Tanggal 26/Jun/2010 adalah merupakan hari yang bertuah dalam hidup saya.Saya dapat menemani sahabat saya, Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hassan dalam siri lawatannya sehari ke Kelantan.Beliau merupakan salah seorang peserta konvoi Misi Kemanusiaan ke Gaza (LL4G) baru-baru ini.Beliau adalah salah seorang dari lima orang ahli HALUAN Malaysia yang menyertai misi itu.Beliau telah berada didalam kapal Mavi Marmara yang ditawan Israel. Pada awalnya saya telah menyusun 4 siri ceramah untuk beliau , namun diatas permintaan beliau agar di tambah lagi lokasi ceramahjika sesuai. Akhirnya saya dapat menambah 1 lagi lokasi. Selain dari rumah saya, program yang telah diatur adalah seperti berikut. Selepas Maghrib (26/6/10) di Masjid Ketereh, jam 7.45 pagi (27/6/10) di Sek Men Keb Agama Melor, jam 11.30 pagi di Politeknik Kota Bharu , jam 2.30 petang di Kolej Teknologi Darulnaim dan jam 4.40 petang bertolak ke KL.
"Ana datang ke sini akhie bukan untuk berehat , tapi untuk bekerja. Ana dah cukup rehat didalam kapalterbang, penuhilah jadual ana untuk kita menafaatkan cerita mengenai penderitaan di Gaza"
Inilah ungkapan kata-kata beliau kepada saya.Saya terkejut dengan jawapan itu. Jawapan luarbiasa yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan saya.Saya longgarkan sedikit program hanyalah untuk memberi sedikit ruang berehat.
Inilah jiwa seorang PEJUANG, kenikmatan dan kepuasan hati yang dikecapi adalah apabila dia dapat melaksanakan kerja-kerja dakwah.Apabila dapat memberi khidmat untuk Islam.
Saya tanya beliau.
"Siapa yang jaga klinik anta..."
" Kebetulan tiada doktor ganti, ana terpaksalah tinggalkan klinik tanpa doktor.."
Saya terdiam. Terbayang di fikiran saya , beliau datang dari jauh, terpaksa tinggalkan klinik .hanya nak berkongsi pengalaman tentang perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin, untuk pembebasan Masjidil Aqsa dari cengkaman zionis.
Sampai dirumah saya jam 5.00 petang dari Airport. Saya menyediakan sedikit jamuan untuk menyambut kedatangan beliau.Petang itu saya telah menjemput beberapa orang rakan bersama hampir 25 orang pimpinan pelajar SMKA Melor, dimana isteri saya mengajar disana .Mereka sanggup datang kerana terlalu bersemangat untuk bertemu dengan Dr Syed Muhamad Haleem yang dianggap sebagai"Wira Negara".
Betapa besarnya pengorbanan mereka.Walaupun mereka hanya pelajar sekolah. Mereka sebenarnya sudah bertungkus lumus selama 2 hari untuk menjayakan program LifeLine For Gaza (LL4G) disekolah .Program ini adalah program yang mereka rancang sendiri. Nasyid "Palestina Tercinta " sentiasa subur didalan jiwa mereka.Bersyukurlah pehak sekolah SMKA meluluskan program ini. Semangat mereka memang cukup tinggi. Hati saya cukup bahagia bersama mereka. Di kalangan mereka putera puteri SMKA, saya dipanggil dengan gelaran "Abi" Saya pun telah beberapa kali berpeluang untuk memberi ceramah mengenai Palestin kepada mereka.
Pada jam 6.15 petang, Dr Syed Muhamad Haleem telah memberikan taklimat ringkas yang cukup bernilai harga. Semangat perjuangan yang cukup tinggi dengan penuh keihklasan kepada Allah. Seruan jihad yang benar-benar menguasai jiwa beliau.
" Dengan membeli barang-barang Yahudi, seperti minum nescafe, makan Mc Donald dan sebagainya. Ini bermakna kita juga telah membantu membunuh saudara-saudara di Palestin"
" Pemergian kami bukan untuk menjadi syahid, sebab kematian ini bukan hak kita, kematian ini hak Allah swt, walaupun kami pun belum pasti akan kembali. Kalau di takdirkan kami mati syahid, sesungguhnya itu adalah anugerah dari Allah swt. Pemergian kami adalah untuk membebaskan saudara-saudara kami di Palestin.Kami tinggalkan anak-anak kami, dan kami serahkan kepada Allah untuk memeliharanya".
Begitu pesanan ringkas dari beliau. Ucapanya tamat pada jam 6.45 petang. Kami bergegas untuk bertolak ke Masjid Ketereh untuk majlis "Tangisan Gaza....Bersama anggota Konvoi Misi Kemanusiaan ke Gaza "
InsyaAllah akan bersambung.
dmar