Pertemuan yang membahagiakan ...!!!

Bertahun menatap wajah yang sama hampir setiap minggu.Tak pernah rasa jemu, tak pernah berselisih faham, tak pernah tarik muka masam dan tak pernah menyesal dengan terjalinnya ikatan ini, ikatan ukhuwah Fillah. Malah seandainya 2 -3 minggu tidak menatap wajah sahabat , akan terasa kerinduan, terasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang berharga, terasa berada jauh dan seakan-akan terlalu lama tidak bertemu. Inilah perasaan saya .Walaupun kami  berbeza latarbelakang, meskipun sahabat-sahabat berada di puncak kerjaya masing, pangkat yang tinggi dan  sangat dihormati di kaca mata masyarakat., namun masing-masing masih mampu duduk bersama-sama. mereka menyerahkan hati-hati mereka untuk dididik dan di proses oleh manhaj tarbiyah Islamiyah.Mereka merendahkan hati-hati mereka untuk duduk bersama, menghafal ayat-ayat al Qur'an dan hadith, , mengupas mutiara dari tafsir Al Qur'an dan kitab-kitab muktabar dan  bertukar-tukar pandangan. Pemikiran hanya tertumpu dengan satu persoalan : bagaimana untuk meraih REDHA ALLAH, bagaimana untuk kita melayakkan diri kita untuk masuk syurga Allah.

     Saya terlalu bersyukur kepada Allah kerana masih diizinkanNya untuk duduk didalam suasana begini. Semoga Allah mengekalkan nikmat ini . Dua hari yang lepas kami bertemu seperti biasa. Salah seorang sahabat saya baru pulang dari Padang, Indonesia. Beliau bersama isteri dan anaknya pergi kesana bagi melaksanakan program Qorban di kawasan Pariaman. Daerah merupakan tempat kami menjalankan tugas misi kemanusiaan selama beberapa minggu disana ketika gempa bumi yang dahsyat melanda daerah tersebut kira-kira 3 tahun yang lalu.Kami berkongsi untuk korban seekor lembu. Peristiwa yang tak pernah saya menjuga , sabahat ini telah membawa pulang daging rendang yang telah dimasak disana , dihidangkankan kepada kami dimalam itu. MasyaAllah...!!! Program Korban jauh di negeri seberang, tapi  beliau masih ingatkan kami...Beliau masih ingat untuk membawa pulang masakan daging rendang yang enak untuk kami kecapi bersama disini. Suatu ungkapan yang indah yang beliau ungkapkan di malam tersebut " Ukhuwwah ni tak cukup kita perkatakan, atau kita baca melalui buku, tapi perlu dirasai oleh jiwa. Seperti kita memakan buah anggur. Sukar untuk kita cerita kepada orang lain macam mana  rasa buah anggur melainkan kita memakannya sendiri".

          Seorang sahabat lain menambah, " Sebab itu kita perlu merendahkan hati dan jiwa kita untuk dididik dan diproses dengan keimanan, barulah akan lahir ukhuwah sejati". Walaupun mereka telah memiliki title "Professor", namun beliau masih merasakan perlu kepada "didikan hati" dan "memproses jiwa". Saya tanya dia " Masih perlukan kita tekankan permasalahan "didik hati" dan "memproses jiwa" sedangkan kita telah lama berada dalam jemaah Islam ? "
     Kini ramai dari pekerja-pekerja Islam yang merasakan kerja-kerja mendidik hati sebagai perkara yang remeh, zaman itu telah berlalu, kita harus berfikir tentang bagaimana untuk kita mendapat kuasa politik dan kepimpinan negara, berfikir untuk mencari jalan untuk menambah ahli jemaah kumpulan masing-masing sehingga melampaui batas-batas ukhuwah. Berlaku rentetan dikalangan kumpulan Islam sebagai "mencuri ahli". Sehingga subur perasaan yang kurang sehat di jiwa sesama saudara Islam, subur sifat berprasangka buruk sesama kumpulan Islam. Ketika itu tergadailah sifat kasihsayang sesama muslim.Semua orang tahu akan hadith yang bermaksud : " Tidak sempurna iman sesaorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya , sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
Seminima perasaan ukhuwah adalah bersangka baik sesama muslim dan sehinggi-tinggi darjat ukhuwah adalah dengan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.
  Kemudian sahabat saya menyambung ucapannya "Kalau boleh kita mesti sentiasa "promote" perkataan "didikan hati" dan "PROSES JIWA" .Jangan sekali-kali jemu memperkatakan dan memperingatkan perkataan ini."
   Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau.Kita "proses" tarbiyah yang tidak betul, tentu natijahnya tidak seperti yang diharapkan. Pernah seorang ustaz memberi tau saya ketika beliau cuba mengendalikah usrah sayap pimpinan pemuda di dalam sebuah jemaah Islam. Dia menceritakan tentang haramnya rokok.Apabila usrah itu berakhir, seorang ahli yang duduk disebelahnya lantas terus menghisap rokok dan terus meniupkan asap ke arah muka ustaz tersebut. Peristiwa ini berlaku mungkin berpunca dari murabbi yang kurang berhikmah dan tiada penyerahan hati anggota untuk dididik.

Sahabat saya menambah lagi dengan satu lagi analogi yang cukup menarik.
    " Kalau kita naik kapalterbang mengatasi ketinggian awan, kita tak akan dapat merasai nikmat basah ditimpa hujan. Kita hanya dapat merasai nikmat "ditimpa hujan" apabila kita sanggup meletakkankan diri kita di bawah awan. Ukhuwah sukar di nikmati kita merasai kita lebih dari orang lain, merasa kita hebat. Tetapi nikmat ukhuwah hanya dapat kita rasai jika jita sanggup merendahkan hati-hati kita sama level dengan semua orang"

  MasyaAllah....pertemuan yang amat membahagiakan. Di akhir pertemuan dimalam itu , kami dihidangankan dengan satay yang enak dan rendang dari Padang Indonesia. "Ya Allah, Engkau kekalkan ikatan hati-hati kami demi memburu redhaMu".

Semoga perkongsian ini dapat kita menafaatkan. Yang baik itu dari Allah dan yang segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.

   

Mimpi Bertemu Sahabat Lama : Dr Ahmad Kamal Peong

Malam tadi sebelum tidur, sempat saya membaca seerah mengenai perjanjian Aqabah pertama, kemudian membaca tiga Qul (Surah An Nas, Al 'Alaq dan Al Ikhlas) dan akhirnya saya terlena.Sesungguhnya Allah lah yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu.Dengan penyusunannya, saya bermimpi bertemu dengan seorang lama saya Akhie Dr Ahmad Kamal Peong. Dalam mimpi itu saya bertemunya di sebuah taman rekreasi ketika kami sedang berriadah.Lama kami bersembang kerana telah terlalu lama kami tidak bertemu.Kami telah terpisah hampir 26 tahun.Sedang kami seronok bersembang , tiba-tiba saya terjaga.MasyaAllah...!!! Bermimpi rupanya. Walau bagaimanapun terubat juga kerinduaan kerana telah terlalu lama tidak bertemu.

