Haluan Kelantan dan PIBG Sekolah Rendah Ugama Al Hilal (SERU) telah mengadakan majlis Forum Peristiwa Isra' dan Mikraj pada 10 hb Julai 2010 (27 Rejab 1431) yang lalu. Ahli Penal terdiri daripada Ust Mohd Noor bin Awang Kechik (Mantan Pensyarah Kanan UiTM Machang) dan Prof Madya Ustaz Saufi bin Ismail (UiTM Machang) dan di pengerusikan oleh Dr Mansor bin Yahya (Pakar Jantung HRPZ II). Forum tersebut di di Dewan SERU Al Hilal.Kehadiran di anggarkan kira-kira 150 orang yang terdiri dari ibubapa dan ahli Haluan Kelantan.
Menurut Prof Madya Ustaz Saufi , peristiwa Isra' dan Mikraj itu merupakan perencanaan Allah swt setelah Rasulullah mengalami banyak peristiwa-peristiwa tahun-tahun kesedihan dan ujian didalam kerja dakwah. Diantara peristiwa sebelum berlakunya Isra' & Mikraj baginda telah kehilangan isteri Saidatina Khadijah yang telah banyak membantu baginda dalam membawa misi dakwah, kemudian baginda kehilangan bapa saudara baginda , Abu Talib yang telah banyak melindungi baginda didalam perjuangan menegakkan Islam. Kemudian ditambah lagi apabila baginda berhijrah ke Tha'if, baginda telah dilontar dengan batu dan dihina.
Lalu Allah membawa Rasulullah saw berjalan melalui peristiwa Isra' dan Mikraj, perjalanan yang telah membawa makna yang cukup besar kepada ummat Islam terutamanya menerima tanggungjawab ibadah solat.
Sehabagian dari hadirin yang mendengar Forum Peristiwa Isra' & Mikraj
dmar
0 comments:
Post a Comment