Kasihani orang yang susah....

"Ayah...kat sekolah tadi ada kawan sekelas Ijah..dia seorang aje tak dapat buku latihan, yang lain semuanya dapat.." Wajahnya agak sugul. Tak ceria seperti sebelumnya.Maklumlah sekolah baru dibuka, bila naik saja kereta, mulalah dia bercerita denganku kesah kawan-kawannya.


"Kenapa dia seorang aje tak dapat..? Soalku inginkan kepastian
"Cikgu kata, Faris sorang saja yang masih belum bayar yuran sekolah, jadi cikgu tak nak bagi buku dulu sehingga dia bayar semua yuran tu..." Ijah masih bersedih...

"Kesianlah dia ayah...."
"Apa cadangan Ijah...? " aku ingin menduga perasaannya, keperihatinannya.Adakah tarbiyah yang kita semai  memberi kesan kepada jiwanya. iatu menyayangi dan suka membantu orang-orang miskin.
"Entahlah ayah...Ijah pun tak tau...." Itulah jawapan anakku yang baru berusia 12 tahun.Sebenarnya aku ingin mendengar ia memberi jawapan "Ya..kena bantu.." tapi tidak seperti yang ku harapkan.
"Ayah rasa apa yang boleh kita buat....?" Tersentak sedikit perasaanku mendengar persoalan itu. Aku tau Faris bukanlah dari keluarga yang berada. Semasa tahun lima pun orang lain semua dah ada buku latihan sains, kecuali dia sahaja yang tiada sebab tak ada wang.

  "Kalau kita bantu dia ..macam mana? " Aku lontarkan persoalan ini kepadanya.Sengaja aku mahu meransang fikirannya untuk berfikir.
" Boleh juga, ayah nak beri berapa ?" jawabnya dengan penuh minat.
" Berapa lagi yurannya yang perlu dibayar ? tanyaku.
"Kalau tak silap Ijah RM 49.00, cikgu beri tempoh sampai esok untukdia  bayar yuran tu.." sampuknya.
" Ok...ayah akan bayar semuanya.." tegasku.
Dia tercengang melihatku...
" Ijah..!!.kita kena didik hati kita untuk menyayangi orang miskin...cuba bayangkan kalaulah Ijah sendiri menjadi dia ...macammana rasanya. Disaat Ijah sangat perlukan wang, ayah kata wang tak ada..nak makan kita pun susah...adik beradik lain pun sekolah jugak,  ..semua perlukan wang..nak berhutang ayah  terasa malu....ayah tak mampu...maafkan ayah..."
Aku sengaja mencipta persoalan. Biar dia rasa bagaimana tersiksanya perasaan seorang ayah apabila menempuh saat-saat getir seperti itu.


Berlinang airmatanya,aku pun terasa sebak didada.
" Ayah mana yang mahu melihat anaknya tidak dapat bekalan buku sekolah hanya kerana tak bayar yuran?"
Sambungku lagi

"Ijah bagi RM 10.00 dan bakinya ayah tambah..boleh tak?  " Tiba-tiba dia bersuara.Dia kata dia akan ambil dari wang tabongnya. Terharu rasanya hati ini, aku diam.Jiwanya untuk ingin membantu mulai terserlah.

"Yang penting Ijah mesti ikhlas kerana Allah...jangan sedikitpun ada perasaan ego atau mau menonjolkan diri ok...!!!, Nanti Allah tak kan terima amalan kita" Nasihatku.
Keesokan paginya, Ijah terus bertemu guru kelas dan membayar tunggakan yuran Faris. Hari itu Faris tidak datang ke sekolah. Mungkin dia sakit atau mungkin sebab dia masih tidak mampu nak membayar yuran tersebut.

Gurunya amat terharu dengan sikap anakku.Bila kembali dari sekolah Ijah pun beritahu aku apa yang berlaku disekolah.

"Ayah...cikgu kata Faris memang hidupnya susah..dia ada 10 orang adik beradik, kebanyakkannya masih belajar. tapi mereka pandai-pandai ayah..." Diraut wajahnya nampak keriangan dan kepuasan.
" Syukurlah Ijah...ayah bangga dengan sikap adik (panggilan manjanya)..kita kena prihatin dan menyayangi orang-orang susah, jika mampu bantu dia walaupun sedikit" tegasku.

" Dalam kelas tadi, cikgu kata kepada semua murid yang kita kena pupuk semangat untuk suka membantu-orang-orang yang susah" dia terus bercerita dan aku sentiasa setia mendengar.

" Cikgu ada sebut nama Ijah tak didalam kelas? " tanyaku hendakkan kepastian, Tujuan aku bertanya bukan mengharapkan pujian, tapi sebalikkya aku  tidak mahu Ijah tenggelam dengan pujian.

" Ada ayah...cikgu bagitaulah Ijah tolong bayarkan yuran Faris tu, sikap ini perlu dicontohi oleh semua murid"  sambungnya.

" Tapi....Ijah kena selalu  perbetulkan niat...bantu hanya kerana Allah. Bukan mengharapkan pujian sesiapa samada guru atau kawan-kawan. Kita buat baik kepada semua orang hanya kerana Allah samada orang lain suka atau tidak" Itulah nasihatku.

Dia hanya menganggukkan kepala. Aku mengerti sikapnya. Memang..setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini, aku selalu kaitkan dengan tarbiyah Islam, aku kaitkan dengan Penciptanya. Semua itu adalah kaedah yang cukup seni untuk mendidik HATI. Memang sukar untuk mendidik anak. Membentuk jiwa dengan "Sibghah (Corakan ) Allah". Kita harus sentiasa membimbing perasaannya agar segala tindakannya tidak terputus hubungannya dengan Allah swt, Penciptanya.

dmar

4 comments:

amni_shamrah January 7, 2011 at 10:03 AM  

sedih pula baca kisah faris ni.. benarlah ayah.. terkadang nak mendidik hati tu bukan senang.. nak kena jalani proses membina perasaan sayang dan kasihan pada orang lain..

angahpun nak bagi RM10 juga lah.. ayah bayar dulu ye..^_^

Mohd Ariff B. Abd Rashid January 12, 2011 at 8:10 AM  

T.kasih angah sbb prihatin.Nanti bila saat yang sesuai, ayah akan sampaikan sumbangan angah tu. Tahun lepas ayah ada beli buku latihan sains utk dia sbb tak der wang. nanti kalau ada peluang kita akan bantu lagi

Mohd Ariff B. Abd Rashid January 12, 2011 at 8:11 AM  
This comment has been removed by the author.
Abg Long January 13, 2011 at 1:56 AM  

SubhanAllah..hebatnya bila semaian DnT sentiasa dipupuk dalam keluarga kan Ayah.Teruja imi n anis nak practic dgn umar pula.Jazakallah ayah kerana sentiasa memberi Qudwah yang baik utk kami.
Buat adik.abg long n along n Umar ucap Tahniah!! atas sumbangan adik tu.Kitorang pun nak bagi jugala.InsyAllah..
Sampaikan salam kami (A.I.U) kat semua.

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

There was an error in this gadget

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...