Bertahun menatap wajah yang sama hampir setiap minggu.Tak pernah rasa jemu, tak pernah berselisih faham, tak pernah tarik muka masam dan tak pernah menyesal dengan terjalinnya ikatan ini, ikatan ukhuwah Fillah. Malah seandainya 2 -3 minggu tidak menatap wajah sahabat , akan terasa kerinduan, terasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang berharga, terasa berada jauh dan seakan-akan terlalu lama tidak bertemu. Inilah perasaan saya .Walaupun kami berbeza latarbelakang, meskipun sahabat-sahabat berada di puncak kerjaya masing, pangkat yang tinggi dan sangat dihormati di kaca mata masyarakat., namun masing-masing masih mampu duduk bersama-sama. mereka menyerahkan hati-hati mereka untuk dididik dan di proses oleh manhaj tarbiyah Islamiyah.Mereka merendahkan hati-hati mereka untuk duduk bersama, menghafal ayat-ayat al Qur'an dan hadith, , mengupas mutiara dari tafsir Al Qur'an dan kitab-kitab muktabar dan bertukar-tukar pandangan. Pemikiran hanya tertumpu dengan satu persoalan : bagaimana untuk meraih REDHA ALLAH, bagaimana untuk kita melayakkan diri kita untuk masuk syurga Allah.
Saya terlalu bersyukur kepada Allah kerana masih diizinkanNya untuk duduk didalam suasana begini. Semoga Allah mengekalkan nikmat ini . Dua hari yang lepas kami bertemu seperti biasa. Salah seorang sahabat saya baru pulang dari Padang, Indonesia. Beliau bersama isteri dan anaknya pergi kesana bagi melaksanakan program Qorban di kawasan Pariaman. Daerah merupakan tempat kami menjalankan tugas misi kemanusiaan selama beberapa minggu disana ketika gempa bumi yang dahsyat melanda daerah tersebut kira-kira 3 tahun yang lalu.Kami berkongsi untuk korban seekor lembu. Peristiwa yang tak pernah saya menjuga , sabahat ini telah membawa pulang daging rendang yang telah dimasak disana , dihidangkankan kepada kami dimalam itu. MasyaAllah...!!! Program Korban jauh di negeri seberang, tapi beliau masih ingatkan kami...Beliau masih ingat untuk membawa pulang masakan daging rendang yang enak untuk kami kecapi bersama disini. Suatu ungkapan yang indah yang beliau ungkapkan di malam tersebut " Ukhuwwah ni tak cukup kita perkatakan, atau kita baca melalui buku, tapi perlu dirasai oleh jiwa. Seperti kita memakan buah anggur. Sukar untuk kita cerita kepada orang lain macam mana rasa buah anggur melainkan kita memakannya sendiri".
Seorang sahabat lain menambah, " Sebab itu kita perlu merendahkan hati dan jiwa kita untuk dididik dan diproses dengan keimanan, barulah akan lahir ukhuwah sejati". Walaupun mereka telah memiliki title "Professor", namun beliau masih merasakan perlu kepada "didikan hati" dan "memproses jiwa". Saya tanya dia " Masih perlukan kita tekankan permasalahan "didik hati" dan "memproses jiwa" sedangkan kita telah lama berada dalam jemaah Islam ? "
Kini ramai dari pekerja-pekerja Islam yang merasakan kerja-kerja mendidik hati sebagai perkara yang remeh, zaman itu telah berlalu, kita harus berfikir tentang bagaimana untuk kita mendapat kuasa politik dan kepimpinan negara, berfikir untuk mencari jalan untuk menambah ahli jemaah kumpulan masing-masing sehingga melampaui batas-batas ukhuwah. Berlaku rentetan dikalangan kumpulan Islam sebagai "mencuri ahli". Sehingga subur perasaan yang kurang sehat di jiwa sesama saudara Islam, subur sifat berprasangka buruk sesama kumpulan Islam. Ketika itu tergadailah sifat kasihsayang sesama muslim.Semua orang tahu akan hadith yang bermaksud : " Tidak sempurna iman sesaorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya , sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
Seminima perasaan ukhuwah adalah bersangka baik sesama muslim dan sehinggi-tinggi darjat ukhuwah adalah dengan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.
Kemudian sahabat saya menyambung ucapannya "Kalau boleh kita mesti sentiasa "promote" perkataan "didikan hati" dan "PROSES JIWA" .Jangan sekali-kali jemu memperkatakan dan memperingatkan perkataan ini."
Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau.Kita "proses" tarbiyah yang tidak betul, tentu natijahnya tidak seperti yang diharapkan. Pernah seorang ustaz memberi tau saya ketika beliau cuba mengendalikah usrah sayap pimpinan pemuda di dalam sebuah jemaah Islam. Dia menceritakan tentang haramnya rokok.Apabila usrah itu berakhir, seorang ahli yang duduk disebelahnya lantas terus menghisap rokok dan terus meniupkan asap ke arah muka ustaz tersebut. Peristiwa ini berlaku mungkin berpunca dari murabbi yang kurang berhikmah dan tiada penyerahan hati anggota untuk dididik.
Sahabat saya menambah lagi dengan satu lagi analogi yang cukup menarik.
" Kalau kita naik kapalterbang mengatasi ketinggian awan, kita tak akan dapat merasai nikmat basah ditimpa hujan. Kita hanya dapat merasai nikmat "ditimpa hujan" apabila kita sanggup meletakkankan diri kita di bawah awan. Ukhuwah sukar di nikmati kita merasai kita lebih dari orang lain, merasa kita hebat. Tetapi nikmat ukhuwah hanya dapat kita rasai jika jita sanggup merendahkan hati-hati kita sama level dengan semua orang"
MasyaAllah....pertemuan yang amat membahagiakan. Di akhir pertemuan dimalam itu , kami dihidangankan dengan satay yang enak dan rendang dari Padang Indonesia. "Ya Allah, Engkau kekalkan ikatan hati-hati kami demi memburu redhaMu".
Semoga perkongsian ini dapat kita menafaatkan. Yang baik itu dari Allah dan yang segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Pertemuan yang membahagiakan ...!!!
Labels: PERKONGSIAN
Mimpi Bertemu Sahabat Lama : Dr Ahmad Kamal Peong
Dr Ahmad Kamal Peong berdiri dibarisan belakang (tengah) |
Dengar kabarnya beliau kini buka klinik sendiri di Kedah. Apabila saya terjaga dari mimpi, perasaan ukhuwah dan mahabbah yang telah kami bina sekian lama kembali subur semula.Kerinduan semakin terasa.Teringat saat-saat indah ketika kami bersama di kampus Medik UKM di Jalan Tun Dr Ismail. Ukhuwwah yang di bina hanya terjalin diatas rasa kasihsayang kerana Allah semata-mata. Niat itu selalu peringatkan dan diperbaharui di setiap pertemuan kami.
"Kita berkasihsayang hanya kerana Allah swt .Kita sama-sama berjanji setia untuk sentiasa istiqamah diatas jalan Islam.Kita mesti sentiasa ingat agar jangan tertipu oleh 3 "ta" iaitu (HARTA, TAKHTA DAN WANITA)" . Ungkapan inilah yang sering diperingatkan oleh mas'ul kami , Akhie Rushdi Ramli.
Dr Ahmad Kamal di barisan belakang no 3 dari kiri (berkopiah putih), Tarbiyah yang diusahakan kira-kira 26 tahun yang lalu, masih mampu melahirkan generasi yang istiqamah diatas jalan Allah swt |
Suasana penuh mahabbah |
Dari kiri : Prof Dr Nasarudin, Dr Ahmad Kamal, Dr Mazlan,Prof Dr Amaludin dan Dr Abd Rashid. Meskipun disaat itu kita tidak memiliki kekayaan harta, namun kita memliki kejayaan jiwa dan kasihsayang. |
Saya masih ingat, ketika itu akhie Dr Ahmad Kamal Peong baru memeluk Islam. Beliau seorang yang periang dan mudah mesra.Beliau sentiasa bersama kami, sentiasa berada didalam "Biah Solehah" (suasana yang soleh), sentiasa berada didalam suasana tarbawi (suasana didikan) dimana HATI sentiasa menjadi sasaran tarbiyah. Setiap minggu kami akan duduk bersama sendengar tazkirah mas'ul dan bermain bola bersama.Saya amat kagum dengan keimanan yang Allah kurniakan kepadanya.
