PESANAN UNTUK GENERASI MUDA (Oleh :Ust Mohd Noor Awang Kechik, YDP Haluan Kelantan)




Ust Mohd Noor Awang Kechik


Alhamdulillah, Kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, nikmat Islam. Selain daripada nikmat bertaaruf, nikmat berukhuwah dan nikmat bemahabbah. Semua yang  kita lakukan hanya kerana Allah swt semata.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian,

Kerja yang kita nak bawa, urusan Islam ini adalah amanah yang cukup berat dan cukup besar. Sebab itu kita memerlukan bekalan yang cukup, bekal untuk melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. Kita semua meletakkan kedua-dua belah kaki kita, berjanji untuk meletakkan kedua-dua kaki kita diatas perjalanan ini. Iaitu diatas jalan dakwah, diatas jalan Islam. Dan jalan ini Allah sebut,
“Jika sekiranya jalan yang engkau lalui jalan yang dekat, semua mereka akan mengikut kamu wahai Muhammad.tetapi berada diatas jalan ini, ianya jauh dan payah”

Ini tabiat jalan dakwah, jalannya jauh dan lama sampai menjangkau hingga ke  alam ukhrawi. Sebab itu jika kita tidak memiliki bekalan yang cukup, maka disana mungkin ramai yang akan yang termasuk didalam golongan “mutasaqithun ala tariqiddakwah” (golongan yang gugur/tercicir dari  jalan dakwah). Cuba semak balik , sebahagian dari sahabat-sahabat kita yang lama dulu.Ada yang tercicir dan ada yang masih istiqamah diatas jalan dakwah. Mudah-mudahan kita tidak termasuk didalam golongan yang  “mutasaqithun ala tariqiddakwah”.

       Apatah lagi bagi golongan syabab (golongan muda), kalau masih muda sudah tercicir dari jalan dakwah…sungguh malang..Ada juga orang yang pada waktu mudanya mampu istiqamah, banyak masa dan harta yang dikorbankan untuk Islam, tetapi dihujung usia dia tercicir….tersangatlah rugi. Sebab itu kita selalu berdoa “ Ya Allah tolong akhiri hidup kami dengan kesudahan yang baik, jangan Engkau akhiri hidup kami dengan kesudahan yang buruk”

       Sebab itu usaha-usaha untuk meningkatkan bekalan kita,bekalan solat,bekalan puasa , bekalan Al Qur’an, bekalan qiam, bekalan doa, bekalan istihgfar, bekalan taubat dan semua bekalan berbentuk kerohanian mesti sentiasa berlaku didalam diri kita. Begitu juga bekalan harta benda, bekalan infaq dan jihad fisabilillah mestilah sentiasa diberi perhatian.Pada hakikatnya semua ini adalah termasuk sebagai bekalan “ taqwa”.

  - harta : menjadi harta bertaqwa
  - Usia : menjadi usia bertaqwa
  -jiwa: menjadi jiwa yang bertaqwa
  - Sehingga semua anggota kita digembeling menjadi anggota yang bertaqwa, patuh kepada Allah  
     swt.

Sebab itu kita tiada pilihan lain. Kita hanya berwala’ kepada Allah, berwala’kan  Rasulullah dan berwala’kan orang-orang yang beriman.Sudah menjadi sunnah, dimana perjuangan Rasulullah saw dalam melaksanakan dakwah diatas jalan yang susah ini didokongi oleh golongan orang-orang muda (syabab) sehingga Rasulullah  mengatakan “ Aku mengajak manusia kepada Allah, Aku didokongi oleh golongan muda tetapi di belakangi oleh golongan tua”.


    Sebab itu dari seerah, yang mengikuti Nabi diperingkat awal adalah syabab, yang paling senior pun adalah Saidina Abu Bakar pada usia 30 an. Rasulullah saw menjelaskan “Jalan menuju syurga penuh dengan kesusahan dan jalan menuju neraka di kelilingi oleh syahwat”

 Jalan yang menuju syurga di benci oleh nafsu.. nak kena solat,nak kena baca qur’an, nak kena berpuasa, nak kena infak harta pula. Jalan ke syurga tiada jalan yang mudah. Sesungguhnya jalan menuju neraka penuh dengan syahwat

        - nak masuk syurga : tapi tak mau solat

       - nak masuk syurga : tapi tak mahu solat malam.

       - nak masuk syurga : tapi tak mau dekat dengan Al Qur’an

       - nak masuk syurga : tapi tak mahu terima syariat Allah

       - nak masuk syurga : tapi taubat x nak

        - nak masuk syurga : infak tak nak

Tetapi jalan menuju neraka semua yang nafsu suka, perkara-perkara dosa dan maksiat.
Oleh itu marilah terus istiqamah di atas jalan dakwah ini sehingga  akhir hayat kita.

