Oh Ibu ...Ampunilah dosa ku....

Tak mungkin kesah luput peristiwa itu dari ingatan saya. Mana mungkin.Saya telah melukai hati nya, menghancurkan perasaannya. Dari kecil dia membelai saya dengan kasihsayang.Inikah balasan yang saya berikan?.Melukakan hati seorang ibu amat besar dosanya. Malah Allah telah melarang kita mengatakan "ahh" kepada seorang ibu.Dari peristiwa itulah saya berjanji pada diri ini tidak akan melukakan lagi hati ibu lagi. Syukurlah..sehingga ke saat ini Alhamdulillah saya masih mampu memenangi hatinya.

   Ketika itu saya berusia kira-kira 9 atau 10 tahun.Hidup kami sangat dhaif.Ayah  hanya bekerja di sebuah kedai runcit dikampung.Gaji hanya RM 100 sebulan.Hanya sekadar cukup untuk sara hidup. Saya mempunyai 4 orang adik beradik.Pakaian hanya dibeli setahun sekali sahaja, iaitu ketika di hari raya.

      Entah kenapa, di saat itu saya telah berkawan dengan seorang yang sebaya dengan saya , Mazlan namanya.Dia adalah anak orang kaya dikampung itu.Dia selalu pakai yang cantik-cantik, makan yang sedap-sedap dan perbualannya pun banyak menceritakan kemewahan hidupnya.Tanpa disadari ,hati saya mula terpengaruh dengannya. Kenapa saya hidup miskin, penuh kesusahan, penderitaan, pakaian harian pun sudah lusuh. Berjalanpun selalu  dengan berkaki ayam sahaja.Kadang-kadang timbul rasa kesal saya kenapalah  dilahirkan dalam keluarga miskin.Namun kenapa pula ibu selalu membisikkan ketelinga saya
"Arif..kalau orang tanya bila dah  besar nak jadi apa? Arif jawablah nak jadi doktor"
Saya bagaikan pak turut mengikut saja arahannya.Itulah jawapan yang saya berikan kepada siapa saja yang bertanya.Ramai juga yang ketawa mendengarkan jawapan saya. Maklumlah saya orang kampung yang miskin.

    Memang...kawan boleh mempengaruhi hidup kita.Saya telah mula ada keinginan nak beli baju mahal, nak pakaian yang cantik-cantik, nak makan sedap-sedap.Tapi bagaimana..? Perasaan itu semakin menebal, desakan hati semakin membuak-buak.

Sampailah disuatu ketika , hariraya aidilfitri hampir tiba. Seperti biasa ibu pergi ke pekan Semenyih membeli seluar dan baju saya dan adik beradik lain.Bila belikan sehelai baju batik untuk saya. Harga pun murah.Maklumlah ibu saya orang susah.Mampu beli baju barupun dia sudah cukup gembira. Dia tidak mahu anak-anak dia sedih di pagi hari  lebaran. Dia amat menyayangi anak-anaknya.Terbayang difikirannya betapa gembira hati anak-anaknya nanti apabila dapat baju baru. Berbaloilah dia menabong wang selama ini dengan melihat anak-anaknya gembira dipagi raya.Itulah hati seorang ibu. Dia lebih rela tidak berpakaian baru asalkan anak-anak boleh berpakaian baju.

Bila sampai dirumah dia dengan penuh kegembiraan terus memanggil saya.

" Arif...ni emak ada beli baju raya...cantik tau..." Sambil dia menghujurkan baju itu kepada saya.

Saya terus mengambil baju itu sambil membelek-beleknya. Saya tau baju tu murah harganya. Taklah cantik sangat, agak nipis pulak tu. tak ada "brand" langsung. Entah syaitan mana yang merasuk saya.Tetiba saja wajah saya berubah "bermasam muka", tanda protes.
"Arif suka tak..?" tanya ibu yang mahukan saya menghargai pemberiannya.
Saya terus tarik muka masam, tanda tak suka baju.Alangkan bodohnya tindakan saya ketika itu.Dalam hati saya, saya nak baju mahal macam Mazlan anak orang kaya tu. Saya nak baju yang "branded".Saya alihkan pandangan menjauhi ibu.Saya benar-benar lupa diri..lupa jasa ibu yang telah bersusah payah mendidik saya,lupa akan pengorbanannya.Ibu pun faham perasaan protes saya. Dia faham tindakan anak yang telah dibelainya dari kecil.

