Tamrin Qiadi SMKA Melor ...harapan kepada generasi baru



Tamrin Qiadi bakal pimpinan BADAR SMKA Melor baru saja berlalu.Namun ianya telah membawa banyak kenangan tarbawi.Gembiranya hati saya hanya Allah yang tahu. Benih-benih tarbiyah Islamiyah yang ditabur sekian lama di sekolah ini telah mula menampakkan hasil.Aktiviti BADAR (Badan Dakwah Dan Rohani) berjalan dengan baik sekali.Ini termasuklah usrah dikalangan semua lapisan pelajar, mereka ini dibimbing oleh barisan naqib & naqibah yang telah dipilih dikalangan mereka yang memiliki syahsiah yang baik. Para naqib dan naqibah ini pula sentiasa diberi pengisian berkala, qiamulail bulanan serta tamrin qiadi secara berterusan.

               Haikal selaku Kem Komandan memberi taklimat program   

                         Seronok  berbincang semasa bengkel


  Tamrin Qiadi pada kali ini difokuskan kepada Tingkatan 1 - 3, para fasilitator pula terdiri dari Alumni BADAR 2010.Haikal, Nur Aqilah, Noraini , Aiman (3 orang nama Aiman), Harun, Ruzaiman  dan ramai lagi Fasi yang datang. Nur Aqilah adalah merupakan salah seorang penggerak penting bagi menjayakan  program ini . Beliau seorang pelajar perempuan sangat aktif mengikuti program-program pelajar termasuklah menyertai  program Himega yang baru di adakan di UIAM baru-baru ini.

                          Nur Aqilah diantara penggerak Tamrin Qiadi


           Pn Hajjah Hasnah  (Guru Penasihat Badar) asyik mendengar pembentangan bengkel



                   Pembentang mengenai 10 Muwasofat Tarbiyah


    Melihatkan wajah-wajah putera puteri yang bersih, alangkah pentingnya untuk kita menyemaikan benih-benih iman yang suci ke dalam jiwa-jiwa mereka. Hati-hati mereka perlu dididik dan diasuh oleh sentuhan tarbiyah Islam yang betul. Melatih jiwa mereka untuk kasih kepada Allah dan RasulNya, kasih kepada semua orang Islam , merasa mulia dan tinggi dengan Islam yang mereka anuti, hati mereka sentiasa ghairah untuk memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa berusaha mencari hati-hati yang perlu didekati dengan Islam. Ya Allah..Engkaulah yang Maha Tahu betapa saya mengharapkan putera puteri ini dapat merasa nikmat beriman kepadaMu.

                       Apa yang lucu sangat tu.......

                             Kyusu'nya mendengar ceramah

Kita  tidak sanggup melihat jiwa-jiwa yang bersih ini di tanam api kebencian sesama Islam, hidup berpuak-puak, budaya mengadu domba sehingga merosakkan ukhuwah dikalangan anak-anak disini. Alangkah senangnya hati saya melihat mereka melaksanakan bengkel bersama, berbincang bersama dengan penuh senyuman. Di pimpin pula oleh fasi-fasi yang baik dan memiliki syahsiah terpuji.Sejuknya mata memandang. Saya ditugaskan oleh urusetia memberikan sedikit perkongsian pengalaman  mengenai "Mulianya menjadi seorang daie" . Tajuk yang amat berat tapi  dibincang secara bersantai.


                   Mesranya dua sahabat fasi di bersembang...

Di akhir program , isteri saya banyak bercerita tentang keperluan istiqamah didalam "usrah". Usrah merupakan satu kaedah yang cukup berkesan untuk merasai tanggungjawah Dakwah dan Tarbiyah. Usrah juga sentiasa mengikat hati dengan ukhuwah Fillah.Hati kita perlu dididik dan diasuh untuk tunduk dan patuh kepada Allah sehingga mereka sanggup berkorban demi untuk menjunjung tinggi Deen Allah swt di mukabumi ini.

Saat perpisahan amat memilukan, pelajar saling berpelukan. Sedih dan pilu menyelubungi hati. Dibahu terpikul amanah dakwah yang berat terasa.Amanah Qubra.Tugas para nabi dan rasul. Tapi Allah memuliakan mereka-mereka yang sanggup memikul amanah ini.Ya...kita mahu Islam terus subur dijiwa kita. Kita mahu nikmat Islam itu mekar didalam masyarakat kita.Kita mahu Islam kembali memerintah Alam ini, bukan lagi sebagai barang mainan yang diambil bila perlu (menguntung) dan dibuang seperti sampah apabila ia dirasakan tidak menguntungkan sisitem yang ada.Alangkah gharib (dagangnya) Islam kini.

                    Saat perpisahan yanmg memilukan...


                     Suasana "mahabbah fiLlah" dapat dirasakan


               Biarlah persahabatan ini berkekalan untuk selama-lamanya


                  Berkasihsayang kerana Allah, hingga ke syurga...InsyaAllah


    "Ya Allah, Engkau satukan hati-hati ini demi untuk memikul beban dakwahMu..."