Jam didinding menunjukkan jam 5.00 pagi. Sebagai seorang hamba, saya lantas bangun, berwudhuk dan melakukan beberapa rekaat solat sunat dan witir.

Dr Ahmad Kamal Peong berdiri dibarisan belakang (tengah)

  Dengar kabarnya beliau kini buka klinik sendiri di Kedah. Apabila saya terjaga dari mimpi, perasaan ukhuwah dan mahabbah yang telah kami bina sekian lama kembali subur semula.Kerinduan semakin terasa.Teringat saat-saat indah ketika kami bersama di kampus Medik UKM di Jalan Tun Dr Ismail. Ukhuwwah yang di bina hanya terjalin diatas rasa kasihsayang kerana Allah semata-mata. Niat itu selalu peringatkan dan diperbaharui di setiap pertemuan kami.

"Kita berkasihsayang hanya kerana  Allah swt .Kita sama-sama berjanji setia untuk sentiasa istiqamah diatas jalan Islam.Kita mesti sentiasa ingat agar jangan tertipu oleh 3 "ta" iaitu (HARTA, TAKHTA DAN WANITA)" .  Ungkapan inilah yang sering diperingatkan oleh mas'ul kami , Akhie Rushdi Ramli.

Dr Ahmad Kamal di barisan belakang no 3 dari kiri (berkopiah putih), Tarbiyah yang diusahakan kira-kira 26 tahun yang lalu, masih mampu melahirkan generasi yang istiqamah diatas jalan Allah swt


Suasana penuh mahabbah
Dari kiri : Prof  Dr Nasarudin, Dr Ahmad Kamal, Dr Mazlan,Prof  Dr Amaludin dan Dr Abd Rashid. Meskipun disaat itu kita tidak memiliki kekayaan harta, namun kita memliki kejayaan jiwa dan kasihsayang.


Masih subur dalam ingatan setiap kali Ramadhan datang, kita akan berbuka bersama . Kita makan didalam talam.Disaat itu hanya kebahagiaan yang menyelubungi perasaan kita, kasih sayang yang terjalin amat sukar dilafazkan dengan kata-kata. Setiap petang  kita sediakan  7 talam makanan untuk sahabat-sahabat kita berbuka puasa, kita agihkan dibeberapa buah bilik.Kita makan bersama dengan cara yang cukup sederhana.Slogan kita, "Makanan sedikit : cukup, kalau makanan banyak : InsyaAllah akan habis juga, itulah keistimewaan sahabat". Setiap kali ungkapan ini diucapkan setiap kali itu pula kita akan tersenyum.

      Saya masih ingat, ketika itu akhie Dr Ahmad Kamal Peong baru memeluk Islam. Beliau seorang yang periang dan mudah mesra.Beliau sentiasa bersama kami, sentiasa berada didalam "Biah Solehah" (suasana yang soleh), sentiasa berada didalam suasana tarbawi (suasana didikan) dimana HATI sentiasa menjadi sasaran tarbiyah. Setiap minggu kami akan duduk bersama sendengar tazkirah mas'ul dan bermain bola bersama.Saya amat kagum dengan keimanan yang Allah kurniakan kepadanya.

    Saya masih ingat ketika  keluarga beliau masih belum tahu tentang dia telah memeluk Islam, dia pernah menceritakan tentang pengalamananya ketika dia balik bercuti di kampung.

  " Setiap pagi ana terpaksa berjogging sebelum subuh, keluarga ana hairan juga kenapa setiap pagi ana suka berjogging di awal pagi. Sebenarnya ana pergi ke masjid untuk solat subuh"

   MasyaAllah, beliau tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu walau bagaimana susah sekali pun. Beliau seorang yang sentiasa gigih mempelajari Al Qur'an. Beliau dapat menguasai bacaan semasa solat dengan cepat.Inilah keistimewaan beliau. Saya amat kagum dengan perubahannya.

   Allah Maha Agong. Siapa menjangka perpisahan yang begitu lama. Akhirnya Allah pertemukan kita di alam mimpi. Walaupun apabila saya terjaga, mimpi itu hilang dari pandangan mata, namun seribu kenangan indah terhambur dari ingatan, lantas roh ukhuwwah fillah kembali subur didalam jiwa saya.Inilah nikmat dari Allah swt. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.Adakah nikmat IMAN dan UKHUWWAH yang Allah anugerahkan untuk menyirami hati-hati kita, dibiarkan gersang dan dipandang sepi ?
Adakah janji-janji kita dulu untuk sentiasa memperbaiki diri dan menyeru manusia kepada Allah hanya tinggal sebagai kenangan penglipur lara ?
Adakah kita sentiasa TIDAK TERTIPU oleh pengaruh Harta, Takhta dan Wanita ?
Persoalan ini sentiasa bermain-main didalam fikiran saya.Adakalanya saya merasa lemah dan lalai. Mahu rasanya untuk "REHAT" dari kerja -kerja dakwah yang tiada penghujungnya. Saya sedar bila kita kata "buat kerja dakwah", sebenarnya tiada apa yang saya lakukan. Sebaliknya jika kita tinggalkan kerja yang mulia ini (kerja para nabi dan rasul), Islam tidak cacat apa-apa pun. . Akan terus ada hati-hati yang Allah kurniakan nikmat IMAN, dimana mereka merasa bahagia dan mulia apabila dapat berjuang dan berjihad di jalan Allah.
Kadang-kadang saya teringat kupasan As Syahid Sayid Qutb didalam mengupas surah Al Muddathir"
"Wahai orang-orang yang berselimut ! Bangunlah serta bagilah peringatan dan amaran kepada ummat manusia.." (Ayat 1-2)
"Rasulullah saw bangun dan memberi peringatan kepada seluruh manusia..".Bangun" yang tidak tidur-tidur lagi sehingga baginda wafat. Seluruh hidup baginda diwakafkan untuk Islam. Waktu tidur telah berlalu....Baginda bangun dan memlaksanakan kerja-kerja dakwah dan mendidik manusia untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah.
Harus kah saya menjauhkan diri dari perjuangan baginda yang suci ini disaat ummat Islam dipukul arus kesesatan dan kemurtadan.
Haruskah saya terus lena  lena di buai oleh  kemewahan dunia yang fana ini..?
Haruskah saya mengundurkan diri setelah Allah beri nikmat Iman dan Islam, dan kembali di sisiNya sebagai hamba yang lalai ?
 Tak mungkin  hanya dengan bersantai, berpeluk tubuh dan membuat kerja sambil lewa, kita mengharapkan syurga Allah? Sedangkan sejarah generasi pertama yang telah dididik dan di bentuk oleh Rasulullah telah berkorban apa sahaja untuk memperjuangkan Islam.

