Pada tanggal 27 hb Feb 2011 adalah hari yang bersejarah bagi keluarga adik saya, iaitu hari anak sulongnya melangsungkan perkahwinan.Saya dan keluarga datang lebih awal untuk memraikan majlis tersebut.Sepanjang bersembang dengannya banyak bahan tarbiyah yang dapat saya kutip.Dapat saya bayangkan indahnya berkasihsayang kerana Allah. Kasihsayang hingga ke syurga Allah (Ungkapan yang sering saya dengar dari sahabat saya Akhie Hilal Asyraf). Saya faham belanja untuk kenduri kahwin bukannya murah. Semua harga barang naik. Tapi adik saya kata. kalau boleh dia berhasrat untuk menjadikan kenduri walimatul urus ini sebagai tempat pertemuan sahabat-sahabat. Biarlah majlis itu di gerakkan oleh sahabat-sahabat.Biarlah hari yang penuh sejarah itu di warnai oleh suasana yang islamik dan tarbawi.
Sahabat -sahabat bergotong royong mengangkat tempat membasuh pinggan.
Dari kiri : Dr Hazimi, Prof Dr Nik Mutasim dan akhie Mubarak sebuk mengupas bawang.
Walaupun tugas membasuh pinggang namun sahabat masih mampu tersenyum. Indahnya Ukhuwwah Fillah.
Dalam kemelut yang melanda perasaan, kekangan kewangan yang mencengkam dia gagahkan juga menjemput semua sahabat-sahabat di wilayah tengah tanpa memilih kenal atau tidak.Hatinya memanglah cemas bimbang kalau kekurangan makanan.
Walaupun kita merancang, namum Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Beberapa hari sebelum majlis berlangsung, dia bertemu dengan seorang sahabatnya.
" Boleh ana sponsor daging lembu...? " Katanya dengan bersahaja.
" Terimakasih akhie...tak payah lah , InsyaAllah ok kot..." jawab adik saya.
" Anta perlukan berapa kilogram daging..?" Desaknya lagi
" Banyak juga , dalam seratus kilogram...."
" Tak per...ana tanggung semuanya...RM 2, 000 cukup..?" katanya dengan penuh senyuman.
Adik saya bagaikan tidak percaya dan hampir mahu menitiskan airmata, keesokannya wang tersebut telahpun di bank in ke dalam akaunnya. Sedangkan dia sendiri sudah lama tidak bertemunya. Tanpa ada banyak soal. Tanpa ada sedikit pun kegelisahan. Malah merasa puas dan bahagia apabila dia dapat membantu saudaranya.Dia hanya berpesan agar jangan disebutkan namanya kepada sesiapa pun.MasyaAllah... Inilah hasil tarbiyah yang telah memberi kesan kepada jiwa. Piala hati yang dipenuhi oleh rasa "ukhuwwah Fillah".Mahabbah yang dibina diatas rasa cinta kepada Allah.
Isteri dan 2 orang puteri saya tidak ketinggalan membantu kerja-kerja didapur
Dr Roslan turut membantu mengacau gulai
Beberapa hari kemudian adik saya dikunjungi oleh seorang sahabat yang lain.
Dia tanya, "Anggaran kos kenduri ini berapa ....saja ana nak tau..."
"Ana "budget" dalam RM 10.000 .." jawab adik saya.
Dia terus mengeluarkan wang tunai dari poketnya RM 1,000 dan terus menghulurkan kepada adik saya
" Ambillah untuk buat kenduri tu.....InsyaAllah sahabat kita Ahmad (nama samaran) akan bagi lagi RM 1,000 kepada anta.." katanya dengan senyuman.
Betullah ramai yang mengatakan, ukhuwwah Fillah mudah diperkatakan tapi ia hanya dapat dirasai oleh hati.Hati-hati yang sentiasa dididik dan diasuh dengan sentuhan iman. Hati yang cukup bahagia dengan kehangatan ukhuwwah ini sentiasa subur dan mekar dalam melaksanakan amal Islami. Seorang ulamak silam ,Sheikh Abbas Assisi ada mengatakan " Biarlah mereka (ummat Islam) merasai kehangatan cintamu, biarkan mereka tahu yang sebenarnya anda amat menyintai mereka, sebarkan dakwah ini dengan kasihsayang .."
Dia beritahu saya " Rasa terharu angah...terasa betapa nikmat kita duduk dalam jemaah, kita berkasihsayang hanya kerana Allah, walaupun sahabat-sahabat kita tiada pertalian darah, bukan dikalangan saudara mara kita, tapi MasyaAllah...mereka sanggup berkorban harta hanya untuk melihat kita bahagia, hati mereka bahagia apabila dapat meringankan bebanan yang kita tanggung..semua ini menambah keyakinan kita untuk terus istiqamah diatas jalan Islam ini."
Akhawat pun saling bergotong royong membuat persiapan
Gambar selepas majlis pernikahan di Masjid Kg Dato' Abu Bajar Baginda.
"Jadi tukang basuh cawan pun ok lah...yang penting dapat berbakti kepada sahabat"
Kakak ipar saya yang turut hadir pada majlis itu berkata, " Peliknya kawan-kawan Siti (adik ipar saya sebagai tuan rumah), kawan-kawan dia tak putus-putus datang bergilir-gilir, akak pun tak mampu buat macam tu, tapi diaorang ni, bila balik kerumah datangpun kumpulan lain menggantikannya"
Anak saya berkata, " Am terkejut bila tengok Pakcik Nasa (seorang pegawai atasan Syarikat Denso) yang tukang basuh pinggan, Pakcik Dr Yusof dan Pakcik Dr Roslan (pensyarah UKM) pulak tukang kalau gulai didapur.
Pakcik Rosli Dol (seorang ahli korperat) menolong siang ikan keli. Am pulak potong bawang bersama Pakcik Prof Dr Nik Mutassim..MasyaAllah hebatnya"
"Itulah hasil tarbiyah yang dilalui oleh sahabat Am..., mereka lakukan dengan penuh kegembiraan" saya menyampuk.
Kebetulan disitu terdapat 6 buah rumah sahabat.Saya tertarik dengan ungkapan kata-kata Cikgu Ehsan (jiran adik saya) " Kenduri ini adalah merupakan kenduri kami semua".
Isterinya Dr Asmawati pula sebuk menjadi penyambut tetamu di hari tersebut.Pendek kata, majlis ini adalah merupakan program jamaie yang dapat meningkatkan lagi jalinan ukhuwah sesama anggota jemaah.
Mesranya Ir Jais berbual dengan Dr Hazimi.....
Akhie Zakiran bersama zaujahnya ....turut hadir
"Leganya fikiran selepas keletihan membasuh cawan" Afham anak saya.
Baju yang dipakai oleh petugas remaja pun tercatat "Ukhuwah Fillah"
"Akhie Rosdi Baharom dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini"
Majlis kenduri itu dapat berjalan dengan baik sekali dengan sokongan semua sahabat dan akhawat. Pada keesokannya pula sahabat-sahabat bergotong royong pula berkemas sehingga semuanya selesai dengan baik.Sebagai kesimpulannya, majlis walimatul urus boleh kita jadikan medan untuk memupuk rasa ukhuwwah, dimana masyarakat dapat merasai perbezaannya.
DMAR