KELANTAN

Hampir setahun saya mengenal Muhamad Hilal Asyraf bin Abd Razak melalui Facebook. Kemudian saya menyusuri penulisan beliau melalui blog beliau, kemudian melalui website beliau langit Ilahi.  http://ms.langitilahi.com  .Pada awalnya saya beranggapan beliau seorang remaja biasa seperti remaja-remaja lain.Mendapat populariti melalui penulisannya, novel-novelnya seperti Langit Ilahi, VT , Sinergi dan sebagainya. Dalam diam-diam saya menjadi peminat Hilal.

Majlis perkongsian pengalaman, dari kiri Tn Hj Mohd Nasir bin Saat (YPD Haluan Kelanta),
Sdr Hilal Asyraf dan penulis


Saya dapati beliau seorang yang cukup istimewa, cukup bersopan ketika menulis dalam facebook, neraca syara' sentiasa diutamakan. Saya amat jarang berurusan dengannya melalui facebook, tapi saya sentiasa mengikuti perkembangannya.Ada juga saya ambil beberapa tulisannya untuk dimuatkan didalam blog saya ini dengan izin.


                                                       Sebahagian dari akhwat yang hadir




Pada hari jumaat lalu (16/7/10), Allah izin saya dapat bertemu Hilal Asyraf di Sekolah Rendah Ugama Al Hilal di Kota Bharu. Saya memeluk beliau. Saya memperkenalkan diri dan dia memang ingat kepada saya melalui facebook.Walaupun kali pertama saya bertemu, tapi kemesraan yang dirasai seolah-olah kami telah lama berkenalan. MasyaAllah...Indahnya nikmat ukhuwah Islam yang dinikmati...Saya tidak menyangka Hilal seorang remaja yang peramah dan cepat mesra, cukup sopan dalam perbualan dan sentiasa merendahkan diri. Inilah hasil tarbiyah yang beliau rasai selama 7 tahun di Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) di Perlis melanjutkan pelajaran ke Jordan.Corak tarbiyah Islam yang lebur didalam jiwanya. Hatinya kaya dengan kasihsayang, cinta yang mendalam kepada dakwah Rasulullah saw.



                              Dari kiri : Adik Faiz, penulis, Hilal, akhie Abd Razak dan Cikgu Ramli

Ada beberapa ungkapan yang amat menarik perhatian saya:

" Kita apabila sebut perkataan "cinta" selalu kita kaitkan dengan "kahwin", mana Hilal boleh kahwin dengan pakcik-pakcik, dengan makcik-makcik....Jadi apa makna "Cinta" bagi Hilal, bagi Hilal ia mempunyai makna yang besar. Cinta bagi Hilal , when I say I love you sama maknanya "saya nak masuk syurga bersama awak". Bukankah pelik apabila kita menyintai sesaorang kita tolak dia masuk gaung. Bukankah pelik apabila kita menyintai sesaorang tapi kita suka dia dilemparkan ke neraka...itu bukan cinta namanya...Jadi kita yang saling bercinta diatas keimanan ini,Hilal yakin  kita nak masuk syurga bersama-sama. Itu adalah satu kecintaan yang tinggi nilainya."

"Tidaklah yang Hilal capai, novel ke, website ke, facebook ke atau sebagainya menjadi bermakna tanpa TARBIYAH yang Hilal lalui,InsyaAllah"

" Kita, apabila diamanahkan oleh Allah untuk melaksanakan kerja-kerja Islam, maka laksanakanlah sebaik mungkin."

"Pencen didalam kerja dakwah dan tarbiyah hanyalah bila kita "MATI"
Kenapa sahabat-sahabat kita tidak pernah jemu dengan kerja dakwah?
"Perkara ini hanya akan kita rasai apabila kita bersungguh-sungguh, bermati-matian melaksanakan dakwah dan tarbiyah, apabila kita betul-betul  korban dengan ikhlas, betul-betul isi hidup  kita dengan Dakwah dan Tarbiyah, barulah kita dapat merasai apa yang sahabat kita rasa.Apa yang mereka rasa ?
Mereka merasa kebahagiaan dalam berjuang. Oleh itu kita hendaklah rasa bahagia dan bertuah  apabila kita mendapat tugasan dakwah dan tarbiyah untuk dilaksanakan. Allah sayangkan kita. Allah nak bagi kita syurga. Rebutlah peluang ini sebelum Allah TIDAK lagi memilih kita.Allah pilih orang lain.Maka disaat itu kita akan menyesal."
   Inilah sedikit perkongsian yang bermakna yang telah diberikan oleh saudara Hilal Asyraf kepada sahabat-sahabat kelantan. Semoga Allah mengurniakan kita merasa mulia dan bahagia melaksanakan tugas Dakwah dan Tarbiyah (D & T), Ameen

dmar











About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...