Walaupun peristiwa ini telah hampir 20 tahun berlalu, namun peristiwa ini tetap subur dijiwa saya. Telah berulangkali saya ceritakan kepada anak-anak dan didalam ceramah-ceramah saya, maupun didalam halaqah, namun ia tetap utuh dijiwa ini. Tidak pernah rasa jemu.Sentuhan tarbiyah yang sangat berkesan dijiwa saya. Tujuan catatan ini bukanlah untuk mengagung-agung individu tertentu, tetapi realiti yang banyak mengajar saya erti "Ukhuwah Fillah", tentang adap mera'i tetamu. Pengalaman sebegini tidak dapat dibaca melalui buku-buku. Pengalaman ini adalah lahir dari jiwa yang telah larut dan sebati dengan Tarbiyah Islamiyah sehingga lahir individu yang mulia akhlaqnya.
Ketika itu telah diadakan satu tamrin umum di Matri Perlis. Setelah program itu tamat, seperti biasa kami sempat bersalaman dengan Al Fadhil Ust Dahlan sebagai tanda selamat berpisah. Ketika itu kami 4 keluarga bercadang untuk bertolak ke kelantan . Keluarga saya, keluarga cikgu Mahmud, Mohd Muslim dan Zakaria Mat Yaman. Ketika itu kalau tidak silap saya lebih kurang jam 5.00 petang. Nak balik ke Kota Bharu, tentu sampai tengah malam.Jalan masa itu tidak seindah jalanraya sekarang.Nak melalui hutan Jeli- Grik..MasyaAllah gerun juga.Maklumlah bimbang jika berlaku kerosakan kenderaan, tentu banyak masalah nanti. Kami pun mesyuarat nak tangguhkan balik pada keesokan harinya. Bertolak pagi tentu lebih selesa, maklumlah ketika itu semuanya pakai kereta "secondhand".Tapi kami nak tidur dimana...salah seorang mencadangkan kepada kami untuk tumpang tidur dirumah Ustaz Dahlan. Dalam hati saya, berbagai perasaan timbul.Mana mungkin nak tumpang tidur dirumah ustaz. Siapalah kami ini...Dia pun tak kenal kami secara mendalam.Hanya sekadar kenal sebab datang ke program itu saja.Saya rasa tidak menasabah langsung nak tidur dirumah Ustaz. Maklumlah, ketika itu pun beliau telah uzur dengan penyakit gout nya.Lagi pun keputusan ini terlalu mendadak. Hari dah petang..kemudian nak tumpang tidur pulak. Macam manalah dia sekeluarga nak meraikan kami. Dia pun keletihan sebab majlis yang agak besar pada hari itu baru saja tamat.Ketika itu perasaan saya bercampurbaur.Rasa malupun ada kerana akan menyusahkan dia.Saya tidak tergamak nak bagitau ustaz permintaan itu.Kami bukannya 4 orang, tapi dengan isteri dan anak masing-masing
Akhirnya saya bertekad akan mendiamkan diri saya.Oleh kerana rakan-rakan lain tetap untuk "cuba" tanya ustaz tentang hajat kami, saya menurut saja.Saya masih ingat salah seorang dari kami bersuara
" Ustaz...kalau tak menyusahkan ustaz, kami hajat nak tumpang tidur dirumah ustaz malam ini boleh tak..? Kami bercadang nak bertolak ke kelantan pagi esok..."
Dengan wajah yang gembira, tanpa berfikir panjang dengan spontan dia menjawab,
"Boleh....Boleh...silakan tidur rumah ana..."
