TARBIYAH ISLAMIYAH : SATU TUNTUTAN

Assalamu'laikum wbth,

Mungkin kita biasa terdengar ungkapan berikut iaitu:

`TARBIYAH BUKANLAH SEGALA-GALANYA, NAMUN DENGAN TARBIYAH SEGALA-GALANYA BOLEH TERCAPAI’

Hal ini amat penting bagi kita untuk memandang serius pentarbiyahan diri kita untuk menjadi insan soleh. Insan soleh ini pula adalah insan yang mampu menyolehkan orang lain yang ada di sekelilingnya.

Seseorang yang berada dalam proses tarbiah sepatutnya tidaklah hanya menggunakan waktu 1-2jam seminggu untuk mendapat tarbiah melalui wasilah halaqah. Dan ia menyangka dan mengharapkan dalam masa 1-2 jam itulah masa untuknya mendapat tarbiah dan diproses. Jika ia beranggapan demikian, maka ia silap. Amat sedikit sangatlah masa yang diperuntukan baginya mendidik dirinya dan jiwanya dikesani dengan biah tarbawiyah yakni 2 jam daripada 168 jam seminggu.

Justeru itu, penting bagi seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mentarbiah dirinya sendiri. Antara aspek yang boleh seseorang lakukan merangka program hariannya, mingguannya dan bulanannya agar dapat diisi dengan hal yang bermanfaat. Inilah aspek yang disebut oleh Sh Muhammad Ar Rasyid di dalam kitabnya bertajuk al Masar di dalam bab 'Awamil Jiddiyah Fi Hayati Ad Du'ah.'

Dalam sesi kali ini, insha Allah saya ingin mengulangi kali yang ketiganya bahan-bahan dan amalan yang patut kita ilmamkan dalam diri kita. antaranya ialah:-

1:Kita hendaklah menikhlaskan niat, perasaan yang benar dan menjauhi riya'.

2:Hendaklah membaca al-Quran satu juz sehari.

3:Hafazlah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat

4:Kita hendaklah berzikir pagi dan petang

5:Berterusanlah membaca zikir-zikir siang dan malam(al Mathurat), do'a-doa makan, perpakaian, keluar rumah, di masjid dan waktu tidur.

6:Kuasailah tafsir2 kecil seperti jalalain, atau mukhtasar tobari dan juga riyadus salihin.

7:Bacalah kitab Manhaj Haraki lil-seerah nabawiyah oleh Munir Ghodban.
8:Bacalah kitab hayatus sohabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawi.
9:Bacalah kitab fiqh sunnah oleh Sayyid Sabiq.
10:Bacalah kitab iman, rukun-rukunnya dan perkara2 yang membatalkan iman.
11:Milikilah kitab tarikh islami.

12:Janganlah anda membuang masa yang ada, perhatikanlah buku-buku Islam terutamanya Rasail Hasan Al Banna, keluarga Qutub, Said Hawa, Mustafa Masyhur, Al Qardhawi, Fathi Yakan, Maududi, Muhamad Abu Faris, Ahmad Naufal, Muhammad Ahmad Ar Rasyid dan Jasim Muhalhal.

13:Peliharalah anggota badan dari maksiat nescaya Allah akan memelihara anda dengan kecergasan dan kekuatan.

14:Janganlah anda mencari teman kecuali yang mukmin dan tidak makan bersama-sama orang yang bertaqwa.

15:Hindarilah dari perkara-perkara yang haram khasnya wanita.

16:Hendaklah anda tidur awal dan bangun awal serta tidak tidur selepas Subuh.

17:Kepada anda hendaklah bangun qiyamullail.

18:Tanamkan niat untuk jihad dan bersedialah untuknya dan mengambil bekalan untuknya.


Semoga bermanfaat dan tertingkat jiddiyah kita insha Allah. 
 

Dakwah Melalui Syahsiah Yang Baik.....

