Disatu ketika Umar Thelmisani menemani Imam Hassan Al Banna didalam satu program ceramah yang di buat . Yang hadir menjangkau ribuan orang. Lantas Umar memerhatikan gelagak manusia yang hadir.Disamping ramai yang mendengar dengan penuh perhatian, tidak kurang juga ada yang terlena , ada yang berbual-bual diantara satu sama lain, ketawa dan sebagai nya.Setelah selesai ceramah Umar dan Imam Hassan Al Banna pun pulang ke tempat penginapan. Umar lantas bertanya Imam Hassan Al Banna :
"Aku lihat ramai yang datang itu , ada yang berbual diantara satu sama lain, ada yang tidur, seolah-olah tidak menghiraukan ceramah tuan.Kadang-kadang saya rasa seperti membuang masa sahaja memberikan ceramah kepada mereka...".
Imam Hassan Al Banna menjawab sambil tersenyum.
" Seandainya Allah memberi hidayah SATU orang sahaja dari yang ramai hadir ini kepada Islam , ia sudah cukup membahagiakan aku".
Begitulah sikap seorang daie. Tidak pernah mengenal jemu, tidak pernah mengenal putus asa, tidak pernah merintih. Sebaliknya beliau cukup yakin dan optimis bahawa ada masa depan untuk Islam. Imam Hassan Al Banna bukan saha berceramah. Malah beliau sentiasa beribadah dan berdoa agar dakwah yang diberikan berkesan menyentuh hati-hati manusia, untuk menggerakkan hati manusia agar beriman kepada Allah.
Setelah kembali ketempat penginapan, hari telah larut malam.Umar Telmisani dan Imam Haasan Al Banna bersiap sedia untuk tidur.Setelah beberapa lama, Umar tak mampu lena. Kata Umar, " Tiba-tiba aku lihat Imam Hassan Al Banna bangun, aku menegurnya kenapa masih belum lena.kemudia beliau kembali merebahkan tubuhnya untuk tidur. Aku berpura-pura tidur. setelah beberapa lama aku lihat Imam Hassan Al Banna bangun. kali ini aku tidak menegurnya. Aku lihat dia pergi ke bilik air mengambil wudhu' kemudian aku melihatnya dia mendirikan solat."
MasyaAllah, betapa hebatnya seorang seorang daie, walau pun beliau keletihan melaksanakan amal Islami, namun masih mampu bersujud kepada Rabbnya.Semoga contoh ini menjadi iktibar dan motivasi kepada kita InsyaAllah.
dmar
2 comments:
buku ni juga buku favourite along..best sgt perkongsian ini..
Simpan buku tu baik..warna hijau tu kan?
Post a Comment