Untuk memenangi SATU hati bukannya mudah.Amat sukar. Dr Yusof Qardhawi mengatakan untuk membengkokkan besi yang keras atau untuk membina bangunan yang tinggi adalah jauh lebih mudah dibandingkan untuk merubah SATU HATI . HATI yang yang memiliki Wa'yun Islami (Kesedaran Islam) yang sebenarnya. Hati yang yang sentiasa teruja dan teransang untuk memperbaiki diri disamping mengajak orang lain menikmati keindahan Iman dan Islam.
Ada rakan mengatakan, tugas seorang doktor cukup mudah untuk memenangi hati pesakit. Memang benar. Pesakit biasanya menerima nasihat kita sebagai doktor. Namun untuk memujuknya duduk bersama , berbincang mengenai Islam bukanlah kerja mudah. Namun demikian, ia bukan merupakan alasan untuk tidak melaksanakan dakwah fardhiyah.
Sebenarnya saya sedar "kesibukan" bukannya satu alasan yang baik. Kita sepatutnya nya mampu "melapangkan/memperuntukkan masa " untuk mad'u (insan yang ingin kita dakwahkan) kita.Saya berusaha memberikan kasihsayang, kemesraan dan "caring" kepadanya. Saya berdoa kepada Allah agar dia dapat memahami fikrah ini.Saya sentiasa teringat kepada sepotong hadith yang mengatakan jika dengan kesungguhan usaha kita, Allah memberikan hidayah kepada seorang lelaki maka itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.Sesuatu yang menarik hati saya, Cikgu Hassan selalu mengungkapkan kata-kata ini sebelum mengakhiri percakapan melalui telefon " Terimakasih doktor kepada sudi call saya..."
Sheikh Abbas Assissi sering mengingatkan kita,
"Dekatilah hati-hati manusia ini dengan kasihsayang.Biarlah mereka merasai kehangatan cinta saudara kepadanya".
Memang benar, saya sentiasa cuba mengikhlaskan hati ini. Saya tidak melakukan semua ini melainkan untuk dakwah filllah.Walaupun kita gagal menawan SATU HATI, namun ia tetap mendapat ganjaran yang baik dari Allah. Kerana ini adalah tugas mulia. Tugas para Rasul iaitu mengajak manusia kepada Allah. Inilah keyakinan saya.
Persahabatan saya menampakkan tanda-tanda positif.Tiada tanda-tanda yang dia kurang selesa. Walaupun saya yang sering "call "dia. Saya tak kesah sangat, yang penting ruang masih terbuka luas. Dia tidak seperti kebanyakan pesakit. Ramai pesakit bila kita hubungi, mereka hanya berminat jawab mengenai penyakitnya sahaja.
Pada satu hari dia datang ke klinik membawa anaknya sakit. Ada sesuatu yang menyentuh hati saya ketika dia mahu melangkah keluar dari bilik saya. Dia berjabat tangan dengan saya lalu berkata.
" Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir hayat"
Lega hati saya. Ini pertanda baik. Benih ukhuwah yang ditabur telah mula berputik.lantas saya ajukan satu tawaran kepadanya.
" Kalau cikgu free hujung minggu , jumaat 3.00 ptg datanglah ke bilik seminar ditingkat atas...kita ada buat wacana ilmu"
Dia jawab " InsyaAllah"
.
Apabila sampai waktu "Wacana ilmu" itu diadakan , Cikgu Hassan datang. Dia mendengar dengan penuh minat.Sebelum pulang beliau sempat mengucapkan terimakasih kerana menjemputnya datang.
"Ya Allah, Engkau pereratkan ikatan hati-hati ini demi menjunjung beban dakwahMu..."
Kini, tugas yang lebih berat sedang menanti iaitu untuk menyuburkan benih Iman , kemudian untuk memindahkan kepada marhalah amal jamaie..
Pengajaran :
1. Dekatilah hati manusia yang ingin kita dakwahkan dengan perasaan kasihsayang.
2. Berusaha bagi memenangi HATI manusia untuk menerima hidayah Allah adalah merupakan sebahagian dari kerja jihad.
3. Laksanakan amal Islami dengan bersungguh tanpa jemu dimana saja kita berada, InsyaAllah
0 comments:
Post a Comment