Perlu sentiasa memperbaharui niat kita


Niat..perlu sentiasa di perbaharui .Jika tidak, adakalanya amalan agama pun menjadi matlamat keduniaan. Dengan memperbaharui niat kerana mencari redha Allah, kerja keduniaan pun mendapat ganjaran pahala selagi mana perbuatan tersebut selari dengan tuntutan syara'
   ..
Pada hari ini ; ummat Islam yang baik didalam masyarakat memang masih  ramai , merasa selesa dengan keamanan beribadah, masjid yang banyak dan indah, banyaknya sumber ilmu Islam seperti di masjid dan melalui  TV, masyarakat yang suka menderma dan masih prihatin dengan isu-isu ummat Islam. Golongan ini masih ramai. 

Ustaz Fathi Yakan menjelaskan bahawa dalam  masyarakat, masih ramai orang yang mampu menjadi rakyat yang baik didalam sebuah daulah Islam, tetapi dalam suasana Islam itu dagang. sistem Islam tidak tertegak, kita tidak begitu memerlukan orang-orang seperti ini. Sebenarnya kita ketika ini kita kekurangan PENDOKONG-PENDOKONG  Islam, kita kekurangan pekerja-pekerja Islam. Orang-orang Islam yang memahami Islam, kemudian mencorakkan kehidupannya dengan Islam dan dia menyebarkan  dan memperjuangkan  Islam. Ini yang kurang. Kita ingin membina seramai mungkin pekerja-pekerja Isla,m

Pernah seorang ustaz datang ke klinik saya, dia baru pulang dari negeri Sabah.
Dia kata.. Seronok berdakwah di negeri Sabah, doktor
Saya tanya dia, Seronok macam mana Ustaz?
Dalam benak fikiran saya, tentulah seronok sebab dia boleh berdakwah dan menyebarkan  Islam kepada masyarakat Sabah dengan berkesan atau dia berpeluang untuk mengislamkan orang disana. Inilah jawapan yang saya tunggu.

Lantas dia menjawab dengan wajah berseri, Buat  satu kertaskerja lebih kurang pun dibayar RM 100.00, Satu ceramah dibayar RM 200.00 . Tambang flight free dan Elaun bermalam disana pun dibayar kerajaan...seronok doktorDia tersenyum kepuasan.

Saya terkejut dan kehairanan. Rupanya memandang kerja dakwahnya dari sudut kebendaan bukan dari sudut kepuasan mencari Mardhatillah.

 Sedangkan Imam Hassan Al Banna menjelaskan bahawa,Berkorban harta, masa, kehidupan dan segalanya adalah untuk mencapai matlamat keredhaan Allah
Ya...inilah pengorbanan yang dituntut keatas saudara se Islam.

Allah berfirman yang bermaksud , 

  " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar".
                                                                           (At Taubah :111)

Firman Allah lagi yang bermaksud."
" Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyaknya." .
                (Al Baqarah 245)

Apabila Abu Darda mendengar ayat ini , ia terus bersedekah dengan harta yang paling dikasihi dan bernilaiDemikianlah kita melihat Tarbiyah Nabawiyah didalam kehidupan para sahabat dalam bentuk yang nyata.

Saidina Abu Bakar membelanjakan semua hartanya. Rasulullah saw bertanya
Apa yang kamu tinggalkan untuk anak kamu..?
Beliau menjawab Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya

Suhaib Al Rumi telah menyumbangkan segala yang dimulikinya semata-mata untuk membantu agama Allah. Lalu Allah menurunkan firmannya kepada Suhaib dan mereka yang seumpamanya.Maksud firman Allah swt

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya Karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."
                          (Al Baqarah :207)

Rasulullah saw menyambutnya denggan berkata,Beruntungkan perniagaan kamu wahai Suhaib

Oleh itu kita sentiasa memperbaharui niat kita. Agar amal yang kita laksanakan benar-benar menjurus kepada keredhaan Allah jua,,

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...