Nota: Ini adalah merupakan ringkasan ucapan Ust Mohd Noor  pada 21 Okt 2013 (Isnin) di SERU Al Hilal jam 9.00 mlm ,sebagai bahan untuk mendidik hati-hati kita , Insha Allah.




DMAR











TEORI TARBIYAH...SENTIASA MEMBERI KESAN KEPADA JIWA (Bahagian 1)



                    

Assalamualaikum  sahabat yang di kasihi,

Saya masih teringat suatu penyampaian yang cukup menarik didalam tamrin pertama yang  pernah saya hadiri. Ianya telah lama berlalu . Hampir 30 tahun yang lalu semasa menuntut di UKM. Tajuk penyampaian tersebut adalah “ Teori Tarbiyah”. Pada awalnya saya anggap tajuk ini tidak menarik, namum apabila saya mendengar penyampaian tersebut, ternyata ianya sangat penting difahami oleh setiap anggota jemaah. Malah saya merasai perbezaan yang sangat ketara  berbanding  semasa saya duduk didalam organisasi Islam yang lain sebelum ini. Marilah kita kongsi bersama.


Teori Pertama.

“ Anggota kita perlu memahami satu hakikat bahawa tarbiyah adalah untuk memberi  kesan  ke dalam jiwa anggota-anggota harakah. Inilah teori kita…..segala perancangan, segala penyusunan yang kita masukkan ke dalam teori tarbiyah (yang kita contohi dari Rasulullah saw dan para sahabat generasi Al Qur’an yang unik) adalah mempunyai hakikat untuk memberi kesan kepada jiwa anggota-anggota harakah. Jadi, apabila kita  kata tarbiyah, adalah untuk memberi kesan kepada jiwa.

Ini bererti setiap yang disampaikan samada dalam bentuk amalan, penyampaian, pandangan atau apa jua bentuk sekali pun, semuanya adalah berbentuk tarbawi. Dalam semua hal kita memikirkan tentang hakikat hendak memberi kesan kepada jiwa.

Setiap masa dan dimana sahaja kita berada sentiasa dalam hakikat nak memberi kesan kepada jiwa anggota-anggota harakah. Jadi seluruh amalan kita melahirkan tarbiyah.

   - keputusan kita  melahirkan  tarbiyah
   - percakapan kita melahirkan tarbiyah
  - soalan kita pun soalan tarbawi
   - jawapan kita pun jawapan tarbawi
  - kehendak kita ialah tarbawi
  - yang kita tidak hendak pun tarbawi.

         Inilah yang kita katakan bentuk tarbawi. Inilah teori tarbiyah kita. Di mana sahaja , kita sentiasa membuat keputusan. Dan menentukan sikap yang berbentuk tarbawi. Ini bererti, kita setiap masa sentiasa menjaga sehingga tidak lahir dari kita menlainkan tarbiyah.

            Dengan itu kita perlu merasai bahawa kita berada ditengah-tengah jemaah,  ditengah-tengah organisasi, bukan ditepi. Oleh itu kita perlu berjalan dan sentiasa melaihirkan tarbiyah yang pada hakikatnya akan memberi kesan keatas jiwa-jiwa anggota harakah.

      Inilah tuntutan yang besar keatas kita. Tuntutan untuk menjaga keseluruhan hidup kita supaya melahirkan tarbiyah. Ianya perlu kepada usaha, latihan-latihan dan mujahadah."





Huraian dan Perbincangan 

Betapa indah dan seninya hakikat tarbiyah.  Inilah hakikat yang perlu kita fahami.

" bahawa tarbiyah adalah untuk memberi  kesan  ke dalam jiwa anggota-anggota harakah."

Sebenarnya apa saja yang kita lakukan ia sentiasa memberi kesan kepada jiwa anggota yang ingin  kita bentuk . Namun rata-rata nilai ini semakin terhapus dijiwa kita. Oleh itu kita harus teliti apabila ingin melakukan sesuatu. Matlamat kita adalah untuk memberi kesan kepada jiwa anggota.

Kesah  1.

Adik saya pernah menceritakan kepada saya bagaimana murabbinya menegur kesilapannya secara hikmah.

"Di suatu malam, adik saya memandu kereta untuk menghadiri usrah . Murabbinya ikut bersama. Kemudian mereka singgah dirumah seorang anggota usrahnya untuk pergi bersama. Apabila sampai dipintu pagar rumah, adik saya terus membunyikan "hon" keretanya agar sahabatnya turun dari rumah.Rupa-rupanya murabbinya  kurang bersetuju dengan cara tersebut.Tetapi dia tidak membuat apa-apa teguran pun.

