REHLAH TARBAWI MEMUPUK RASA UKHUWAH

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di kasihi, salah satu dari jalan-jalan tarbiyah adalah Rehlah Tarbawi. Pada 31/03/10 (Rabu) Haluan Kelantan telah menganjurkan program ini di Sri Pantai,Melawi Bachok   Pertemuan dengan sahabat-sahabat adalah sesuatu yang  sungguh indah, ukhuwah yang di bina di atas jalan dakwah merupakan ikatan hati-hati yang berjanji setia untuk menegakkan deenNya. Oleh itu ia merupakan pertemuan yang istimewa. Suatu pertemuan yang luarbiasa. Pertemuan yang pemberbaharui semula taaruf yang telah terjalin sekian lama.

   Namun rehlah kali ini menjadi lebih indah kerana ia menjalinkan ikatan diantara golongan tua dengan golongan muda. Mereka adalah roh baru yang telah mulai merasai sentuhan tarbiyah. Semoga golongan ini akan terus mekar dan mewangi , berkembangan dan merancakkan lagi gelombang laungan dakwah ditanahair kita ,InsyaAllah.


Pertandingan trompah gergasi, gabungan generasi tua dan muda

Lebih banyak pertemuan , maka lebih mendalam taaruf kita. Ikatan kasihsayang merupakan elemen yang sangat penting didalam sebuah organisasi Islam. AsSyahid Imam Hassan Al Banna telah menitikberatkan keperluan pembinaan  ukhuwah setelah di bina kekuatan dan kesatuan aqidah.


Mesranya perbualan diantara Ust Mohd Noor dengan Ust Mohamad Senik. Generasi tua kaya dengan pengalaman, sementara generasi muda kaya dengan semangat.






BroHamzah, Akhie Irwan bersama remaja lepasan SPM






Hebatnya Haluanita.....main bowling buah nyior




          Ukhuwwah Fillah.....kerja yang payah menjadi mudah...Tugas yang berat menjadi ringan
               Walaupun badan derita menanggung beban dakwah, namun masih mampu
                      tersenyum.. ,  kerana hatinya bahagia berharapkan syorga Allah....






Puteri bongsu saya yang sentiasa setia dengan program Haluan terutama Kem Anak Soleh





Peserta termuda, Abdullah Mujahid anak Rabbani &Ukhtie Mumtazah. Pendedahan anak kepada suasana yang Islamik sangatlah penting walaupun diperingkat bayi. Semoga Allah akan
memilihnya sebagai pejuang Islam disuatu hari nanti.



Program kemuncak..mencari pasangan bahagia...pertandingan menyambut belon berisi air diantara pasangan suami isteri, Tn Hj Hassan dan Kak Mah dari Pasir Mas menjadi Johan.



Makan bersama didalam talam dengan penuh kemesraan dan kasihsayang



"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu untuk memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'atMu, maka
Engkau pereratkanlah ikatannya.."



"Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat tentang Mu ..(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.."


DMAR










1 comments:

izwah April 1, 2010 at 8:13 AM  

salam..

seronok tengok rehlah ini:)
bestnya kalau dapat join sekali..
semoga ikatan hati-hati ini kuat dan sentiasa mekar hanya kerana-MU Ya Allah. insyaAllah;)

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...