Assalamualaikum sahabat yang di kasihi,
Saya masih teringat suatu penyampaian
yang cukup menarik didalam tamrin pertama yang pernah saya hadiri. Ianya telah lama
berlalu . Hampir 30 tahun yang lalu semasa menuntut di UKM. Tajuk penyampaian
tersebut adalah “ Teori Tarbiyah”. Pada awalnya saya anggap tajuk ini tidak
menarik, namum apabila saya mendengar penyampaian tersebut, ternyata ianya
sangat penting difahami oleh setiap anggota jemaah. Malah saya merasai
perbezaan yang sangat ketara berbanding
semasa saya duduk didalam organisasi Islam yang lain sebelum ini. Marilah kita kongsi bersama.
Teori Pertama.
“ Anggota kita perlu memahami satu
hakikat bahawa tarbiyah adalah untuk memberi kesan
ke dalam jiwa anggota-anggota harakah. Inilah teori kita…..segala
perancangan, segala penyusunan yang kita masukkan ke dalam teori tarbiyah (yang
kita contohi dari Rasulullah saw dan para sahabat generasi Al Qur’an yang unik)
adalah mempunyai hakikat untuk memberi kesan kepada jiwa anggota-anggota
harakah. Jadi, apabila kita kata tarbiyah, adalah untuk memberi kesan kepada
jiwa.
Ini bererti setiap yang disampaikan
samada dalam bentuk amalan, penyampaian, pandangan atau apa jua bentuk sekali
pun, semuanya adalah berbentuk tarbawi. Dalam semua hal kita memikirkan tentang
hakikat hendak memberi kesan kepada jiwa.
Setiap masa dan dimana sahaja kita
berada sentiasa dalam hakikat nak memberi kesan kepada jiwa anggota-anggota
harakah. Jadi seluruh amalan kita melahirkan tarbiyah.
- keputusan kita melahirkan tarbiyah
- percakapan kita melahirkan tarbiyah
- soalan kita pun soalan tarbawi
- jawapan kita pun jawapan tarbawi
- kehendak kita ialah tarbawi
- yang kita tidak hendak pun tarbawi.
Inilah yang kita katakan bentuk
tarbawi. Inilah teori tarbiyah kita. Di mana sahaja , kita sentiasa membuat keputusan. Dan menentukan
sikap yang berbentuk tarbawi. Ini bererti, kita setiap masa sentiasa menjaga sehingga tidak lahir
dari kita menlainkan tarbiyah.
Dengan itu kita perlu merasai
bahawa kita berada ditengah-tengah jemaah,
ditengah-tengah organisasi, bukan ditepi. Oleh itu kita perlu berjalan
dan sentiasa melaihirkan tarbiyah yang pada hakikatnya akan memberi kesan
keatas jiwa-jiwa anggota harakah.
Inilah tuntutan yang besar keatas kita.
Tuntutan untuk menjaga keseluruhan hidup kita supaya melahirkan tarbiyah. Ianya
perlu kepada usaha, latihan-latihan dan mujahadah."
Huraian dan Perbincangan
Betapa indah dan seninya hakikat tarbiyah. Inilah hakikat yang perlu kita fahami.
" bahawa tarbiyah adalah untuk memberi kesan
ke dalam jiwa anggota-anggota harakah."
Sebenarnya apa saja yang kita lakukan ia sentiasa memberi kesan kepada jiwa anggota yang ingin kita bentuk . Namun rata-rata nilai ini semakin terhapus dijiwa kita. Oleh itu kita harus teliti apabila ingin melakukan sesuatu. Matlamat kita adalah untuk memberi kesan kepada jiwa anggota.
Kesah 1.
Adik saya pernah menceritakan kepada saya bagaimana murabbinya menegur kesilapannya secara hikmah.
"Di suatu malam, adik saya memandu kereta untuk menghadiri usrah . Murabbinya ikut bersama. Kemudian mereka singgah dirumah seorang anggota usrahnya untuk pergi bersama. Apabila sampai dipintu pagar rumah, adik saya terus membunyikan "hon" keretanya agar sahabatnya turun dari rumah.Rupa-rupanya murabbinya kurang bersetuju dengan cara tersebut.Tetapi dia tidak membuat apa-apa teguran pun.
Pada minggu depannya, mereka datang lagi rumah sahabat yang sama. Tetapi kali ini murabbi adik saya yang memandu kereta. Sementara adik saya duduk di sebelahnya. Apabila sampai di pintu pagar sahabat mereka, sang murabbi ini berpura-pura seolah-olah ingin membunyikan "hon" keretanya.Adik saya hanya melihat apa yang berlaku. Lantaran murabbinya berkata dengan perlahan seolah-olah ingin menyalahkan dirinya.Namun adik saya masih terdengar kata-katanya.
" Aik...kalau bunyi hon ni bukan cara sahabat ..." bisiknya sambil tersenyum.
Lantas dia membuka pintu keretanya, kemudian berjalan menghala pintu rumah lantas memberikan ucapan salam "Assalamualaikum" beberapa kali sehingga sahabatnya keluar rumah.