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekelian. Semoga kita terus istiqamah diatas jalanNya.Beberapa hari yang lalu saya ke KL ziarahi ibunda yang dikasihi.Disamping itu saya balik ke KB bersama puteri kedua saya yang bercuti selama 3 minggu.Dia belajar di Universitas Hasanuddin Makassar,Indonesia.Di sepanjang berada didalam kapalterbang, dia asyik bercerita mengenai pengalaman hidupnya semasa di Makassar. Sejuk hati saya kerana perbualan kami hanya berkisar diatas tajuk Islam.Dia bercerita mengenai betapa nikmatnya melaksanakan kerja dakwahnya bersama akhwat-akhwat seusrahnya.Ada satu kesah yang menyentuh perasaan saya mendengarnya. Boleh kita jadikan sebagai bahan tarbiyah.....lebih kurang begini kesahnya..

Disatu hujung minggu, puteri saya bersama rakan seusrahnya merancang untuk berkelah di kawasan air terjun di Banti Murung, kira-kira 30 km dari Rusun Rusunawa (Rumah susun sederhana sewa) tempat  tinggal pelajar Malaysia. Ia merupakan rehlah tarbawi yang dirancang untuk mengikat hati-hati rakan seusrahnya.Mereka pergi seramai 6 orang dengan menaiki sebuah kereta yang disewa, 120,000.00 Rupiah sehari. Pemandu kereta itu seorang Indonesia dalam empat puluhan. Dia hanya memakai seluar pendek sahaja.Pakaian seperti ini adalah perkara biasa saja disana Bila kereta mula bergerak, pemandu kereta itu terus membuka keset lagu rock. Maklumlah dia nak berhibur sambil memandu.Anak saya dan rakan-rakannya memulakan perjalanan dengan membaca doa perjalanan bersama-sama.

  Seketika kemudian, seorang dari rakan anak saya, Nabila meminta secara hormat agar pemandu itu memperlahankan sedikit radio kerana mereka nak membaca ma'thurat. Lantas mereka membaca bersama-sama. Ma'thurat merupakan kumpulan doa-doa yang sering dibaca oleh Rasulullah saw. Pemandu itu kelihatan diam sahaja.Tak lama kemudian dia memadamkan radio kesetnya tanpa disuruh. Dia kelihatan  memikirkan sesuatu. Mungkin juga dia hairan melihat remaja Malaysia bertindak begitu. Setelah habis membaca ma'thurat. Tetiba dia memecah kesunyian apabila dia berkata :

" Baguslah adik-adik ni...ambil bidang apa?
" Kami ambil bidang perubatan  Pak" jawab anak saya.
" Saya cukup tertarik dengan kamu semua, sebenarnya saya  sudah jarang lihat orang-oarang  muda yang praktis dengan Islam..." Wajahnya nampak  serius. Kemudian dia menyambung dengan katanya.

   " Ini yang sudah hilang dari remaja Indonesia, mereka hanyut dengan dunia hiburan, Islam sudah hilang dari hidup mereka..."
Walaupun dia sebahagian dari kelompok masyarakat Indonesia, namun dia dapat lihat perbezaan diatara yang Islamik dan tidak Islamik.
      Setelah tengah hari seperti yang dijanjikan , pemandu taxi itu datang kembali. Yang menariknya dia telah menukarkan pakaiannya kepada pemakaian yang lebih sopan dan berseluar panjang. Sebelum berpisah pemandu taxi sempat mempelawa anak saya dan rakan-rakannya

   " Saya amat senang dengan kamu semua, lain kali kalau mau pergi mana-mana....bilang aja sama saya, tambang pun boleh saya kurangkan sedikit.Saya suka bawa orang-orang soleh seperti kamu.."
Lalu dia memberikan no handphonenya kepada anak saya.

