" YA UMMU WAFA, ISTANA KITA MENANTI DI SYORGA"

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di kasihi. Semoga Allah sentiasa membimbing kita, mendidik jiwa-jiwa kita untuk terus tunduk dan patuh akan ajaran-ajaranNya, menjalin perasaan kita dengan penuh rasa cinta demi untuk menjunjung tinggi panji-panjiNya.Di sini saya catatkan kembali beberapa mutiara indah hasil tulisan Sdr Muhammad Lili Nur Aulia didalam bukunya yang bertajuk "CINTA DI RUMAH HASSAN AL BANNA", hasil sebuah PENGORBANAN

                    " YA UMMU WAFA, ISTANA KITA MENANTI DI SYORGA"
[ Suasana keluarga sangat jelas menjamin perkembangan jiwa anak dengan baik. Suasana keluarga yang penuh dengan kasihsayang, penuh perhatian dan keprihatinan akan menyebabkan anggota keluarga saling hormat dan saling menghargai diantara satu sama lain.Suasana persekitaran (biah) yang soleh lebih mudah memberi kesan kepada perilaku anak.

            Thana, puteri Hassan Al Banna mengatakan , " Subhanallah, setelah aku kini berkeluarga, maka ayahkulah yang menjadi contoh yang sangat baik dalam hal pengorbanan, Kerananya aku sangat yakin sekali dengan  dakwah yang disampaikan oleh ayah. Ayah tidak perlu mengatakan apapun, tapi kecintaanku pada dakwahnya begitu kuat sampai setelah ayah wafat, para Ikhwan yang telah dibebaskan dari penjara datang kepada keluarga kami mengucapkan salam. Umumnya mereka datang kepada kami dengan selalu membawa makanan, dan itu sangat  membahagiakan ibu"

         Thana melanjutkan, " Ketika kami berpindah ke Kaherah, mereka menyewa sebuah pejabat untuk digunakan sebagai pejabat Ikhwan, ketika itu ibu mengambil hampir semua perabot rumah untuk digunakan di Pejabat Ikhwan.. Ketika ayah  membangunkan Sekretariat Ikhwanul Muslimin, beliau malah meminta ayah membahawa sebagian besar perabot rumah agar sekretariat menjadi lebih lengkap dan sempurna. Ayahpun mengangkut kapet, meja-meja dan banyak lagi perabot lain ke sekretariat dan ibu kelihatan sangat gembira.
Dan dirumah kami sendiri tiada wang kecuali hanya sedikit. Dengan pengorbanan itu ibu kelihatan tidak merasa apa-apa dan dia kelihatan seolah-olah tidak memberi apa-apapun untuk dakwah ini dari perabot rumahnya " ]

Rumusan :
   1. Suasana (biah) yang soleh sangat penting dalam mendidik anak-anak.
   2. Ibubapa mesti sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak
   3. Anak-anak dapat pelajaran yang besar diatas pengorbanan ibu dan ayah terutamanya didalam
       kerja-kerja  dakwah.
   4. Suami isteri yang soleh, yang duduk didalam suasana didikan (tarbiyah) mampu memberikan
       pengorbanan yang tinggi didalam amal islami, sehingga apa yang diinfakkan dijalan Allah itu jauh lebih di
       sukai dari apa yang ditinggalkan untuk dirinya.



DMAR

0 comments:

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...