Suatu malam saya sempat mencari bahan bacaan demi untuk meningkatkan ilmu dan amal. Saya terbaca hadith dibawah yang bermaksud:
Dari Syadad bin Aus bahawa Rasulullah saw bersabda , “ Seorang yang cerdas adalah orang yang mampu mengendalikan dirinya, dan beramal untuk (kehidupan) setelah kematiannya”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)
Huraian hadith ini amat menyentuh hati saya. Bukan mudah hendak jadi jiwa yang cerdas, bijak menguruskan masa agar ganjaran Allah sentiasa datang mencurah-curah. Pendek kata , kita hendak jadikan seluruh hidup kita sebagai ibadah.
Kecerdasan Rohiyah : Apabila kita memiliki tekad dan keazaman yang tinggi , memenafaatkan setiap peluang yang ada serta berhati-hati agar setiap saat yang berlalu tidak terbuang begitu saja untuk kebaikan dunia dan akhirat.
1.Orang yang Cerdas Sentiasa Melakukan Muhasabatun Nafs (Muhasabah diri)
a) Muhasabah Sebelum Beramal.
→ Perbetulkan niat : ihlas kerana Allah
→ lihat kemampuan kita untuk melaksanakannya
→ lihat faedahnya kepada diri, jika tiada faedah maka tinggalkanlah
b) Muhasabah setelah beramal
Ada 3 jenis
i) Muhasabah perkara yag harus dilaksanakan berkaitan dgn hak Allah dan hak
manusia
? Ikhlas kerana Allah
? sesuaikah dgn sunnah Rasulullah
? kelalaian dalam ibadah, ? kekhusyukan solat, melakukan maksiat ketika
berpuasa
? Mengungkit sedekah
ii) Muhasabah terhadap perbuatan yang seharusnya ditinggalkan (termasuk perbuatan maksiat)
- dari dosa besar hinggalah dosa kecil
- meninggalkan pertama yang lebih utama dari kurang utama
Eg : solat bersendirian dirumah,sedangkan kita berkemampuan utk solat
berjemaah kemasjid yang pahalanya jauh lebih besar
Jika selalu melakukan perkara terlarang, segeralah memohon ampun
kpd Allah swt
Jika kita berjaya meninggalkannya, adakah ia kerana Allah atau
motivasi yang lain.
iii) Muhasabah terhadap urusan biasa yang dilaksanakan.
- aktiviti keduniaan yang biasa dilaksanakan. Adakah ia diiringi utk meraih
pahala Allah atau tidak?
- dengan melaksanakannya adakah kewajipan agama terabai atau tidak
Wahai saudara yang saya kasihi..Saya menyeru diri saya dan saudara sekelian , marilah kita menafaatkan masa yang Allah kurniakan semaki mungkin.Jadilah kita seorang yang cerdas ruhiyahnya. Bijak menjadi peluang. Memenafaatkan setiap peluang yang ada itu untuk kita "tukar" untuk menjadi pahala.
---AKAN BERSAMBUNG--
DMAR
0 comments:
Post a Comment