Diantara foto terbaru Dr Ahmad Kamal bersama keluarganya
    Yang pasti apabila saya bermimpikan beliau,  membuatkan saya banyak berfikir. Setelah selesai solat subuh dan membaca zikir mat'thurat pagi tadi , saya terus menulis sedikit catatan rasa hati saya untuk tatapan semua. Alhamdulillah kini apabila saya buka fb  Dr Ahmad Kamal , tergambar betapa beliau kini bahagia disamping isteri dan anak-anaknya yang sudah di ambang dewasa.Jauh disudut hati, saya amat meyakini bahawa beliau merupakan seorang yang  istiqamah di atas jalan Islam. Cita-cita kita hanya  untuk mencari "Mardhatillah" (redha Allah).Tiada ertinya kita memiliki harta yang banyak jika kita tidak mampu menyelamatkan diri kita dari azab Allah swt.Biarlah hidup kita derita didunia asalkan kita dapat mengecapi kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti, InsyaAllah.
   " Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang yang berjihad diantara kamu dan (belum lagi) nyata ujudnya orang yang sabar (tabah dan cekal hati ) dalam perjuangan "  (Ali Imran : 142)

" Semoga Dr Ahmad Kamal  & keluarga dikurniakan Allah dengan segala bentuk kebaikan didunia dan di akhirat, Ameen"

DMAR

MULAKAN PEMBINAAN UMMAH INI DENGAN ANGKA YANG KECIL

Ada seorang murobbi berkata, " Biarlah kita mulakan pembinaan  ummah ini dengan angka yang kecil. satu orang, kemudian 2 orang , 3 orang dan seterusnya ,kita tambah mengikut kemampuan kita. Kita didik mereka dengan manhaj tarbiyah yang betul, kita proses jiwanya dengan fikrah yang betul, kita bina dan suburkan perasaan ukhuwah dijiwa mereka sehingga ujud ummah yang kecil, tetapi dalam pembinaan kita,jangan sesekali  kita izinkan seorang  pun anggota  kita mengambil Islam secara juz'ie (mengambil Islam pada juzu' tertentu dan menolak Islam dijuzuk yang lain), jangan kita izinkan....!!! Kita mahu semua anggota yang kita didik dengan mengambil Islam secara "KULLI" (menyeluruh), kaedah ini memang lambat tapi ia lebih menjamin  kejayaan yang ingin kita lihat".



  Saya berfikir sendirian. Kata-kata yang cukup bermakna. Kalau dulu semasa di Universiti saya ghairah untuk mencari angka bilangan yang ramai, nak lihat natijah yang cepat. Tetapi jika kita lihat Rasulullah menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Setelah mereka menerima seruan tersebut, lantas Rasulullah membentuk dan mendidik jiwa mereka dengan hanya SATU sumber iaitu Wahyu Allah swt. Baginda tidak mengambil sumber yang lain. Baginda tidak mencerca dan menghina tuhan-tuhan orang musyrikin sebaliknya baginda terus mengajak manusia untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.Baginda mendoakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah.

     Murabbi tersebut meminta agar membina sebanyak mungkin kelompok-kelompok kecil yang beriman tadi dibentuk dimerata tempat. Mereka dididik dan diasuh  dengan sumber yang muktabr iaitu Al Qur'an, hadith, seerah Nabawiyah dan sebagainya. Sesekali mereka di himpun pula dalam suasana kasihsayang, makan bersama, tidur bersama, riadah bersama, solat bersama dan banyak lagi aktiviti yang lain dilakukan bersama. Sebelum saya mengakhiri catatan ringkas ini ingin saya kongsi bersama satu pengalaman saya yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.

      Ketika itu diadakan satu perhimpunan besar tahun yang telah diadakan di utara tanahair, kami dari kelantan menyewa sebuah bas.Peserta yang hadir dianggarkan 600 - 700 orang.Saya membawa seorang ustaz (dalam lingkungan 40 an) yang baru mengikuti halaqah yang baru dibina diperingkat kampung. Dia seorang yang aktif dengan sebuah parti politik Islam . Kesah ini sebenarnya beliau sendiri yang menceritakan kepada saya selepas beliau menghadiri program tersebut.Untuk maklumat semua, dia juga seorang perokok.
 
     Ketika sampai di sana beliau berkenalan dengan driver bas yang kami sewa. Ketika program itu berlangsung driver bas membuka meja kecil jual "lighter" (untuk membakar rokok). Dari pagi hingga ke petang. tiada satupun yang laku. Dia merasa pelik. Disamping dia lihat peserta yang hadir tiada seorang pun yang merokok. Dia kata dia belum pernah berjumpa program yang sebegini besar,  tiada seorang peserta pun yang merokok. Biasanya "lighter" nya tetap laris ketika majlis ceramah-ceramah agama di kelantan.Akhirnya dia malu sendiri.Pada keesokan harinya dia tidak lagi membuka meja jualannya.


     Sahabat saya Ustaz itu, begini pula ceritanya. Di hari pertama dia mendengar penyampaian seperti biasa. Bila dia rasa kurang selesa, dia pergi keluar dewan untuk hisap rokok. Setelah 2 - 3 x dia hisap rokok, baru dia perasan tiada seorang pun dari peserta yang hadir merokok di waktu makan tengahari. Dia kata, dia pun selalu pergi ke program khusus yang dianjurkan oleh parti politiknya, tapi tabiat merokok adalah perkara biasa. Menyedari keanihan suasana yang ada , beliau saling bercerita  dengan driver bas yang kami sewa. Tanpa di suruh akhir mereka berdua mengambil keputusan agar merokok secara bersembunyi diatas bas. Dia kata , masa yang berlalu amat menyiksakan (sebab tidak bebas hisap rokok) dalam masa yang sama beliau berasa cukup malu pada diri sendiri kerana beliau sendiri (sebagai pejuang Islam) masih lagi tidak mampu membuang benda HARAM ditangannya, berbanding dengan anak-anak muda yang hadir ke majlis itu, nampak simple tetapi mereka tiada melakukan tabiat yang diharamkan oleh Islam.Ustaz itu menjelaskan kepada saya , ini adalah program pertama yang pernah beliau hadir dimana tiada seorangpun yang merokok.Suatu kenangan yang  indah. Dia memberi jaminan kepada saya, bahawa dia berazam untuk berhenti merokok.MasyaAllah

   Inilah hasil tarbiyah yang berjalan, hati-hati yang sentiasa disirami dengan wahyu Allah swt, hati-hati yang yang telah memberi penyerahan yang total kepada "Sibghatullah" (Corakan Allah swt). Inilah ummah yang ingin kita bina. Anggota yang tinggi akhlaknya, sentiasa beramal dengan bersungguh, mengasihi saudara seagama dan sentiasa bekerja menyebarkan dahwah dengan cara yang baik dan beradap.Memang benar..
kata seorang pejuang Islam Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rashid dalam kitab al Mumtalaq " Jangan sampai kita berjaya mengumpulkan ramai orang, sedangkan hakikatnya kita hanyalah mengumpul angka-angka kosong (sifar) "...Sama-sama kita renungkan....

dmar




 .

Ucapan Mursyid Am di Muktamar Tullab IM

                Jom ..Muhasabah diri ....!!!!

 
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.


