Ada sesuatu yang cukup menarik kenapa saya membawa Dr Syed Muhamad Haleem ke kelantan. Tidak pernah saya mendengar sebuah sekolah yang mengadakan program LL4G di peringkat sekolah. Tetapi inilah yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Melor. Ia di anjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Pimpinan BADAR ini telah beberapa kali didedahkan dengan penerangan mengenai perjuangan pembebasan Palestin dan penderitaan di Gaza.Isteri saya mengajar di sekolah ini.Beliau juga adalah Guru Penasihat BADAR sekolah. Mereka juga telah didedahkan dengan nasyid dari kumpulan Shoutul Harokah. "Palestina Tercinta" , "Gelombang Kehidupan", "Merah Saga" , "Cinta Pemuda" dan " Bingkai Kehidupan" . Apatah lagi mereka telah berpeluang menghadiri Konsert Shoutul Harokah di Balai Islam beberapa bulan yang lalu.Semangat mereka memang cukup berkobar. Oleh kerana ujudnya satu barisan pimpinan BADAR yang memahami situasi ini, maka mereka dengan penuh kesungguhan telah mengadakan " Program LifeLine 4 Gaza,". ..Setinggi-tinggi tahniah diucapkan terutamanya kepada Amir BADAR , anakanda Akram Solihin bin Zakaria. .Beliau adalah penggerak penting dalam menjayakan program yang besar ini.
Beliau dibantu oleh exco BADAR yang lain . Setinggi-tinggi ucapan terimakasih kepada Mudir sekolah Tn Hj Ramli bin Awang yang telah memberi ruang kepada pelajarnya untuk mengadakan program tersebut.
Alangkah gembiranya hati mereka apabila saya memberi khabar yang baik untuk mereka. Saya mengatakan saya akan membawa seorang anggota Konvoi Misi Kemanusiaan Ke Gaza ke SMKA Melor iaitu Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasaan dari HALUAN Malaysia. Mereka hampir tidak percaya. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati mereka mendengar berita ini.
" Betul ke Abi nak bawa Dr Syed Muhamad Haleem ke sini..?" tanya Akram.
" InsyaAllah betul Akram, Dr Syed Haleem dah setuju untuk datang..tiketnya Abi akan uruskan" jawab saya.
Dari riak wajahnya saya mengerti, dia cukup gembira.Pada awalnya mereka hanya merancang program LifeLine 4 Gaza secara sederhana sahaja. Tetapi suasana menjadi berubah apabila mereka tahu Dr Syed Muhamad Haleem akan hadir untu memberi ceramah pengalaman semasa menjadi tahanan tentera zionis.
Mereka telah mengadakan gerai-gerai jualan , barang-barang yang bertemakan Palestin seperti keset, T Shirt Palestin dan sebagainya, pameran mengenai penderitaan di Gaza. Satu yang paling menarik perhatian saya adalah Malam Kebudayaan Islam yang bertemakan palestin.
Pada malam persembahan itu, bergemalah laungan takbir, bergemalah nasyid "Palestina Tercinta", bergemalah dewan Al Ghazali dengan nasyid , Bingkai Kehidupan, Cinta Pemuda, Gelombang Kehidupan" Yang amat mengkagumkan saya adalah hampir semua pelajar yang datang turut bernasyid bersama. Mereka telahpun mengedarkan senikata nasyid-nasyid tersebut lebih awal.
Saya telah diberi penghormatan pada malam itu untuk memberi sedikit tazkirah sebagai selingan kepada berbagai-bagai persembahan. Saya melangkah masuk ke dewan bersama dengan PK HEM Ustaz Alim. Terkejut....saya terpaksa melangkah sambil memijak sebuah hamparan puteh menuju ke barisan hadapan dewan. Diatas hamparan putih itu dilakarkan lambang zionis. Antara tulisan diatasnya "HANCUR ISRAEL"
"PEROSAK DUNIA" " JOM TINDAS MEREKA" dan sebagainya. Kemudian saya melalui sebuah gerbang , dan selepas itu kami melintasi hamparan permaidani merah"
Apa erti semua ini ? Kenapa selepas kami pijak-pijak bendera Yahudi, kami berakhir dengan berjalan diatas permaidani merah yang indah....
Persoalan ini sentiasa bermain didalam hati saya. Kesokan harinya barulah saya mendapat jawapannya. Menurut isteri saya, mereka mengatakan : Hamparan puteh dengan slogan menentang yahudi :Kita menentang zionis habis-habisan. Permaidani merah melambangkan akhirnya Islam tetap menang.
Saya pula telah diberi kesempatan untuk memberi tazkirah mengenai Palestin selama sepuluh minit. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada BADAR SMKA Melor, ia disambut dengan tepukan gemuruh dari seluruh pelajar.
Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini, InsyaAllah akan bersambung..
Catatan DMAR
3 comments:
hu3.. kat johor masih lagi dalm peringkat perbincangan.. semoga dipermudahkan..
salam.
Alhamdulillah cukup hebat dan mantap pejuang-pejuang Allah ini.
pemuda-pemudi harapan bangsa:)
tahniah! teruskan usaha..
alangkah bagusnya jika ada program-program seperti ini lagi di kebanyakan sekolah-sekolah...
dapat beri pendedahan kepada anak-anak diperingkat sekolah sekaligus dapat menanam semangat perjuangan dalam diri mereka..
Post a Comment