TARBIYAH MELAHIRKAN SOLEH WA MUSLEH

(Assalamualaikikum wt, disini saya sertakan hasil tulisan saudara Bro Hamzah (Nama Pena ), seorang pemuda yang telah merasai dan menghayati sentuhan Tarbiyah. Beliau seorang yang aktif didalam Haluansiswa, mempunyai hasil penulisan yang mantap dan amat baik dijadikan panduan khususnya bagi remaja muslim.Kini beliau bertugas di Kolej Darul Naim,Kota Bharu Kelantan )Sila layari blog beliau di http://brohamzah.blogspot.com/


                    TARBIYAH MELAHIRKAN SOLEH WA MUSLEH



Oleh : BroHamzah



Ia bukan sekadar proses biasa



“ Proses Tarbiyah yang kita lalui hari ini bukan sekadar untuk menjadi SOLEH sahaja. Tetapi ia bertujuan membentuk kita sehingga lahirnya diri kita sebagai MUSLEH,” kata Al Fadhli Ustaz Dahlan bin Mohd Zain. Waktu itu saya masih di sekolah menengah.



Seingat saya inilah pertama kali, perkataan Musleh yang saya dengar. “ Musleh membawa maksud orang yang membaiki. Asal pada perkataan “islah.”



Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT. Dan ia juga mampu memperbaiki sesuatu keadaan kea rah yang lebih baik.



“ Baiki diri kamu dan ajaklah orang lain,” Pesanan Mustafa Masyhur untuk kita.



“ Inilah yang dinamakan sahsiah islamiyah. Peribadi yang Allah SWT suka dan kasih,” Penerangan UDMZ sememangnya simple dan mudah. Saya tekun mendengar nasihatnya pada kami dalam satu perhimpunan pagi.



Sewaktu di sekolah menengah dahulu, murabbi di MATRI sangat-sangat menekankan tentang proses pendidikan atau Tarbiyah. Ia sentiasa diulang-ulang, disebut-sebut dan dihubung kaitkan dengan setiap aktiviti pelajar.



Proses tarbiyah mesti berlaku dalam setiap tindakan dan kehidupan kita. Sehingga ia menjadi malakah (darah daging kita),” kata Ustaz.



Inilah penekanan dan fokus yang ditekankan sewaktu proses awal saya dididik dengan proses tarbiyah Islamiyah. Perkataan tarbiyah ini menjadi sesuatu yang istimewa dan diakan menjadi satu yang mesti disebut dan proses pentarbiyahan itu akan dilaksanakan secara meneyeluruh agar hasilannya adalah sesuatu yang diharapkan oleh Allah SWT.



Proses Tarbiyah mesti berterusan



Proses Tarbiyah Islamiyah dan Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.



Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami.
Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”
                                                                                                    (HR Al Baihaqi)
lman yang berada dalam jiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)



Faktor kejayaan Tarbiyah lslamiyah


Saya berhajat ingin kongsikan satu tips atau faktor kejayaan proses Tarbiyah yang dinyatakan oleh seorang Ulamak yang terkenal.

Dr. Yusuf AI Qardhawi dalam bukunya, telah menjelaskan bahawa di sana ada beberapa faktor yang membantu menjayakan Tarbiyah lslamiyah, antaranya :

Pertama

Kita harus memilikit satu keyakinan sepenuhnya bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal dan seterusnya mencapai kejayaan.
Melalui tarbiyahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi. Jalan Tarbiyah adalah jalan yang jauh, jalan yang sukar dan jalan yang bertahap-tahap. Sedikit sekali yang mampu mengharungi jalan ini, tapi ianya satu-satunya jalan untuk sampai kepada kejayaan.


Kedua



Hanya Tarbiyah Islam yang mempunyai manhaj dan matlamat, lengkap dalam semua aspek dan jelas dari segi sumber, proses don perancangannya.

Sumbernya jelas dan nyata iaitu Al-Quran dan As Sunnah.



Ketiga


Tarbiyah lslamiyah mampu mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni. Suasana ini membantu setiap anggota masyrakat hidup secara Islam. Masyarakat dididik tentang cara memberi tunjuk ajar, cara bersimpati, memberi pertolongan dan sebagainya. Setiap anggota merasa sedikit dengan dirinya dan merasa banyak dengan sahabat. Dia merasa lemah bila bersendirian dan merasa kuat secara beramai.



