Indahnya Nilai Ukhuwwah Islamiyah Bah. 2

Dalam melalui jalan-jalan tarbiyah ini memang banyak pengalaman indah yang pernah saya lalui. Disatu ketika, kalau tidak silap saya di tahun 4 Fakulti Perubatan UKM, seorang sahabat dari  Johor telah dimasukkan kedalam Wad Neurology (Bahagian Saraf)  HKL , usianya baru 14 tahun.Beliau telah lama menderita akibat dari penyakit saraf tulang belakang. Beliau mengalami "chronic ulcer " di kaki. Walaupun usianya masih muda , namun sentuhan tarbiyah Islamiyah telah meresap di jiwanya. Sahabat dan akhwat medik secara bergilir-gilir menziarahinya setiap waktu melawat. Tidak hairan kalau kebanyakan staff di wad tu cukup hairan melihat ramai pelawat yang datang menziarahi nya.Maklumlah bila "sahabat"  bertemunya atau  keluarganya kami selalu berpelukan tanda mahabbah dan ukhuwwah .Dia pun seorang yang mudah mesra dengan semua orang.Ini menyebabkan dia  sentiasa mendapat layanan yang cukup baik Walaupun saya tidak pernah mengenalinya selama ini, tapi dihati saya telah pun benar-benar mengasihinya seolah-olah dia adalah saudara kandung saya sendiri. Inikah yang dinamakan ukhuwwah fillah..?
 
      Ikatan ukhuwah Islamiyah amat indah. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Sukar nak ditulis diatas kertas. Kami sahabat medik telah bertugas bergilir-gilir setiap malam untuk menemani beliau. Pernah disuatu malam saya bertugas untuk menemani beliau. Ketika saya ingin menunaikan  solat ditepi katil beliau, beliau terlihat kopiah yang saya pakai senget sedikit. Sebelum saya mengangkat takbir, beliau lantas menegur saya.
  " Abang Arif...kopiah abang  Arif  sengetlah...." terkejut saya dibuatnya...
  " Betulkan skit....nak mengadap Allah kenalah kemas skit..." katanya dengan nada yang lembut sekali..
Saya  tersenyum lantas mengucapkan terimakasih diatas tegurannya dengan hati terbuka. .
MasyaAllah... walaupun perkara itu "simple" tadi dia cukup mengambil berat.

Dalam perbualan selanjutnya, kami banyak bersembang, tapi kebanyakannya berbentuk tarbawi.
 " Petang tadi ada akhawat kita ziarah ana......" Katanya memecah kesunyian
  " Mana anta tau diaorang tu akhwat kita..? Saya hanya inginkan kepastian.Apakah kriteria yang dia gunakan. Maklumlah usia baru belasan tahun.
          " Cara kakak-kakak tu bercakap , ana dapat rasakan mereka tu ikut tarbiyah kita. Lagi pun diaorang tu pakai tudung labuh dan pergelangan lengan bajunya  sempit..." jawabnya selamba.

Dalam fikiran saya, dia adalah seorang yang teliti dalam memerhati sesuatu perkara.Tidak dapat dinafikan banyak perkara yang dapat saya pelajari darinya. Dia bercerita lagi. Disuatu malam datang seorang doktor untuk merawatnya.Doktor tu masuk tanpa memberi salam pun (Doktor tersebut kini aktif dalam PAS). Dengan nada yang agak tegas doktor tersebut menegurnya

  " Ni....kudis kaki dah lama dah...kenapa tak sembuh-sembuh..? Awak tak makan ubat ke?"

Mukanya kelihatan serius, lantas dia menjawab dengan berani

    "Allah tak izin lagi doktor...nak buat macam mana..? "

Tersentak doktor tu mendengar jawapan dari seorang budak berusia 14 tahun.Mungkin dalam hatinya menyesal bertanyakan begitu.Dia pun tau, dia seorang bekas  pimpinan tertinggi persatuan pelajar Islam di kampus Medik UKM ketika itu.Saya mengenalinyaSenior saya.Doktor tersebut pun tahu setiap malam ada saja  "medical student UKM" yang tunggu pesakit ini.
Doktor tu tanya lagi.

           " Pelajar Medik yang selalu tunggu awak tu siapa ?, kawan awak ke atau saudara awak..." Raut wajahnya masih serius lagi. Dia hanya menggelengkan kepala.

          " Habis tu ..siapa..? " desaknya lagi..

Akhirnya dia jawab dengan baik sekali.

      " Dia adalah saudara seIslam saya...saudara se aqidah....."

Raut muka doktor tu lantas berubah dengan tiba-tiba. Jawapan yang benar-benar menusuk dijiwanya. Sebelum meninggalkan bilik tersebut buat kali pertama doktor itu melafazkan ucapan salam "Assalamualaikum" kepadanya.
Sejak dari peristiwa  tersebut, doktor itu sering memberikan ucapan salam dan menziarahinya dengan pendekatan yang Islamik.Semua staff diwad itu sangat mesra dengan beliau. Mereka pun tahu ,walaupun pesakit ini hanyalah seorang pelajar sekolah menengah, tetapi yang datang menziarahi beliau terdiri dari orang-orang yang baik-baik, mesra dan berkedudukan didalam masyarakat

Inilah kesan tarbiyah yang kita lalui. Inilah kesan kepada jiwa hasil dari  halaqah yang diadakan pada setiap minggu.
Tarbiyah Islamiyah yang memberikan kesan kepada jiwa dan lahir dalam bentuk amal. Memiliki ukhuwawah tinggi.
Kasihsayang yang benar-benar lahir dari proses imaniyah yang berjalan.Namun begitu...kalau kita mengambil enteng tentang tarbiyyah, kita memandang ringan dengan halaqah...mungkin  nikmat ukhuwwah Islamiyah akan hilang. Jom kita renung-renungkan bersama....InsyaAllah kita sembang-sembang di lain waktu.


          

0 comments:

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...