MURABBI YANG TAK PERNAH MENGENAL KELETIHAN


Assalamualaikum wt, catatan ini saya ambil dari Blog BroHamzah (Ali Ifran Jamaludin) diatas tajuk "MEMORI BERSAMA AYAHANDA MURABBI". Rasanya tidak salah kalau saya mengatakan bagi saya Sdr Rosdi Baharom (Nama penanya Abu Munzir) merupakan seorang murabbi yang cukup istimewa. Sangat beruntung jika kita dapat mendekati beliau, berbual dan sebagainya . Sesungguhnya apabila mendekatinya, kita akan dapati banyak mutiara-mutiara kata yang sangat menyentuh hati. Saya masih ingat kata-kata beliau yang cukup indah tapi sangat bernilai harganya iaitu ketika saya menemani beliau menjalani kursus motivasi pelajar SMKA Melor beberapa tahun yang lalu dimana seorang guru datang berbual dengan kami. Guru tersebut sangat kagum dengan penyampaian beliau.

" En Rosdi....saya nak tanya kalau lain kali saya nak panggil En Rosdi memberi ceramah pada pelajar sekolah berapa bayarannya  ..?" tanya guru tu.

" Syarat saya untuk saya memberi ceramah mudah aje cikgu..cuma ada 2 syarat aje. Pertama jemputan itu mestilah dihujung minggu ketika saya cuti..dan yang kedua  sediakan saya  tiket  pergi dan balik, itu aje. dan saya tidak pernah menetapkan bayaran untuk ceramah yang saya " Inilah jawapan yang telah diberikan oleh Sdr Rosdi Baharom.

Cikgu tu terpinga-pinga mendengar jawapan yang tegas tapi penuh bermakna. Perjuangan membina insan bertaqwa merupan agenda dakwah, agenda untuk meraih syurga Allah. Agenda orang-orang yang telah mewakafkan hidupnya untuk Islam.

Saya pernah bermusafir dengan beliau menaiki kereta dari KL ke Kota Bharu. Kami bertolak dari KL jam 9.00 malam. Berbual dengan beliau sangat berbeza dengan perjalanan yang pernah saya tempuhi sebelum ini.Suasana yang saya rasakan pelik... hampir sepanjang perjalanan itu beliau tidak tidur-tidur... beliau berbual dan terus berbual..cerita dakwah , berfikir bagaimana yang harus kita lakukan untuk memenangi hati golongan remaja, bagaimana kita ingin mengangani gejala daie yang mandul dan manja... bercerita tentang pengalaman beliau semasa belajar di UK dulu dan sebagainya...  MasyaAllah.. beliau sungguh bertenaga, jiwa nya sentiasa muda...  sifat "jiddiyah" (kesungguhan ) sentiasa bergelora, tidak pernah mengenal erti keletihan. Kadang-kadang saya terfikir ingin merakamkan perbualan kami pada malam itu ...kata-kata yang cukup menyentuh hati . Ucapan yang sentiasa memotivasi kita untuk bekerja di medan amal Islami, membentuk dan mendidik remaja untuk beriman kepada Allah.

 Oleh itu, apabila saya membaca catatan BroHamzah, tanpa ragu-ragu saya abadikan catatan tersebut di dalam blog saya ini agar kenangan saya bersama Sdr Rosdi Baharom sentiasa segar untuk selama-lamanya. Diharapkan Abu Munzir akan terus terus bergerak cergas mendidik ummah agar kita sama-sama dapat melayakkan diri kita masuk ke surga Allah, InsyaAllah.. Terimakasih saya ucapkan kepada BroHamzah..



Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
--------
Abu Munzir. 
Bagi yang biasa dengan sentuhan tarbiyahnya pasti akan merinduinya.
Bagi yang mengenali beliau – betapa sesungguhnya akan terkesan dengan setiap pengaruh yang dicurahkannya.
Ayanda Murabbi, Abu Munzir merupakan seorang murabbi saya yang paling banyak membentuk, mendidik dan mengasuh saya dalam taman asuhan ini. Beliau tekun, bersungguh-sungguh dan cakna akan diri kami sebagai anak-anaknya.
Hidup bersamanya adalah hidup bersama dakwah, perjuangan dan jihad menuju syurga. Selama lebih 3 tahun dibawah bimbingannya – beliau tidak pernah jemu-jemu memproses kami untuk menjadi calon-calon syurga.
Setiap kali dalam pengisian dan penyampaiannya – fokusnya beliau adalah tazkiyah an-Nafs, tarbiyah ruhiyah, tarbiyah jihad dan jiddiyah. Susuk peribadinya yang serius, bersungguh-sungguh dan tegar itu sentiasa membangkitkan jiwa-jiwa muda saya dan sahabat-sahabat untuk sentiasa istiqamah dengan suasana dan ruh perjuangan yang suci lagi murni ini.
Pengalaman Termanis

Antara kenangan yang termanis saya dengan beliau ialah permusafiran antara kami berdua selama 3 hari menjelajah utara. Best, terhibur, berkesan dan sangat-sangat mengesani kehidupan saya. Selama 3 hari itu, banyak lagi padat perkongsian beliau kepada saya. Bayangkan 3 hari kami berdua bersembang, bermukhalatoh, berdiskusi dan berbincang-bincang dan bertukar-tukar pandangan.
Bermula dari proses mendidik diri, pembinaan rumah tangga sehinggalah mendidik anak-anak – semuanya dicurahkan kepada saya tanpa henti kecuali kami berdua berhenti berehat untuk lelapkan mata melepaskan penat dan lelah. Saya benar-benar puas bermusafir dengannya.