Diantara foto terbaru Dr Ahmad Kamal bersama keluarganya |
MULAKAN PEMBINAAN UMMAH INI DENGAN ANGKA YANG KECIL
Ada seorang murobbi berkata, " Biarlah kita mulakan pembinaan ummah ini dengan angka yang kecil. satu orang, kemudian 2 orang , 3 orang dan seterusnya ,kita tambah mengikut kemampuan kita. Kita didik mereka dengan manhaj tarbiyah yang betul, kita proses jiwanya dengan fikrah yang betul, kita bina dan suburkan perasaan ukhuwah dijiwa mereka sehingga ujud ummah yang kecil, tetapi dalam pembinaan kita,jangan sesekali kita izinkan seorang pun anggota kita mengambil Islam secara juz'ie (mengambil Islam pada juzu' tertentu dan menolak Islam dijuzuk yang lain), jangan kita izinkan....!!! Kita mahu semua anggota yang kita didik dengan mengambil Islam secara "KULLI" (menyeluruh), kaedah ini memang lambat tapi ia lebih menjamin kejayaan yang ingin kita lihat".
Saya berfikir sendirian. Kata-kata yang cukup bermakna. Kalau dulu semasa di Universiti saya ghairah untuk mencari angka bilangan yang ramai, nak lihat natijah yang cepat. Tetapi jika kita lihat Rasulullah menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Setelah mereka menerima seruan tersebut, lantas Rasulullah membentuk dan mendidik jiwa mereka dengan hanya SATU sumber iaitu Wahyu Allah swt. Baginda tidak mengambil sumber yang lain. Baginda tidak mencerca dan menghina tuhan-tuhan orang musyrikin sebaliknya baginda terus mengajak manusia untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.Baginda mendoakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah.
Murabbi tersebut meminta agar membina sebanyak mungkin kelompok-kelompok kecil yang beriman tadi dibentuk dimerata tempat. Mereka dididik dan diasuh dengan sumber yang muktabr iaitu Al Qur'an, hadith, seerah Nabawiyah dan sebagainya. Sesekali mereka di himpun pula dalam suasana kasihsayang, makan bersama, tidur bersama, riadah bersama, solat bersama dan banyak lagi aktiviti yang lain dilakukan bersama. Sebelum saya mengakhiri catatan ringkas ini ingin saya kongsi bersama satu pengalaman saya yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.
Ketika itu diadakan satu perhimpunan besar tahun yang telah diadakan di utara tanahair, kami dari kelantan menyewa sebuah bas.Peserta yang hadir dianggarkan 600 - 700 orang.Saya membawa seorang ustaz (dalam lingkungan 40 an) yang baru mengikuti halaqah yang baru dibina diperingkat kampung. Dia seorang yang aktif dengan sebuah parti politik Islam . Kesah ini sebenarnya beliau sendiri yang menceritakan kepada saya selepas beliau menghadiri program tersebut.Untuk maklumat semua, dia juga seorang perokok.
Ketika sampai di sana beliau berkenalan dengan driver bas yang kami sewa. Ketika program itu berlangsung driver bas membuka meja kecil jual "lighter" (untuk membakar rokok). Dari pagi hingga ke petang. tiada satupun yang laku. Dia merasa pelik. Disamping dia lihat peserta yang hadir tiada seorang pun yang merokok. Dia kata dia belum pernah berjumpa program yang sebegini besar, tiada seorang peserta pun yang merokok. Biasanya "lighter" nya tetap laris ketika majlis ceramah-ceramah agama di kelantan.Akhirnya dia malu sendiri.Pada keesokan harinya dia tidak lagi membuka meja jualannya.
Inilah hasil tarbiyah yang berjalan, hati-hati yang sentiasa disirami dengan wahyu Allah swt, hati-hati yang yang telah memberi penyerahan yang total kepada "Sibghatullah" (Corakan Allah swt). Inilah ummah yang ingin kita bina. Anggota yang tinggi akhlaknya, sentiasa beramal dengan bersungguh, mengasihi saudara seagama dan sentiasa bekerja menyebarkan dahwah dengan cara yang baik dan beradap.Memang benar..
kata seorang pejuang Islam Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rashid dalam kitab al Mumtalaq " Jangan sampai kita berjaya mengumpulkan ramai orang, sedangkan hakikatnya kita hanyalah mengumpul angka-angka kosong (sifar) "...Sama-sama kita renungkan....
dmar
.
