Assalamualaikum wt,
Walaupun telah sebulan saya meninggalkan bumi Padang/Pariaman, namun kenangan semasa berbakti disana masih segar dalam ingatan.Seminggu disana, kami menginap di rumah Pak Ridwan {Ketua DPD (Dewan Perwakilan Daerah)Pariaman}.Sungguh selesa tinggal dirumah beliau.Pak Ridwan hanya menyewa sebuah rumah teres yang cukup sederhana."Selesa" bukan bermakna tinggal seperti dihotel yang berhawa dingin, bilik air yang cantik dan sebagainya.Tetapi yang lebih penting adalah ketenangan jiwa.Misi kami adalah misi "Tarbawi". Memang kita sangat menginginkan tempat tinggal yang cukup sederhana, bukan yang mewah. Kami mahu merasai kesusahan dan keperitan orang disini.Suasana ini jauh berbeza kalau kita bandingkan dengan kepimpinan masyarakat kita di Malaysia.
Usia Pak Ridwan baru menjangkau 31 tahun,beliau sedang melanjutkan pelajaran di UKM dibidang pengajian Islam peringkat "master". Tetapi terpaksa menangguhkan pengajian tersebut kerana tenaga beliau di perlukan di Pariaman. Beliau seorang yang mudah mesra. Kali pertama saya bertemu beliau, kehangatan ukhuwah telah dapat dirasai. Mungkin itulah firasat yang Allah anugrahkan keatas mereka yang berada diatas jalanNya.Cara hidup beliau cukup sederhana dan kaya dengan adap-adap Islam. Puteri sulong beliau dalam usia sekitar 4 -5 tahun petah berkata-kata dan telah terdidik dengan pakaian menutup aurat.(Gambar sebelah)
Beliau seorang yang sangat sebuk dengan urusan jemaah, apatah lagi untuk menguruskan berbagai-bagai bantuan kepada mangsa bencana gempa.Namun beliau bijak mengurus waktu. Masih mampu melayan kami sebagai tetamu dengan baik sekali. Masih mampu menyediakan sarapan pagi dan makan malam untuk kami. Di hari terakhir kami di Pariaman, seharian Pak Ridwan bersama kami. Kami dibawa ke tempat yang teruk dilanda gempabumi. Rumah yang ranap, jalanraya yang rosak, tanah runtuh yang dahsyat. Disana kelihatan ramai kanak-kanak yang membawa kotak-kotak memohon bantuan. Rumah tempat mereka berlindung musnah. Sedangkan perut mereka kosong kelaparan untuk sesuap nasi. Kehidupan mereka selama ini pun diselaputi kemiskinan.
Disebelah petang sebelum berangkat pulang ke tanahair, kami tidak menghabiskan masa untuk "shopping"
sebaliknya kami dari HALUAN Malaysia terus berbakti ,memberi khidmat ke sebuah perkampungan yang agak jauh dikawasan pendalaman. Kali ini Pak Ridwan sendiri yang memandu kenderaan membawa kami kesana.Saya mengkagumi syahsiah beliau yang cukup tinggi.Walaupun beliau seorang pemimpin masyarakat yang penting di Pariaman, tapi masih mampu bersama-sama kami melihat sendiri penderitaan rakyat. (Sila lihat gambar di atas...Pak Ridwan disebelah kiri sekali berbaju hitam dibarisan belakang).Di kampung ini kami telah membuka klinik bergerak dari 4.00 ptg - 7.00 malam, kami telah merawat kira-kira 70 orang pesakit.Walaupun cukup sebuk,tapi kami tetap merawat mereka dengan kasihsayang.Misi kami adalah untuk membawa mesej Islam.Kami cuba memberikan layanan dan rawatan yang sebaik mungkin. Sesuai dengan motto HALUAN iaitu "Berakhlak ,Mendidik dan Berbakti"
Tidak hairanlah, dimana sana kami pergi,penduduk tempatan sangat senang bersama kami . (Gambar sebelah kiri adalah rumah seorang penduduk tempatan yang begitu mesra melayan kami,kami tumpang solat maghrib disini. Peristiwa ini dirakamkan pada hari pertama di Pariaman)
Selepas itu, kami telah dibawa ke Padang untuk membeli sedikit cenderahati di kedai ikhwah . Yang mengkagumkan saya di kedai itu, kebanyakan buku-bukunya adalah hasil tulisan ikhwah Indonesia. Saya berkesempatan membeli beberapa buah buku dan pakaian sebagai tanda kenangan .Memang kami keletihan, tapi dihati penuh rasa kepuasan. Dapat berbakti sehingga di hari terakhir.Niat kami pun amat jelas, kami kesini bukan untuk bersantai , bukan untuk melancung, bukan untuk menjadi wartawan berita, tapi kami kesini untuk berbakti. Malam itu Pak Ridwan membawa kami makan malam. Dalam perjalanan pulang, ramai dari rakan-rakan saya yang telah terlena keletihan.
Saya masih berbual dengan Pak Ridwan.Beliau memasangkan beberapa buah nasyid yang bersemangat untuk menghilangkan rasa mengantuk. Semua nasyidnya cukup menarik, diantara nasyid tersebut , yang menarik perhatian saya adalah sebuah nasyid berjodol JEJAK. Lantaran itu saya abadikan nasyid itu sebagai nasyid latar untuk blog saya ini. Kepada Pak Ridwan sekeluarga dan Ikhwah yang telah membantu kami dari HALUAN Malaysia, saya rakamkan jutaan terimakasih diatas layanan yang cukup baik kepada kami.HanyaAllah sahajalah yang membalasnya Semoga ikatan ukhuwah fillah yang terbina akan berkekalan selama-lamanya.
{Gambar Kenangan bersama relawan Indonesia dari sebelah kanan, Pak Ridwan , Dr Arif, Pak Naufal, Hafiz (Haluansiswa) ,Pak Yuli, Pak Ismail, Dr Shamsul (Haluan)} Untuk makluman , rumah Pak Naufal, Pak Yuli dan Pak Ismail turut musnah teruk akibat gempabumi, namun mereka masih lagi mampu menjadi relawan untuk membantu mangsa gempabumi di Daerah Pariaman.Inilah hasil proses tarbiyah yang mereka lalui, "Nafi'un li Ghairihi" (bermenafaat kepada orang lain)
Catatan Dr Mohd Ariff Abd Rashid
Team ke 2, KM Padang HALUAN Malaysia