TERBAYANG SUASANA DI BUKIT SYAFA (IMAM HASSAN AL BANNA)



 Assalamualaikum wt,

Sahabat- sahabat yang dikasihi,

 Sesungguhnya saya amat mengasihi kalian kerana Allah.Meskipun telah terlalu lama saya menyepi diri dari dunia blogger, namun terasa tidak adil saya  hanya mendiamkan diri sedang kita boleh menggunakan ruang ini untuk mencipta sedikit amal yang soleh InsyaAllah. Sesungguhnya hati-hati yang sensitif sentiasa terusik dengan bahan-bahan tarbiyah. Suatu malam saya membaca satu artikel dari kitab "HADITH TSULATSA : CERAMAH-CERAMAH HASSAN AL BANNA". Lantas membuka hati saya untuk mencatatkan sedikit ringkasan dari tulisan tersebut..Bahan ini cukup sesuai untuk kita fahami , kita renungkan dan kita jadikan sebagai bahan tazkirah.





                                   TERBAYANG SUASANA DI BUKIT SYAFA
                                            (IMAM HASSAN AL BANNA)


Kita panjatkan setinggi puji dan syukur kepada Allah swt. Kita ucapkan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, segenap keluarga dan sahabatnya, serta kepada siapa sahaja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat,

Ikhwan  yang mulia,

Saya sampaikan  salam penghormatan dari Allah, yang baik dan diberkahi, Assamamualaikum warahmatullahiwarokatuh..

Ikhwan sekelian,
 Ketahuilah bahawa didalam jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka seluruh jasad itu akan baik, jika ia rosak maka seluruh jasad itu akan rosak.Itu adalah HATI.

   Kita tidak ingin merampas hati kita untuk memperolehi sentuhan yang mulia, iaitu sentuhan cinta dan persaudaraan kerana Allah, yang ditumbuh kembangkan didalam hati oleh pertemuan-pertemuan yang ikhlas seperti disaat ini. Inilah saat yang sangat membahagiakan saya apabila dapat menatap wajah-wajah anda.

   Saya berdiri dan memandang para Ikhwan. Pandangan inilah yang membawa fikiran dan perasaan saya kepada  peristiwa ditengah bukit Syafa, ketika Nabi saw untuk pertama kalinya dalam sejarah dakwah berkumpul bersama beberapa orang pilihan yang terdiri dari berbagai usia dan berasal dari berbagai tempat. Diantara mereka ada yang masih kanak-kanak, ada yang tua, ada yang muda, ada yang kaya , ada yang miskin, ada yang tokoh terkenal dan ada yang tidak terkenal, ada yang pandai dan terdidik dan ada yang ummi dan buta huruf, ada yang berstatus budak dan ada yang berstatus orang merdeka. Secara keseluruhannya jumlah mereka boleh dihitung dengan jari dan tidak melebihi seratus orang.. Baginda saw berkumpul bersama-sama orang pilihan ini  ditengah-tengah bukit Syafa, menyirami mereka dengan semangat jiwa baginda saw, berpegang teguh dengan Kitab Allah yang Agung. Dari mereka itu Baginda membangunkan ummat yang baru, dengan dakwah baru dan untuk dunia yang baru.

Wahai Ikhwan yang saya muliakan,

Sekarang saya berkesempatan berdiri di hadapan anda semua, saya menafaatkan untuk menyampaikan perasaan yang terpendam dihati saya.

Tidak mungkinkah kelompok yang ada ini menjadi pelanjut  dari kelompok terdahulu ?
Tidak mungkinkah anda menyampaikan dakwah baru untuk sebuah kelompok baru yang menjadi asas bagi mendirikan  sebuah dunia baru ?