Ucapan Mursyid Am di Muktamar Tullab IM
DIAA EDDIN PEMUDA SYRIA YANG SANGAT "COMITTED" DENGAN PERJUANGAN PALESTIN; KENANGAN KETIKA BERSAMANYA
Diaa Eddin Khalefah |
Kali pertama saya bertemunya di lapanganterbang Sultan Ismail Petra , Pengkalan Chepa pada 30 hb Julai 2011, saya telah dapat merasakan ikatan ukhuwah yang terjalin, "berkasihsayang kerana Allah".Diaa Eddin Khalefah, seorang pemuda Syria yang tampan, baru berusia 30 tahun berupakan seorang yang sangat bertuah kerana beliau telah terpilih untuk datang ke Malaysia untuk menjadi Imam solat terawih di negeri Kelantan Darulnaim.
Ketibaan Akhie Diaa Eddin ditemani Ust Hafiz di lapanganterbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa |
Bergambar bersama Imam Masjid Kadok, Tn Hj Mohd Zain |
Tujuannya hanyalah satu.Beliau bersama HALUAN Palestin ingin mengutip dana untuk membantu rakyat Palestin. Beliau tidak mempunyai harta yang banyak untuk membantu rakyat Palestin. Tetapi beliau memiliki suara yang merdu ketika membaca ayat-ayat suci Al Qur'an.Beliau "sarjana" dibidang fiqh dan boleh menguasai 10 qiraat bacaan Al Qur'an.Disamping itu beliau juga sangat banyak menghafal hadith-hadith riwayat Bukhori.
Berceramah di Sekolah Menengah Agama di Bachok |
Bergambar bersama Imam Masjid Bunut Payong, Akhik Fathan Adi (kanan sekali) selaku penterjemah |
Saya bersyukur kepada Allah kerana mendapat tugas baru.Walaupun saya hanya menjawat jawatan sebagai "driver" ataupun " pengiring" kepada beliau, itu cukup memberi kepuasan kepada saya.Mujurlah saya free 4 malam dalam seminggu. Beliau hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa arab, saya pulak langsung tak pandai berbahasa arab melainkan hanya beberapa patah yang biasa digunakan.Mujurlah ada akhie Fathan Adi dan Akhie Imran yang ditugaskan sebagai penterjemah. Rupa-rupanya tidak boleh berbahasa arab bukanlah menjadi penghalang untuk mencetuskan perasaan ukhuwah. Kami sering bertukar-tukar fikiran.
Antara ungkapan yang indah apabila beliau mengatakan. " Apabila saya menjejakkan kaki ke Malaysia dan setelah saya diberi taklimat oleh HALUAN Palestin di Kuala Lumpur, barulah saya mengerti bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin dengan isue Palestin.Di masjid-masjid yang saya pergi, saya dapati betapa ramainya orang menghulurkan sumbangan derma ikhlas mereka untuk saudara kita di Palestin.Sedangkan dinegara-negara arab sendiri mereka tidak lagi sensitif dengan isue Palestin".
Di sepanjang Ramadhan, kami berpeluang pergi menziarahi 20 buah masjid di Kelantan dan Alhamdulillah kami juga telah mendapat kerjasama yang baik dari Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK),Jazakallah kepada Ust Hana Pizi yang telah banyak membantu kami memberikan kebenaran untuk menjalankan aktiviti yang dirancang disamping kutipan derma.
Akhie Zulkifli Willi adalah seorang insan yang sangat setia berbakti siang dan malam menguruskan pengangkutan akhie Diaa Eddin. Yang menariknya mereka hanya menggunakan "Body Languange" untuk berkomunikasi. Segala urusan makan dan minum, Akhie Zul lah yang menguruskannya.
Beramah mesra ketika berbuka di rumah Dr Norazmi, Dewan Beta |
Bergambar bersama guru-guru Maahad Tahfiz Al Qur'an (MTAQ) Pulai Chondong |
Bergambar dengan pentadbiran MTAQ |
Dari kiri : Ust Zakaria (Mudir), Akhie Diaa Eddin dan Sheikh Muhaimin |
Bergambar dengan pelajar Maahad Tahfiz Al Qur'an Pulai Chondong |
Di antara saat yang paling menggembirakan beliau apabila saya dapat menyusun lawatan ke Maahad Tahfiz Al Qur'an Pulai Chondong.Disana beliau dapat bertemu dengan Sheikh Muhaimin yang berasal dari Mesir. Beliau di raikan sebagai seorang tetamu kehormat, dilayan dengan penuh kemesraan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Kegembiran dan kebahagian dapat saja rasakan ketika bersama beliau.Disuatu petang, ketika itu berbuka puasa di sebuah masjid, pihak masjid gagal menyediakan makanan yang sesuai untuk akhie Diaa Eddin (Peringkat awal pihak masjid bersetuju untuk menyediakan makanan khas tersebut), saya merasa serba salah , rasa simpati pun ada. Disaat orang lain sebuk dengan makan juadah yang enak, dia hanya menjamah beberapa buah tamar dan beberapa potong buah tembikai. Entah kenapa, tetiba selera saya hilang, tak mampu menelan nasi ketika melihat saudara saya kelaparan. Lantas saya menurut jejak langkahnya iaitu kami sama-sama memakan beberapa biji buah tamar dan beberapa potong tembikai. Tidak tergamak rasanya saya makan dihadapannya sedang dia kelaparan, saya tidak mampu lakukannya.Biarlah saya berlapar sekurang-kurangnya saya dapat merasakan kelaparannya.
