Ada seorang murobbi berkata, " Biarlah kita mulakan pembinaan ummah ini dengan angka yang kecil. satu orang, kemudian 2 orang , 3 orang dan seterusnya ,kita tambah mengikut kemampuan kita. Kita didik mereka dengan manhaj tarbiyah yang betul, kita proses jiwanya dengan fikrah yang betul, kita bina dan suburkan perasaan ukhuwah dijiwa mereka sehingga ujud ummah yang kecil, tetapi dalam pembinaan kita,jangan sesekali kita izinkan seorang pun anggota kita mengambil Islam secara juz'ie (mengambil Islam pada juzu' tertentu dan menolak Islam dijuzuk yang lain), jangan kita izinkan....!!! Kita mahu semua anggota yang kita didik dengan mengambil Islam secara "KULLI" (menyeluruh), kaedah ini memang lambat tapi ia lebih menjamin kejayaan yang ingin kita lihat".
Saya berfikir sendirian. Kata-kata yang cukup bermakna. Kalau dulu semasa di Universiti saya ghairah untuk mencari angka bilangan yang ramai, nak lihat natijah yang cepat. Tetapi jika kita lihat Rasulullah menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Setelah mereka menerima seruan tersebut, lantas Rasulullah membentuk dan mendidik jiwa mereka dengan hanya SATU sumber iaitu Wahyu Allah swt. Baginda tidak mengambil sumber yang lain. Baginda tidak mencerca dan menghina tuhan-tuhan orang musyrikin sebaliknya baginda terus mengajak manusia untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.Baginda mendoakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah.
Murabbi tersebut meminta agar membina sebanyak mungkin kelompok-kelompok kecil yang beriman tadi dibentuk dimerata tempat. Mereka dididik dan diasuh dengan sumber yang muktabr iaitu Al Qur'an, hadith, seerah Nabawiyah dan sebagainya. Sesekali mereka di himpun pula dalam suasana kasihsayang, makan bersama, tidur bersama, riadah bersama, solat bersama dan banyak lagi aktiviti yang lain dilakukan bersama. Sebelum saya mengakhiri catatan ringkas ini ingin saya kongsi bersama satu pengalaman saya yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.
Ketika itu diadakan satu perhimpunan besar tahun yang telah diadakan di utara tanahair, kami dari kelantan menyewa sebuah bas.Peserta yang hadir dianggarkan 600 - 700 orang.Saya membawa seorang ustaz (dalam lingkungan 40 an) yang baru mengikuti halaqah yang baru dibina diperingkat kampung. Dia seorang yang aktif dengan sebuah parti politik Islam . Kesah ini sebenarnya beliau sendiri yang menceritakan kepada saya selepas beliau menghadiri program tersebut.Untuk maklumat semua, dia juga seorang perokok.
Ketika sampai di sana beliau berkenalan dengan driver bas yang kami sewa. Ketika program itu berlangsung driver bas membuka meja kecil jual "lighter" (untuk membakar rokok). Dari pagi hingga ke petang. tiada satupun yang laku. Dia merasa pelik. Disamping dia lihat peserta yang hadir tiada seorang pun yang merokok. Dia kata dia belum pernah berjumpa program yang sebegini besar, tiada seorang peserta pun yang merokok. Biasanya "lighter" nya tetap laris ketika majlis ceramah-ceramah agama di kelantan.Akhirnya dia malu sendiri.Pada keesokan harinya dia tidak lagi membuka meja jualannya.
Inilah hasil tarbiyah yang berjalan, hati-hati yang sentiasa disirami dengan wahyu Allah swt, hati-hati yang yang telah memberi penyerahan yang total kepada "Sibghatullah" (Corakan Allah swt). Inilah ummah yang ingin kita bina. Anggota yang tinggi akhlaknya, sentiasa beramal dengan bersungguh, mengasihi saudara seagama dan sentiasa bekerja menyebarkan dahwah dengan cara yang baik dan beradap.Memang benar..
kata seorang pejuang Islam Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rashid dalam kitab al Mumtalaq " Jangan sampai kita berjaya mengumpulkan ramai orang, sedangkan hakikatnya kita hanyalah mengumpul angka-angka kosong (sifar) "...Sama-sama kita renungkan....
dmar
.
2 comments:
Jazakallahukhairan pc atas peringatan.. teruskan berkongsi pengalaman sebagai panduan bagi kami generasi muda.. InshaAllah..
"Semangat orang muda perlu diiringi dengan hikmah orang dewasa.."
wallahua'lam..
Terimakasih Syuhada...InsyaAllah pc akan teruskan usaha murni ini semampu pc,tq
Post a Comment