IKHLAS..mudahkah untuk diamalkan ?



Lama tak berbincang pasal sifat "ikhlas". Adakalanya kita kata kita melaksanakan sesuatu itu "ikhlas" kerana Allah. Tapi hakikatnya terselit juga niat-niat yang lain yang orang lain tidak tahu. Mungkin seorang pendakwah Islam, memberi pidato yang hebat kepada orang ramai, sehingga ramai yang menangis mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Sang daie tercetus didalam hatinya dengan rasa bangga diri, " Sebab hujah aku yang hebat dan mantap lah ramai orang sedar akan kesilapan mereka".  Seorang ahli politik yang hebat  , berpidato dengan hebat sekali diatas pentas sehingga ramai yang melaungkan takbir " AllahuAkbar" dengan penuh semangat. Ramai orang sedar tentang kebaikan Islam dan kejahatan jahiliyah. Namun didalam hati ahli politik ini merasa bangga dan gembira kerana dengan hujah yang hebat itu menyebabkan ramai orang memuji-mujinya.Tentulah peluang dia untuk mendapat jawatan parti lebih baik dan disanjung dimana sahaja dia pergi. Ada juga orang yang mengepalai demonstrasi, kononnya kerana memperjuangkan dan mempertahankan Islam, lalu dia ditangkap polis. Tapi didalam hatinya dia merasa puas dan bangga kerana masyarakat menyanjung namanya sebagai "hero" kebenaran. Ada juga orang  yang membaca doa dengan penuh perasaan sehingga dia mengalirkan airmata, menangis teresak-esak mengenangkan nasib ummmat kononnya.Sehingga ramai  orang turut menangis kerana sentuhan doa yang menikam kalbu. Sedangkan dihatinya dia terasa hebat dimana kebolehannya membaca doa boleh menyebabkan ramai orang menangis, Tentulah lebih ramai orang yang akan memanggilnya untuk  berceramah . Ini  secara tidak lansung akan menambahkan pendapatan kewangannya.

Dimana "keikhlasan" kita kerana Allah  ? Benar kah semua yang kita lakukan itu HANYA untuk Allah semata-mata ? atau sebaliknya.

AsSyahid Imam Hassan Al Banna berkata, "Apa yang aku maksudkan dengan ikhlas ialah : Setiap kata-kata, amalan dan jihad saudara muslim demi Allah, untuk mencari kereedhaanNya dan ganjaran baik dariNya, tanpa memandang sebarang imbuhan, kemegahan, gelaran , terkemuka atau tidaknya. Dengan itu ia menjadi tentera(pengikut) demi fikrah dan aqidah, bukannya pengikut demi kebendaan dan kepentingan diri"
" Orang yang ikhlas , ia sentiasa takutkan kemasyhuran dan tersebarnya "sum'ah" keatas diri dan agamanya, khususnya orang yang memiliki beberapa bakat serta kebolehan.Beliau berkeyakinan bahawa Allah akan menerima amalannya secara rahsia bukannya secara zahir. Seorang manusia itu, walau masyhur mana sekalipun, sekiranya niat bercampur dengan mengharapkan penghargaan manusia. tiada nilai disisi Allah"

Jom sama-sama kita fikir-fikirkan .....sifat ikhlas nampak seolah-olah suatu perkara yang kecil namun implikasinya sangatlah besar samada  mendapat ganjaran besar dari Allah swt  sehingga masuk kedalam syorga atau amalan yang tiada dinilai langsung disisi Allah,  bagaikan debu-debu yang berterbangan. Kita bimbang apabila kita kembali kepada Allah ,kita menjadi yang  hamba nampak  seolah-olah berjaya (kerana didunia banyak melakukan kebajikan)  namun hakikatnya kita seorang yang papa dan miskin, Na'uzubillah.

1 comments:

izwah January 8, 2011 at 8:28 PM  

ikhlas blh dianalogikan seperti seekor semut yg berwarna hitam yang berjalan di tengah malam yg kelam, gelap..

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...