Pada minggu depannya, mereka datang lagi rumah sahabat yang sama. Tetapi kali ini murabbi adik saya yang memandu kereta. Sementara adik saya duduk di sebelahnya. Apabila sampai di pintu pagar sahabat mereka, sang murabbi ini berpura-pura seolah-olah ingin membunyikan "hon" keretanya.Adik saya hanya melihat apa yang berlaku. Lantaran murabbinya berkata dengan perlahan seolah-olah ingin menyalahkan dirinya.Namun adik saya masih terdengar kata-katanya.

 " Aik...kalau bunyi hon ni bukan cara sahabat ..." bisiknya sambil tersenyum. 

Lantas dia membuka pintu keretanya,  kemudian berjalan  menghala pintu rumah lantas memberikan ucapan salam "Assalamualaikum" beberapa kali  sehingga sahabatnya keluar rumah.

Adik saya berkata, "MasyaAllah, betapa halusnya tegurannya"

Sejak dari hari tersebut sehingga kini dia tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
Inilah dia kesan tarbiyah.. seorang murabbi yang menunjukkan contoh yang baik. Dan sikap anggota yang sentiasa berasai berada dalam suasana tarbawi.

Kesah 2.

Suatu hari murabbi saya menalifon saya. Dia ajak saya untuk membuat pemeriksaan dan rawatan di rumah  orang sakit. Jaraknya lebih kurang 20 km (di Pasir Tumboh)  dari klinik saya. Klinik saya tutup jam 5.30 ptg dan dibuka semula jam 8 malam.Kalau dikirakan letih ..memanglah letih. Kekangan waktu juga sangatlah ketara. Namun ketika itu saya dengan senang hati "taat" dan "patuh" dengan permintaan murabbi saya.

   Jam 5.45 ptg dia sampai ke klinik saya. Dia membawa saya ke rumah  pesakit tersebut. Dalam kereta dia bercerita ,

" Pesakit ini orang  tua yang miskin,tinggal dengan isterinya yang juga sedang uzur, anak-anak pun tiada. tadi ana singgah dirumah tu, ana tengok dia sakit.. nak pergi hospital tiada yang nak urus, wang pun tak ada, sebab tu ana jemput anta tengok.."

    Urusan pemeriksaan selesai  menjelang maghrib. Hati saya runsing juga sebab klinik dibuka jam 8.00. Selalunya ketika itu pesakit yang menunggu adalah dalam 3 - 4 orang.


   Murabbi saya faham situasi saya, dia bergegas memandu ke klinik saya. Baru saja dalam 3 minit memulakan perjalanan tiba-tiba kedengaran azan maghrib dilaungkan. Masjid terhampir ketika itu terletak hanya dalam 20 meter sahaja.Saya beranggapan dia akan cari masjid didalam perjalanan 1 atau 2 km lagi sebab perjalanan kami  masih jauh.

     Namun, MasyaAllah dia terus memandu kereta menuju  ke perkarangan masjid tersebut.
" Kita solat magrib dulu..." kata nya sambil tersenyum. 
Memang saya agak gelisah bimbang lewat sampai ke klinik, namun dalam masa yang sama saya sangat yakin akan pertolongan Allah.Semoga Allah permuahkan segala urusan kami.
Setelah solat sunnat selepas maghrib , kami pun bertolak pulang.

Akhirnya saya sampai ke klinik dalam 8.20 malam. Dalam fikiran saya tentu dah ada 8 - 10 orang pesakit sedang menunggu. Namun Allah Maha Perancang...masa tu tiada pesakit pun yang datang. Namun selepas itu barulah ramai pesakit yang datang (lebih ramai dari biasa), MasyaAllah. Itulah keyakinan kita. Kita tidak akan sekali-kali kerugian apabila kita membantu Deen Allah..malah kita sentiasa untung didunia dan di akhirat. 

Saya memberikan ubatan yang di perlukan .Murabbi saya cuba membayar kos rawatan namun saya menolaknya. Semoga Allah mengurniakan rahmatNya kepada murabbi saya.


Pengajaran: Oleh kerana keyakinan saya tarbiyah adalah sesuatu yang memberi kesan kepada saya..dan saya sentiasa merasai murabbi saya sedang mendidik saya, maka saya dapat membuat beberapa kesimpulan dari kesah ini.

  1. Dia ingin mendidik saya agar sentiasa bersedia menerima arahan dan sedia untuk berkorban. (Sebenarnya pengorbanan dia jauh lebih besar, mengambil  dan menghantar saya dengan keretanya sendiri sedangkan dia pun selalu dalam keadaan sebuk, dia suka bersdia untuk menanggung kos rawatan).

2. Dia mendidik saya , agar prihatin dengan golongan orang miskin, dimana dialah yang menjadi  contoh kepada saya.

3. Dia mendidik saya, apabila Allah memanggil kita (laungan azan), tiada kompromi dengan kerja dunia. Seruan Allah mesti lebih diutamakan walaupun dalam keadaan terdesak.