Semasa rombongan kami berada di Masjid Mukim Kok Lanas, Tn Hj Mohd Zain, iaitu Imam dimasjid tersebut mempelawa rombongan kami kerumahnya. Saya telah lama mengenali Tuan Imam, beliau sangat suka memuliakan tetamu. Saya kagum , Tn Hj Mohd Zain membawa kami kerumahnya yang cukup sederhana. Beliau menghidangkan kami dengan air yang terbaik didunia , iaitu air zam-zam dan buah tamar.
Hidangan yang "simple" tapi cukup istimewa dan bermakna.Disini saya melihat sifat Akhie Diaa Eddin, sangat menyayangi kanak-kanak. Dia memanggil 2 orang cucu Tn Imam, menggosok kepala kanak-kanak tersebut sambil menghadiahkan beberapa ringgit kepada keduanya.Sebelum berpisah Akhie Diaa Eddin membacakan doa untuk tuan rumah.
Di hari yang lain , saya berkesempatan menemaninya ke Tanah Merah untuk semasa didalam kereta saya telah diamanahkan oleh Haluan Palestin Pusat untuk memberi wang saku kepadanya RM500.00. Saya letakkan didalam sampul .Saya serahkan kepadanya. Saya beritahu dia " Ini wang perpelanjaan hariannya sebanyak RM 500.00". Lantas dia menolak permberian saya.Setelah saya menegaskan yang mana saya diarahkan oleh Haluan Palestin Pusat untuk menyerahkannya kepada beliau, kemudian barulah dia menerimanya. MasyaAllah....Setiapkali setelah selesai solat terawih, ramai juga yang datang bertemunya untuk memberi sumbangan peribadi kepadanya. Yang menakjubkan saya semua pemberian itu beliau tolak dan menyuruh penderma itu memasukkannya ke dalam Tabong Palestin.Dia melakukannya dengan penuh keikhlasan. IHKLAS kepada Rabbnya.
Ziarah Hormat Dato' Tuan Guru Hi Nik Abd Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Kiri sekali :Akhie Mohd Nasir Saat (YDP Haluan Kelantan ) menemani beliau didalam pertemuan tersebut |
Alhamdulillah, saya juga berkesempatan menyusun Ziarah Hormat ke pejabat Dato' Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat , Menteri Besar Kelantan. Beliau di iringi oleh YDP Haluan Kelantan Tn Hj Mohd Nasir bin Saat. Pertemuan yang paling membahagiakan beliau.Perbualannya banyak berkisar tentang isu semasa dan sejarah negara Syria.Saya pun terus menceritakan beberapa kesah keunikan akhlak Tn Guru, beliau mengatakan " Hari ini amat sukar bertemu dengan pemimpin Islam yang tawadhu' seperti Tok Guru walaupun dinegara arab"
Majlis Iftar Perdana di Sekolah Rendah Ugama Al Hilal |
Proses pengiraan kutipan derma di Masjid Salam Pengkalan Chepa |
Majlis penyampaian sumbangan derma oleh Ustaz Uthman, Imam Masjid Pengkalan Chepa |
Majlis perpisahan telah diadakan di rumah Dr Abdullah Sudin , Presiden HALUAN Malaysia dalam suasana yang penuh mahabbah. Terpancar cahaya ukhuwwah yang sukar hendak dibayangkan. Apabila kami mengucapkan berbanyak terimakasih kepadanya kerana sudi datang ke Malaysia bagi kutipan dana untuk Palestin, lantas beliau memberi respon yang spontan.