Anak-anakku muda mudi tercinta,

Ketahuilah bahawa kamu adalah harapan umat, lengan-lengannya yang gagah, mindanya yang cerah, masa depannya yang gemilang, harapannya yang bersinar dan kekuatannya yang terpendam. Kamu adalah unsur kebangkitan umat, kemajuan serta kegemelingannya yang paling penting. Itulah kedudukan kamu, itulah nilai kamu. Itulah tanggungjawab kamu dan amanah kamu di hadapan Allah, di hadapan umat dan di hadapan diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu adalah bekalan untuk masa depan, tempat bergantungnya harapan untuk kebangkitan umat kamu.
Dan kami, ketika kami berkata demikian bukan kerana hendak mengampu atau mengambil hati kamu. Sebaliknya kami menegaskan sesuatu yang memang menjadi reality dan mengiktiraf sesuatu yang benar. Itulah juga yang dipesan oleh kekasih kita yang terpilih, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. (maksudnya): “Hendaklah kamu saling berpesan agar memelihara para pemuda dengan baik kerana sesungguhnya mereka itu memiliki hati yang paling lembut.”
Bertitik tolak dari sini, maka terdapat beberapa perkara yang wajib ke atas kamu terhadap semua aspek yang melingkungi kamu dan yang berkaitan dengan diri kamu.

1. Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54
Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.
Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menaggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.
Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matalamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.
Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaanNya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuanNya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Putera puteriku yang disayangi,
Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dukumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.
Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu. 10 sifat itu ialah: jasad yang kuat, akhlak yang mantap, fikiran yang bermaklumat, mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya tersusun, berguna untuk orang lain.” Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.
Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.
Jadilah kamu orang yang berenovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.
Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.
Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.
Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.

2. Kewajipan terhadap kedua ibu bapa

Ingatlah Allah dan ingatlah pesanan Allah mengenai ibu bapa kamu. Mereka adalah jalan kamu menuju ke syurga. Maka berbaktilah kepada mereka, taatilah mereka, dekatkan diri dengan mereka, berusahalah untuk menunaikan hajat mereka dan berendah dirilah dengan mereka. Elakkan diri kamu dari perkara yang menimbulkan kemarahan mereka atau melanggar suruhan mereka dalam perkara yang makruf. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa…” Al-Isra’:23
Di dalam mentafsir firman Allah yang bermaksud “maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”, sebahagian ulamak berkata, hendaklah kamu bercakap dengan lembut, mengandungi perasaan belas kasihan, manarik hati mereka, sesuai dengan kehendak dan kecenderungan mereka sedaya mampu kamu, lebih-lebih lagi ketika mereka telah tua.
Aku suka menarik perhatian kamu kepada sabda Nabi s.a.w. yang cukup padat dan penuh hikmah (maksudnya): “Keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.” Dan sabdanya (bermaksud): “Celakalah dan kecewalah!” Mereka bertanya, “Siapakah yang celaka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang sempat bersama ibu bapa atau salah seorang daripada keduanya ketika tua, kemudian dia tidak tidak masuk syurga.” Ketahuilah bahawa datuk nenek kamu adalah akar bagi pokok keluarga, ayah dan ibu kamu adalah batangnya dan kamu adalah daun-daun, bunga-bunga dan buah-buahnya. Kalaulah tidak adanya mereka, tidak adalah kamu.
3. Kewajipan kamu terhadap tanahair 

Sesungguhnya tanahair kamu sangat berhajat kepada tenaga kamu yang ikhlas untuk bangkit, lebih-lebih lagi selepas apa yang telah menimpanya selama ini. Ia telah lama diperas, dizalimi dan dirosakkan. Warganya, potensinya, kekayaannya hampir musnah kesemuanya. Maka hendaklah kamu tolong menolong dengan semua pihak, bersatu padu dengan semua golongan, bekerjasama dengan semua pertubuhan untuk membina tanahair kamu. Ruang dan peluang untuk bekerjasama amat luas demi kebaikan tanahair kita. Kita berkerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan kita menerima keuzuran dalam perkara yang kita tidak sepakati.
Hendaklah kamu gariskan matlamat kamu dengan jelas dan tepat agat tenaga kamu tidak terbuang sia-sia, kamu tidak keliru antara hadaf dengan wasilah, tidak memperbesarkan perkara kecil dan memperkecilkan perkara yang besar. Pelajarilah fiqh aulawiyyat dan beransur-ansurlah menyusun langkah. Dengan jelasnya matlamat dalam fikiran kamu, akan teranglah jalan kamu, tenaga dan kesukaran jakan kamu dapat diminimumkan, dan matlamat akan tercapai dengan lebih cepat. Utamakan aspek beramal daripada berteori supaya manusia dapat melihat daripada kamu amal yang hebat, bukan semata-mata cakap. Keadaan seorang lelaki dalam seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Hendaklah kamu beramal bersungguh-sungguh untuk mencari alternative yang lebih baik yang dapat membantu kamu memanfaatkan waktu kamu. Berhati-hati dengan masa lapang. Sesungguhnya masa lapang itu musuh kamu yang paling ketat. Masa lapanglah yang mendorong pemuda terjerumus ke lembah kesesatan dan keruntuhan akhlak. Kamu juga perlu mengikhlaskan niat, menggunakan semua kebolehan serta bakat dan manfaatkan setiap detik waktu. Itulah rahsia kejayaan dengan izin Allah. Hendaklah kamu menggabungkan diri dengan pusat-pusat aktiviti pemuda, kesatuan sukan, badan kerajaan, majlis tempatan, pertubuhan sukarela, pertubuhan social, badan kebajikan dan sebagainya. Bangunkan, kembangkan, susun program keilmuan dan kemahiran yang berguna. Ikut serta dalam pelbagai kegiatan amal sehingga mereka sedar akan nilai kamu dan risalah kamu dalam kehidupan serta sumbangan kamu yang berguna kepada tanahair kamu.
Hendaklah kamu mengambil berat tentang masyarakat kamu dan permasalahannya dan memainkan peranan yang positif dalam membantunya. Aktifkan minda kamu mencari penyelesaian masalah masyarakat. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan mereka, “Sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan untuk menunaikan hajat manusia. Digemarkan mereka kepada kebaikan dan digemarkan kebaikan kepada mereka. Mereka akan mendapat keamanan pada hari manusia dalam ketakutan (Hari Qiamat).”

4. Kewajipan terhadap umat

Hendaklah kamu mengambil berat tentang umat kamu dan isu-isunya. Serapkan dalam diri kamu dan berusaha menolongnya. Jangan kamu menyisihkan diri dari permasalahannya kerana siapa yang tidak mengambil berat tentang urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka. Kamu menjauhkan diri dari permasalahan umat kamu merupakan permulaan kepada perpecahan dan pertelingkahan. Dan itu akan membawa kepada kerugian serta menunjukkan kamu tidak berintima’ kepada umat kamu, umat Arab dan umat Islam.

