dmar
Labels: PERKONGSIAN
"Ayah...kat sekolah tadi ada kawan sekelas Ijah..dia seorang aje tak dapat buku latihan, yang lain semuanya dapat.." Wajahnya agak sugul. Tak ceria seperti sebelumnya.Maklumlah sekolah baru dibuka, bila naik saja kereta, mulalah dia bercerita denganku kesah kawan-kawannya.
Labels: Pengalaman
Labels: PERKONGSIAN
Assalamualaikum wt, apabila saya terus membaca buku "Bagaimana Menyentuh Hati", hati saya memang betul-betul terusik dan timbul perasaan "Alangkah indahnya pengalaman yang begitu berharga dapat kita kongsi bersama" Saya cuba memudahkan dan meringkaskan sedikit penulisan ini tanpa menghilangkan maksud sebenar pengarang.
RINTANGAN DAKWAH
Sesaorang yang tidak memiliki kunci, maka sukar baginya untuk masuk.Manusia yang hatinya terkunci sukar untuk dimasuki dakwah, bagaikan sebuah peti besi yang besar (yang mungkin mengandungi barang berharga) sebenarnya dapat dibuka hanya dengan kunci yang kecil. Kunci ini terserah kepada persediaan para daie itu sendiri, berkaitan dengan potensi diri, kebijaksanaan, kesungguhan dan ketabahannya dalam memenangi hati mad'unya.Kadang-kadang dengan usaha yang kecil, Allah beri hidayah, mampu menghasilkan keuntungan yang besar kepada dakwah.
Labels: Bahan Tarbiyah
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Lama rasanya tak update blog ini kerana saya sebuk sedikit dengan progran berkhatan di klinik semasa cuti sekolah. Lebih dari seratus orang. Begitulah keadaannya setiap tahun. Namun saya soal diri saya berapa ramai yang telah saya sampaikan risalah Islam kepada mereka. Jawapannya tetap kabur.Dirumah pula isteri saya sebuk membaca sebuah buku hasil tulisan Sheikh Abbas Asyisyi yang bertajuk " Bagaimana Menyentuh Hati". Setelah tamat membacanya , beliau bersungguh-sungguh meminta agar saya membaca buku itu. Bagus sekali katanya.Kemudian saya pun mula membaca. Memang persembahannya cukup menarik khususnya kepada pencinta-pencinta dakwah .Tertanam di lubuk hati saya untuk kita sama-sama berkongsi bahan tarbiyah untuk kita terus muhasabah diri kita . Agar kita sama-sama mengikhlaskan hati kita bagi meneruskan kerja-kerja dakwah Rasulullah saw.Ini adalah sebahagian kandungan buku tersebut.
UNTUKMU SAUDARAKU
Tidak salah mengenang hari-hari yang berlalu, penuh keindahan , yang memberi kesan kepada HATI. Saya telah banyak mendengar ceramah-ceramah agama, membaca buku-buku. ceramah-ceramah motivasi dan sebagainya , namun sukar untuk dilaksanakan.Saya biasa mendengar ceramah yang penuh semangat dan hebat.Semangat saya juga bergelora. Namun lama kelamaan ianya luntur dan hilang. Saya masih ingat kali pertama saya mengikuti usrah di universiti.Naqib saya kata sasaran tarbiyah kita adalah "HATI". Hati ini perlu sentiasa kita didik dan asuh agar ia dapat mengikut acuan yang Allah kehendaki (sibghatulLah). Terfikir juga oleh saya "Hati kita sendiri , perlu juga dididik dan diasuh?" Sukar saya menerima hakikat ini, namun saya telan juga. Setiap kali pertemuan mingguan, pesanan ini tidak pernah ditinggalkan. Jiwa saya tenteram .
Labels: Pengalaman
Dalam waktu berlalu, membesarkan anak-anak. Sukar difahami. Kadang-kadang saya merasai merasai amat memahami mereka . Namun tidak semestinya begitu. Mereka telah berada diambang remaja dan dewasa, mempunyai perasaan rasai hati sendiri dengan adik-adik. Bila saya membaca blog puteri ke 2 saya http://mencarimatahariku.blogspot.com/ , hati terasa sayu juga mengenangkan betapa sayangnya mereka kepada adik-adik. Anak bongsu saya yang berusia 11 tahun, telah membaca catatan ini berkali-kali, namun setiap kali membacanya airmatanya tetap mengalir.
Saya tanya kepada anak bongsu saya" Kenapa Ijah menangis". Dia kata yang dia cukup merasai betapa sayangnya kakak-kakak terhadap dirinya.
TEGURAN KAKAK
Labels: PERKONGSIAN
Apabila direnung kepada potrait lama ini memang sangatlah indah. Mengelamun fikiran mengimbau masa lalu. adakalanya merasa sayu hati ini.Dua puluh lima tahun yang lalu di Fakulti Perubatan UKM , bukan suatu jangka waktu yang pendek. Maklumlah kita pernah bersama, makan bersama, beriadah , usrah bersama, tamrin bersama. Memang indah. Hanya Allah yang tau betapa indahnya nikmat ukhuwwah yang Allah campakkan didalam hati kita.Masihkah kita ingat kalau kita makan bersama di kantin atau kedai makan, berebut-rebut untuk membayar dahulu.Siapa yang berjaya dapat bayar, dia akan tersengeh kepuasan. Benarlah ..tingkat tertinggi erti persaudaraan adalah mengutamakan saudaranya melebihi dari dirinya sendiri .Itulah yang dinamakan "ithar"Kita pun biasa berbincang mengenai erti sebuah persaudaraan dalam Islam. Bagaimana Rasulullah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor. Bagaimana kasihnya sahabat-sahabat Rasulullah kepada baginda?
Labels: Pengalaman
Labels: ILMU
Labels: ILMU
Copyright 2009 -
Hidup Sebagai Hamba Allah
Blogspot Theme Design by: Ray Creations, HostingITrust.com