Prof Dr Abdullah Sudin (Presiden Haluan Malasia menyampaikan sumbangan dari Haluan Kelantan |
Dr Mansor menyampaian sedikit sumbangan daripada sahabat Medik sempena Walimatul Urus beliau yang akan berlangsung di Syria. Pada awalnya beliau dengan rendah diri menolak sumbangan tersebut. |
" Saya lah yang sepatutnya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada ikhwah sekelian kerana di atas jemputan ikhwahlah saya dapat datang dan berbakti di Malaysia. Saya berasa seolah-olah berada dikalangan keluarga saya sendiri.Kalaulah kita tidak dipisahkan oleh negara yang berlainan sudah tentu kita masih terus bersama. Suasana pertemuan seperti ini amat sukar ditemui di Syria kerana suasana pemerintahan yang sangat ketat"
Kemesraan yang terjalin disaat perpisahan ini |
Bertemu dan berpisah kerana Allah , Mohd Afham dan Diaa Eddin |
Detik terakhir perpisasahan adalah pada 26 April 2011,hari jumaat ketika di Lapanganterbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.Kami saling berpelukan. Setiap wajah masih mampu mengukir senyuman dan kemesran, tiada airmata yang mengalir .Namun disudut hati masing-masing terasa sedih dengan perpisahan ini. Bilakah lagi kita akan bertemu ? Entahlah....tiada kepastian. Yang tinggal hanyalah kenangan...apabila saya buka kembali gambar-gambar ketika kita bersama...terasa sayu....cuma didalam hati saya selalu berbisik.."Mungkinkah kita akan bertemu lagi didalan Syurga Allah swt ? " Terbayang kegigihan anak muda Syria ini,sanggup menjelajahi dari satu masjid ke satu masjid di bumi kelantan ini semata-mata mahu melihat nasib kanak-kanak Palestin terbela, nasib saudara-saudara Islam kita di Ghaza terpelihara...Allah Akbar.....Kepada semua sahabat-sahabat yang yang telah sanggup berkorban masa dan harta dengan ikhlas bagi menjayakan program ini, yang kita buru hanyalah "KEREDHAAN ALLAH" semata-mata.Semoga JIHAD yang kecil akan menjadi saksi di akhirat nanti bahawa semasa kita hidup didunia ini , pernah seketika kita berjihad untuk membela saudara-sauadara ditadi Palestin dan seterusnya berusaha untuk membebaskan Masjidil Aqsa dari tangan-tangan kotor zionis...
dmar
Labels: Palestin
Berkenalan dengan Imam Tarawih dari Rabitah Ulamak Palestin
Ust Hafiz mengiringi Imam Diaa Eddin Khalifeh ketika sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail,Pengkalan Chepa |
Sampai di tempat penginapan di Kelantan Trade Centre (KTC) |
Labels: Palestin
IMAM Eire menabur bakti di Trengganu : JALINAN BAKTI TRENGGANU 2011
Barisan ke 2 dari belakang, dari kiri : Dr Abu Ubaidah, Dr Azman, Dr Rosdan, Dr Saedah,Dr Salwana, Dr Rohaiza, Dr Ilyana, Dr Samihah. Pengarah Program Mohd Syafiq Amri (Barisan belakang: tengah)
Alhamdulillah , Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) -Eire Student Chapter dengan kerjasama Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah mengadakan "Program Jalinan Bakti Trengganu 2011" (JBT) bertempat di Kampung Sungai Berua, Kuala Berang,Trengganu dari 6 - 10 Julai 2011.Mereka yang terlibat terdiri dari kira-kira 40 orang mahasiswa/i dari Royal College of Surgeon in Ireland, University College Dublin dan Trinity College Dublin. Kelab Kesihatan Haluan telah diamanahkan untuk membantu peserta program bagi mengadakan klinik pemeriksaan dan rawatan perubatan dan mengendalikan program berkhatan (sunathon) beramai-ramai.
Dr Ahmad Sabri memberi taklimat mengenai profesion doktor dan cabarannya |
Dr Rosdan Salim memberi taklimat mngenai "Career Pathway" |
Saya sungguh bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinya saya dapat hadir pada 8 & 9 Julai 2011 untuk slot perubatan.Saya bertolak daripada Kota Bharu pada jam 8.30 pagi bersama Dr Ahmad Sabri Omar (Orthopedic Surgeon) dan Dr Darwish (houseman) . Semasa didalam perjalanan kami sempat membaca ma'thurat bersama-sama.Kami sama-sama bermuhasabah diri, memperbaiki niat agar perjalanan ini merupakan ibadah kepadaNya.Kami sampai ke Kampung Sungai Berua kira-kira jam 12.00 tgh. Ketika itu program pemeriksaan kesihatan telahpun selesai.