Keempat



Adanya pemimpin yang bersifat pendidik dengan fitrah yang Allah anugerahkan kepadanya. Pengetahuan dan pengalamannya menjadikan Tarbiyahnya lahir daripada hati sanubari yang bersih dan ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.



Saya juga pernah kongsikan pengalaman-pengalaman saya bersama beberapa orang Pemimpin, dan juga Murrabi yang ada disekeliling saya. Mungkin artikel ini akan memberi manfaat sebagai bahan bacaan dan perkongsian. Hasrat & Impian. dan Hargai Masa - Pengalaman Bersama Pemimpin.



Setiap perkataan yang keluar dari hati akan masuk ke hati-hati yang lain tanpa sekatan. Perkataan yang hanya lahir dari lidah semata-mata tidak akan mampu melewati telinga pun.



Perpatah ada menyatakan: "Orang yang kehilangan sesuatu benda nescaya ia tidak akan dapat memberikannya."



Kelima



Mempunyai pendidik-pendidik yang ikhlas, berwibawa dan beramanah mengikut jalan pemimpin agong Muhammad SAW. Tidaklah dimaksudkan pendidik di sini mereka yang keluar dari pusal-pusat pengajian tinggi dalam bidang tarbiyah atau pendidikan, dengan ijazah masters atau PhD.



Yang dimaksud dengan pendidik di sini ialah mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi, kerohanian yang kuat, jiwa yang bersih, kemahuan yang kental, simpati yang luas dan kewibawaan yang memberi kesan kepada orang lain. Dia mungkin seorang jurutera atau seorang pegawai biasa atau seorang peniaga atau seorang buruh yang tidak ada kaitan dengan prinsip-prinsip atau sistem pendidikan.



Saya juga pernah berkongsi tentang seorang Murabbi yang sangat saya hormati dalam satu artikel “ Murrabi Ummah”. Semoga Allah SWT merahmati semua murrabi yang pernah mendidik kita semua dengan keikhlasan dan kasih sayang.





Keenam



Menggunakan berbagai-bagai wasilah (jalan) seperti kegiatan-kegiatan di dalam halaqat, usrah-usrah, dan katibah-katibah yang dijuruskan ke arah matlamat pembangunan insan muslim yang soleh dan sempurna.



Hari ini sekiranya kita banyak melibatkan diri dalam aktiviti dan program, kita juga kena penilaian semula keberkesanan program itu terhadap jiwa, hati dan sanubari kita. MAZA juga pernah berpesan : “Program berjalan tetapi proses tidak berlaku”.





Penutup



Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit.



Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan).



Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Remaja Pewaris Dakwah

Kelmarin saya sempat menghadir majlis ilmu yang diadakan seminggu sekali dikalangan sahabat-sahabat Haluan.Majlis ilmu ini tidak ramai sangat yang hadir. Tapi yang menariknya pertemuan ini terdiri dari orang dewasa, golongan remaja dan kanak-kanak. Pertemuan hati-hati untuk menyuburkan kehangatan ukhwah

        Ada beberapa perkara penting yang dapat saya ambil dari penyampaian seorang murabbi untuk kita renungkan bersama.

1. Pada hari ini, manusia sanggup berbelanja untuk mendapatkan maklumat. Maklumat kontrak perniagaan yang menjanjikan keuntungan, maklumat untuk mendapatkan sesuatu lokasi untuk kita mudah untuk mencarinya , maklumat ketenteraan musuh untuk kita mengalahkannya dan banyak lagi...Pendek kata manusia sanggup bayar harga tinggi untuk mendapat sesuatu maklumat demi untuk mencapai kepuasan hidup kesenangan dan kemewahan.
Tapi amatlah pelik betapa ramai ummat manusia yang tidak merninat mengenai maklumat mengenai  akhirat , maklumat mengenai nikmatnya didalam syurga , maklumat dahsyatnya kehidupan didalam neraka dan sebagainya , yang boleh didapati secara percuma dimana-mana. (*majlis ilmu Islam) Maklumat yang menjanjikan keuntungan yang besar diakhirat nanti.Maklumat yang mampu menyelamatkan kita dari api  neraka

2. Tarbiyah yang kita jalani mestilah lahir dalam bentuk amalan dan tingkahlaku. Gerakgeri yang lahir dari keyakinan sehingga masyarakat melihat adanya "tamayyuz" (perbezaan). Kita sentiasa membawa syahsiah Islamiyah dimana sahaja kita berada, samada kita bersendirian ataupun dihadapan orangramai.Ukhuwwah yang mampu melahirkan kesungguhan dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Inilah keistimewaan kita.