   Tanpa diduga, tiba-tiba ibu memeluk saya, mendakap saya kemas-kemas. Dia menangis semahu-mahunya.
" Emak tau rif...emak orang miskin, emak tau rif ..arif  tak suka baju tu" Tangisannya memang kuat sambil teresak-esak. Saya pulak terkejut besar. Tak sangka keadaan berubah menjadi seperti itu. Saya terus membisu didalam pelukan ibu. Dalam tangisannya yang penuh dengan nada kesedihan dia terus bersuara,

" Emak kumpul wang dalam tabong selama setahun rif...emak pecahkan tabung tu semata-mata nak beli baju raya untuk anak emak...tiba-tiba  masam muka arif..emak tau emak orang miskin...nak beli baju mahal mak tak mampu rif..."
Tangisannya tidak reda-reda. Pelukan ibu tetap kemas.Airmatanya memasahi muka saya. Dia amat sayangkan saya. Saya yang lupa diri.Saya tak pernah melihat ibu sesedih itu. Ya Allah....ketika itu barulah kesedaran menyentuh hati saya . Betapa besarnya dosa mengecilkan hati ibu, menyebabkan ibu mengalirkan air mata.Ya Allah..ampunilah saya..ampunilah saya. Saya benar-benar menyesal sekarang...Ya Allah...betapa saya telah terlalu jauh dari kebenaran.Pelukan ibu benar-benar menginsafkan saya. Ibu amat mengasihi saya, amat menyayangi saya.Tanpa saya sadari, airmata saya mengalir membasahi pipi. Lantas saya peluk ibu sekemas-kemasnya,saya turut menangis semahu-mahu hati saya.
"Maaf mak..maaf mak....Arif tak buat lagi mak...maaf kan dosa arif mak..." Sambil menangis saya peluk ibu
saya cium tangan ibu, saya cium dahi ibu.Saya memang benar-benar menyesal.Saya menangis agak lama. Saya dengar tangisan ibu semakin reda. Mungkin dia tahu saya tidak sengaja melakukan itu semua dan dia tahu saya sudah menyesal dan memohon maaf. Namun begitu saya terus juga menangis, tak mampu berhenti lagi.Sepatutnya, saya mesti bersyukur dengan pemberian ibu. menghargai pengorbanan ibu. Tanpa saya tahu, ibu menabong sedikit wang selama setahun untuk beli baju raya anak. Sebaliknya si anak langsung tidak menghargai pengorbanan ibu.Hati ibu mana yang tidak sedih, hancur luluh.

      Apabila ibu melihat saya menangis berterusan, barulah dia cuba memujuk saya.
"Sudahlah Arif..jangan menangis lagi, lain kali jangan buat lagi. Emak maafkan Arif. Sedih hati emak bila tengok Arif tak suka baju tu...kita orang susah rif..bersyukurlah apa yang ada"

Saya terus peluk ibu, saya cium tangan ibu tanda minta maaf. Sejak detik itu saya berjanji kepada diri saya tidak akan mengecilkan hati ibu lagi.Saya memakai baju yang ibu belikan itu dengan hati yang gembira. Saya sedar, saya orang miskin dan perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.Saya pun menjauhkan diri dari berkawan dengan anak orang kaya tu.biarlah hidup susah asalkan saya tidak mengecilkan hati ibu lagi.

Kini ibu saya telahpun uzur, menjangkau usia lebih 80 tahun.Setiap bulan saya akan menziahinya menaiki flight dari KB. Wang boleh dicari, tapi kasih ibu....terlalu mahal harganya. Dapat menatap wajah ibu, mencium dahinya adalah suatu kebahagiaan bagi saya. Senyumannya dan restunya amat bermakna bagi saya.Apabila saya menatap wajahnya, renung wajahnya yang telah kurus hati saya sayu...dalam hati selalu bertanya"Berapa lamakah lagi saya dapat berbakti kepada ibu"


Oh ibu..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa besarnya pengorbanan ibu kepada saya. Tak mungkin saya dapat membalas jasa ibu."Ya Allah izinkanlah saya berbakti kepada ibu sebaik mungkin selagi dia masih hidup, ampunilah dosa-dosanya ya Allah, Ameen"

Senyumanmu ibu...sentiasa mekar dalam hatiku untuk selama-lamanya...!!!

dmar

2 comments:

izwah March 5, 2010 at 6:25 AM  

sedih baca post pakcik kali ni'(
rindu pada ummi Izwah pula.. yang banyak berkorban untuk Izwah sekeluarga. ummilah ibu, ummilah bapa. arwah abah telah lama meninggalkan kami. sejak Izwah darjah 6. al-Fatihah untuk arwah abah Izwah=)

Mohd Ariff B. Abd Rashid March 5, 2010 at 8:38 AM  

Izwah perlu bersyukur kerana masih ada ummi.berbaktilah kepadanya sebaik mungkin selagi dia masih hidup. Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa kedua ibubapa kita,InsyaAllah.

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...