Adik saya berkata, "MasyaAllah, betapa halusnya tegurannya"
Sejak dari hari tersebut sehingga kini dia tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.
Inilah dia kesan tarbiyah.. seorang murabbi yang menunjukkan contoh yang baik. Dan sikap anggota yang sentiasa berasai berada dalam suasana tarbawi.
Kesah 2.
Suatu hari murabbi saya menalifon saya. Dia ajak saya untuk membuat pemeriksaan dan rawatan di rumah orang sakit. Jaraknya lebih kurang 20 km (di Pasir Tumboh) dari klinik saya. Klinik saya tutup jam 5.30 ptg dan dibuka semula jam 8 malam.Kalau dikirakan letih ..memanglah letih. Kekangan waktu juga sangatlah ketara. Namun ketika itu saya dengan senang hati "taat" dan "patuh" dengan permintaan murabbi saya.
Jam 5.45 ptg dia sampai ke klinik saya. Dia membawa saya ke rumah pesakit tersebut. Dalam kereta dia bercerita ,
" Pesakit ini orang tua yang miskin,tinggal dengan isterinya yang juga sedang uzur, anak-anak pun tiada. tadi ana singgah dirumah tu, ana tengok dia sakit.. nak pergi hospital tiada yang nak urus, wang pun tak ada, sebab tu ana jemput anta tengok.."
Urusan pemeriksaan selesai menjelang maghrib. Hati saya runsing juga sebab klinik dibuka jam 8.00. Selalunya ketika itu pesakit yang menunggu adalah dalam 3 - 4 orang.
Murabbi saya faham situasi saya, dia bergegas memandu ke klinik saya. Baru saja dalam 3 minit memulakan perjalanan tiba-tiba kedengaran azan maghrib dilaungkan. Masjid terhampir ketika itu terletak hanya dalam 20 meter sahaja.Saya beranggapan dia akan cari masjid didalam perjalanan 1 atau 2 km lagi sebab perjalanan kami masih jauh.
Namun, MasyaAllah dia terus memandu kereta menuju ke perkarangan masjid tersebut.
" Kita solat magrib dulu..." kata nya sambil tersenyum.
Memang saya agak gelisah bimbang lewat sampai ke klinik, namun dalam masa yang sama saya sangat yakin akan pertolongan Allah.Semoga Allah permuahkan segala urusan kami.
Setelah solat sunnat selepas maghrib , kami pun bertolak pulang.
Akhirnya saya sampai ke klinik dalam 8.20 malam. Dalam fikiran saya tentu dah ada 8 - 10 orang pesakit sedang menunggu. Namun Allah Maha Perancang...masa tu tiada pesakit pun yang datang. Namun selepas itu barulah ramai pesakit yang datang (lebih ramai dari biasa), MasyaAllah. Itulah keyakinan kita. Kita tidak akan sekali-kali kerugian apabila kita membantu Deen Allah..malah kita sentiasa untung didunia dan di akhirat.
Saya memberikan ubatan yang di perlukan .Murabbi saya cuba membayar kos rawatan namun saya menolaknya. Semoga Allah mengurniakan rahmatNya kepada murabbi saya.
Pengajaran: Oleh kerana keyakinan saya tarbiyah adalah sesuatu yang memberi kesan kepada saya..dan saya sentiasa merasai murabbi saya sedang mendidik saya, maka saya dapat membuat beberapa kesimpulan dari kesah ini.
1. Dia ingin mendidik saya agar sentiasa bersedia menerima arahan dan sedia untuk berkorban. (Sebenarnya pengorbanan dia jauh lebih besar, mengambil dan menghantar saya dengan keretanya sendiri sedangkan dia pun selalu dalam keadaan sebuk, dia suka bersdia untuk menanggung kos rawatan).
2. Dia mendidik saya , agar prihatin dengan golongan orang miskin, dimana dialah yang menjadi contoh kepada saya.
3. Dia mendidik saya, apabila Allah memanggil kita (laungan azan), tiada kompromi dengan kerja dunia. Seruan Allah mesti lebih diutamakan walaupun dalam keadaan terdesak.
4. Dia boleh bawa ke klinik berdekatan tanpa memberitahu saya, namun dia melaksanakan demikian adalah dalam rangka mahu mentarbiyah saya dengan cara terancang, MasyaAllah.
5. Saya juga berazam untuk memperbanyakkan aktiviti yang dapat memberi kesan kepada jiwa-jiwa usrah saya agar teori tarbiyah iaitu setiap tindakan kita sentiasa memberi kesan kepada jiwa anggota halakah dapat dilaksanakan.
6. Saya benar-benar merasa nikmat dan bahagia berada dalam manhaj tarbiyah seperti ini.Sangat berkesan kepada jiwa saya.
Semoga Allah memberkati perkongsian kita , Ameen
Akan bersambung , InsyaAllah.
DMAR
0 comments:
Post a Comment