Bertahun menatap wajah yang sama hampir setiap minggu.Tak pernah rasa jemu, tak pernah berselisih faham, tak pernah tarik muka masam dan tak pernah menyesal dengan terjalinnya ikatan ini, ikatan ukhuwah Fillah. Malah seandainya 2 -3 minggu tidak menatap wajah sahabat , akan terasa kerinduan, terasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang berharga, terasa berada jauh dan seakan-akan terlalu lama tidak bertemu. Inilah perasaan saya .Walaupun kami berbeza latarbelakang, meskipun sahabat-sahabat berada di puncak kerjaya masing, pangkat yang tinggi dan sangat dihormati di kaca mata masyarakat., namun masing-masing masih mampu duduk bersama-sama. mereka menyerahkan hati-hati mereka untuk dididik dan di proses oleh manhaj tarbiyah Islamiyah.Mereka merendahkan hati-hati mereka untuk duduk bersama, menghafal ayat-ayat al Qur'an dan hadith, , mengupas mutiara dari tafsir Al Qur'an dan kitab-kitab muktabar dan bertukar-tukar pandangan. Pemikiran hanya tertumpu dengan satu persoalan : bagaimana untuk meraih REDHA ALLAH, bagaimana untuk kita melayakkan diri kita untuk masuk syurga Allah.
Saya terlalu bersyukur kepada Allah kerana masih diizinkanNya untuk duduk didalam suasana begini. Semoga Allah mengekalkan nikmat ini . Dua hari yang lepas kami bertemu seperti biasa. Salah seorang sahabat saya baru pulang dari Padang, Indonesia. Beliau bersama isteri dan anaknya pergi kesana bagi melaksanakan program Qorban di kawasan Pariaman. Daerah merupakan tempat kami menjalankan tugas misi kemanusiaan selama beberapa minggu disana ketika gempa bumi yang dahsyat melanda daerah tersebut kira-kira 3 tahun yang lalu.Kami berkongsi untuk korban seekor lembu. Peristiwa yang tak pernah saya menjuga , sabahat ini telah membawa pulang daging rendang yang telah dimasak disana , dihidangkankan kepada kami dimalam itu. MasyaAllah...!!! Program Korban jauh di negeri seberang, tapi beliau masih ingatkan kami...Beliau masih ingat untuk membawa pulang masakan daging rendang yang enak untuk kami kecapi bersama disini. Suatu ungkapan yang indah yang beliau ungkapkan di malam tersebut " Ukhuwwah ni tak cukup kita perkatakan, atau kita baca melalui buku, tapi perlu dirasai oleh jiwa. Seperti kita memakan buah anggur. Sukar untuk kita cerita kepada orang lain macam mana rasa buah anggur melainkan kita memakannya sendiri".
Seorang sahabat lain menambah, " Sebab itu kita perlu merendahkan hati dan jiwa kita untuk dididik dan diproses dengan keimanan, barulah akan lahir ukhuwah sejati". Walaupun mereka telah memiliki title "Professor", namun beliau masih merasakan perlu kepada "didikan hati" dan "memproses jiwa". Saya tanya dia " Masih perlukan kita tekankan permasalahan "didik hati" dan "memproses jiwa" sedangkan kita telah lama berada dalam jemaah Islam ? "
Kini ramai dari pekerja-pekerja Islam yang merasakan kerja-kerja mendidik hati sebagai perkara yang remeh, zaman itu telah berlalu, kita harus berfikir tentang bagaimana untuk kita mendapat kuasa politik dan kepimpinan negara, berfikir untuk mencari jalan untuk menambah ahli jemaah kumpulan masing-masing sehingga melampaui batas-batas ukhuwah. Berlaku rentetan dikalangan kumpulan Islam sebagai "mencuri ahli". Sehingga subur perasaan yang kurang sehat di jiwa sesama saudara Islam, subur sifat berprasangka buruk sesama kumpulan Islam. Ketika itu tergadailah sifat kasihsayang sesama muslim.Semua orang tahu akan hadith yang bermaksud : " Tidak sempurna iman sesaorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya , sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
Seminima perasaan ukhuwah adalah bersangka baik sesama muslim dan sehinggi-tinggi darjat ukhuwah adalah dengan mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri.
Kemudian sahabat saya menyambung ucapannya "Kalau boleh kita mesti sentiasa "promote" perkataan "didikan hati" dan "PROSES JIWA" .Jangan sekali-kali jemu memperkatakan dan memperingatkan perkataan ini."
Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau.Kita "proses" tarbiyah yang tidak betul, tentu natijahnya tidak seperti yang diharapkan. Pernah seorang ustaz memberi tau saya ketika beliau cuba mengendalikah usrah sayap pimpinan pemuda di dalam sebuah jemaah Islam. Dia menceritakan tentang haramnya rokok.Apabila usrah itu berakhir, seorang ahli yang duduk disebelahnya lantas terus menghisap rokok dan terus meniupkan asap ke arah muka ustaz tersebut. Peristiwa ini berlaku mungkin berpunca dari murabbi yang kurang berhikmah dan tiada penyerahan hati anggota untuk dididik.
Sahabat saya menambah lagi dengan satu lagi analogi yang cukup menarik.
" Kalau kita naik kapalterbang mengatasi ketinggian awan, kita tak akan dapat merasai nikmat basah ditimpa hujan. Kita hanya dapat merasai nikmat "ditimpa hujan" apabila kita sanggup meletakkankan diri kita di bawah awan. Ukhuwah sukar di nikmati kita merasai kita lebih dari orang lain, merasa kita hebat. Tetapi nikmat ukhuwah hanya dapat kita rasai jika jita sanggup merendahkan hati-hati kita sama level dengan semua orang"
MasyaAllah....pertemuan yang amat membahagiakan. Di akhir pertemuan dimalam itu , kami dihidangankan dengan satay yang enak dan rendang dari Padang Indonesia. "Ya Allah, Engkau kekalkan ikatan hati-hati kami demi memburu redhaMu".
Semoga perkongsian ini dapat kita menafaatkan. Yang baik itu dari Allah dan yang segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Pertemuan yang membahagiakan ...!!!
Labels: PERKONGSIAN
Mimpi Bertemu Sahabat Lama : Dr Ahmad Kamal Peong
Malam tadi sebelum tidur, sempat saya membaca seerah mengenai perjanjian Aqabah pertama, kemudian membaca tiga Qul (Surah An Nas, Al 'Alaq dan Al Ikhlas) dan akhirnya saya terlena.Sesungguhnya Allah lah yang Maha Berkuasa diatas segala sesuatu.Dengan penyusunannya, saya bermimpi bertemu dengan seorang lama saya Akhie Dr Ahmad Kamal Peong. Dalam mimpi itu saya bertemunya di sebuah taman rekreasi ketika kami sedang berriadah.Lama kami bersembang kerana telah terlalu lama kami tidak bertemu.Kami telah terpisah hampir 26 tahun.Sedang kami seronok bersembang , tiba-tiba saya terjaga.MasyaAllah...!!! Bermimpi rupanya. Walau bagaimanapun terubat juga kerinduaan kerana telah terlalu lama tidak bertemu.
Jam didinding menunjukkan jam 5.00 pagi. Sebagai seorang hamba, saya lantas bangun, berwudhuk dan melakukan beberapa rekaat solat sunat dan witir.
Dr Ahmad Kamal Peong berdiri dibarisan belakang (tengah) |
Dengar kabarnya beliau kini buka klinik sendiri di Kedah. Apabila saya terjaga dari mimpi, perasaan ukhuwah dan mahabbah yang telah kami bina sekian lama kembali subur semula.Kerinduan semakin terasa.Teringat saat-saat indah ketika kami bersama di kampus Medik UKM di Jalan Tun Dr Ismail. Ukhuwwah yang di bina hanya terjalin diatas rasa kasihsayang kerana Allah semata-mata. Niat itu selalu peringatkan dan diperbaharui di setiap pertemuan kami.
"Kita berkasihsayang hanya kerana Allah swt .Kita sama-sama berjanji setia untuk sentiasa istiqamah diatas jalan Islam.Kita mesti sentiasa ingat agar jangan tertipu oleh 3 "ta" iaitu (HARTA, TAKHTA DAN WANITA)" . Ungkapan inilah yang sering diperingatkan oleh mas'ul kami , Akhie Rushdi Ramli.
Dr Ahmad Kamal di barisan belakang no 3 dari kiri (berkopiah putih), Tarbiyah yang diusahakan kira-kira 26 tahun yang lalu, masih mampu melahirkan generasi yang istiqamah diatas jalan Allah swt |
Suasana penuh mahabbah |
Dari kiri : Prof Dr Nasarudin, Dr Ahmad Kamal, Dr Mazlan,Prof Dr Amaludin dan Dr Abd Rashid. Meskipun disaat itu kita tidak memiliki kekayaan harta, namun kita memliki kejayaan jiwa dan kasihsayang. |
Masih subur dalam ingatan setiap kali Ramadhan datang, kita akan berbuka bersama . Kita makan didalam talam.Disaat itu hanya kebahagiaan yang menyelubungi perasaan kita, kasih sayang yang terjalin amat sukar dilafazkan dengan kata-kata. Setiap petang kita sediakan 7 talam makanan untuk sahabat-sahabat kita berbuka puasa, kita agihkan dibeberapa buah bilik.Kita makan bersama dengan cara yang cukup sederhana.Slogan kita, "Makanan sedikit : cukup, kalau makanan banyak : InsyaAllah akan habis juga, itulah keistimewaan sahabat". Setiap kali ungkapan ini diucapkan setiap kali itu pula kita akan tersenyum.
