Lawatan Sheikh Abu Bakr AlAwawida Ke Kelantan




Malam tadi (9/5/2011) merupakan detik bersejarah dimana kami menerima seorang tetamu dari Palestin iaitu Sheikh Abu Bakr Al Awawida, Penasihat Kanan Rabitah Ulamak Palestin. Beliau juga merupakan mantan pengawal peribadi Sheikh Ahmad Yassin (AsSyahid). Beliau telah dipenjara oleh tentera zionis sebanyak 8 kali. Akibat dari penyiksaan yang dahsyat secara mental dan fizikal, akhirnya kedua-dua mata beliau telah buta (akibat cahaya lesser yang kuat ditujukan kedalam matanya), namun ia tidak sedikitpun melunturkan semangat jihadnya dijalan Allah.

             Sheikh Abu Bakr Al Awawida wajah yang bersih berseri, merupakan mujahid dakwah, kedua matanya telah buta akibat dari penyiksaan zionis ,namun semangat juangnya untuk berjihad sentiasa membara.


Ust Abu Ubaidah (Penterjemah) bersama Sheikh Abu Bakr sebelum majlis dimulakan
                   

    Muqqaddimah dari ucapannya amat menyentuh hati, Beliau tahu orang yang hadir pada malam itu adalah mereka-mereka yang telah menjalani tarbiyah yang sama.Ucapan beliau agak berbeza dengan ucapan kepada orang-orang awam.Beliau memulakannya dengan doa rabithah dengan nada yang perlahan, lembut dan   amat menyentuh hati. Terasa perasaan ikatan ukhuwah yang cukup  mendalam diantara beliau dengan kami yang hadir.Wajahnya yang bersih, tenang dan seyuman yang cukup menarik. Apa yang dapat saya rasakan adalah saya amat menyayanginya.Ini adalah kali kedua saya berpeluang menemuinya. Buat kali pertamanya ialah dua tahun yang lalu . Ketika itu beliau mengimami kami ketika melakukan solat tahajjud dibulan Ramadhan di masjid Pendek, Kota Bharu,Kelantan.

Beliau memberi penerangan bagaimana mereka bekerja dan berjihad bagi membentuk generasi dan beramal dengan Islam dan cinta kepada syahid dibumi Palestin.



Walaupun beliau seorang Penasihat Kanan Rabitah Ulamak Palestin, namun ucapannya penuh dengan tawadhu'.

Pertemuan kita pada malam ini adalah nikmat yang besar dari Allah kerana pertemuan kita adalah pertemuan roh dengan roh (hati dengan hati) diatas kecintaan kita kepada Allah swt."


Menurut beliau pada tahun 1948, Masjidil Aqsa telah jatuh ke tangan Yahudi Laknatullah. Ketika itu beribu-ribu orang pejuang dari Ikhwanul Muslimin Mesir datang untuk membantu membebaskan Palestin. Ramai diatara mereka yang gugur syahid. Sesungguhnya tugas untuk membebaskan Masjidil Aqsa bukan saja tugas bangsa arab tapi tugas semua ummat Islam diseluruh dunia.

    Kemasukan IkhwanulMuslimin ke negara Palestin telah banyak memberi kesan kepada penduduk Palestin .Mereka cukup tertarik dengan akhlak, kesungguhan dalam berjihad  dan pergaulan anggota Ikhwanul Muslimin. Lantaran itu mereka mengambil dan megikuti manhaj tarbiyah IkhwanulMuslimin. Mereka mencetak diri mereka dengan manhaj ini dan akhirnya lahirlah natijah yang sama. Pada tahun 1950- 1960, ketika Presiden Jamal Nasir, beribu-ribu orang Ikhwan telah ditanggap dan di penjara, ramai juga yang telah syahid, Syeikh Abu Bakr mengatakan "Disaat itu kami berasa sangat lemah, sehingga pada tahun 1967 dimana ketika itu Sheikh Ahmad Yassin dan beberapa orang sahabatnya, antaranya Abdul Fatah Hussin, Abdul Fatah Dukhan, merekalah yang memulakan menyebarkan kembali fikrah Islam, merekrut pemuda-pemuda Palestin untuk betul-betul memperjuangkan dakwah"




Gambar kenangan bersama Sheikh Abu Bakr bersama anaknya Uwais Al Awawida

   Beliau seterusnya mengatakan," Pada tahun 1967, Sheikh Ahmad Yassin (Assyahid) dengan beberapa orang sahabatnya telah bertemu, berbincang dan berfikir bagaimanakah untuk melahirkan satu generasi yang betul-betul hebat, generasi yang sanggup memperjuangkan Islam.Kami  mendidik masyarakat, terjun kedalam masyarakat , memberi kesedaran Islam bagi melahirkan ummat yang kuat. Kami  memulakan tarbiyah dengan membina masjid, membina sekolah. Kami mengambil masa 10 tahun untuk membina kekuatan dalaman. Akhirnya pada tahun 1977 kami  telah melahirkan satu generasi yang memiliki fikrah Islam yang sebenarnya.kemudian mereka menggunakan berbagai cara (wasilah) untuk terjun ketengah-tengah masyarakat. Kami menubuhkan kelab-kelab, memasuki unversiti-universiti dan dipelbagai tempat bagi melaksanakan tarbiyah. Dan tempat yang paling subur untuk melahirkan generasi  ialah dirumah-rumah Allah iaitu di  masjid. Dalam tempuh 10 tahun kami berjaya melahirkan 10,000 orang muslim  yang betul-betul multazim, istiqamah, yang hebat sehinggalah lahirnya sebuah haraqah yang disegani pada hari ini"


