Sesungguhnya ukhuwwah fillah adalah sesuatu yang cukup indah, manis, sukar hendak dibayangkan tetapi dapat dirasai oleh hati-hati yang beriman.Tidak dapat kita bayangkan sebuah kesah ketika berpuluh-puluh anggota Ikhwanul Muslimin yang dikurung di dalam satu bilik penjara di Mesir. Mereka kelaparan. Tetapi apabila mereka di berikan sebiji buah limau, tiada seorangpun ketinggalan melainkan semuanya dapat merasai sedikit daripada limau tersebut, MasyaAllah..
Malam kelmarin, saya berkesempatan menunaikan solat tarawih di dataran Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu. Kerajaan Negeri Kelantan memang setiap tahun membina sebuah kemah besar berhawa dingin khas untuk solat tarawih.Ia boleh memuatkan hampir 2,000 orang jemaah. Selalunya bilangan jemaah sampai melimpah keluar.Dua orang imam telah didatangkan khas oleh kerajaan negeri daripada Mesir.Bacaannya cukup mantap dan mencari daya tarikan untuk orangramai datang.Saya rasa cukup selesa bersolat di sini seolah-olah kita bersolat di Masjidil Haram.
Pada malam kelmarin, Allah mengizinkan saya untuk bersolat Isya' dan bertarawih disana. Hujan turun dengan renyai-renyai menyebabkan orang berebut-rebut untuk mencari tempat teduh.Saya berkesempatan untuk solat di kaki lima disebuah bangunan kecil disitu.Ada seorang lelaki separuh umur yang sudah mengangkat takbir dihadapan saya.Cuma dikawasan sujudnya hanyalah simen yang agak basah dan dipenuhi pasir jalanan, tidak beralas. Disebelah saya berdiri seorang pemuda yang berpakaian kemas dan memakai kain serban di bahunya.Saya dapati agak lama pemuda itu melihat kearah tempat sujud lelaki dihadapannya, basah dan agak kotor. Tiba-tiba dengan senyuman dan tenang, pemuda itu mengambil kain serbannya yang bersih lalu menghamparkannya ditempat sujud lelaki di hadapannya.Allahu Akbar...tersentuh hati kecil saya melihat peristiwa itu.
Setelah memberi salam, lelaki itu terus menoleh kebelakang. Dengan senyuman dia berjabat tangan dengan pemuda disebelah saya lalu mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih. Saya tanya pemuda itu mengapa dia sanggup letakkan kain serbannya yang bersih sebagai hamparan sedangkan tempat sujud itu basah dan agak kotor
" Saya tidak rela dahi sujud saudara saya yang ingin mengagongkan Allah berada ditempat yang kotor dan basah..."
Begitulah indahnya sebuah kasihsayang kerana Allah. Hati yang terdidik dengn iman sentiasa sensitif dengan saudara-saudara se Islam. Hati yang terdidik dengan iman tiada tiada sedikit pun perasaan benci kepada sesama Islam.Malah ada ketikanya kasihsayang kepada saudaranya melebihi dirinya sendiri.
dmar
SECEBIS KESAH SEMASA SOLAT TARAWIH DI KOTA BHARU
Posted by
Mohd Ariff B. Abd Rashid
at
Monday, August 23, 2010
Labels: Pengalaman
2 comments:
salam ayah..subhanallah..tersentuh dgn sifat pemuda tersebut. Mg Allah berikan di kemuliaan disisiNya
Alhamdulillah! indahnya akhlak seorang muslim. indahnya ukhwah andai ikhlas semata-mata kerana Allah..
Post a Comment