Kerjanya menghidupkan jiwa-jiwa muda untuk terus akrab, dekat dan hampir 
dengan Allah SWT 24 jam.
Nasihat Tanpa Jemu

Ayahanda Murabbi  sentiasa memberikan nasihat dan taujihnya kepada saya dan sahabat-sahabat tentang dua perkara :
(     "Wahai anak muda, lazimilah awal pagi anda sebelum Subuh dengan solat sunat tahajud dua rakaat. Rasailah kemanisannya dan kelazatannya."
Seingat saya – setiap kali pertemuaan minggu inilah peringatan yang diulang-ulangnya. Setiap kali. Tahajud dan bangun malam Qiamullail digalakan, digesa, disuruh dan dingat-ingatkan sehingga ia sebati dengan kami melalui amalan dan tindakan!
  
            "Tatapilah dan bacalah Al-Quran setiap hari walaubagaimana pun keadaan antum."
Al-Quran – adalah kalamullah. Ia menjadi kayu ukur kepada kecintaan kita terhadap Allah SWT. Sesiapa yang akrab dengan Al-Quran, menghidupkan ruh serta seruan Al-Quran di dalam kehidupannya dan menjadikan dirinya Al-Quran yang bergerak maka, sesungguhnya dia adalah sebenar-benar hamba Allah SWT yang mencintai-Nya sepenuh hati.
Inilah yang selalu disebutnya berulang-ulang kali sehingga kami sedar, terbangkit dan terus mengamalkannya secara konsisten, istiqamah dan penuh komited!
Pemergiaannya Bukanlah Suatu Perpisahan

Bermula tahun ini, murabbi kesayangan kami ini akan pergi menjalankan tugasnya di tempat yang lain pulang. Pulang ke kediamannya yang telah lama ditinggalkan setelah lama berkelana di bumi Serambi Makkah dengan tujuan untuk mendidik dan berbakti kepada generasi muda.
Pengorbanannya sungguh besar dan hebat – meninggalkan keluarga, berjauhan dengan isteri tercinta dan menghabiskan kewangan yang ada untuk melaksanakan tuntutan perjuangan ini. Semoga Allah SWT menerima setiap amalan, pengorbanan dan jihad beliau itu.
Pemergian beliau bukanlah satu perpisahan tetapi satu amanah dan tugas yang akan diteruskan pada bentuk suasana dan dimensi yang lain. Agenda, intipati dan fokusnya tetap sama iaitu dakwah dan tarbiyah. Di mana-mana – tugas asasi ini akan digencarkan.
Harapan kerdil saya, agar murabbi akan terus tegar dan kuat dalam melaksanakan amal-amal Islami ini dan sentiasa mendoakan kami di perbatasan ini. Benar-benar rasa kehilangan dan kekosongan tanpa ayahanda di sisi kami. Namun, kehidupan dan perjalanan ini akan diteruskan menuju Syurga Allah SWT. InsyaAllah.




Mudahan Allah SWT rahmati usia dan setiap usaha gigihnya.
Ameen.

Kata Akhir Buat Kami
Sebelum berpisah secara rasmi, kami menadah beberapa sentuhan pengisian beliau sebagai bekalan dalam perjalanan yang panjang ini.
“ Marilah kita memulakan perjalanan kita dengan membuka hati. Bukalah pintu hatimu wahai jiwa agar dimasuki oleh keimanan.”

Nasihat awal ini menyentuh hati saya.
Beliau memetik kata-kata Majdi Al-Hilali dengan menyatakan :
“ Dai’ ini mimpinya juga adalah mimpi dakwah.”

Alangkah beruntungnya kita dipilih oleh Allah SWT untuk berada dalam suasana ini. Justeru, jiddiyah, serius dan kerja keras harus menjadi pakaian dan imej kita. Ia adalah watak orang yang beriman.
Murabbi menggugah jiwa kami sekali lagi dengan ungkapan Abdul Fattah Ismail :
“ Dakwah tidak boleh didukung dan dipikul oleh orang-orang manja.”

Katanya : - Dakwah berkembang dan menyubur di tangan orang-orang yang memiliki keseriusan, kesungguhan dan semangat yang tinggi.
Akhirnya, beliau teringat akan kata-kata Allahyarham Cikgu Tajul :
“ Kita tidak boleh memanjang usia kita justeru, kita perlu berusaha memanjangkan usia dakwah ini.”
Syukran ya murabbi! Semoga Allah berikan kebaikan dan Syurga buatnya di atas segala usaha yang dilakukan sebagai bekalan dan modal untuk bertemu dengan Allah SWT.
---
BroHamzah
Masih teringang-ingang ungkapan murabbi : “ Wahai anak-anak muda, cepatlah dewasa dan membesar. Ingin kami serahkan amanah ini kepada generasi pewaris yang akan meneruskan kerja-kerja ini.”

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...