3. Beliau terus menyatakan " Ana kagum malam tadi di musalla ini, anak-anak remaja kita berkumpul di musalla ini. Mereka berfikir, berbincang dan merancang bagaimana nak kutip derma dari orangramai sebab nak bantu ummat Islam di Gaza Palestin. Mereka berqiamulail disini.Mereka berbincang untuk melakukan kebaikan. Inilah generasi pemuda pewaris. Mereka ingin mewarisi kerja dakwah dan tarbiyah yang telah dipelopori oleh ibu dan ayah mereka. Inilah hajat kita .Membina generasi yang mampu melakukan perubahan."
Kata-kata Ust Mohd Noor benar-benar menyentuh perasaan saya.

4. Memang benar, pada malam itu saya sempat bersama mereka. Saya amat kagum dengan kesungguhan seorang remaja Haluan. Namanya Mohd Basyeer bin Ramli. Beliau berasal dari Tumpat, Kelantan, baru menerima keputusan peperiksaan STAM dan mendapat Jayyid Jiddan. Beliau bersama ayahnya baru sahaja berjaya menubuhkan Kelab Remaja Masjid di kampungnya. Pada malam itu dia datang ke program dengan menunggang motosikal. Malam itu hujan lebat. Dia terpaksa berhenti beberapa kali sebelum sampai ke destinasi. Dia sampai pada jam 10.00 malam.Dia jadi pengerusi majlis.Dalam ucapan alu-aluannya dia berkata.,


  " Ana minta maaf sebab lewat sikit sebab hujan lebat dalam perjalanan. Walau pun susah, namun bila ana lihat wajah-wajah sahabat, ana rasa cukup bahagia sehingga menghilangkan kesusahan yang ana lalui. Ana bersyukur kerana dapat juga bersama sahabat pada malam ini. Kita sebagai pelajar mesti rancang untuk hadir ke program halaqah kita. Kita perlu tabongkan  sedikit dari wang belanja kita untuk perbelanjaan kita bagi menghadir usrah. Kita kena latih diri kita berkorban sebab dakwah memang sentiasa memerlukan pengorbanan."  Basyeer seorang remaja yang mudah mesra dan tersenyum. Sempat saya beritau anak saya dan rakannya Hafiz. "Kita datang naik kereta yang selesa, berhawa dingin dan jarak pun lebih dekat, sedangkan abang Basyeer datang dari jauh, dengan bermotor, dalam keadaan hujan lebat dan dimalam yang gelap gelita. Namun dia masih mampu tersenyum seolah-olah tiada apa-apa kesusahan pun"

Mungkin inilah nikmatnya berada diatas jalan Jihad. Kepayahan dan kesusahan menjadi indah apabila di selaputi oleh kemanisan iman yang mendalam.

   Dihadapan remaja-remaja yang lain, saya tanya Basyeer apa yang dia lakukan pada diwaktu siang pada hari tersebut. Dia kata disebelah paginya dia membantu ayahnya menyembelih dan memproses 3 ekor kambing. Disebelah petangnya dia buat mesyuarat dengan Kelab Remaja Masjid dan malamnya kita datang ke program ini untuk berbincang bagi membantu Haluan mengutip dana Palestin.

      MasyaAllah....Inilah natijah tarbiyah Islamiyah yang beliau lalui semasa di sekolah menengah .Seorang anak muda yang rajin berbakti kepada kedua ibubapa dan dalam masa yang sama dia menjadi penggerak kepada generasi muda Islam.

dmar

Oh Ibu ...Ampunilah dosa ku....