Putera puteriku yang dikasihi,

Sesungguhnya Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah telah menggariskan di dalam risalahnya “Ilasy-Syabab” rukun-rukun kejayaan. Dia berkata: “Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keimanan kepadanya kuat, keikhlasan yang sempurna dalam merealisasikannya, semangat (hamasah) yang membuak-buak dalam memikulnya, serta wujud kesediaan untuk berkorban dan beramal demi menegakkannya.” Dari kata-kata ini kita dapati rukun kejayaan itu empat perkara: iman, ikhlas, hamasah dan amal. Rukun-rukun ini merangkumi aspek ruh dan aqidah (iman dan ikhlas) di samping aspek amal dan pelaksaan (hamasah dan amal). Ini merupakan gabungan yang sungguh cantik, semangat (hamasah) pemuda, pengarahan yang baik, kemantapan fahaman, mendahulukan aspek aqidah daripada yang lain.
Di tempat lain beliau berkata: “Dan setiap orang yang beramal dengan benar dari kalangan kamu akan mendapati di medan Islam apa yang selari dengan kehendaknya dan memenuhi aktivismanya jika dia terdiri daripada orang yang benar.” Tabiat pemuda adalah hamasah. Jika tidak dikekang mungkin akan terlajak. Lantaran itu Imam al-Banna menasihatkan: “Kekanglah runtunan emosi dengan pandangan akal. Sinarilah pandangan akal dengan nyalaan emosi.” Maka di sini Imam al-Banna mengekang dan mengawal semangat serta menghalakannya ke jalan yang betul dan lurus, jalan iman, ikhlas dan benar.
Maka berpegang teguhlah dengan empat rukun ini. Realisasikan di dalam diri kamu dan serulah orang lain daripada kamu. Beramallah dengannya dan tukarkan ia menjadi reality yang bergerak bersama kamu di setiap medan kehidupan kamu.

Putera puteriku yang dikasihi,

Imam al-Banna juga telah menyebut di dalam risalahnya yang ditujukan kepada kamu thawabit (perkara yang tetap) jamaah yang terpenting, iaitu: rabbaniah, tadarruj, tabiah, syumuliah. Maka jadikan thawabit ini sentiasa berada di hadapan mata kamu. Berpeganglah dengannya dan beramallah mengikut tuntannya. Dengan itu akan menjamin keselamatan jalan, kebenaran hadaf dan terlaksana natijah yang paling baik dengan izin Allah.
Rabbaniah bermaksud: menuju hadaf yang diletakkan Allah untuk kita, bukan hadaf yang kita letakkan untuk diri kita. Dan kita akan sampai dengan izin Allah dan pertolonganNya. Dan Allah enggan kecuali Dia akan sempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”
Tadarruj dan tarbiah bermaksud: “Kita akan didik diri kita semoga kita menjadi individu muslim, kita akan didik rumah kita supaya menjadi rumah muslim, kita akan didik bangsa kita sehingga menjadi bangsa muslim di kalangan bangsa-bangsa yang muslim, dan kita akan tetap teruskan langkah kita sehingga sempurna semua pusingan.”
Syumul bermaksud: “Ikhwan beriman bahawa Islam itu aqidah dan ibadah, tanahair dan bangsa, akhlak dan kebendaan, ilmu dan undang-undang, toleransi dan kekuatan. Mereka yakin dan berpegang teguh bahawa Islam adalah system yang lengkap dan merealisasikannya pada diri dalam semua aspek kehidupan, menyusun urusan dunia sebagaimana menyusun urusan akhirat. Mereka beriktiqad Islam adalah system amali dan ruhi secara seiring. Maka Isalam di sisi Ikhwan adalah din dan daulah, mushaf dan saif (pedang). “sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Al-Kahf:13

Dan akhirnya,

Kamu adalah harapan dengan izin Allah. Kami mengetahui bahawa pada kamu ada kebaikan yang besar. Maka rasailah sentiasa wahai pemuda reality yang dialami umat kamu, reality yang cukup masam, pahit, menyedihkan dan tidak ada seorangpun dari kalangan kita yang redha dengannya. Rasailah bahawa di tangan kamu dan dengan usaha kamu akan merobah keadaan umat kamu dan memenangkannya jika terlaksana pada diri kamu dan reality kamu syarat-syarat kemenangan, “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Muhammad:7
Maka hendaklah kamu mengelokkan iman kamu dengan Allah dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w., amal berterusan, tajarrud sepenuhnya, curah tenaga tanpa henti, berkorban apa saja, jujur dengan Allah, dengan diri dan dengan manusia, gunakan tenaga untuk bekerja bersungguh-sungguh kerana diri kita ini jika tidak digunakan untuk perkara yang benar, dia akan sibukkan kita dengan perkara yang batil. Apabila terlaksana semua ini, akan terlaksanalah kemanangan sebagaimana yang telah dicapai sebelum ini, dan ia tidak sukar bagi Allah. “dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;” Al-Hajj:40
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan sahabat-sahabatnya.
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah.
Muktamar Tullab Ikhwan Muslimin pertama selepas revolusi,
Cairo, Sabtu 26 Syawal 1432H bersamaan 24 September 2011M
Sumber:
http://ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=210&ArtID=917

DIAA EDDIN PEMUDA SYRIA YANG SANGAT "COMITTED" DENGAN PERJUANGAN PALESTIN; KENANGAN KETIKA BERSAMANYA

Diaa Eddin Khalefah
 Ramadhan telah dua minggu meninggalkan kita, terasa malas untuk menulis. Namun jauh disudut hati saya terus mendesak untuk saya menulis sesuatu mengenai pengalaman bersama anak muda dari Syria ini.

Kali pertama saya bertemunya di lapanganterbang Sultan Ismail Petra , Pengkalan Chepa pada 30 hb Julai 2011, saya telah dapat merasakan ikatan ukhuwah yang terjalin, "berkasihsayang kerana Allah".Diaa Eddin Khalefah, seorang pemuda Syria yang tampan, baru berusia 30 tahun berupakan seorang yang sangat bertuah kerana beliau telah terpilih untuk datang ke Malaysia untuk menjadi Imam solat terawih di negeri Kelantan Darulnaim.
Ketibaan Akhie Diaa Eddin ditemani Ust Hafiz di lapanganterbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa


Bergambar bersama Imam Masjid Kadok, Tn Hj Mohd Zain

Tujuannya hanyalah satu.Beliau bersama HALUAN Palestin ingin mengutip dana untuk membantu rakyat Palestin. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak untuk membantu rakyat Palestin. Tetapi beliau memiliki suara yang merdu ketika membaca ayat-ayat suci Al Qur'an.Beliau "sarjana" dibidang fiqh dan boleh menguasai 10 qiraat bacaan Al Qur'an.Disamping itu beliau juga sangat banyak menghafal hadith-hadith riwayat Bukhori.
Berceramah di Sekolah Menengah Agama di Bachok

Bergambar bersama Imam Masjid Bunut Payong, Akhik Fathan Adi (kanan sekali) selaku penterjemah
              
  Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat tugas baru.Walaupun saya hanya menjawat jawatan sebagai "driver" ataupun " pengiring" kepada beliau, itu cukup memberi kepuasan kepada saya.Mujurlah saya free 4 malam dalam seminggu. Beliau hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa arab, saya pulak langsung tak pandai berbahasa arab melainkan hanya beberapa patah yang biasa digunakan.Mujurlah ada akhie Fathan Adi dan Akhie Imran yang ditugaskan sebagai penterjemah. Rupa-rupanya tidak boleh berbahasa arab bukanlah menjadi penghalang untuk mencetuskan perasaan ukhuwah. Kami sering bertukar-tukar fikiran.

