KEHADIRAN TETAMU ADALAH REZEKI


Telah terlalu lama saya tidak melakarkan sesuatu didalam blog ini.Entah kenapa terasa terpanggil juga untuk menulis sesuatu yang dapat kita jadikan contoh didalam kehidupan kita. Saya masih ingat pesanan murabbi saya, dia kata ,

 " Kita mesti sentiasa berfikir bagaimana semua perkara yang HARUS hukum nya dapat kita tukar untuk menjadi PAHALA."

Biarlah dengan menulis ini juga dapat kita jadikan usaha sebagai salah satu cabang ibadah kepadaNya.InsyaAllah.

Pada hari jumaat yang lalu (4 Mei 2012)  saya, isteri dan puteri bongsu saya telah berkesempangan pergi ke Cameron Highland. Inilah kali pertama kami pergi kesana. Itupun sebab isteri saya berkursus di sana. Sudah tentu kesempatan ini kami menafaatkan sepenuhnya. Pada hari kedua, puteri sulong saya (Anis), suaminya (Imi) dan 2 cucu saya turut bersama.Di sana kami menyewa sebuah apartment kepunyaan Pengurus MARDI Cameron Highland, Dr Wan Abdullah bin Wan Yusuf. Ketika  kami telah pergi kerumah Dr Wan Abdullah untuk mengambul kunci rumah, kami telah dilayan dengan begitu mesra walaupun kami pertama kami bertemu. Isterinya Che Amnah Yaacob dan anaknya Afifi sangat mesra melayani kami sekeluarga.Kami telah dihidangkan dengan juadah yang istimewa MasyaAllah terharu rasanya, kagum dengan akhlaknya ketika menyambut kedatangan tetamu. Walaupun beliau seorang pengurus MARDI tapi mereka tinggal di rumah yang cukup sederhana.

    Bila menyebut pasal memuliakan  tetamu, saya teringat sepotong hadith Rasulullah saw yang bermaksud , " ....Barangsiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu".



Bergambar di aparment yang kami sewa


Kenangan bersama Dr Wan Abdullah, Pengurus MARDI Cameron Highland
Kak Nah (Che Amnah) menemani kami melawat MARDI

Umar Al Fateh (cucu saya) penuh dengan aksi


Betapa indahnya ciptaan Allah




Puteri sulong (Mahfuzah Hanizah)   dan isteri saya(Hasnah Mohamed)

Puteri bongsu saya: Mahfuzah Hamizah (Ijah)

Gambar kenangan bersama Afifi (Kanan sekali) dan Kak Nah (no 2 dari kiri)

Pernah saya berkunjung dirumah seorang doktor (Dr Azlan)  yang baru pulang dari Mesir. Sedang saya menjamah kuih yang dihidangkan , maka datang seorang lagi tetamu yang tidak saya kenali ke rumahnya.

  Dia terus bersuara " Alhamdulillah, rezeki datang lagi.."

  Saya tanya dia, "rezeki...?"

  Dia lantas menjawab , " Ia...rezeki datang....bila tetamu datang, bermakna Allah beri rezeki (ganjaran pahala) kepada kita"

  Oleh itu , kita perlu ada persiapan jiwa iaitu kita mestilah merasa penuh kegembiraan bila menerima tetamu di rumah kita. Saya teringat kesah ustaz angkatan tentera (KAGAT) yang pernah belajar di Ismailiyah Mesir. Suatu hari beliau berkunjung ke rumah seorang tua. Orang tua itu melayannya dengan cukup baik sekali. Sedang mereka berbual, datang seorang kanak-kanak kecil masuk kerumahnya. Orang tua itu mempersilakan kakank-kanak itu duduk, lantas dia terus ke dapur mengambil secawan minuman dan mempersilakan kanak-kanak itu minum serta menjamah kueh yang dihidangkan.Ustaz itu menggambarkan peristiwa itu dengan katanya .

     " Saya melihat cara orang tua itu melayan kanak-kanak tersebut sama seperti melayan seorang tetamu yang cukup istimewa, saya cukup kagum"





Menantu saya Dr Hazimi bersama anaknya Amin




 

 


 


Dalam perjalanan pulang ustaz tersebut sempat bertemu dengan seorang yang juga sudah uzur dp perkampungan itu. Dia bertanyakan siapakah dia orang tua yang begitu tinggi akhlaknya sehingga seorang kanak-kanak pun dilayan dengan penuh hormat dan istimewa. Orang tua itu menjawab " Orang tua yang kamu maksudkan adalah seorang yang sewaktu mudanya pernah mendapat didikan (tarbiyah) Imam Hassan al Banna".

Sebagai rumusannya, jadikanlah satu kegembiraan apabila kita menerima kunjungan tetamu kerana ia adalah satu perbuatan mulia dan sangat besar ganjarannya disisi Allah swt. Disamping itu saya mewakili keluarga ingin merakamkan setinggi ucapan terimakasih diatas layan yang sangat baik daripada Dr  Wan Abdullah sekeluarga . Semoga kalian  mendapat sebaik-baik ganjaran daripada Allah swt jua, Ameen.



About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...