Niat..perlu sentiasa di perbaharui .Jika tidak, adakalanya amalan agama pun menjadi matlamat keduniaan. Dengan memperbaharui niat kerana mencari redha Allah, kerja keduniaan pun mendapat ganjaran pahala selagi mana perbuatan tersebut selari dengan tuntutan syara'
..
Pada hari ini ; ummat Islam yang baik didalam masyarakat memang masih ramai , merasa selesa dengan keamanan
beribadah, masjid yang banyak dan indah, banyaknya sumber ilmu Islam seperti di
masjid dan melalui TV, masyarakat yang suka menderma dan masih prihatin dengan
isu-isu ummat Islam. Golongan ini masih ramai.
Ustaz Fathi Yakan
menjelaskan bahawa dalam masyarakat,
masih ramai orang yang mampu menjadi rakyat yang baik didalam sebuah daulah Islam,
tetapi dalam suasana Islam itu dagang. sistem Islam tidak tertegak, kita tidak begitu memerlukan orang-orang seperti ini. Sebenarnya kita ketika ini kita kekurangan PENDOKONG-PENDOKONG Islam, kita kekurangan pekerja-pekerja Islam. Orang-orang Islam yang memahami Islam,
kemudian mencorakkan kehidupannya dengan Islam dan dia menyebarkan dan memperjuangkan Islam. Ini yang kurang. Kita ingin membina seramai mungkin pekerja-pekerja Isla,m
Pernah
seorang ustaz datang ke klinik saya, dia baru pulang dari negeri Sabah.
Dia
kata.. “
Seronok berdakwah di negeri Sabah, doktor”
Saya
tanya dia, “
Seronok macam mana Ustaz?”
Dalam
benak fikiran saya, tentulah seronok sebab dia boleh berdakwah dan menyebarkan Islam kepada masyarakat Sabah dengan berkesan
atau dia berpeluang untuk mengislamkan orang disana. Inilah jawapan yang saya
tunggu.
Lantas
dia menjawab dengan wajah berseri, “Buat satu kertaskerja lebih kurang pun dibayar RM
100.00, Satu ceramah dibayar RM 200.00 . Tambang flight free dan Elaun bermalam
disana pun dibayar kerajaan...seronok doktor”Dia tersenyum kepuasan.
Saya
terkejut dan kehairanan. Rupanya memandang kerja dakwahnya dari sudut kebendaan
bukan dari sudut kepuasan mencari “Mardhatillah”.
Sedangkan Imam Hassan Al Banna menjelaskan
bahawa,”Berkorban
harta, masa, kehidupan dan segalanya adalah untuk mencapai matlamat keredhaan
Allah”
Ya...inilah
pengorbanan yang dituntut keatas saudara se Islam.
Allah
berfirman yang bermaksud ,
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu
Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran.
dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah
kemenangan yang besar".
(At Taubah :111)
" Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada
Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah
akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyaknya."
.
(Al Baqarah 245)
Apabila
Abu Darda mendengar ayat ini , ia terus bersedekah dengan harta yang paling
dikasihi dan bernilaiDemikianlah kita melihat Tarbiyah Nabawiyah didalam
kehidupan para sahabat dalam bentuk yang nyata.
Saidina
Abu Bakar membelanjakan semua hartanya. Rasulullah saw bertanya
“Apa
yang kamu tinggalkan untuk anak kamu..?”
Beliau
menjawab “
Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasulnya”
Suhaib
Al Rumi telah menyumbangkan segala yang dimulikinya semata-mata untuk membantu
agama Allah. Lalu Allah menurunkan firmannya kepada Suhaib dan mereka yang
seumpamanya.Maksud firman Allah swt
"Dan di antara manusia ada orang yang
mengorbankan dirinya Karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun
kepada hamba-hamba-Nya."
(Al Baqarah :207)
Rasulullah
saw menyambutnya denggan berkata,”Beruntungkan perniagaan kamu wahai Suhaib”
Oleh itu kita sentiasa memperbaharui niat kita. Agar amal yang kita laksanakan benar-benar menjurus kepada keredhaan Allah jua,,