Makan bersama dapat menjalin rasa kasihsayang |
Imran sedang mengajar peserta tenik membuat jahitan (Stitch) |
Dr Ahmad Fardi mengajar teknik berkhatan |
Taklimat mengenai persiapan untuk berkhatan |
Kami telah disambut dengan penuh kemesraan oleh Pengarah Program Sdr Mohd Syafiq Amri Razak dan peserta lain. Melihat kepada wajah-wajah mereka seolah-lah mereka adalah seperti anak-anak saya sendiri. Lantaran saya teringat kepada dua orang anak saya yang mengambil bidang perubatan iaitu Mahfuzah Hazirah (anak ke 2 yang berada di tahun 4 Universitas Hasanudin, Sulawesi, Indonesia) dan Mohd Afham (anak ke 3 yang berada di tahun pertama Universiti Al Azhar, Mesir).
Khidir, Nurudin dan Nur Atiqah sedang asyik mendngar penerangan yang diberikan |
Senyuman bakal doktor Muslim dimasa depan InsyaAllah... |
Terus terang saya katakan, saya kagum melihat kemampuan dan kesungguhan mereka menjayakan program JBT ini .Dengan latar belakang hidup yang berbeza, universiti yang berbeza dan tinggal dari berbagai negeri dari seluruh negara, mereka dapat duduk bersama untuk menjalin ukhuwwah sesama mereka.Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya apabila dapat duduk bersama mereka. Wajah pemuda/i yang menjadi harapan Islam dimasa akan datang. Biarlah saya terpaksa menutup klinik pada sebelah malam (Jumaat malam sabtu), biarlah saya terpaksa membayar sejumlah wang untuk doktor gantian diklinik (sabtu). Namun kepuasan dan kegembiraan hati saya untuk duduk bersama para peserta program, jauh lebih besar maknanya apabila dapat bersama mereka. Kenapa ? Bukan sebab kerana mereka pelajar perubatan dari Ireland , tapi saya dapat melihat kejujuran mereka, keikhlasan mereka, kesungguhan mereka, kejernihan wajah-wajah mereka. Saya amat yakin jika kita mampu membajai iman dijiwa mereka. InsyaAllah di suatu hari nanti mereka akan mampu menjadi batu-bata kepada kebangkitan Islam.
" Baca Bismillah dik, makan ubat nie.." Nadira menyuapkan ubat selepas berkhatan |
Dr Ahmad Fardi tersenyum puas setelah tamat program berkhatan |
Wahai anak-anak yang saya kasihi kerana Allah,
Kita harus menyediakan diri kita dengan kefahaman Islam yang betul dan konsep ibadah yang betul. Disamping itu kita harus bina keperibadian kita dengan akhlak Islam yang sebenarnya.Apabila kita menjadi seorang doktor disuatu hari nanti, biarlah kita menjadi seorang doktor yang berkebolehan dan membawa syahsiah Islamiyah.Kita perlu didik hati dan jiwa kita untuk merasai ketinggian kerja-kerja dakwah. "Daie" (peyeru kepada agama Allah) sebagai profesional utama kita, malah lebih utama dari profesion "doktor" itu sendiri kerana ia menentukan matlamat akhir hidup kita samada masuk "syurga" atau "neraka".
terlena kerana keletihan.... |
Dr Saedah merawat seorang kanak-kanak Orang Asli |
Mendidik kanak-kanak orang asli menggosok gigi |
Oleh itu kita harus mempersiapkan diri kita dengan "serious", menjalani tarbiyah (pendidikan) yang betul, iatu melalui usrah atau halaqah mingguan kita. Jangan sekali-kali kita mengabaikan perkara ini. Kita boleh beri peruntukan masa berjam-jam di depan komputer untuk melayari internet, menulis blog atau facebook., kita boleh beri masa untuk menonton TV, membaca akhbar atau majalah setiap hari, tapi kenapa kita tidak mampu berikan masa untuk duduk bersama, berukhuwah dan berbincang mengenai agama Allah. Program sebeginilah yang akan mampu meningkatkan keimanan kita, InsyaAllah.Sesungguhnya salah satu golongan yang berada dibawah perlindungan Allah di padang mahsyar nanti adalah mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah. OLeh itu kita mesti memperuntukkan sebahagian daripada masa kita untuk berkhidmat kepada Deen Allah swt.
