Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Lama rasanya tak update blog ini kerana saya sebuk sedikit dengan progran berkhatan di klinik semasa cuti sekolah. Lebih dari seratus orang. Begitulah keadaannya setiap tahun. Namun saya soal diri saya berapa ramai yang telah saya sampaikan risalah Islam kepada mereka. Jawapannya tetap kabur.Dirumah pula isteri saya sebuk membaca sebuah buku hasil tulisan Sheikh Abbas Asyisyi yang bertajuk " Bagaimana Menyentuh Hati". Setelah tamat membacanya , beliau bersungguh-sungguh meminta agar saya membaca buku itu. Bagus sekali katanya.Kemudian saya pun mula membaca. Memang persembahannya cukup menarik khususnya kepada pencinta-pencinta dakwah .Tertanam di lubuk hati saya untuk kita sama-sama berkongsi bahan tarbiyah untuk kita terus muhasabah diri kita . Agar kita sama-sama mengikhlaskan hati kita bagi meneruskan kerja-kerja dakwah Rasulullah saw.Ini adalah sebahagian kandungan buku tersebut.
UNTUKMU SAUDARAKU
Individu adalah komponen terkecil penyusunan masyarakat.Dia memegang peranan penting dalam menentukan perjalananan dan benntuk masyarakat itu sendiri..Oleh kerana itu yang menjadi tunggak kepada gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu dahulu, kemudian serulah orang lain kearah kebaikan. Dengan lahirnya peribadi-peribadi mukmin akan membuka lebih banyak peluang untuk kejayaan. Inilah ciri Islam yang paling menonjol iaitu pembentukan peribadi Islam (Takwin Al Syakhsiyah Islamiyah)
Walaupun orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak satu orang dari mereka pada setiap hari agar mahu bergabung dengan dakwah Islamuiyah, maka dengan perlahan-lahan kita telah dapat menyelamatkan mereka dari kehinaan jahiliyah menuju kepada kemuliaan dibawah naungan cahaya Islam .
Bukankah ini adalah tujuan dakwah ? Bukankah mencari pengikut dengan cara ini adalah tindakan yang bijaksana ? Didalam jamaah dakwah islamiyah . kita mengadakan satu program yang disebut projek Al Akh Al Wahid iaitu setiap anggota berjanji untuk mencari seorang anggota baru dalam setahun. Tidak seorang pun dibolehkan menangguh-nangguhkan waktu, kerana putaran waktu adalah sebahagian dari rawatan (pengubatan) dan pembentukan (Al waqtu juz'un minal ilaj wal taqwin). Setiap hari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan ummat.
Ini semua bergantung kepada para da'ie dalam memandang kesucian dan keperluan dakwah serta bergantung kepada pengorbanan para da'ie samada harta,tenaga maupun waktu.
Dari anasir jahiliyah , Rasulullah saw mencetak pasukan hidayah.Dari anasir hidayah.Rasulullah menakluki negeri-negeri thaghut. Dari jalan inilah Rasulullah saw meletakan batu asas dakwahnya.
( InsyaAllah akan bersambung)
DMAR
0 comments:
Post a Comment