   Sebab itulah, dimana sahaja kita berada, kita mesti membawa "syahsiah Islamiyah". Kita mesti ujudkan "tamayyuz" (perbezaan) dengan suasana yang tidak Islamik.

dmar

Indahnya Nilai Ukhuwwah Islamiyah Bah. 2

Dalam melalui jalan-jalan tarbiyah ini memang banyak pengalaman indah yang pernah saya lalui. Disatu ketika, kalau tidak silap saya di tahun 4 Fakulti Perubatan UKM, seorang sahabat dari  Johor telah dimasukkan kedalam Wad Neurology (Bahagian Saraf)  HKL , usianya baru 14 tahun.Beliau telah lama menderita akibat dari penyakit saraf tulang belakang. Beliau mengalami "chronic ulcer " di kaki. Walaupun usianya masih muda , namun sentuhan tarbiyah Islamiyah telah meresap di jiwanya. Sahabat dan akhwat medik secara bergilir-gilir menziarahinya setiap waktu melawat. Tidak hairan kalau kebanyakan staff di wad tu cukup hairan melihat ramai pelawat yang datang menziarahi nya.Maklumlah bila "sahabat"  bertemunya atau  keluarganya kami selalu berpelukan tanda mahabbah dan ukhuwwah .Dia pun seorang yang mudah mesra dengan semua orang.Ini menyebabkan dia  sentiasa mendapat layanan yang cukup baik Walaupun saya tidak pernah mengenalinya selama ini, tapi dihati saya telah pun benar-benar mengasihinya seolah-olah dia adalah saudara kandung saya sendiri. Inikah yang dinamakan ukhuwwah fillah..?
 
      Ikatan ukhuwah Islamiyah amat indah. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Sukar nak ditulis diatas kertas. Kami sahabat medik telah bertugas bergilir-gilir setiap malam untuk menemani beliau. Pernah disuatu malam saya bertugas untuk menemani beliau. Ketika saya ingin menunaikan  solat ditepi katil beliau, beliau terlihat kopiah yang saya pakai senget sedikit. Sebelum saya mengangkat takbir, beliau lantas menegur saya.
  " Abang Arif...kopiah abang  Arif  sengetlah...." terkejut saya dibuatnya...
  " Betulkan skit....nak mengadap Allah kenalah kemas skit..." katanya dengan nada yang lembut sekali..
Saya  tersenyum lantas mengucapkan terimakasih diatas tegurannya dengan hati terbuka. .
MasyaAllah... walaupun perkara itu "simple" tadi dia cukup mengambil berat.

Dalam perbualan selanjutnya, kami banyak bersembang, tapi kebanyakannya berbentuk tarbawi.
 " Petang tadi ada akhawat kita ziarah ana......" Katanya memecah kesunyian
  " Mana anta tau diaorang tu akhwat kita..? Saya hanya inginkan kepastian.Apakah kriteria yang dia gunakan. Maklumlah usia baru belasan tahun.
          " Cara kakak-kakak tu bercakap , ana dapat rasakan mereka tu ikut tarbiyah kita. Lagi pun diaorang tu pakai tudung labuh dan pergelangan lengan bajunya  sempit..." jawabnya selamba.

Dalam fikiran saya, dia adalah seorang yang teliti dalam memerhati sesuatu perkara.Tidak dapat dinafikan banyak perkara yang dapat saya pelajari darinya. Dia bercerita lagi. Disuatu malam datang seorang doktor untuk merawatnya.Doktor tu masuk tanpa memberi salam pun (Doktor tersebut kini aktif dalam PAS). Dengan nada yang agak tegas doktor tersebut menegurnya

  " Ni....kudis kaki dah lama dah...kenapa tak sembuh-sembuh..? Awak tak makan ubat ke?"

Mukanya kelihatan serius, lantas dia menjawab dengan berani

    "Allah tak izin lagi doktor...nak buat macam mana..? "

Tersentak doktor tu mendengar jawapan dari seorang budak berusia 14 tahun.Mungkin dalam hatinya menyesal bertanyakan begitu.Dia pun tau, dia seorang bekas  pimpinan tertinggi persatuan pelajar Islam di kampus Medik UKM ketika itu.Saya mengenalinyaSenior saya.Doktor tersebut pun tahu setiap malam ada saja  "medical student UKM" yang tunggu pesakit ini.
Doktor tu tanya lagi.

           " Pelajar Medik yang selalu tunggu awak tu siapa ?, kawan awak ke atau saudara awak..." Raut wajahnya masih serius lagi. Dia hanya menggelengkan kepala.

          " Habis tu ..siapa..? " desaknya lagi..

Akhirnya dia jawab dengan baik sekali.