Tak mungkin kesah luput peristiwa itu dari ingatan saya. Mana mungkin.Saya telah melukai hati nya, menghancurkan perasaannya. Dari kecil dia membelai saya dengan kasihsayang.Inikah balasan yang saya berikan?.Melukakan hati seorang ibu amat besar dosanya. Malah Allah telah melarang kita mengatakan "ahh" kepada seorang ibu.Dari peristiwa itulah saya berjanji pada diri ini tidak akan melukakan lagi hati ibu lagi. Syukurlah..sehingga ke saat ini Alhamdulillah saya masih mampu memenangi hatinya.

   Ketika itu saya berusia kira-kira 9 atau 10 tahun.Hidup kami sangat dhaif.Ayah  hanya bekerja di sebuah kedai runcit dikampung.Gaji hanya RM 100 sebulan.Hanya sekadar cukup untuk sara hidup. Saya mempunyai 4 orang adik beradik.Pakaian hanya dibeli setahun sekali sahaja, iaitu ketika di hari raya.

      Entah kenapa, di saat itu saya telah berkawan dengan seorang yang sebaya dengan saya , Mazlan namanya.Dia adalah anak orang kaya dikampung itu.Dia selalu pakai yang cantik-cantik, makan yang sedap-sedap dan perbualannya pun banyak menceritakan kemewahan hidupnya.Tanpa disadari ,hati saya mula terpengaruh dengannya. Kenapa saya hidup miskin, penuh kesusahan, penderitaan, pakaian harian pun sudah lusuh. Berjalanpun selalu  dengan berkaki ayam sahaja.Kadang-kadang timbul rasa kesal saya kenapalah  dilahirkan dalam keluarga miskin.Namun kenapa pula ibu selalu membisikkan ketelinga saya
"Arif..kalau orang tanya bila dah  besar nak jadi apa? Arif jawablah nak jadi doktor"
Saya bagaikan pak turut mengikut saja arahannya.Itulah jawapan yang saya berikan kepada siapa saja yang bertanya.Ramai juga yang ketawa mendengarkan jawapan saya. Maklumlah saya orang kampung yang miskin.

    Memang...kawan boleh mempengaruhi hidup kita.Saya telah mula ada keinginan nak beli baju mahal, nak pakaian yang cantik-cantik, nak makan sedap-sedap.Tapi bagaimana..? Perasaan itu semakin menebal, desakan hati semakin membuak-buak.

Sampailah disuatu ketika , hariraya aidilfitri hampir tiba. Seperti biasa ibu pergi ke pekan Semenyih membeli seluar dan baju saya dan adik beradik lain.Bila belikan sehelai baju batik untuk saya. Harga pun murah.Maklumlah ibu saya orang susah.Mampu beli baju barupun dia sudah cukup gembira. Dia tidak mahu anak-anak dia sedih di pagi hari  lebaran. Dia amat menyayangi anak-anaknya.Terbayang difikirannya betapa gembira hati anak-anaknya nanti apabila dapat baju baru. Berbaloilah dia menabong wang selama ini dengan melihat anak-anaknya gembira dipagi raya.Itulah hati seorang ibu. Dia lebih rela tidak berpakaian baru asalkan anak-anak boleh berpakaian baju.

Bila sampai dirumah dia dengan penuh kegembiraan terus memanggil saya.

" Arif...ni emak ada beli baju raya...cantik tau..." Sambil dia menghujurkan baju itu kepada saya.

Saya terus mengambil baju itu sambil membelek-beleknya. Saya tau baju tu murah harganya. Taklah cantik sangat, agak nipis pulak tu. tak ada "brand" langsung. Entah syaitan mana yang merasuk saya.Tetiba saja wajah saya berubah "bermasam muka", tanda protes.
"Arif suka tak..?" tanya ibu yang mahukan saya menghargai pemberiannya.
Saya terus tarik muka masam, tanda tak suka baju.Alangkan bodohnya tindakan saya ketika itu.Dalam hati saya, saya nak baju mahal macam Mazlan anak orang kaya tu. Saya nak baju yang "branded".Saya alihkan pandangan menjauhi ibu.Saya benar-benar lupa diri..lupa jasa ibu yang telah bersusah payah mendidik saya,lupa akan pengorbanannya.Ibu pun faham perasaan protes saya. Dia faham tindakan anak yang telah dibelainya dari kecil.

