Murabbi harus bijaksana...

Pada tanggal 15 Mac 2011 yang lalu, SMKA Melor telah mengadakan Kursus Kepimpinan Perdana di Permai Resort ,Melawi.Al Fadhil Ust Mohd Noor bin Awang Kechik telah menjadi Penceramah Undangan mengupas mengenai tajuk " Kepimpinan Pelajar Menjana Pembentukan Generasi Berkualiti". Saya bersyukur kerana dapat menghadiri program tersebut.Mereka terdiri dari barisan kepimpinan pelajar seramai 150 orang. Seharusnya seorang murabbi bijaksana menghadapi kumpulan sasaran dakwahnya. Begitu juga dengan Ustaz Noor , beliau bijak menangani kumpulan pelajar tersebut. Beliau selalunya cukup serius semasa memberi penyampaian dikalangan sahabat-sahabatnya atau orang awam, namun dengan remaja cara penyampaian beliau sangat berbeza. Perwatakannya yang peramah,melakukan konunikasi dua hala, memberikan contoh-contoh yang mudah difahami, sedikit gurau senda amat menarik perhatian pelajar. Yang pasti, tiada pun diantara mereka  yang mengantuk.





Menurut beliau , usaha dakwah mestilah ditumpukan terutama orang-orang disekeliling kita, sahabat-sahabat, kaum kerabat dan rakan sepejabat.Tugas ini cukup mulia kerana ia adalah tugas para-para Rasul.Kita mestilah menjadi orang yang bijaksana. Beliau membacakan sepotong hadith yang bermaksud " Orang yang bijaksana adalah orang yang mampu menguruskan dirinya dan bekerja untuk (kehidupan) selepas kematiannya". Oleh setiap perkara yang kita laksanakan didunianya ini mestilah bermatlamatkan akhirat.Kita harus jelas apakah matlamat kita dihidupkan. Kalaulah kita kemukakan soalan kedalam masyarakat "Hidup untuk apa?..." Nescaya kita akan dapati terlalu banyak jawapan."Hidup untuk mencari kebahagiaan. hidup , untuk mencari kesenangan hidup  dan sebagainya"

Sebenarnya Allah sudah jelas memberi tahu kita bahawa matlamat hidup kita adalah untuk menjadi "HAMBA" kepadaNya seperti didalam surah AzDzariat : 56 yang bermaksud
" Sesungguhnya Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu"



  Oleh itu kita perlu didik jiwa kita untuk mengasihi Islam, menyintai perjuangannya, istiqamah diatas jalannya dan sanggup berkorban  apabila diperlukannya.Perjuangan sepanjang hayat, walaupun susah dan kepenatan. keringat yang mengalir sebagai bukti, kita hanyalah seorang hamba yang pasrah kepada ketentuanNya.


  Langkah pertama untuk membina Islam dalam diri kita , mesti dimulakan dengan pilihan yang tepat , manhaj yang betul, tarbiyah yang betul. Langkah pertama mestilah dimulai dengan aqidah yang sejahtera .


       Perjalanan yang jauh memerlukan tenaga dan bekalan yang banyak, perlukan wawasan hidup yang jelas.
Perjalanan yang jauh perlukan keazaman yang tinggi, semangat yang sentiasa berkobar dan kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan, ibadah yang soheh, sentiasa bermujahadah melawan nafsunya, tersusun waktunya, kuat tubuh badannya serta sentiasa bermenafaat kepada orang lain.


dmar

0 comments:

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...