SEDIKIT CATATAN PERHIMPUNAN PERDANA PALESTIN

Assalamualaikum (wt)

Semoga kita sentiasa istiqamah di atas jalan Allah, selawat dan salam kita tujukan kepada Rasululullah saw serta keluarga baginda. Sesungguhnya program LifeLine 4 Gaza yang di pelopori oleh Haluan Palestin bersama-sama NGO-NGO lain di tanah air amat menyentuh perasaan saya. Puncak dari program ini adalah Perhimpunan Perdana Palestin di Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei yang lalu. Alhamdulillah saya dapat hadir pada malam ini. Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLine4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi Life Line 4 Gaza. Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti Life Line 4 Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.
      Mula-mula saya ingin juga menulis tentang majlis tersebut, tapi saya dapati ramai yang telah pun menulis diatas tajuk yang sama. Bersama ini saya ambil sedikit catatan " Perhimpunan Perdana Palestin" dari blog  http://ourkhalifatullah.blogspot.com/  Blog ini adalah cukup istimewa, iaitu catatan mengenai cucu pertama saya Umar Al Fateh bermula dari dalam kandungan hinggalah ke saat ini (sudah berusia hampir 7 bulan). Blog ini dikendalikan oleh ummi dan Abi Umar Al Fateh. 






Dailog nya bersekitar perbualan antara ibu dan ayah kepada anaknya, namun kaya dengan maklumat dan bahan tarbiyyah. Sesungguhnya anak-anak kita mesti dididik dan diasuh dengan "Biah Solehah" sejak dari dalam kandungan lagi...InsyaAllah.


Cucu pertama saya Umar Al Fateh bin Mohammad Hazimi



Assalamualaikum Umar..

Perhimpunan Perdana Palestin telah berlalu di malam sabtu yang lalu..

Ia suatu malam yang penuh dengan syu'ur serta rasa izzah terhadap Bumi Barakah Palestin..

Alhamdulillah Allah swt memilih kita untuk hadir ke Perhimpunan Ummah tersebut..

Disana, kita bertemu ramai betul sahabat ummi abi..

                  NGO yang berganding bahu, Timbalan Presiden  IHH Turki, Wakil Palestin


Ohya, kita juga berjumpa dengan insan yang istimewa, saudari amal..

mungkin umar boleh panggil 'makcik amal'.. he2..

Kuasa Allah, kita bertemu di gerai jualan..dalam keramaian orang disana, Allah izin, makcik amal ni dapat pula cam ummi dan umar..Subhanallah. Takjub betul ummi rasa pada susunan Allah..[jazakillah ye amal] ..sayangnya...Umar tidur, padahal makcik amal berhajat sangat nak jumpa umar. Mudah2an Allah berikan pertemuan lain yang lebih bermakna..insya-Allah...


Bertemu abang Yasser
Pada ketika kita sampai, Shoutul Harokah sedang bersemangat menyampaikan nasyid2 jihad..Para pemuda dan pemudi juga begitu bersemangat mengibarkan bendera serta banner palestin..

Umar pula ?...

Tercengang-tercengang umar melihat keriuhan dan kemeriahan suasana dalam stadium tu.

=)


                        Sebahagian dari pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk negara


Sepanjang disana, kita duduk bersama sahabat baik ummi, Ummu Amar Yassir..Sementara abi pula kena bertugas seketika di bilik rawatan kesihatan KKH (Kelab Kesihatan Haluan). Bersiap sedia kalau2 ada yang memerlukan bantuan kecemasan.


Gambar abi dan ummi bersama Atuk, papa Am dan ramai lagi sahabat/ahwat yang datang


Dari abi dan ummi


JOM TERUS MEMBANTU RAKYAT PALESTIN  melalui Tabong Palesti Haluan.


Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"


Nombor akaun: 5644 9020 8528


Bank : Maybank Berhad

1 comments:

izwah May 14, 2010 at 6:09 AM  

salam.
Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan pakcik sekeluarga pada himpunan perdana Palestin malam tu.
semoga Allah mengekalkan semangat perjuangan dalam diri kita. InsyaAllah:)

About Me

My Photo
Mohd Ariff B. Abd Rashid
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Saya seorang GP, membuka klinik swasta (Klinik Ehsan) di Ketereh,Kota Bharu Kelantan
View my complete profile

Followers

Waktu

Mutiara Kata

"Kalian adalah umat yang beruntung kerana menjadi umat yang MEMILIH untuk bangkit berijhad, bukan umat yang TERPAKSA bangkit untuk berjihad. Kalian menjadi tangan yang di atas (memberi) bukan tangan yang dibawah (terpaksa menerima). Ganjaran di sisi Allah, sama seperti seolah-olah kalian sedang berjihad dihadapan Baitul Muqadis... Andainya Kalian mati tidak mustahil Allah masukkan Kalian bersama para syuhada..."
Sheikh Abu Bakar al Awawidah (Pejuang Palestin) Ketika Kunjungan Beliau Ke Malaysia Anjuran HALUANPalestin

Popular Posts

Haluan Tarbawi

Pesanan

Haluan Malaysia

Haluan Malaysia
Berakhlak, Mendidik & Berbakti

Tetamu

Featured Posts

...