Sheikh memperkatakan sesuatu kepada anaknya




“ Pada tahun 1967 – 1983, kami mempergiatkan tarbiyah kami, sehingga datangnya generasi pemuda kepada kami meminta izin untuk berjihad untuk menghancurkan yahudi tetapi Sheikh  Yassin meminta mereka agar bersabar kerana marhalah ketika itu adalah marhalah tarbiyah, marhalah untuk mempersiapkan diri. Oleh itu mereka semakin mempergiatkan tarbiyah. Mereka masuk kebandar-bandar, masuk ke kampung-kampung dan setiap lorong demi untuk menyampaikan dakwah dan tarbiyah, untuk mencari pemuda-pemuda yang sanggup berjuang dijalan Allah swt dan akhirnya pada tahun 1983 barulah mereka diizinkan untuk berjihad menentang yahudi sehingga melahirkan ramai yang gugur sebagai syuhada’ dijalan Allah. Mulai pada tahun 1981 saya  telah mula ditangkap ,dipenjara dan disiksa oleh yahudi .Dengan panjangnya marhalah tarbiyah itu, masyarakat palestin khususnya di ghaza semakin faham.Akhirnya berlakulah  “Intifadhah pertama” dimana rakyat Palestin bangun melakukan demonstrasi, pergi ke masjid-masjid”

" Pada tahun 1987 berlakunya "Intifadhah Pertama", beribu-ribu orang telah ditangkap lelaki dan perempuan, ramai yang gugur sebagai "syuhada'" dan beratus-ratus orang "syahidah" termasuklah Fatimah Najjar (Fatimah Najjar telah meletupkan diri didalam sebuah bas Israel yang penuh sesak) Oleh kerana kekejaman Israel semakin hebat maka berlakulah "Intifadhah ke dua". Kali ini suasana penentang semakin hebat dimana kita telah mampu membuat peluru sendiri.Disaat itu telah ditubuhkan unit Al Qassam yang amat ditakuti oleh tentera yahudi.Walaupun kini penduduk ghaza di bina tembuk yang tinggi, namun keimanan orang-orang di Ghaza semakin teguh. Seramai 1.5 juta orang penduduk ghaza mampu melahirkan beribu-ribu  orang hafiz dan hafizah pada setiap tahun.Inilah natijah iman hasil dari tarbiyah yang mereka lalui."



"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu.Hati-hati yang telah mengikat janji setia untuk mendaulatkan dan menyokong syari'atMu..."


   Kini Alhamdulillah, solat jumaat di Masjidil Aqsa mencapai 10,000 dan solat waktu sentiasa dihidupkan, ada bas-bas yang disediakan untuk tujuan ini.Kenapa mereka berbuat demikian? Ini agar mereka sentiasa bersemangat untuk mempertahankan Masjidil Aqsa.Menurut Sheikh Abu Bakr, kita sedang menunggu Intifadhah ke 3, diharapkan kali ini kita akan merampas kembali Masjidil Aqsa dari tangan zionis, iaitu telah menjadi impian setiap ummat muslim.Mudah-mudahan kita akan masuk ke dalam Masjidil Aqsa dalam keadaan bertakbir kepada Allah swt, dalam keadaan kita bertawadhu' kepada Allah swt dan InsyaAllah kita berdoa kepada Allah swt agar dalam 10 tahun lagi kita akan dapat bebaskan kembali masjidil Aqsa.

Kira-kira jam 10 malam beliau bersama anaknya telah meninggalkan kami menuju ke Kuala Trengganu. Mungkinkah Allah mempertemukan kita lagi atau ini merupakan kali terakhir untuk sebuah pertemuan dialam fana ini.
Bagi saya, Sheikh Abu Bakr cukup istimewa, apabila kita merenung wajahnya terasa roh jihad sentiasa mengalir disetiap urat nadinya.Pertemuan kali ini cukup berbeza dengan 2 tahun yang lalu. Dulu penekanannya bertumpu kepada penderitaan hidup di Ghaza, namun pertemuan kali ini lebih meluas lagi.Beliau juga menyentuh mengenai  usaha jihad dalam membentuk generasi.Perkara asas yang beliau tekankan adalah keperluan TARBIYAH secara bersungguh dan berterusan. Mesti berlaku pertambahan ahli, bukan sahaja mereka memiliki syahsiah Islam tetapi mampu untuk beramal dan berjihad.Saya masih ingat diantara kata-kata beliau. "Matlamat tarbiyah bukan sahaja untuk melahirkan muslim yang baik, namun kita nak membentuk mereka sehingga menjadi Muhajid Dakwah" Diakhir pertemuan itu saya sempat memeluk beliau sebagai tanda ukhuwah dan salam perpisahan.Dihati ini dapat saya rasakan disebalik ketenangan beliau, jiwa beliau telah lebur dengan jiwa perjuangan yang suci ini. " Ya Allah..lapangkan lah hati-hati ini dengan limpah iman dan keyakinan dengan keindahan tawakal kepadaMu.Suburkan hati-hati ini dengan makrifahMu.(Jika Engkau mentaqdirkan mati) matikanlah pemilik  hati-hati ini sebagai syuhada' dalam perjuangan agamaMu"

dmar

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...