MasyaAllah......Allah yang tau perasaan saya ketika itu.Gembira bercampur rasa malu. Gembira : kerana berpeluang lebih lama untuk bersama dengan seorang murabbi, dapat melihat kehidupannya. Malu : kerana siapalah kami disisinya, hanya peserta biasa yang tidakpun dikenali. Dia pun tidak mengenali saya secara mendalam.Malu kerana sudah pasti kami akan banyak menyusahkan ustaz sekeluarga sedangkan ustaz pun keletihan dan uzur dengan gout nya
Jawapan ringkas yang beliau berikan, amat mendalam kesannya dijiwa saya.Walaupun 20 tahun telah berlalu, namun masih mantap didalam ingatan. Tidak pernah saya bayangkan, dengan spontan dan raut wajah yang gembira, sangat mudah memberi persetujuan, tanpa memikir langsung resiko yang bakal ditanggungnya. MasyaAllah.. Sentuhan tarbiyah berbentuk amali.
Kami mengekori kereta ustaz kerumahnya. Rumah ustaz ketika itu hanya rumah kayu yang cukup sederhana.Memang benar seperti kata sahabat-sahabat lain , ustaz seorang yang sangat sederhana dan suka merendahkan diri. Kami diraikan dengan penuh kemesraan dan hormat.Saya dapat merasai seolah-olah kami ini adalah tetamu istimewa bagi beliau. Ustaz yang mengangkat dan menghidangkan makanan untuk kami dengan penuh senyuman. Yang lebih hebat lagi, walaupun dalam keadaan uzur,beliau sendiri yang menyendukkan nasi kedalam pinggan kami. MasyaAllah...Malu...tapi tak mampu nak buat apa-apa.
Malam itu, setelah makan malam, kami pun duduk diatas kerusi yang agak sudah uzur.Bila ustaz tau saya seorang doktor, dia mula menarik perhatian saya dengan perbualan mengenai penyakit yang dihidapinya. Dia duduk berselimpuh (seperti duduk diantara dua sujud) dihadapan saya, bercerita mengenai penyakitnya.Saya duduk diatas kerusi, dia pula duduk diatas lantai...sekali lagi saya rasa cukup malu...mana mungkin kami duduk diatas kerusi dan dia berselimpuh diatas lantai. Kami pun bergegas untuk duduk diatas lantai bersama dengan beliau.Beliau melayan kami seolah-olah beliau telah lama mengenali kami.Ustaz seorang yang tidah gopoh memberi jawapan kepada sesuatu soalan.Selalunya beliau memberi jawapan dengan berhati-hati dan dia memberikan jawapan dengan jujur dan sempurna.Sampai waktu tidur, beliau sendiri yang mengheret tilam dan memberikan selimut.Senyuman sentiasa terukir dibibirnya.Kami terlena dengan penuh kedamaian.
Keesokannya sampailah masanya untuk bertolak ke kelantan.Salah seorang dari kami mengajaknya untuk sesi bergambar bersama.Saya tau, ustaz ketika itu kurang berminat untuk bergambar. Terfikir dihati saya , mungkin ustaz akan berasa serbasalah.Memang.... ustaz seorang yang sangat memuliakan tetamu. Langsung tidak tergambar raut wajah nya seperti seorang yang serbasalah. Sebaliknya dia dengan gembira mera'ikan hajat kami, mengabadikan gambar kenangan bersama beliau. Yang pasti kami pulang kepuasan dan seribu kenangan indah bersama seorang murabbi mithali..Kami merasai sebagai tetamu paling istimewa bagi beliau.Saya yakin, siapa saja yang menjadi tetamu ustaz, dia juga akan merasai seperti apa yang kami rasai. Sesungguhnya Ust Dahlan adalah seorang yang sangat memuliakan tetamu.Sesuatu yang perlu kita ingat,disamping beliau melaksanakan kebaikan, kita dapat merasai beliau sedang mendidik kita secara amali.
Kini Ustaz sedang uzur, marilah kita doakan agar beliau kembali sehat dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup beliau.
dmar
PENGALAMAN MENJADI TETAMU SEORANG MURABBI
Posted by
Mohd Ariff B. Abd Rashid
at
Thursday, February 18, 2010
Labels: Pengalaman
0 comments:
Post a Comment