                 Barisan fasilitator lelaki yang telah berbakti

   Generasi remaja Islam perlu dibentuk kerana mereka adalah penerus perjuangan dimasa depan. Jangan berhenti dari mendidik mereka kerana kecuaian kita dihari ini mungkin akan menghancurkan ummat dimasa depan.Gunakan setiap peluang yang ada. Walaupun keletihan dihujung perjalanan ini namun dihati ini terlalu ingin melihat benih-benih iman yang ditanam akan mekar mewangi, melahirkan bunga yang berwarna warni menghiasi taman indah dibawah naungan Iman dan Taqwa. Akhirnya setinggi tahniah kepada guru-guru dan  semua fasilitator yang terlibat bagi menjayakan program ini. Ameen.

dmar

Kasihanilah Anak-anak Yatim...

  Pemergian saya ke Mesyuarat Agong Perwakilan Haluan Malaysia di Penang pada 30 hb April 2011 telah membawa kenangan indah.Saya dan dua lagi rakan saya, Akhie Tarmizi dan Dr Ahmad Sabri telah berpeluang menziarahi rumah anak-anak yatim (TERATAK PEYATIM) di Pulau Pinang .Program ini telah disusun oleh Ustaz Khairy Beliau yang berasal dari Rantau Panjang,Kelantan sebenarnya baru saja saya kenali sejak beberapa bulan yang lalu semasa beliau bertugas di SMKA Melor sebagai Guru Pelatih, tempat isteri saya mengajar.Namun demikian perkenalan kami terus berkekalan sehingga kehari ini. Walaupun perwatakan beliau kelihatan pendiam, namun mudah mesra bila berbicara. Saya tidak menyangka yang beliau menalefon saya untuk adakan pertemuan dengan anak-anak yatim disitu. Tanpa keberatan saya menerima jemputan itu. Dimana saja jika ada peluang kita untuk berdakwah, hendaklah kita gunakan sebaik mungkin.


  Ustaz Khairy sebagai pengerusi majlis


Saya tersentuh dengan ucapan aluan Ustaz Khairy.
" Selagi saya tinggal disini saya tidak akan tinggalkan adik-adik sendirian.Saya akan sering ke sini bersama adik-adik."

Tergambar diraut wajahnya sifat kasihsayang dan sifat rasa bertanggungjawab .Turut hadir pada malam itu beberapa orang relawan yang selalu mencurah bakti di rumah anak yatim itu.Diantaranya adalah merupakan seoran guru wanita (Cikgu Analiza)yang hampir menghabiskan PhD nya. Saya kagum dengan kesungguhan dan keihklasan mereka.Semoga Allah jua akan memberikan sebaik-baik balasan.

        
      Akhie Tamizi Said

    Akhie Tarmizi, merupakan Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan dalam ucapan ringkasnya telah memberi penekanan dari segi aqidah dan keimanan kepada Allah swt." Walaupun kita tidak lagi tinggal bersama ibubapa kita namun kita mestilah sentiasa patuh akan tuntutan agama seperti mengerjakan solat dan sentiasa menutup aurat".





    Dr Ahmad Sabri Omar (Orthopedic Surgeon)

Dr Ahmad Sabri merupakan Ortopedic Surgeon di HRPZ II Kota Bharu. Beliau telah memberikan penekanan agar setiap mereka menanamkan cita-cita yang tinggi sejak dari sekarang. Cita-cita yang tinggi itu pula mestilah diiringi dengan kerja yang kuat dan bersungguh-sungguh.

"Jangan peduli apa orang lain kata kepada kita. Yang penting kita harus yakin dengan kemampuan kita. Adik-adik kena kerja kuat dari sekarang.Kalau orang lain mampu berjaya kenapa kita tidak boleh...Disamping itu kita mestilah menjadi seorang muslim yang baik" Pesanan Dr Ahmad Sabri


 
 













Di akhir sekali giliran saya untuk memberi tazkirah. Saya ucapkan setinggi-tahniah kepada semua relawan yang telah berbakti disini.Saya membawa pemikiran anak-anak yang tinggal disitu bahawa permasalahan akhirat bukanlah masalah yang kecil dan mudah.Walaupun kita mempunyai jawatan yang tinggi, namun kita mestilah sentiasa berbicara tentang nasib ketika bertemu Allah swt nanti.Kemudian Ustaz Khairy telah sempat menayangkan 2 video clip tentang nasib bayi yang mati terbuang dan hakikat kejadian manusia.





 Dr Ahmad Sabri   menyampaikan sedikit sumbangan dari HALUAN
Kelantan kepada En Hafiz wakil Teratak Peyatim


Diakhir majlis tersebut kami menyerahkan sedikit sumbangan yang sempat saya kumpulkan dikalangan beberapa orang sahabat HALUAN. Pertemuan ini cukup bermakna. Nun ...jauh disudut hati, kami berdoa agar penghuni rumah anak yatim ini akan menjadi manusia yang beriman dan bermenafaat kepada orang lain. Kepada relawan-relawan yang berhati mulia, teruskan khidmat anda sekelian. Setiap keringat yang tumpah bagi membela dan mendidik anak-anak disini merupakan kerja yang mulia disisi Allah, apakah lagi yang kita harapkan didunia yang fana' ini melainkan rehda Allah.Kepada Ustaz Khairy ,kami ucapkan ribuan terimakasih kerana mempertemukan kami dengan anak-anak yang kami kasihi, semoga persahabatan ini dapat berkekalan selama-lamanya.

dmar

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...