      " Dia adalah saudara seIslam saya...saudara se aqidah....."

Raut muka doktor tu lantas berubah dengan tiba-tiba. Jawapan yang benar-benar menusuk dijiwanya. Sebelum meninggalkan bilik tersebut buat kali pertama doktor itu melafazkan ucapan salam "Assalamualaikum" kepadanya.
Sejak dari peristiwa  tersebut, doktor itu sering memberikan ucapan salam dan menziarahinya dengan pendekatan yang Islamik.Semua staff diwad itu sangat mesra dengan beliau. Mereka pun tahu ,walaupun pesakit ini hanyalah seorang pelajar sekolah menengah, tetapi yang datang menziarahi beliau terdiri dari orang-orang yang baik-baik, mesra dan berkedudukan didalam masyarakat

Inilah kesan tarbiyah yang kita lalui. Inilah kesan kepada jiwa hasil dari  halaqah yang diadakan pada setiap minggu.
Tarbiyah Islamiyah yang memberikan kesan kepada jiwa dan lahir dalam bentuk amal. Memiliki ukhuwawah tinggi.
Kasihsayang yang benar-benar lahir dari proses imaniyah yang berjalan.Namun begitu...kalau kita mengambil enteng tentang tarbiyyah, kita memandang ringan dengan halaqah...mungkin  nikmat ukhuwwah Islamiyah akan hilang. Jom kita renung-renungkan bersama....InsyaAllah kita sembang-sembang di lain waktu.


          

Indahnya Nilai Ukhuwwah Islamiyah..Bahagian 1

Assalamualaikum wt,
Semoga Allah sentiasa menetapkan hati kita diatas jalan Dakwah dan Tarbiyah.Hati saya rasa terpanggil apabila puteri yang saya kasihi Mahfuzah Hanisah (nurtaqwa08.blogspot.com) dan seorang remaja Haluan ,anakanda Nor Aisyah Mohd Rashid meminta saya menulis sedikit pengalaman-pengalaman tarbawi yang pernah saya lalui semasa berada di dalam Haluan.Walaupun saya telah bersama Haluan, hakikatnya telah 22 tahun namun tidak pernah rasa jemu, malah semakin hari terasa semakin indah. Kalaulah kita diberi pilihan, mau rasanya saya kembali muda kerana terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan. Tapi usia telah diambang senja. Tidak ada pilihan lagi melainkan hakikat sebuah kematian itu semakin hampir.Apatah lagi apabila melihat putera puteri remaja Haluan semakin mekar, menyerlah, dengan jiwa Islam yang membara, bergerak keseluruh negara. Generasi remaja yang aktif dengan amal Islami amat menghiburkan hati saya. Lihat saja semasa Kelab Remaja Haluan baru-baru ini (13 - 16 Dec 2009) menganjurkan Kem Minda Kreatif di Bukit Bakar Machang.Kira-kira hampir 50 orang fasilitator (Haluansiswa) telah hadir. Mereka berbakti dengan penuh keihklasan. Hanya redha Allah yang mereka harapkan. Jiwa yang tinggi dan mulia.Setelah begitu lama Haluan menitikberatkan masalah tarbiyah, membina  syahsiayah dan keluarga dengan corakan Islam. Kini natijahnya telah mula menyerlah sehingga menyerap kepada masyarakat. Alhamdulillah, anak-anak yang lahir dari keluarga yang kita didik telah mula bangun. Mereka bangun menyahut seruan dakwah  dan tarbiyah . Dalam masa yang sama mereka melaksanakan tanggungjawab membina diri dan menyampaikannya kepada orang lain.

        Sesungguhnya salah satu ikatan yang berjaya mengikat hati sesama kita adalah UKHUWWAH ISLAMIYAH. Hati yang terdidik dengan kasihsayang akan melahirkan sifat jujur, ikhlas dan setia kepada perjuangan. Perasaan kasihsayang ini dapat kita pupuk dan suburkan melalui halaqah yang tersusun dan dengan membanyakkan suasana-suasana yang Islamik.