4. Dia boleh bawa ke klinik berdekatan tanpa memberitahu saya, namun dia melaksanakan demikian adalah dalam rangka mahu mentarbiyah saya  dengan cara terancang, MasyaAllah.

5. Saya juga berazam untuk memperbanyakkan aktiviti yang dapat memberi kesan kepada jiwa-jiwa usrah saya agar teori tarbiyah iaitu setiap tindakan kita sentiasa memberi kesan kepada jiwa  anggota halakah dapat dilaksanakan.

6. Saya benar-benar merasa nikmat dan bahagia  berada dalam manhaj tarbiyah seperti ini.Sangat berkesan kepada jiwa saya.

Semoga Allah memberkati perkongsian kita , Ameen

Akan bersambung , InsyaAllah.

DMAR








Perlu sentiasa memperbaharui niat kita


Niat..perlu sentiasa di perbaharui .Jika tidak, adakalanya amalan agama pun menjadi matlamat keduniaan. Dengan memperbaharui niat kerana mencari redha Allah, kerja keduniaan pun mendapat ganjaran pahala selagi mana perbuatan tersebut selari dengan tuntutan syara'
   ..
Pada hari ini ; ummat Islam yang baik didalam masyarakat memang masih  ramai , merasa selesa dengan keamanan beribadah, masjid yang banyak dan indah, banyaknya sumber ilmu Islam seperti di masjid dan melalui  TV, masyarakat yang suka menderma dan masih prihatin dengan isu-isu ummat Islam. Golongan ini masih ramai. 

Ustaz Fathi Yakan menjelaskan bahawa dalam  masyarakat, masih ramai orang yang mampu menjadi rakyat yang baik didalam sebuah daulah Islam, tetapi dalam suasana Islam itu dagang. sistem Islam tidak tertegak, kita tidak begitu memerlukan orang-orang seperti ini. Sebenarnya kita ketika ini kita kekurangan PENDOKONG-PENDOKONG  Islam, kita kekurangan pekerja-pekerja Islam. Orang-orang Islam yang memahami Islam, kemudian mencorakkan kehidupannya dengan Islam dan dia menyebarkan  dan memperjuangkan  Islam. Ini yang kurang. Kita ingin membina seramai mungkin pekerja-pekerja Isla,m

Pernah seorang ustaz datang ke klinik saya, dia baru pulang dari negeri Sabah.
Dia kata.. Seronok berdakwah di negeri Sabah, doktor
Saya tanya dia, Seronok macam mana Ustaz?
Dalam benak fikiran saya, tentulah seronok sebab dia boleh berdakwah dan menyebarkan  Islam kepada masyarakat Sabah dengan berkesan atau dia berpeluang untuk mengislamkan orang disana. Inilah jawapan yang saya tunggu.

Lantas dia menjawab dengan wajah berseri, Buat  satu kertaskerja lebih kurang pun dibayar RM 100.00, Satu ceramah dibayar RM 200.00 . Tambang flight free dan Elaun bermalam disana pun dibayar kerajaan...seronok doktorDia tersenyum kepuasan.

Saya terkejut dan kehairanan. Rupanya memandang kerja dakwahnya dari sudut kebendaan bukan dari sudut kepuasan mencari Mardhatillah.

 Sedangkan Imam Hassan Al Banna menjelaskan bahawa,Berkorban harta, masa, kehidupan dan segalanya adalah untuk mencapai matlamat keredhaan Allah
Ya...inilah pengorbanan yang dituntut keatas saudara se Islam.

Allah berfirman yang bermaksud , 

  " Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar".
                                                                           (At Taubah :111)

Firman Allah lagi yang bermaksud."
" Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyaknya." .
                (Al Baqarah 245)

Apabila Abu Darda mendengar ayat ini , ia terus bersedekah dengan harta yang paling dikasihi dan bernilaiDemikianlah kita melihat Tarbiyah Nabawiyah didalam kehidupan para sahabat dalam bentuk yang nyata.

Saidina Abu Bakar membelanjakan semua hartanya. Rasulullah saw bertanya
Apa yang kamu tinggalkan untuk anak kamu..?
Beliau menjawab Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya

Suhaib Al Rumi telah menyumbangkan segala yang dimulikinya semata-mata untuk membantu agama Allah. Lalu Allah menurunkan firmannya kepada Suhaib dan mereka yang seumpamanya.Maksud firman Allah swt

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya Karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya."
                          (Al Baqarah :207)

Rasulullah saw menyambutnya denggan berkata,Beruntungkan perniagaan kamu wahai Suhaib

Oleh itu kita sentiasa memperbaharui niat kita. Agar amal yang kita laksanakan benar-benar menjurus kepada keredhaan Allah jua,,

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...