Antara ungkapan yang indah apabila beliau mengatakan. " Apabila saya menjejakkan kaki ke Malaysia dan setelah saya diberi taklimat oleh HALUAN Palestin di Kuala Lumpur, barulah saya mengerti bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin dengan isue Palestin.Di masjid-masjid yang saya pergi, saya dapati betapa ramainya orang menghulurkan sumbangan derma ikhlas mereka untuk saudara kita di Palestin.Sedangkan dinegara-negara arab sendiri mereka tidak lagi sensitif dengan isue Palestin".

Di sepanjang Ramadhan, kami berpeluang pergi menziarahi 20 buah masjid di Kelantan dan Alhamdulillah kami juga telah mendapat kerjasama yang baik dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK),Jazakallah kepada Ust Hana Pizi yang telah banyak membantu kami memberikan kebenaran untuk menjalankan aktiviti yang dirancang disamping kutipan derma.
Akhie Zulkifli Willi  adalah seorang insan yang sangat setia berbakti siang dan malam menguruskan pengangkutan akhie Diaa Eddin. Yang menariknya mereka hanya menggunakan "Body Languange" untuk berkomunikasi. Segala urusan makan dan minum, Akhie Zul lah yang menguruskannya.

Beramah mesra ketika berbuka di rumah Dr Norazmi, Dewan Beta


Bergambar bersama guru-guru Maahad Tahfiz Al Qur'an (MTAQ) Pulai Chondong

Bergambar dengan pentadbiran MTAQ


Dari kiri : Ust Zakaria (Mudir), Akhie Diaa Eddin dan Sheikh Muhaimin


Bergambar dengan pelajar Maahad Tahfiz Al Qur'an Pulai Chondong


Di antara saat yang paling menggembirakan beliau apabila saya dapat menyusun lawatan ke Maahad Tahfiz Al Qur'an Pulai Chondong.Disana beliau dapat bertemu dengan Sheikh Muhaimin yang berasal dari Mesir. Beliau di raikan sebagai seorang tetamu kehormat, dilayan dengan penuh kemesraan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Kegembiran dan kebahagian dapat saja rasakan ketika bersama beliau.Disuatu petang, ketika itu berbuka puasa di sebuah masjid, pihak masjid gagal menyediakan makanan yang sesuai untuk akhie Diaa Eddin (Peringkat awal pihak masjid bersetuju untuk menyediakan makanan khas tersebut), saya merasa serba salah , rasa simpati pun ada. Disaat orang lain sebuk dengan makan juadah yang enak, dia hanya menjamah beberapa buah tamar dan beberapa potong buah tembikai. Entah kenapa, tetiba selera saya hilang, tak mampu menelan nasi ketika melihat saudara saya kelaparan. Lantas saya menurut jejak langkahnya iaitu kami sama-sama memakan beberapa biji buah tamar dan beberapa potong tembikai. Tidak tergamak rasanya saya makan dihadapannya sedang dia kelaparan, saya tidak mampu lakukannya.Biarlah saya berlapar sekurang-kurangnya saya dapat merasakan kelaparannya.


  Semasa rombongan kami berada di Masjid  Mukim Kok Lanas, Tn Hj Mohd Zain, iaitu Imam dimasjid tersebut mempelawa rombongan kami kerumahnya. Saya telah lama mengenali Tuan Imam, beliau sangat suka memuliakan tetamu. Saya kagum , Tn Hj Mohd Zain membawa kami kerumahnya yang cukup sederhana. Beliau menghidangkan kami dengan air yang terbaik didunia , iaitu air zam-zam dan buah tamar.
Hidangan yang "simple" tapi cukup istimewa dan bermakna.Disini saya melihat sifat Akhie Diaa Eddin, sangat menyayangi kanak-kanak. Dia memanggil 2 orang cucu Tn Imam, menggosok kepala kanak-kanak tersebut sambil menghadiahkan beberapa ringgit kepada keduanya.Sebelum berpisah Akhie Diaa Eddin membacakan doa untuk tuan rumah.

Di hari yang lain , saya berkesempatan menemaninya ke Tanah Merah untuk semasa didalam kereta saya telah diamanahkan oleh Haluan Palestin Pusat untuk memberi wang saku kepadanya RM500.00. Saya letakkan didalam sampul .Saya serahkan kepadanya. Saya beritahu dia " Ini wang perpelanjaan hariannya sebanyak RM 500.00". Lantas dia menolak permberian saya.Setelah saya menegaskan yang mana saya diarahkan oleh Haluan Palestin Pusat untuk menyerahkannya kepada beliau, kemudian barulah dia menerimanya. MasyaAllah....Setiapkali setelah selesai solat terawih, ramai juga yang datang bertemunya untuk memberi sumbangan peribadi kepadanya. Yang menakjubkan saya semua pemberian itu beliau tolak dan menyuruh penderma itu memasukkannya ke dalam Tabong Palestin.Dia melakukannya dengan penuh keikhlasan. IHKLAS kepada Rabbnya.

Ziarah Hormat Dato' Tuan Guru Hi Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kiri sekali :Akhie Mohd Nasir Saat  (YDP Haluan Kelantan ) menemani beliau didalam pertemuan tersebut



Alhamdulillah, saya juga berkesempatan  menyusun Ziarah Hormat ke pejabat Dato' Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat , Menteri Besar Kelantan. Beliau di iringi oleh YDP Haluan Kelantan Tn Hj Mohd Nasir bin Saat. Pertemuan yang paling membahagiakan beliau.Perbualannya banyak berkisar tentang isu semasa dan sejarah negara Syria.Saya pun terus menceritakan beberapa kesah keunikan akhlak Tn Guru, beliau mengatakan " Hari ini amat sukar bertemu dengan pemimpin Islam yang tawadhu' seperti Tok Guru walaupun dinegara arab"
Majlis Iftar Perdana di Sekolah Rendah Ugama Al Hilal
Proses pengiraan kutipan derma di Masjid Salam Pengkalan Chepa





Majlis penyampaian sumbangan derma oleh Ustaz Uthman, Imam Masjid Pengkalan Chepa




   Majlis perpisahan telah diadakan di rumah Dr Abdullah Sudin , Presiden HALUAN Malaysia dalam suasana yang penuh mahabbah. Terpancar cahaya ukhuwwah yang sukar hendak dibayangkan. Apabila kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepadanya kerana sudi datang ke Malaysia bagi kutipan dana untuk Palestin, lantas beliau memberi respon yang spontan.

Prof Dr Abdullah Sudin (Presiden Haluan Malasia menyampaikan sumbangan dari Haluan Kelantan

Dr Mansor menyampaian sedikit sumbangan daripada sahabat Medik sempena Walimatul Urus beliau yang akan berlangsung di Syria. Pada awalnya beliau dengan rendah diri menolak sumbangan tersebut.