   Tanpa diduga, tiba-tiba ibu memeluk saya, mendakap saya kemas-kemas. Dia menangis semahu-mahunya.
" Emak tau rif...emak orang miskin, emak tau rif ..arif  tak suka baju tu" Tangisannya memang kuat sambil teresak-esak. Saya pulak terkejut besar. Tak sangka keadaan berubah menjadi seperti itu. Saya terus membisu didalam pelukan ibu. Dalam tangisannya yang penuh dengan nada kesedihan dia terus bersuara,

" Emak kumpul wang dalam tabong selama setahun rif...emak pecahkan tabung tu semata-mata nak beli baju raya untuk anak emak...tiba-tiba  masam muka arif..emak tau emak orang miskin...nak beli baju mahal mak tak mampu rif..."
Tangisannya tidak reda-reda. Pelukan ibu tetap kemas.Airmatanya memasahi muka saya. Dia amat sayangkan saya. Saya yang lupa diri.Saya tak pernah melihat ibu sesedih itu. Ya Allah....ketika itu barulah kesedaran menyentuh hati saya . Betapa besarnya dosa mengecilkan hati ibu, menyebabkan ibu mengalirkan air mata.Ya Allah..ampunilah saya..ampunilah saya. Saya benar-benar menyesal sekarang...Ya Allah...betapa saya telah terlalu jauh dari kebenaran.Pelukan ibu benar-benar menginsafkan saya. Ibu amat mengasihi saya, amat menyayangi saya.Tanpa saya sadari, airmata saya mengalir membasahi pipi. Lantas saya peluk ibu sekemas-kemasnya,saya turut menangis semahu-mahu hati saya.
"Maaf mak..maaf mak....Arif tak buat lagi mak...maaf kan dosa arif mak..." Sambil menangis saya peluk ibu
saya cium tangan ibu, saya cium dahi ibu.Saya memang benar-benar menyesal.Saya menangis agak lama. Saya dengar tangisan ibu semakin reda. Mungkin dia tahu saya tidak sengaja melakukan itu semua dan dia tahu saya sudah menyesal dan memohon maaf. Namun begitu saya terus juga menangis, tak mampu berhenti lagi.Sepatutnya, saya mesti bersyukur dengan pemberian ibu. menghargai pengorbanan ibu. Tanpa saya tahu, ibu menabong sedikit wang selama setahun untuk beli baju raya anak. Sebaliknya si anak langsung tidak menghargai pengorbanan ibu.Hati ibu mana yang tidak sedih, hancur luluh.

      Apabila ibu melihat saya menangis berterusan, barulah dia cuba memujuk saya.
"Sudahlah Arif..jangan menangis lagi, lain kali jangan buat lagi. Emak maafkan Arif. Sedih hati emak bila tengok Arif tak suka baju tu...kita orang susah rif..bersyukurlah apa yang ada"

Saya terus peluk ibu, saya cium tangan ibu tanda minta maaf. Sejak detik itu saya berjanji kepada diri saya tidak akan mengecilkan hati ibu lagi.Saya memakai baju yang ibu belikan itu dengan hati yang gembira. Saya sedar, saya orang miskin dan perlu sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.Saya pun menjauhkan diri dari berkawan dengan anak orang kaya tu.biarlah hidup susah asalkan saya tidak mengecilkan hati ibu lagi.

Kini ibu saya telahpun uzur, menjangkau usia lebih 80 tahun.Setiap bulan saya akan menziahinya menaiki flight dari KB. Wang boleh dicari, tapi kasih ibu....terlalu mahal harganya. Dapat menatap wajah ibu, mencium dahinya adalah suatu kebahagiaan bagi saya. Senyumannya dan restunya amat bermakna bagi saya.Apabila saya menatap wajahnya, renung wajahnya yang telah kurus hati saya sayu...dalam hati selalu bertanya"Berapa lamakah lagi saya dapat berbakti kepada ibu"


Oh ibu..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa besarnya pengorbanan ibu kepada saya. Tak mungkin saya dapat membalas jasa ibu."Ya Allah izinkanlah saya berbakti kepada ibu sebaik mungkin selagi dia masih hidup, ampunilah dosa-dosanya ya Allah, Ameen"

Senyumanmu ibu...sentiasa mekar dalam hatiku untuk selama-lamanya...!!!

dmar

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...