Di peringkat awal saya menerima fikrah ini, hanyalah dari seorang junior. Ketika itu saya sedang menuntut di Medik UKM.Kami tinggal dibangunan asrama yang sama. Pernahkah terbayang oleh kita , tanpa perasaan jemu beliau menziarahi saya hampir setiap hari. Dia datang dengan penuh rasa kasihsayang. Bercerita tentang kehidupan, pelajaran dan juga masalah agama. Terfikir juga oleh saya kenapa  dia fokus kepada diri saya. Sedangkan saya hanya insan biasa yang tiada punya apa-apa keistimewaan. Peringkat awalnya saya rasa kurang selesa sebab tiada modal untuk bercakap. Namun dia tetap mesra, mudah untuk berbincang.Kadang-kadang dia bawa makanan dan kami makan bersama-sama dibilik saya Ada beberapa persoalan  yang sering menyentuh perasaan saya. Diantaranya termasuklah :

 " Apa kabar iman abang arif hari ini...?
" Hari ini dah baca Qur'an atau belum...?
" Abang arif dah solat dhuha?...

Dalam dunia hari ini siapa yang nak soal perkara-perkara seperti ini..? Masing-masing dengan urusan mereka sendiri. Tapi beliau sangat mengambil berat tentang diri saya. Hati saya tidak mampu lagi menolak bahawa  saya dapat merasakan kehangatan kasihsayangnya. Dia takut kita terjatuh kedalam golongan manusia yang dicampakkan kedalam api neraka...Na'uzubillah. Hari-hari yang berlalu saya semakin tertarik kepada pendekatannya. Saya mula menghargai keistimewaannya. Dia seorang yang unik. Walaupun dia bukan dikalangan mereka yang bersuara lantang dikampus , namun saya merasakan dia mempunyai wawasan yang jauh.Dia mempunyai syahsiah yang tinggi, memiliki syahsiah Islam yang cukup baik, sering menjadi imam di musalla kampus.

     Suatu hari dihujung minggu, beliau bertandang kebilik saya, kami berbual berbagai isu sehingga ke larut malam. Dia suka memberi persoalan tentang matlamat hidup, masalah tiada penyerahan hati untuk di tarbiyah, bercerita tentang generasi pertama yang dididik dan di asuh oleh Rasulullah. Saya jarang sangat mendengar cerita-cerita seperti ini. Dalam ceramah- ceramah Islam ketika itu, perbincangan hanya berkisar tentang tajuk-tajuk umum, tentang fadhilat-fadhilat amal dan sebagainya. Itu pun sering diselang seli dengan gelak ketawa. Tapi perbincangan dia dengan saya amat berbeza. Dia berbincang dengan serius , namun sangat mudah senyuman terukir dibibirnya. Pada malam itu dia terlena dibilik saya.

     Apabila hampir subuh, saya terdengar dia bangun dan keluar dari bilik.Saya terus tidur. Mungkin dia balik ke biliknya. Tidak lama kemudian saya terdengar seruan azan subuh. Saya kenal suara itu. Suara sahabat saya yang baru saja keluar dari bilik saya. MasyaAllah hebatnya dia. Beberapa minit kemudian, terdengar pintu bilik saya diketuk orang.  Saya terbangun.
" Assalamualaikum. abang Arif bangun...bangun!!! Solat subuh...solat subuh...!!" suaranya lembut.
Rupa-rupanya setelah azan , dia datang kebilik saya untuk membangunkan saya dari tidur .Malu juga rasa dihati

Setelah saya bangun..barulah dia beredar....

Saya bergegas ke surau kampus. Saya terpegun apabila yang menjadi imam solat  subuh pagi itu adalah dia sendiri(sahabat saya). MasyaAllah. Benar-benar dia memiliki akhlak seorang "murabbi" dan "daie" .

Ya Allah betapa seninya sebuah hakikat TARBIYAH berbentuk amali. Penuh limpahan mahabbah fillah. Akhlak seperti ini benar-benar menyentuh hati saya.Mungkinkah ini dinamakan SAHABAT yang amat berbeza dengan seorang KAWAN...

                                                           InsyaAllah akan bersambung

dmar

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...