   " Saya lah yang sepatutnya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada ikhwah sekelian kerana di atas jemputan ikhwahlah saya dapat datang dan berbakti di Malaysia. Saya berasa seolah-olah berada dikalangan keluarga saya sendiri.Kalaulah kita tidak dipisahkan oleh negara yang berlainan sudah tentu kita masih terus bersama. Suasana pertemuan seperti ini amat sukar ditemui di Syria kerana suasana pemerintahan yang sangat ketat"

Kemesraan yang terjalin disaat perpisahan ini

Bertemu dan berpisah kerana Allah , Mohd Afham dan Diaa Eddin
Ya Allah, Engkau satukanlah hati-hati ini kerana mengasihiMu. Perpisahan ini bukan bererti berakhirnya perjuangan ini. . PERJUANGAN MEMBELA SAUDARA KITA DI PALESTIN DAN PEMBEBASAN MASJIDIL AQSA MESTI DITERUSKAN SEHINGGA KITA BERJAYA ATAU SYAHID KERANANYA.

   Detik terakhir perpisasahan adalah pada 26 April 2011,hari jumaat ketika di Lapanganterbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.Kami saling berpelukan. Setiap wajah masih mampu mengukir senyuman dan kemesran, tiada airmata yang mengalir .Namun disudut hati masing-masing terasa sedih dengan perpisahan ini. Bilakah lagi kita akan bertemu ? Entahlah....tiada kepastian. Yang tinggal hanyalah kenangan...apabila saya buka kembali gambar-gambar ketika kita bersama...terasa sayu....cuma didalam hati saya selalu berbisik.."Mungkinkah kita akan bertemu lagi didalan Syurga Allah swt ? " Terbayang kegigihan anak muda Syria ini,sanggup  menjelajahi dari satu masjid ke satu masjid di bumi kelantan ini semata-mata mahu melihat nasib kanak-kanak Palestin terbela, nasib saudara-saudara Islam kita di Ghaza terpelihara...Allah Akbar.....Kepada semua sahabat-sahabat yang yang telah sanggup berkorban masa dan harta dengan ikhlas bagi menjayakan program ini, yang kita buru hanyalah "KEREDHAAN ALLAH" semata-mata.Semoga JIHAD yang kecil akan menjadi saksi di akhirat nanti bahawa semasa kita hidup didunia ini , pernah seketika kita berjihad untuk membela saudara-sauadara ditadi Palestin dan seterusnya berusaha untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari tangan-tangan kotor zionis...

dmar

Berkenalan dengan Imam Tarawih dari Rabitah Ulamak Palestin




Sehari sebelum Ramadhan, Kelantan telah menerima seorang Imam Terawih yang berasal dari Syria. Beliau telah bergabung dengan Rabithah Ulamak Palestin (RUP). Dengan kerjasama HALUAN PALESTIN , RUP telah menhantar 10 orang HUFFAZ dengan tujuan menjadi Imam solat Terawih disambil mengumpul sumbangan orangramai bagi pembantu rakyat Palestin.

Ust Hafiz mengiringi Imam Diaa Eddin Khalifeh ketika sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail,Pengkalan Chepa
Sampai di tempat penginapan di Kelantan Trade Centre (KTC)

Imam yang datang ke Kelantan ialah Diaa Eddin Klalifeh, berusia 30 tahun dan berasal dari Damsyik Syria.Beliau berkelulusan ijazah di bidang syriah, Master di bidang Fiqh .Hafiz Al Qur'an seawal 13 tahun disamping menguasai 10 qiraat Al Qur'an MasyaAllah. Masih belum berumahtangga Apa yang mampu saya katakan , saya amat selesa dengan beliau, kehangatan ukhuwwah menyelubungi hati walaupun perbualan kami terbatas oleh kerana masalah bahasa.Beliau tidak memiliki harta yang banyak,lantas beliau datang ke sini untuk menggunakan kebolehannya sebagai seorang hafiz al Qur'an disamping menguti dana untuk membantu rakyat Palestin.Walau pun beliau tiada pertalian darah, kita yang berada di Malaysia pun tiada hubungan kekeluargaan dengan Palestin , namun kesatuan aqidah dan kekuatan ukhuwah kita bersama-sama membantu mereka.

dmar
























































IMAM Eire menabur bakti di Trengganu : JALINAN BAKTI TRENGGANU 2011

Barisan ke 2 dari belakang, dari kiri : Dr Abu Ubaidah, Dr Azman, Dr Rosdan, Dr Saedah,Dr Salwana, Dr Rohaiza, Dr Ilyana, Dr Samihah. Pengarah Program Mohd Syafiq Amri (Barisan belakang: tengah)


Alhamdulillah , Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) -Eire Student Chapter dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah mengadakan "Program Jalinan Bakti Trengganu 2011" (JBT) bertempat di Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,Trengganu dari 6 - 10 Julai 2011.Mereka yang terlibat terdiri dari kira-kira 40 orang mahasiswa/i dari Royal College of Surgeon in Ireland, University College  Dublin dan Trinity College Dublin. Kelab Kesihatan Haluan telah diamanahkan untuk membantu peserta program bagi mengadakan klinik  pemeriksaan dan rawatan perubatan dan mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai.
Dr Ahmad Sabri memberi taklimat mengenai profesion doktor dan cabarannya
Dr Rosdan Salim memberi taklimat mngenai "Career Pathway"

   Saya sungguh bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinya saya dapat hadir pada 8 & 9 Julai 2011 untuk slot perubatan.Saya bertolak daripada Kota Bharu pada jam 8.30 pagi bersama Dr Ahmad Sabri Omar (Orthopedic Surgeon) dan Dr Darwish (houseman) . Semasa didalam perjalanan kami sempat membaca ma'thurat bersama-sama.Kami sama-sama bermuhasabah diri, memperbaiki niat agar perjalanan ini merupakan ibadah kepadaNya.Kami sampai ke Kampung Sungai Berua kira-kira jam 12.00 tgh. Ketika itu program pemeriksaan kesihatan telahpun selesai.

Makan bersama dapat  menjalin rasa kasihsayang

Imran sedang mengajar peserta tenik membuat jahitan (Stitch)
Dr Ahmad Fardi mengajar teknik berkhatan

Taklimat mengenai persiapan untuk berkhatan
       
Kami telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah Program Sdr Mohd Syafiq Amri Razak dan peserta lain. Melihat kepada wajah-wajah mereka seolah-lah mereka adalah seperti anak-anak saya sendiri. Lantaran saya teringat kepada dua orang anak saya yang mengambil bidang perubatan iaitu Mahfuzah Hazirah (anak ke 2 yang berada di tahun 4 Universitas Hasanudin, Sulawesi, Indonesia) dan Mohd Afham (anak ke 3 yang berada di tahun pertama Universiti Al Azhar, Mesir).

Khidir, Nurudin  dan Nur Atiqah sedang asyik mendngar penerangan yang diberikan
Senyuman bakal doktor Muslim dimasa depan InsyaAllah...

