Jogging Tarbawi...Menafaatkan semua peluang yang ada

Assalamualaikum wt. Pagi tadi saya sempat beriadah bersama anak saya lepasan SPM. Kami jogging di padang Majlis Daerah Ketereh.Seronok bila dapat luangkan masa bersama anak remaja. Kami boleh bersembang, bertukar-tukar fikiran. Pada mulanya dia lari laju. Saya berlari perlahan saja. maklumlah usia dah separuh abad, mana mampu lari laju.Pada round ke 2 mengelilingi padang, dia dah masuk round ke 3.

Saya dah keletihan. Kami berjalan sambil berbual. Saya tahu dia masih mampu berlari, tapi mungkin dia saja mahu bersembang dengan saya.

" Ayah...kalau kita lari laju di peringkat awal tentu cepat terasa penat ye..?,"

" Betul Am..." jawab saya ringkas.

" Kadang-kadang berhenti dan keluar padang kerana kepenatan..walaupun tidak mencapai target yang kita hajatkan..." Sambungnya lagi...

Saya diam saja, Menarik persoalan tu,namun saya tak dapat menyelami perasaannya.

"Am rasa kalau kita lari konsisten walaupun tak laju, InsyaAllah kita tentu sampai ke matlamat kita"

"Kenapa Am cakap gitu..?

" Am fikir kalau kita laksanakan kerja dakwah dalam keadaan terlalu bersemangat sangat dan gopoh di peringkat awal mungkin kita cepat give up"

Alangkah seronoknya hati saya, bila dia menyebut perkataan "kerja dakwah". Saya tak menyangka dalam kami sama-sama berjogging, persoalan itu berligar didalam kepalanya.

" Kenapa pulak give up "

" Ye lah...kita buat kerja teruk-teruk, mungkin  kita gagal atau orang lain tak hargai kerja kita"

" So...Am nak buat macam mana? " saya kemukakan persoalan.

" Itulah pentingnya tarbiyah, kalau tarbiyah tak berjalan, tentu kita cepat keletihan. Bagi Am..biarlah Am berlari perlahan asalkan konsisten, yang penting sampai ke garisan penamat"

"Ayah setuju, sebab tu lah Am, kita perlu duduk dalam tarbiyah, selalu bersama dengan sahabat"

" Itulah yang Am bimbang kalau masuk U, jauh dengan sahabat...." tambahnya lagi

" InsyaAllah, sekarang ini kita boleh berhubung dengan banyak cara.Kita kenalah bijak memenafaatkannya"

Kemudian, kami berlari bersama-sama sehingga habis round  ke 4 (Dia tamat round ke 5)


" Am...tak salah kita lari laju diperingkat awal, sebab mungkin kita rasa kita punya tenaga yang kuat.Tapi yang penting bila kita keletihan, kita boleh berjalan kaki, namun sebagai pejuang kita jangan sekali berhenti atau keluar dari padang. Perjalanan kena diteruskan, bila kita bertenaga, kita teruskan larian kita, begitu juga dalam amal islami, kita haruslah istiqamah diatas yang Islam"

Dia tersenyum puas. Hati saya cukup seronok pagi itu. Dapat bermesra dengan anak sendiri,dapat memahami perasaannya, bukan senang nak jogging bersama. Betullah kata sahabat saya Saudara Rosdi Baharom (seorang pakar motivasi keluarga) Dia selalu kata " Kita perlu selalu memperbaharui taaruf kita bersama isteri dan anak-anak kita , adakalanya kita masih belum kenal sepenuhnya anak dan isteri kita"

"Ya Allah Engkau kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh yang membahagiakan hidup kami ,Ameen."

dmar

2 comments:

Abu Ridhwan May 23, 2010 at 11:13 AM  

Subhanallah, bahagialah wahai sahabatku bersama anak-anakmu yang berjiwa duah..semoga kekal hingga ke akhirat..

motivasiinsan July 1, 2010 at 8:03 AM  

perkongsian yang berkesan.

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...