Rasulullah saw bersabda :



Saya mengidamkan diri anda semua menjadi sebagaimana kelompok pilihan yang ada di hadapan Rasulullah saw ketika itu.Didalamnya terhimpun golongan yang miskin serba kekurangan dan golongan kaya yang rezekinya dilapangkan Allah. Kelompok ini dipimpin oleh seorang selaki (Rasulullah saw) yang  bukannya berpangkat atau memiliki ramai ahli keluarga, tetapi seorang lelaki dikalangan mereka.Maksud firman Allah swt,:
Ÿ  
" Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

                                                                                   (AlKahfi :110)

Mereka bersatu disekeliling Nabi.  Apa yang dicita-citakannya ?  Apa yang difikirkannya ?  Apa yang diinginkannya ?  Sampai sejauh manakan kelompok ini yang mengadakan pertemuan dan pembicaraan secara sembunyi-sembunyi ini?

     Mereka menginginkan menananmkan paradigma baru dalam pemikiran masyarakat, menegakkan dunia baru dimukabumi ini dan menyusun bagunan baru kepada ummat manusia dengan izin Allah.

   Tidak lama kemudian kelompok ini berhasil meemancangkan panji-panji Allah dimukabumi, menyatukan hati manusia kepada Tuhan manusia, menumbuhkan perasaan baru dalam hati, meletakkan kitab baru dihadapan ummat manusia dan mencipta generasi contoh ditengah-tengah manusia, yang mendapatkan sifat dari Allah.Firman Allah yang bermaksud,"


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah".  (Al Imran : 110)

Setelah dengan penghayatan jiwa, saya mengkhayalkan kelompok pertama yang merupakan mata rantai dakwah Rasullullah saw. Ditengah-tengah bukit Syafa ini dan saya dapati faktur utama yang menjadi landasan tertegaknya dakwah tersebut dalam jiwakelompok ini ada tiga . Seandainya ketiga-tiga hal itu berhasil diwujudkan dalam diri kita sebagaimana yang wujud dalam diri mereka, nescaya kita akan dibawa melangkah di jalan kemuliaan dan kemenangan, sebagaimana yang telah terjadi kepada mereka.

  1. Keimanan yang sempurna .

       Keimanan inilah yang membersihkan diri mereka dari keinginan apa pun SELAIN dakwah. Mereka menjadikan "La ilaha illallah" sebagai slogan hidup mereka ,pada saat yang sama mencampakkan slogan selainnya.


  2. Unsur Cinta, Kesatuan Hati dan Keterpautan Jiwa.

           Faktur apa lagi yang menyebabkan mereka berselisih ?
           Apakah mereka akan berselisih gara-gara kenikmatan dunia yang fana ataukah kerana perbezaan gaji,tugas dan status, sedangkan mereka mengetahui bahawa :

     " Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah yang paling bertaqwa" (Al Hujurat:13)


 3. Unsur Pengorbanan

       Mereka telah faham semua ini , sehingga rela memberikan apa saja untuk Allah, sampai ada dikalangan mereka merasa keberatan untuk menerima harta ghanimah yang dihalakan oleh Allah untuk mereka.Mereka merasa keberatan dan menghindarinya. Mereka meninggalkannya kerana mengharapkan pahala dari Allah swt agar amal mereka tidak dikotori oleh kepentingan peribadi.



Kesimpulan :
MasyaAllah... betapa hebatnya tarbiyah yang dipelupuri oleh Imam Hassan Al Banna.Yang ada dijiwa mereka hanyalah keikhlasan jiwa, kebersihan hati, melaksanakan segala sesuatu hanya untuk mencari REDHA Allah semata. Tiada matlamat-matlamat lain yang tersembunyi. Inilah generasi yang ingin kita bina terutama diri kita. Dalam masa yang sama kita sebarkan kepada rakan-rakan kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita. Generasi yang mampu mengubah tamadun dunia.Bukannya generasi yang hanya bijak berkata-kata, tetapi pada hakikatnya mengumpulkan angka-angka sifar.."

DMAR

   

      
     

0 comments:

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...