    Terus terang saya katakan, saya kagum melihat kemampuan dan kesungguhan mereka menjayakan program JBT ini  .Dengan latar belakang hidup yang berbeza, universiti yang berbeza dan tinggal dari berbagai negeri dari seluruh negara, mereka dapat duduk bersama untuk menjalin ukhuwwah sesama mereka.Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya apabila dapat duduk bersama mereka. Wajah pemuda/i yang menjadi harapan Islam dimasa akan datang. Biarlah saya terpaksa menutup klinik pada sebelah malam (Jumaat malam sabtu), biarlah saya terpaksa membayar sejumlah wang untuk doktor gantian diklinik (sabtu). Namun kepuasan dan kegembiraan hati saya untuk duduk bersama para peserta program, jauh lebih besar maknanya apabila dapat bersama mereka. Kenapa ? Bukan sebab kerana mereka pelajar perubatan dari Ireland , tapi saya dapat melihat kejujuran mereka, keikhlasan mereka, kesungguhan mereka, kejernihan wajah-wajah mereka. Saya amat yakin jika kita mampu membajai iman dijiwa mereka. InsyaAllah di suatu hari nanti mereka akan mampu menjadi batu-bata kepada kebangkitan Islam.
" Baca Bismillah dik, makan ubat nie.." Nadira menyuapkan ubat selepas berkhatan
Dr Ahmad Fardi tersenyum puas setelah tamat program berkhatan

Wahai anak-anak yang saya kasihi kerana Allah,

Kita harus menyediakan diri kita dengan kefahaman Islam yang betul dan konsep ibadah yang betul. Disamping itu kita harus bina keperibadian kita dengan akhlak Islam yang sebenarnya.Apabila kita menjadi seorang doktor disuatu hari nanti, biarlah kita menjadi seorang doktor yang berkebolehan dan membawa syahsiah Islamiyah.Kita perlu didik hati dan jiwa kita untuk merasai ketinggian kerja-kerja dakwah. "Daie" (peyeru kepada agama Allah) sebagai profesional utama kita, malah lebih utama dari profesion "doktor" itu sendiri kerana ia menentukan matlamat akhir hidup kita samada masuk "syurga" atau "neraka".

terlena kerana keletihan....
Dr Saedah merawat seorang kanak-kanak Orang Asli

Mendidik kanak-kanak orang asli menggosok gigi

     Oleh itu kita harus mempersiapkan diri kita dengan "serious", menjalani tarbiyah (pendidikan) yang betul, iatu melalui usrah atau halaqah mingguan kita. Jangan sekali-kali kita mengabaikan perkara ini. Kita boleh beri peruntukan  masa berjam-jam di depan komputer untuk melayari internet, menulis blog atau  facebook., kita boleh beri masa untuk menonton TV, membaca akhbar atau majalah setiap hari, tapi kenapa kita tidak mampu berikan masa untuk duduk bersama, berukhuwah dan berbincang mengenai agama Allah. Program sebeginilah yang akan mampu meningkatkan keimanan kita, InsyaAllah.Sesungguhnya salah satu golongan yang berada dibawah perlindungan Allah di padang mahsyar nanti adalah  mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah. OLeh itu kita mesti memperuntukkan sebahagian daripada masa kita untuk berkhidmat kepada Deen Allah swt.

Anak-anak yang saya sayangi,

Walaupun kita hanya bersama untuk seketika, saya cuba mengenali kalian, mengingatkan nama kalian tapi hanya beberapa nama yang mampu saya ingat. Maafkan saya tak seperti orang arab yang kuat daya ingatannya.Saya cukup tertarik dengan  Khidir yang mampu menjadi imam dan bacaan Al Qur'an yang baik.
Syafiq Amri yang menyerlah leadershipnya , Fawwas yang sentiasa bersungguh dalam memastikan kelancaran progra, .Nur Atiqah yang cukup mesra dengan adik-adik yang dikhatankan.Antara nama lain yang saya ingat termasuklah Izzat (mirip pelakon korea), Saiful, Faiz , Nurudin , Siti Sufia dan beberapa yang lain.Pendek kata semua peserta memiliki kelebihan masing-masing. Sememangnya "ta'aruf" adalah muqaddimah kepada ikatan ukhuwah. Sempat saya bertukar-tukar pandangan dengan Khidir dan Nur Atiqah mengenai " taaruf.", Cara mereka memberi pandangan dapat saya rasakan mereka  memiliki kefahaman yang cukup baik.

Dari kiri: Dr Azrol, Imran dan Fawwas

Mohd Syafiq Amri :Pengarah Program
Siapa lebih comel?
               

Anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan Islam,

Sesungguhnya semangat yang berkobar-kobar perlu diiringi dengan iman yang mendalam. Didalam perjuangan ini pula perlu sifat "Istiqamah" kerana perjalanan untuk menuju redha Illahi merupakan perjalanan yang jauh dan penuh ujian. Betapa ramai orang-orang yang terdahulu dari kalian, pada awalnya memiliki semangat yang tinggi namun akhirnya tersungkur ke bumi.Semasa saya jadi student seperti kalian, saya juga sering diperingatkan oleh naqib saya bahawa "Awas apabila kita telah memiliki kedudukan ,pangkat, gaji yang besar dan isteri yang cantik, jika awak memandang enteng masalah tarbiyah diri dan tidak duduk dalam jamaah maka awak akan hanyut bersama arus jahiliyah" . Kata-kata itu masih subur didalam ingatan saya walaupun hampir 28 tahun telah berlalu.Apabila masa berlalu. saya melihat rakan-rakan yang bersama-sama saya, sebahagiannya  yang hanyut satu demi satu, gugur dalam perjuangan...sedih juga....setelah sekian lama kami bina ukhuwah dikampus, riadah bersama, rehlah bersama, muhayyam bersama...akhirnya tenggelam
dalam arus kebendaan, kemewahan dan "glamour", tak mampu hendak diselamatkan.
Oleh itu anak-anak sekalian, ambillah ini sebagai tauladan....fikirkan apa yang mau kita cari dalam hidup ini.
Kalau kita ingin menjadi seorang doktor yang bagus, InsyaAllah akan tercapai tapi akan berakhir apabila mati. Sebaliknya jika kita menjadi seorang daie/murabbi, sementara "doktor" menjadi wasilah dakwah kita, kita akan mendapat ganjaran didunia dan syurga di akhirat, InsyaAllah.
Haluansiswa Medik beristirehat


Dr Ilyana sedang menerangkan sesuatu kepada para peserta

BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH, YA ALLAH ENGKAU  SATUKAN HATI-HATI KAMI UNTUK MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU
             
Kepada anak-anak Haluansiswa Medik...!!

Sekalung tahniah saya ucapkan khususnya kepada Dr Azrol, Dr Abu Ubaidah, Imran dan Firdaus. Sesungguhnya kalian telah mampu menunjukkan komitmen yang tinggi walau kalian datang dari jauh, mengorbankan masa dan harta untuk sampai ke daerah ini.Kalian telah mampu membimbing adik-adik dari IMAM Eire untuk beberapa sesi, memberi tauladan yang baik kepada mereka. Kita sentiasa ingat motto HALUAN  iaitu " BERAKHLAK ,MENDIDIK DAN BERBAKTI" . Kita harus sentiasa memperbaharui niat kita, kita hanya untuk mencari "Mardhatillah" (Keredhaan Allah) semata-mata.Bagi saya program ini merupakan kenangan indah didalam hidup saya. Akhirnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.Semoga kita akan dipertemukan Allah dimasa akan datang di bawah naungan Ukhuwah Fillah.

DMAR

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...