Anak-anak yang saya sayangi,
Walaupun kita hanya bersama untuk seketika, saya cuba mengenali kalian, mengingatkan nama kalian tapi hanya beberapa nama yang mampu saya ingat. Maafkan saya tak seperti orang arab yang kuat daya ingatannya.Saya cukup tertarik dengan Khidir yang mampu menjadi imam dan bacaan Al Qur'an yang baik.
Syafiq Amri yang menyerlah leadershipnya , Fawwas yang sentiasa bersungguh dalam memastikan kelancaran progra, .Nur Atiqah yang cukup mesra dengan adik-adik yang dikhatankan.Antara nama lain yang saya ingat termasuklah Izzat (mirip pelakon korea), Saiful, Faiz , Nurudin , Siti Sufia dan beberapa yang lain.Pendek kata semua peserta memiliki kelebihan masing-masing. Sememangnya "ta'aruf" adalah muqaddimah kepada ikatan ukhuwah. Sempat saya bertukar-tukar pandangan dengan Khidir dan Nur Atiqah mengenai " taaruf.", Cara mereka memberi pandangan dapat saya rasakan mereka memiliki kefahaman yang cukup baik.
Dari kiri: Dr Azrol, Imran dan Fawwas |
Mohd Syafiq Amri :Pengarah Program |
Siapa lebih comel? |
Anak-anak yang bakal mewarisi perjuangan Islam,
Sesungguhnya semangat yang berkobar-kobar perlu diiringi dengan iman yang mendalam. Didalam perjuangan ini pula perlu sifat "Istiqamah" kerana perjalanan untuk menuju redha Illahi merupakan perjalanan yang jauh dan penuh ujian. Betapa ramai orang-orang yang terdahulu dari kalian, pada awalnya memiliki semangat yang tinggi namun akhirnya tersungkur ke bumi.Semasa saya jadi student seperti kalian, saya juga sering diperingatkan oleh naqib saya bahawa "Awas apabila kita telah memiliki kedudukan ,pangkat, gaji yang besar dan isteri yang cantik, jika awak memandang enteng masalah tarbiyah diri dan tidak duduk dalam jamaah maka awak akan hanyut bersama arus jahiliyah" . Kata-kata itu masih subur didalam ingatan saya walaupun hampir 28 tahun telah berlalu.Apabila masa berlalu. saya melihat rakan-rakan yang bersama-sama saya, sebahagiannya yang hanyut satu demi satu, gugur dalam perjuangan...sedih juga....setelah sekian lama kami bina ukhuwah dikampus, riadah bersama, rehlah bersama, muhayyam bersama...akhirnya tenggelam
dalam arus kebendaan, kemewahan dan "glamour", tak mampu hendak diselamatkan.
Oleh itu anak-anak sekalian, ambillah ini sebagai tauladan....fikirkan apa yang mau kita cari dalam hidup ini.
Kalau kita ingin menjadi seorang doktor yang bagus, InsyaAllah akan tercapai tapi akan berakhir apabila mati. Sebaliknya jika kita menjadi seorang daie/murabbi, sementara "doktor" menjadi wasilah dakwah kita, kita akan mendapat ganjaran didunia dan syurga di akhirat, InsyaAllah.
Haluansiswa Medik beristirehat |
Dr Ilyana sedang menerangkan sesuatu kepada para peserta |
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH, YA ALLAH ENGKAU SATUKAN HATI-HATI KAMI UNTUK MEMIKUL BEBAN DAKWAHMU |
Kepada anak-anak Haluansiswa Medik...!!
Sekalung tahniah saya ucapkan khususnya kepada Dr Azrol, Dr Abu Ubaidah, Imran dan Firdaus. Sesungguhnya kalian telah mampu menunjukkan komitmen yang tinggi walau kalian datang dari jauh, mengorbankan masa dan harta untuk sampai ke daerah ini.Kalian telah mampu membimbing adik-adik dari IMAM Eire untuk beberapa sesi, memberi tauladan yang baik kepada mereka. Kita sentiasa ingat motto HALUAN iaitu " BERAKHLAK ,MENDIDIK DAN BERBAKTI" . Kita harus sentiasa memperbaharui niat kita, kita hanya untuk mencari "Mardhatillah" (Keredhaan Allah) semata-mata.Bagi saya program ini merupakan kenangan indah didalam hidup saya. Akhirnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.Semoga kita akan dipertemukan Allah dimasa akan datang di bawah naungan Ukhuwah Fillah.
DMAR