Ketika itu saya bertugas di Pusat Kesihatan Selising (berhampiran dengan Pasir Putih) Kelantan.Salah seorang pesakit tetap saya adalah seorang ustaz berusia lebih kurang 35 tahun.Malangnya dia telah mengidap pengakit jantung (Ischemic Heart Disease). Dia memang sangat bergantung kepada ubat.Keluar masuk wad tu memang telah biasa baginya.Kerjaya nya membawa orang pergi Umrah dan Haji. Saya pula memang tinggal di Kuaters Doktor disitu.Saya dengan dia memang rapat dan mesra .kami selalu berjumpa di masjid.
Pada tahun itu , dia merancang nak bawa kira-kira 20 orang jemaah untuk menunaikan haji .
Suatu malam kira-kira jam 10.00 malam.ada orang yang mengetuk pintu rumah saya mengatakan ada orang sakit dada.Saya bergegas ke klinik untuk memberi pertolongan. Ini memang tugas saya. "On call " 24 jam. Rupa-rupanya ustaz tu dapat sakit dada. Dia kesakitan, tubuhnya berpenuh dan sejuk.Saya segera memberikan rawatan kecemasan. Saya lakukan pemeriksaan ECG (ujian untuk jantung). Memang, ujian menunjukkan dia mendapat serangan jantung baru. Saya bagitau dia elok-elok.
" Ustaz ada masalah jantung sikit, saya terpaksa hantar ustaz ke hospital untuk rawatan lanjut."
Kebetulan masa itu, dia dijadualkan akan membawa jemaah haji kira-kira 2 minggu lagi.
Tiba-tiba dia menangis teresak-esak.
" Doktor...tolong saya doktor...saya nak pergi ke Mekah dulu...Ya Allah....selamatkanlah saya..."
Saya memberikan ubat "GTN" untuk diletakkan dibawah lidah.Dia memang dapat serangan jantung, " Acute Myocardial Infarction". Saya perlu sesegera mungkin merujuknya ke hospital. Saya bimbang kalau dia mati di klinik ini atau pun semasa didalam perjalanan. Tambahan pula saya cukup kenal dia.Saya segera memasukkan air melalui saluran darah, IV drip. Bekalan oxygen juga diberikan.
Yang anihnya dia terus menangis teresak-esak seperti seorang kanak-kanak menangis.Jarang saya melihat keadaan sebegini .
"Sabar ustaz...InsyaAllah ustaz akan selamat, ingatlah Allah banyak-banyak..." kata saya kepadanya
" Anak saya masih kecil-kecil doktor...siapalah yang akan jaga diaorang kalau saya mati...saya takut mati doktor..." Hampir tak percaya dia meluahkan perasaannya kepada saya. Memang dia sangat sedih sambil air matanya terus bercucuran. Isteri dia tidak datang sebab kena jaga anak-anak yang masih kecil.Hanya adiknya yang mengiring beliau.
Akhirnya setelah saya pujuk, tangisannya semakin reda. Sakit dadanya reda sedikit.Saya pun merasa lega.Dia pun kelihatan semakin tenang.
" Ya Allah...izinkankanlah saya bawa orang Haji kali ini....diaorang sangat perlukan saya , doktor..!!!."
Dia tetap bersemangat untuk menunaikan ibadah haji.
" InsyaAllah ustaz akan sembuh...bersabarlah dan ingatlah kepadaNya.." jawab saya ringkas
Dia sempat memberikan seyuman kepada saya sebelum kereta ambulan bertolak.
"Terimakasih doktor...tolong doakan saya cepat sembuh..."
Setelah semua persiapan dilakukan, beliau segera dibawa ke HUSM dengan sebuah kereta ambulan.Saya sentiasa berdoa agar dia selamat sampai ke hospital untuk rawatan rapi.
Keesokan paginya saya seperti biasa ke klinik. Oleh kerana kesibukan tugas saya lupa kesah ustaz yang saya hantar ke HUSM.Kira-kira jam 10.00 pagi saya menerima call dari isterinya...
PENGAJARAN
Itulah hakikat kematian. Samada kita mahu ataupun tidak, apabila sampai waktunya kita tetap kembali kepadaNya.Tiada suatu kuasa pun yang dapat menghalangnya. Kita tiada pilihan. Semuanya haq mutlak Allah swt.Persoalannya :
Adakah kematian kita , mati yang terhina atau mulia????
Sebenarnya kematian kita pun perlu perancangan, perlu kepada persiapan. Oleh itu marilah kita mempertingkatkan amal kita sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah swt
Maksud hadith Rasulullah saw,
" Orang yang sentiasa mengingat kematian, maka hartanya yang sedikit sudah dianggap banyak.Sebaliknya (orang yang tidak mengingati kematian) jika hartanya banyak, maka ia berasa masih sedikit"
Aku datang ke kubur, lalu memanggil:
manakah orang yang terhormat dan manakah orang yang terhina,
mereka telah mati dan tak ada kabar lagi
semuanya mati dan demikian pula riwayat hidup mereka.
Hai orang yang bertanyakan orang-orang kepada masa silam
tidakkah kamu sudah mengambil iktibar masa lalu?
Bunga-bunga desa bermunculan menghiasi kampung
namun satu persatu keindahan itu hilang untuk selamanya.
Kita laksana sekuntum bunga yang masih mekar, ada diantara kita bagaikan sekuntum bunga yang mulai layu, entah esok atau lusa ia akan gugur kebumi jua untuk selama-lamanya.Fikirkanlah.......
dmar
Me
1 comments:
Perkongsian yang sangat menarik. Jangan berpuaslah dengan keimanan yang kita ada. Dan berharaplah keimanan yang kita ada, diterima oleh ALLAH swt.
Post a Comment