TARBIYAH MELAHIRKAN SOLEH WA MUSLEH

(Assalamualaikikum wt, disini saya sertakan hasil tulisan saudara Bro Hamzah (Nama Pena ), seorang pemuda yang telah merasai dan menghayati sentuhan Tarbiyah. Beliau seorang yang aktif didalam Haluansiswa, mempunyai hasil penulisan yang mantap dan amat baik dijadikan panduan khususnya bagi remaja muslim.Kini beliau bertugas di Kolej Darul Naim,Kota Bharu Kelantan )Sila layari blog beliau di http://brohamzah.blogspot.com/


                    TARBIYAH MELAHIRKAN SOLEH WA MUSLEH



Oleh : BroHamzah



Ia bukan sekadar proses biasa



“ Proses Tarbiyah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi SOLEH sahaja. Tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai MUSLEH,” kata Al Fadhli Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.



Seingat saya inilah pertama kali, perkataan Musleh yang saya dengar. “ Musleh membawa maksud orang yang membaiki. Asal pada perkataan “islah.”



Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan kea rah yang lebih baik.



“ Baiki diri kamu dan ajaklah orang lain,” Pesanan Mustafa Masyhur untuk kita.



“ Inilah yang dinamakan sahsiah islamiyah. Peribadi yang Allah SWT suka dan kasih,” Penerangan UDMZ sememangnya simple dan mudah. Saya tekun mendengar nasihatnya pada kami dalam satu perhimpunan pagi.



Sewaktu di sekolah menengah dahulu, murabbi di MATRI sangat-sangat menekankan tentang proses pendidikan atau Tarbiyah. Ia sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut dan dihubung kaitkan dengan setiap aktiviti pelajar.



Proses tarbiyah mesti berlaku dalam setiap tindakan dan kehidupan kita. Sehingga ia menjadi malakah (darah daging kita),” kata Ustaz.



Inilah penekanan dan fokus yang ditekankan sewaktu proses awal saya dididik dengan proses tarbiyah Islamiyah. Perkataan tarbiyah ini menjadi sesuatu yang istimewa dan diakan menjadi satu yang mesti disebut dan proses pentarbiyahan itu akan dilaksanakan secara meneyeluruh agar hasilannya adalah sesuatu yang diharapkan oleh Allah SWT.



Proses Tarbiyah mesti berterusan



Proses Tarbiyah Islamiyah dan Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.



Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.
Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”
                                                                                                    (HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)



Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah


Saya berhajat ingin kongsikan satu tips atau faktor kejayaan proses Tarbiyah yang dinyatakan oleh seorang Ulamak yang terkenal.

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

Pertama

Kita harus memilikit satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan.
Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.


Kedua



Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

Sumbernya jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah.



Ketiga


Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.



Keempat



Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.



Saya juga pernah kongsikan pengalaman-pengalaman saya bersama beberapa orang Pemimpin, dan juga Murrabi yang ada disekeliling saya. Mungkin artikel ini akan memberi manfaat sebagai bahan bacaan dan perkongsian. Hasrat & Impian. dan Hargai Masa - Pengalaman Bersama Pemimpin.



Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.



Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."



Kelima



Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD.



Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.



Saya juga pernah berkongsi tentang seorang Murabbi yang sangat saya hormati dalam satu artikel “ Murrabi Ummah”. Semoga Allah SWT merahmati semua murrabi yang pernah mendidik kita semua dengan keikhlasan dan kasih sayang.





Keenam



Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.



Hari ini sekiranya kita banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program, kita juga kena penilaian semula keberkesanan program itu terhadap jiwa, hati dan sanubari kita. MAZA juga pernah berpesan : “Program berjalan tetapi proses tidak berlaku”.





Penutup



Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.



Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).



Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

2 comments:

izwah March 28, 2010 at 6:23 PM  

salam

apa khabar pakcik?

satu perkongsian yang bagus:)

Semoga tarbiyyah Islamiyyah dapat melahirkan generasi pemuda pemudi Islam yang taat kpd-Nya.

dan Menjadi bekal di perjalanan yang penuh dengan pancaroba pada zaman sekarang ini..

doakan Izwah ye pakcik;)

Mohd Ariff B. Abd Rashid March 31, 2010 at 8:10 PM  

Salam,
Memang Izwah..Hanya Allah yang tau betapa gembiranya hati Pakcik melihat bunga mekar remaja putera puteri Muslim bangun disana sini, mengobarkan panji Dakwah dengan penuh rasa 'izzah bermula dengan pembentukan syahsiah.Pakcik doakan Izwah sentiasa istiqamah diatas jalan ini.Lagi kita bekerja di atas jalan ini, InsyaAllah akan semakin terasa kemanisannya.
Ameen.

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...