Saya masih ingat, ketika itu akhie Dr Ahmad Kamal Peong baru memeluk Islam. Beliau seorang yang periang dan mudah mesra.Beliau sentiasa bersama kami, sentiasa berada didalam "Biah Solehah" (suasana yang soleh), sentiasa berada didalam suasana tarbawi (suasana didikan) dimana HATI sentiasa menjadi sasaran tarbiyah. Setiap minggu kami akan duduk bersama sendengar tazkirah mas'ul dan bermain bola bersama.Saya amat kagum dengan keimanan yang Allah kurniakan kepadanya.
Saya masih ingat ketika keluarga beliau masih belum tahu tentang dia telah memeluk Islam, dia pernah menceritakan tentang pengalamananya ketika dia balik bercuti di kampung.
" Setiap pagi ana terpaksa berjogging sebelum subuh, keluarga ana hairan juga kenapa setiap pagi ana suka berjogging di awal pagi. Sebenarnya ana pergi ke masjid untuk solat subuh"
MasyaAllah, beliau tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu walau bagaimana susah sekali pun. Beliau seorang yang sentiasa gigih mempelajari Al Qur'an. Beliau dapat menguasai bacaan semasa solat dengan cepat.Inilah keistimewaan beliau. Saya amat kagum dengan perubahannya.
Allah Maha Agong. Siapa menjangka perpisahan yang begitu lama. Akhirnya Allah pertemukan kita di alam mimpi. Walaupun apabila saya terjaga, mimpi itu hilang dari pandangan mata, namun seribu kenangan indah terhambur dari ingatan, lantas roh ukhuwwah fillah kembali subur didalam jiwa saya.Inilah nikmat dari Allah swt. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya.Adakah nikmat IMAN dan UKHUWWAH yang Allah anugerahkan untuk menyirami hati-hati kita, dibiarkan gersang dan dipandang sepi ?
Adakah janji-janji kita dulu untuk sentiasa memperbaiki diri dan menyeru manusia kepada Allah hanya tinggal sebagai kenangan penglipur lara ?
Adakah kita sentiasa TIDAK TERTIPU oleh pengaruh Harta, Takhta dan Wanita ?
Persoalan ini sentiasa bermain-main didalam fikiran saya.Adakalanya saya merasa lemah dan lalai. Mahu rasanya untuk "REHAT" dari kerja -kerja dakwah yang tiada penghujungnya. Saya sedar bila kita kata "buat kerja dakwah", sebenarnya tiada apa yang saya lakukan. Sebaliknya jika kita tinggalkan kerja yang mulia ini (kerja para nabi dan rasul), Islam tidak cacat apa-apa pun. . Akan terus ada hati-hati yang Allah kurniakan nikmat IMAN, dimana mereka merasa bahagia dan mulia apabila dapat berjuang dan berjihad di jalan Allah.
Kadang-kadang saya teringat kupasan As Syahid Sayid Qutb didalam mengupas surah Al Muddathir"
"Wahai orang-orang yang berselimut ! Bangunlah serta bagilah peringatan dan amaran kepada ummat manusia.." (Ayat 1-2)
"Rasulullah saw bangun dan memberi peringatan kepada seluruh manusia..".Bangun" yang tidak tidur-tidur lagi sehingga baginda wafat. Seluruh hidup baginda diwakafkan untuk Islam. Waktu tidur telah berlalu....Baginda bangun dan memlaksanakan kerja-kerja dakwah dan mendidik manusia untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah.
Harus kah saya menjauhkan diri dari perjuangan baginda yang suci ini disaat ummat Islam dipukul arus kesesatan dan kemurtadan.
Haruskah saya terus lena lena di buai oleh kemewahan dunia yang fana ini..?
Haruskah saya mengundurkan diri setelah Allah beri nikmat Iman dan Islam, dan kembali di sisiNya sebagai hamba yang lalai ?
Tak mungkin hanya dengan bersantai, berpeluk tubuh dan membuat kerja sambil lewa, kita mengharapkan syurga Allah? Sedangkan sejarah generasi pertama yang telah dididik dan di bentuk oleh Rasulullah telah berkorban apa sahaja untuk memperjuangkan Islam.
Diantara foto terbaru Dr Ahmad Kamal bersama keluarganya |
" Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah orang yang berjihad diantara kamu dan (belum lagi) nyata ujudnya orang yang sabar (tabah dan cekal hati ) dalam perjuangan " (Ali Imran : 142)
" Semoga Dr Ahmad Kamal & keluarga dikurniakan Allah dengan segala bentuk kebaikan didunia dan di akhirat, Ameen"