Telah lama tidak mendengar tazkirah yang menyentuh hati . Dua hari lepas sekadar ingin mendidik hati, saya dan kawan-kawan bermalam bersama , bersusah sebentar meninggalkan keluarga. meninggalkan tilam empuk, meninggalkan bilik yang selesa.Tujuan kami hanya satu. Untuk mendekatkan diri kepada yang Yang Maha Esa. Muhasabah diri yang banyak dosa. Kuliah Subuh telah diberikan oleh seorang rakan yang datang dari Kuala Lumpur pada jam 5.00 pagi. Ada sesuatu yang menarik didalam penyampaian beliau.
"Dengan adanya peningkatan IMAN dan TAQWA , ia akan menjadikan kita lebih berkemampuan untuk menjadi seorang daie dan murabbi (pendidik).Kekuatan yang diperlukan termasuklah:
1. Kekuatan Ilmu : Pembacaan, berfikir.
2. Kekuatan Iman
3. Kekuatan Pengalaman : Pengalaman dan berdakwah dan Tarbiyah (Pendidikan)
Beliau berkata lagi, " Pada tahun 90 an, saya pernah terdedah dengan Abim, Jemaah Tabligh dan saya dapati setiap kerja mesti bermula dengan Iman. Kemudian ada seorang teman dari Pulau Pinang mencadangkan saya membaca sebuah buku "The Foundamental of Islam" tulisan Abu Ala Maududi.Saya ulangi membacanya sehingga beberapa kali tamat. Akhirnya dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa untuk mengembalikan jiwa Islam, kita mesti kembali kepada pembentukan IMAN.Cita-cita saya adalah untuk melahirkan seramai mungkin mad'u (orang yang ingin didakwahkan), Untuk dakwah ini lebih berkembang dengan pesat saya sentiasa berfikir bagaimanakah untuk melahirkan mad'u yang mampu mencari mad'u baru "
MasyaAllah....minda kelas pertama. Permikiran beliau sentiasa untuk Dakwah ini......Hidup beliau asyik berligar diatas paksi Islam. Siapa lah saya... Siapalah kita yang sentiasa asyik dengan memikirkan kerjaya, memikir cara untuk mengumpul harta. Kita rasa sudah cukup rasa selesa dengan bersolat jemaah di masjid, membaca alQur'an. Semua itu adalah merupakan tanggungjawah kita kepada Allah.Adakalanya kita lupa satu sunnah Rasulullah yang sangat penting iaitulah tanggungjawab "Dakwah dan Tarbiyyah". Jom sama-sama kita muhasabah diri kita
RENUNGKAN DAN BERFIKIRLAH....
Posted by
Mohd Ariff B. Abd Rashid
at
Monday, August 23, 2010
Labels: Pengalaman
2 comments:
perlunya kesediaan hati yang ikhlas kan pakcik untuk menerima dakwah dan tarbiyah ini. semoga Allah sentiasa kuatkan momentum kesungguhan serta kehendak Izwah untuk sentiasa dalam prosos tarbiyah dan dakwah ini..
Didalam usaha Dakwah dan Tarbiyah, kita perlukan, kesabaran, kesungguhan, istiqamah dan setia kepada perjuangan dan kepimpinan.
Post a Comment